Browsing "Older Posts"

  • Sanggup Tukar Nama Demi iPhone 7

    By Bukan Nama Sebenar → Monday, 31 October 2016


    KIEV - UKRAINE. Seorang lelaki Ukraine secara rasmi menukar namanya kepada iPhone 7 selepas sebuah kedai elektronik menawarkan produk Apple terbaru itu kepada lima orang pertama yang berbuat demikian.

    iPhone Sim (tujuh) berusia 20 tahun mendapat hadiah tersebut pada Jumaat.

    Menurut iPhone, dia mungkin akan menukarkan semula kepada nama asalnya, Olexander Turin ketika dia mempunyai anak kelak.

    Harga telefon bermula pada $850 (RM 3,571) di Ukraine, manakala kos mengubah nama hanyala bersamaan $2 (RM8.40)

    Sementara itu rakan dan keluarga lelaki itu pada mulanya agak terkejut dengan tindakannya namun akhirnya menyokong idea tersebut.

    "Ia adalah sukar untuk menerima dan mempercayainya, namun setiap orang didunia ini memerlukan cara untuk mengekperisasikan diri sendiri," kata kakak iPhone, Tetyana Panina dipetik AP.
  • Malaysia Harap China Akan Tingkatkan Import Minyak Sawit

    By Bukan Nama Sebenar →

    Beijing : Malaysia berharap China akan meningkatkan import minyak sawitnya dari Malaysia susulan pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatnya dari China, Li Keqiang, esok.

    Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong berkata Malaysia sebelum ini merupakan pengeksport minyak sawit utama ke China namun kini berada di belakang Indonesia dan Kesatuan Eropah.

    Beliau berharap dengan hasil positif daripada kajian, termasuk penyelidikan yang dilakukan oleh China, yang menunjukkan minyak sawit adalah minyak makan berkhasiat, permintaan terhadap minyak sawit Malaysia akan meningkat.

    "Keputusan Parlimen Perancis menolak usul menaikkan cukai import minyak sawit kepada EUR500 (EUR1 = RM4.59) setan metrik daripada EUR100 juga akan membantu merangsang permintaan terhadap produk tersebut," katanya kepada pemberita Malaysia di sini, Isnin.

    Mah berkata Najib akan mengemukakan beberapa cadangan kepada Li untuk China meningkatkan import minyak sawit dan getah dalam perbincangan dua hala mereka.

    Menurutnya, import minyak sawit Malaysia dari China merosot kira-kira 50 peratus pada Januari-Jun 2016 berbanding tempoh yang sama pada 2015 kemungkinan disebabkan oleh beberapa laporan negatif dan salah tanggapan tentang nilai pemakanan minyak sawit.

    "Perbincangan kerajaan kepada kerajaan ini akan meyakinkan sektor swasta di China untuk membeli lebih banyak minyak sawit dan bukannya minyak kacang soya. Kami mengadakan rundingan dengan para pegawai China baru-baru ini dan saya berharap Li boleh mengumumkan sesuatu yang substantif," katanya.

    Eksport minyak sawit akan menjadi satu daripada isu yang akan dibawakan Najib dalam pertemuannya dengan Li, katanya.

    "Isu kedua adalah getah. Ia mempunyai potensi besar, seperti bagi landasan kereta api dan gelang getah," katanya.

    Najib juga akan membincangkan tentang penyelidikan minyak sawit mengenai sama ada minyak itu baik bagi kesihatan pengguna.

    "Kami telahpun menghantar memorandum persefahaman kepada Najib agar beliau boleh membincangkan dengan Li esok. Kami menjalankan penyelidikan terutamanya di wilayah Gansu. Kami bekerjasama dengan kerajaan wilayah Gansu menggunakan minyak sawit dalam pembuatan biskut.

    "Ia bagi kanak-kanak di wilayah itu. Ia bagus untuk mata (Vitamin A). Kini terdapat seramai 2,000 kanak-kanak di bawah program ini dan kami perlu mengembangkannya ke wilayah lain," katanya.

    -- BERNAMA
  • Kejam! Cekik Kucing Mati Hingga Terkeluar Biji Mata

    By Bukan Nama Sebenar →


    LONDON – Empat remaja tergamak mencekik seekor kucing yang sudah mati hingga kedua-dua biji matanya terkeluar. Mereka lalu memuat naik gambar-gambar bangkai haiwan dalam keadaan menyedihkan itu ke aplikasi Snapchat.

    Keempat-empat belia berusia antara 15 hingga 17 tahun itu mengaku bersalah di mahkamah majistret Chesterfield di England kerana melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam, iaitu dengan memukul seekor kucing, lapor laman Daily Mail.

    Mahkamah diberitahu bahawa dalam kejadian 11 Ogos lalu itu, kucing peliharaan tersebut, yang bernama Leo, sudah mati setelah mengalami luka parah akibat digigit seekor anjing.

    Menurut Daily Mail, keempat-empat remaja itu kemudian menghempaskan batu kepada kepala kucing itu, mencucuknya dengan ranting dan mengikatnya dengan tali sedang kedua-dua biji matanya terkeluar.

    Keempat-empat mereka juga merakam tindakan kejam mereka itu dan mengongsinya dengan rakan-rakan menerusi aplikasi Snapchat.

    Gambar-gambar bangkai kucing tersebut kemudian dimuat naik ke Internet oleh seorang individu yang tidak dinamakan. Salah satu gambar yang dimuat naik ke Snapchat tersebut mempunyai tulisan: “Biji mata terkeluar” serta emoji tertawa.

    Daily Mail melaporkan, pendakwa raya John Cooper berkata bangkai kucing itu kemudian ditemui dengan tali diikat pada tubuhnya sekitar 2.30 petang pada hari yang sama oleh seorang lelaki yang menghubungi kumpulan kebajikan haiwan, RSPCA, dan polis juga dimaklumkan tentang insiden itu.

    Cooper juga memberitahu mahkamah bahawa kes berkenaan menarik perhatian ramai di media sosial, bahkan ancaman-ancaman juga dikeluarkan terhadap keempat-empat belia terbabit.

    Kucing malang itu sebenarnya milik Dowler-Chell, ibu dua anak, yang memberitahu Derbyshire Times bahawa kucing itu seperti sahabat karib anaknya yang berusia enam tahun, Lucas.

    Keempat-empat belia tersebut hadir di mahkamah bersama ibu bapa masing-masing.

    Hakim daerah Jellema ditukil Daily Mail sebagai berkata: “Ini kekal sebagai hal yang amat serius. Saya membuka semua pilihan hukuman.”

    Perbicaraan mahkamah itu ditangguhkan sehingga 22 November dan keempat-empat belia tersebut dibebaskan dengan ikat jamin. – Agensi
  • Dedah Rahsia Kerajaan, Terpulang Pada Polis Untuk Bertindak

    By Bukan Nama Sebenar →


    Sebarang tindakan terhadap tiga anggota Parlimen, yang juga bekas anggota Kabinet, yang didakwa mendedahkan rahsia kerajaan di Dewan Rakyat akan ditentukan oleh polis menurut perundangan negara.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jika didapati ucapan individu berkenaan melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972, polis akan menyerahkan keputusan siasatan kepada Peguam Negara untuk membuat pertuduhan.

    "Walaupun anggota Parlimen mempunyai kekebalan apabila berucap di Dewan Rakyat atau Dewan Negara, namun anggota Kabinet terikat dengan OSA dan sumpah simpan rahsia kerajaan

    "Ini turut terpakai walaupun mereka tidak lagi menjadi anggota pentadbiran kerajaan, katanya.

    "Ini harus dipatuhi dan menjadi ingatan buat kita semua," kata Ahmad Zahid kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran buku 'Being Abdullah Ahmad Badawi' yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di sini hari ini.

    Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata walaupun berbeza pendapat, namun soal prinsip dan perundangan negara perlu dipatuhi.

    Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah didakwa membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

    -- BERNAMA
  • Semua Majikan Wajib Guna e-Caruman Mulai 1 Jan 2017

    By Bukan Nama Sebenar →


    KUALA LUMPUR - Mulai 1 Jan, 2017, semua majikan mesti menggunakan kemudahan dalam talian, e-Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara dalam talian bagi memasukkan sumbangan bulanan masing-masing.

    Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata berkuat kuasa tarikh itu, Borang A (sistem manual bagi pembayaran) tidak lagi digunakan.

    Sehingga September 2016, 414,411 majikan aktif sudah menggunakan e-Caruman bagi mengemukakan Borang A mereka secara dalam talian, membabitkan RM4.4 bilion.

    Bagaimanapun, hanya 20.2 peratus atau 98,682 majikan memasukkan caruman bernilai RM1.57 bilion, secara dalam talian

    "Sejak pelancaran kemudahan e-Caruman pada Januari 2013, ia memperoleh sambutan menggalakkan, dengan lebih 95 peratus majikan menggunakan kemudahan itu setiap bulan sehingga September 2016," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Transformasi Pembayaran Caruman, e-Caruman.

    Shahril Ridza berkata memandangkan mereka sudah pun selesa menggunakan kemudahan itu, KWSP kini menggesa mereka mempertingkatkan proses membuat pembayaran dengan menggunakan FPX yang dilengkapkan dalam sistem e-Caruman.

    Beliau berkata program itu selari dengan objektif KWSP untuk mengurangkan pergantungan kepada perkhidmatan kaunter, menyegerakan transaksi mudah alih serta meningkatkan pengalaman menyeluruh dalam urusan berkenaan.

    FPX merupakan penyelesaian pembayaran dalam talian yang mudah dan terjamin, membolehkan pendebitan masa nyata akaun perbankan Internet pelanggan pelbagai bank.

    Sementara itu, pelancaran e-Caruman hari ini bertujuan menggalakkan semua majikan berdaftar supaya mengoptimumkan penggunaan kemudahan itu semasa mencarum sumbangan KWSP bulanan masing-masing.

    Program itu adalah usaha sama antara KWSP dan Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd, sebuah unit di Bank Negara Malaysia, serta operator FPX.

    KWSP bekata integrasi dengan FPX akan membolehkan majikan membuat pembayaran secara dalam talian terus dari portal e-Caruman dan aplikasi mudah alih tanpa dikenakan caj transaksi.

    Dana itu juga menjangkakan dapat merealisasikan tiga juta pendaftaran akaun individu secara dalam talian menjelang akhir tahun berbanding sejuta pada masa ini.

    KWSP kini mempunyai 14 juta ahli. - Bernama
  • Harga RON95, RON97, Diesel Naik 15 Sen Bagi November

    By Bukan Nama Sebenar →


    KUALA LUMPUR : Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik 15 sen seliter mulai tengah malam ini.

    Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata harga runcit baharu bagi RON95 berkuat kuasa 1 Nov ialah RM1.95 seliter manakala RON97 (RM2.30 seliter).

    "Harga runcit baharu bagi diesel pula RM1.90 seliter," katanya kepada Bernama, malam ini.

    Harga runcit petrol sepanjang Oktober bagi RON95 ialah RM1.80 seliter, RON97 (RM2.15) dan diesel (RM1.75).

    -- BERNAMA
  • Sumbangan Wanita Sarawak Membina Negara Bangsa Diiktiraf

    By Azmin Ramlie →

    KUCHING: Sempena Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri pada 5 November nanti, sebuah buku bertajuk ‘Sarawak Women In Education: Shaping The Mind, Body and Spirit’ akan dilancarkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.


    Tujuan buku tersebut diterbitkan adalah untuk mendokumentasikan sumbangan wanita dalam membina negara bangsa khususnya dalam bidang pendidikan, sesuai dengan tema sambutan Hari Wanita 2017, ‘Shaping Woman In Education: Shaping the Mind, Body and Spirit.’



    Berucap pada Majlis Penghargaan Personel Dalam Buku ‘Sarawak Women In Education: Shaping The Mind, Body and Spirit’ Datuk Fatimah berkata, sumbangan guru wanita di Sarawak adalah sangat besar.



    “Dari 41,907 orang guru, 26,329 orang adalah guru wanita. Jumlah ini merangkumi 62.8 peratus daripada keseluruhan guru yang mengajar di sekolah rendah dan menengah di seluruh Sarawak belum termasuk guru-guru dalam peringkat pendidikan lain” tambah beliau dalam majlis yang berlangsung di Pusat Wanita di sini, hari ini.



    “Adalah wajar kita menerbitkan sebuah buku untuk menunjukkan dan mengingati sumbangan guru wanita kita dengan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh  jawatankuasa penerbitan buku tersebut,” jelasnya.



    Seramai 42 orang personaliti telah dipilih sebagai individu yang telah bersetuju untuk ditemuramah dan dibukukan kisah dan cerita mereka dalam buku yang bakal dilancarkan itu nanti. - Sarawakiana


  • Pelajar Kolej Terlibat Al-Qaeda Dipenjara 12 Tahun

    By uMieySurianie →

    KUALA LUMPUR – Seorang pelajar kolej, yang merupakan individu pertama terbabit dengan kegiatan pengganas Al-Qaeda di Malaysia, hari ini dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana memberi sokongan kepada kumpulan pengganas itu dengan menjadi anggotanya.

    Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah menjatuhi hukuman itu ke atas Mohamad Hidayat Azman, 20, pelajar kolej di Kaherah, Mesir, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Al-Qaeda (Jund Al Aqsa) dengan menjadi anggota kumpulan itu.

    Dalam penghakimannya, Mohamad Shariff berkata kesalahan itu amat serius dan kepentingan awam perlu diambil kira bagi mengimbangi pandangan masyarakat terhadap kumpulan pengganas itu sebelum mahkamah menjatuhi hukuman.

    “Berdasarkan kod nilai asas masyarakat, tindakan yang kamu lakukan ini jijik dan jelik, masyarakat Malaysia dan satu dunia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kamu.

    “Oleh itu, mahkamah menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dari tarikh tangkap kamu pada 7 Disember 2015 serta barang-barang kes dilucut hak selepas tamat tempoh rayuan,” kata hakim itu kepada tertuduh yang kelihatan tenang sepanjang prosiding.

    Mohamad Shariff berkata ideologi fahaman keganasan mampu mengancam keselamatan dunia dan tindakan tertuduh akan menghidupkan jaringan pengganas antarabangsa di seluruh dunia, terutamanya di Malaysia.

    “Kalau kamu betul-betul nak syahid, ingat harapan mak ayah dan adik beradik kamu yang dah salurkan duit banyak untuk kamu belajar, kamu sepatutnya berjihad untuk mereka. Beritahu kawan-kawan kamu tindakan ini bukan jihad, tetapi satu kerugian. Rugi, kamu rugi, tindakan kamu ini ibarat satu tin kosong,” tegasnya.

    Mohamad Hidayat yang berasal dari Parit Buntar, Perak, didakwa menjadi anggota kumpulan itu dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang ke Syria antara 5 September 2014 hingga 1 September 2015.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 130J kanun sama yang boleh dipenjara seumur hidup atau tidak melebihi 30 tahun atau denda, dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.

    Berdasarkan fakta kes, pada awal September 2014, tertuduh menyambung pengajian di Markas Lisan Salam di Kaherah, Mesir setelah mengikuti perkembangannya di Syria melalui laman sosial Facebook, yang menaikkan semangat jihadnya.

    Tertuduh kemudian menghubungi seorang rakyat Syria yang dikenali melalui Facebook untuk mengetahui cara memasuki Syria dan dia menaiki penerbangan ke Hatay, Turki, untuk memasuki Syria.

    Ketika berada di Kem Ajnad As Syam di Hama, Syria, tertuduh menjalani latihan fizikal, ketenteraan seperti membuka dan memasang senjata api jenis AK 47 serta latihan menunggang kuda.

    Selepas dua minggu di Hama, tertuduh berhijrah ke Idlip, Syria, untuk mengikuti kumpulan Jund Al Aqsa di bawah payungan Al-Qaeda dan menjalani latihan fizikal dan ketenteraan termasuk menjaga sempadan di kawasan tawanan selain turut mempelajari cara menggunakan senjata anti kereta kebal.

    Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Unit Jenayah Berat, Noor Syazwani Mohamad Sobry memohon mahkamah mengambil kira keseriusan kesalahan sebelum menjatuhi hukuman dan bukan sahaja kepada faktor usia tertuduh yang muda.

    “Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah melakukan pelbagai aktiviti yang membuktikan dia memang benar-benar berada di Syria, selain daripada gambar-gambar yang dihantar tertuduh kepada rakan-rakannya untuk dilihat.

    “Oleh itu pihak pendakwaan memohon satu hukuman bersifat pencegahan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat bahawa keganasan merupakan kesalahan serius,” katanya yang juga menggesa mahkamah mengambil pengiktirafan kehakiman terhadap kes melibatkan pengganas yang semakin berleluasa.

    Peguam Faizal Rahman yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengambil kira faktor usia tertuduh yang masih muda iaitu 18 tahun ketika melakukan kesalahan itu dan dia juga insaf ketika berada di Syria serta mendapatkan nasihat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Mesir untuk membantunya keluar daripada kumpulan itu.

    Laporan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat turut dikemukakan kepada mahkamah sebelum hukuman dijatuhi kerana tertuduh berusia 18 tahun ketika melakukan kesalahan itu. – BERNAMA
  • Pasukan Khas Siasat Kaitan BERSIH Dengan George Soros

    By Bukan Nama Sebenar →

    KUALA LUMPUR: UMNO akan mewujudkan pasukan khas menyiasat dakwaan gerakan Bersih dibiayai oleh Yayasan Masyarakat Terbuka (OSF) milik George Soros.

    Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata kesahihan pembongkaran laman web DC Leaks itu perlu diteliti secara terperinci.

    Katanya, kerajaan tidak boleh tergesa-gesa membuat kesimpulan kerana banyak berita mengenai kerajaan disiarkan dan perlu ditangani secara tertib.

    "Kita perlu melihat dengan teliti sama ada ia melanggar peruntukan undang-undang negara kita.

    "Jika perkara itu disabitkan dengan undang-undang, barulah kita mengambil langkah selanjutnya," katanya kepada pemberi ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

    Beliau mengulas cadangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, yang mahu pasukan khas seperti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) diwujudkan bagi menyiasat dakwaan itu. - BH
  • Nenek, Cucu Terpelanting Dirempuh

    By Bukan Nama Sebenar →

    LONDON: Seorang nenek dan dua cucunya cedera dilanggar lari sebuah kereta dalam kejadian dirakam kamera litar tertutup yang turut menunjukkan mangsa terpelanting di udara.

    Ketika kejadian di Newham, London, wanita berusia 50 tahun bersama dua cucunya, seorang budak lelaki, 12, dan perempuan, 11, melintas jalan bersama dua lagi murid sekolah apabila sebuah kenderaan dipandu laju tiba-tiba muncul.

    Rempuhan yang kuat itu menyebabkan seorang mangsa tercampak sementara seorang lagi dilihat terpelanting sebelum terhentak pada penghadang jalan.

    Pemandu kenderaan yang ditemani seorang penumpang itu memberhentikan keretanya seketika di tepi jalan sebelum melarikan diri. Dua budak perempuan yang terselamat kemudian dilihat bergegas menyeberangi jalan untuk meminta pertolongan.

    Akibat kejadian itu, wanita terbabit dilaporkan patah tulang belakang serta kaki.

    Rakaman itu disiarkan di media sosial dengan harapan dapat membantu siasatan polis dan mengesan pesalah berkenaan.

    Polis dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian itu.

    “Kenderaan yang merempuh mangsa berhenti tidak jauh dari tempat kejadian selepas ditinggalkan dua suspek lelaki yang melarikan diri,” kata kenyataan itu.

    - Agensi
  • Jangkaan Hayat Penduduk Malaysia Meningkat

    By uMieySurianie →

    PUTRAJAYA - Jangkaan hayat ketika lahir bagi penduduk Malaysia terus meningkat berbanding sedekad lalu iaitu mencecah 74.7 tahun pada 2016 berbanding 72.2 tahun pada 2000.

    Jabatan Perangkaan dalam kenyataannya hari ini berkata pada 2016, seorang bayi lelaki yang baru lahir dijangka boleh hidup selama 72.6 tahun, meningkat 0.7 tahun berbanding 71.9 tahun pada 2010.

    Bayi perempuan yang baru lahir pula dijangka boleh hidup selama 77.2 tahun, meningkat 0.6 tahun berbanding 76.6 tahun bagi tempoh yang sama.

    "Perbezaan jangkaan hayat ketika lahir antara jantina berada dalam selang 4.6 hingga 4.7 tahun sepanjang tempoh 2010 hingga 2016," kata Jabatan Perangkaan.

    Menurut jabatan itu, pada 2016, seorang lelaki yang berumur 65 tahun dijangka akan hidup selama 14.9 tahun lagi dan perempuan pula selama 16.9 tahun lagi.

    Jabatan Perangkaan berkata ini bermakna, lelaki yang berumur 65 tahun dijangka boleh hidup sehingga umur 79.9 tahun dan perempuan sehingga umur 81.9 tahun.

    Sementara itu, semua kumpulan etnik mencatatkan peningkatan dalam jangkaan hayat ketika lahir bagi tempoh 2010 hingga 2016.

    Kenyataan itu turut menyebut kaum Cina terus mencatatkan jangkaan hayat ketika lahir tertinggi dengan 77.3 tahun, diikuti oleh bumiputera (73.6 tahun) dan India (71.8 tahun).

    Jangkaan hayat tertinggi mengikut jantina dicatatkan kaum Cina dengan 75.0 tahun bagi lelaki dan 79.9 tahun bagi perempuan.

    Sebaliknya, jangkaan hayat terendah dicatatkan kaum India dengan 67.8 tahun bagi lelaki dan 76.0 tahun bagi perempuan, kata Jabatan Perangkaan. - Bernama
  • VIDEO: Pasangan Kekasih Suspek Rompakan Di Kuching Tumpas

    By Yusz Man →

    KUCHING: Sepasang kekasih ditahan dipercayai suspek utama terlibat dalam kes rompakan kedai serbaneka dan kedai foto di sekitar bandaraya ini semalam.

    Kedua-dua suspek dipintas sepasukan anggota polis cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak diketuai oleh ASP Taruna Marian berhampiran Matang Mall, Petrajaya disini pada jam 11.30 pagi tadi.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar berkata, seorang lelaki dan teman wanitanya masing-masing berusia 21 dan 24 tahun dipercayai suspek terlibat dalam dua kes rompakan di Kuching dan Padawan semalam.

    “Rompakan pertama berlaku kira-kira jam 4.15 petang di sebuah kedai serbaneka 7-eleven di Jalan Song Thian Cheok dimana suspek lelaki menahan juruwang dengan bersenjatakan sebilah sabit manakala teman wanitanya mengambil wang tunai berjumlah RM1,284 bersama dua unit telefon bimbit,’ katanya dalam satu kenyataan disini hari ini.

    Tambah beliau, kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan menggunakan sebuah kereta jenis Perodua Viva berwarna oren dan melakukan rompakan kedua di sebuah kedai foto di MJC Batu Kawah pada jam 5.10 petang dimana suspek lelaki bertindak menolak seorang pembantu kedai wanita ke lantai manakala teman wanitanya merampas beg tangan mangsa yang mengandungi wang tunai sebanyak RM1000 berserta dokumen dan kad peribadi milik mangsa.

    “Suspek juga turut melarikan sebuah kamera digital DSLR dan empat unit telefon bimbit,” jelasnya.

    Dev menambah kedua-dua suspek ditahan ketika dibawah pengaruh dadah dan mengakui melakukan rompakan dan kesemua barang hasil rompakan ditemui dalam kereta Perodua Viva terbabit dan dipercayai menggunakan nombor pendaftaran palsu.

    Sehubungan itu, Dev mengucapkan syabas dan tahniah kepada anggotanya diketuai ASP Taruna Marian kerana berjaya menyelesaikan kes tersebut kurang dari tempoh 24 jam.-Sarawakiana








  • Jangan Sentuh Rumpai Laut Merah Walaupun Tidak Beracun

    By uMieySurianie →

    KUALA TERENGGANU - Rumpai laut merah yang terdampar di pantai Tanjung Gelam dekat sini sejak Jumaat lalu tidak beracun bagaimanapun orang ramai diminta tidak mengambil atau menyentuhnya bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.

    Pensyarah Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Siti Aisyah Abdullah berkata, fenomena seumpama itu bukan pertama di negeri ini kerana kejadian sama pernah direkodkan pada November 2003 di sepanjang pantai berkenaan hingga ke Merang.

    “Ini merupakan fenomena biasa berkemungkinan akibat pergerakan arus laut, bagaimanapun kita akan membuat kajian secara terperinci tentang rumpai laut yang telah mati berkenaan sama ada ia spesis yang sama atau sebaliknya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

    Kemunculan hidupan laut itu di sepanjang kira-kira 300 meter di pantai berkenaan menggemparkan penduduk apabila dikatakan mengeluarkan bau busuk serta memberi kesan gatal. - UTUSAN ONLINE
  • Siti Zahrah Bangkit Dari Kegagalan

    By perentas masa →

    KUCHING : Kegagalan untuk mencapai sesuatu menjadi pengajaran serta pengalaman buat Siti Zahrah yang mengusahakan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA).

    Siti Zahrah Jamel 28 berkata, setelah dua tahun beliau mengusahakan pusat jagaan kanak-kanak dan telah melalui berbagai ranjau untuk mengekalkan pusat berkenaan.

    "Pada awalnya saya berkongsi bersama seorang rakan dengan bermodalkan RM700 sebagai modal pertama.



    "Bulan pertama pusat jagaan hanya mendapat dua kanak-kanak untuk dijaga dan tidak dapat menampung sewa rumah yang dijadikan pusat jagaan," katanya kepada Sarawakiana.

    Menurut Zahrah, beliau terpaksa membuat kuih muih untuk dijual agar dapat menampung segala perbelanjaan pusat tersebut.

    "Akhirnya rakan kongsi tidak dapat bertahan dan saya terus meneruskan usaha ini berseorangan.



    "Saya hampir menemui kegagalan namun saya tidak membiarkan kegagalan menghantui diri dan terus bangkit," ujarnya.

    Selepas menjadi peserta kursus tube 3.0 di kem PLKN Sematan dan beliau telah mendapat kelulusan gran berjumlah RM15,000.

    "Dengan gran tersebut saya bangkit mengembangkan taska yang diberi nama Bunga Bintang yang beralamat di Taman Tunku No. 1986 Lorong b3 Jalan Astana Petra Jaya Kuching.



    "Kini kami mempunyai enam orang kanak-kanak dan dua orang pekerja yang membantu saya dan ibubapa dialu-alukan untuk menghantar anak mereka ke pusat jagaan kami jika perlukan perkhidmatan menjaga anak mereka," jelasnya.

    Menurut Zahrah lagi, beliau memang berminat mengasuh kanak-kanak serta inign memiliki sijil bertauliah dalam bidang tersebut. - Sarawakiana
  • Gegar Vaganza: Rem Tak Sangka Tersingkir Awal

    By Yusz Man →

    MINGGU ketiga Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) menyaksikan perjuangan Rem Cassim terhenti selepas penyanyi itu diumumkan tersingkir dari program tersebut, semalam.

    Dalam konsert itu, Rem menyampaikan lagu Penawar Rindu nyanyian asal Datin Orchid Abdullah.

    Menurut penyanyi kelahiran Sarawak ini dia sama sekali tidak menyangka akan tersingkir pada peringkat awal pertandingan.

    Memetik Astro Gempak, Rem berkata, “Saya tidak menjangka saya akan terkeluar. Saya sudah buat yang terbaik dalam persembahan kali ini. Saya redha dengan apa yang berlaku.”

    Menerusi persembahannya semalam, vokal Rem diuji dengan lagu klasik yang sememangnya bukan ‘makanan’ penyanyi tersebut.

    Namun, Rem berpuas hati dapat memberikan persembahan terbaik sepanjang tiga minggu penglibatannya dalam program yang semakin mendapat tempat di hati peminat.

    “Saya seorang penyanyi pop yang mempunyai suara serak dan kasar. Lagu Penawar Rindu seharusnya dilembutkan lenggoknya. Namun begitu, suara saya memang begitu.

    “Saya bangga dengan apa yang saya persembahkan malam ini. Saya sudah buat yang terbaik dan tidak salah untuk saya mencuba,” katanya lagi.

    Konsert semalam menyaksikan Zarul Umbrella yang mempersembahkan lagu OAG berjudul Generasiku memenangi gelaran ‘Terbalik Paling Menyengat’.

    Kini, tinggal 10 peserta yang tinggal untuk bersaing gelaran juara GV3 selepas penyingkiran Rem dan Razis Ismail minggu lalu.

    Siapakah di antara Siti Sarah, Azharina, Zarul Umbrella, Gmie Screen, Shidi Data, Elly Mazlein, Intan Sarafina, Zur Eda, Ameng Spring dan Nora bakal meraih gelaran itu?-mynewshub.cc

  • Lagu ‘Pen Pineapple Apple Pen’ Pecah Rekod, Masuk Billboard

    By Bukan Nama Sebenar →


    TOKYO : Lagu sensasi “Pen Pineapple Apple Pen,” atau PPAP, yang pernah menggamatkan dunia maya September lalu kini mempunyai versi lebih panjang.

    Selebriti media sosial Jepun, Pikotaro, menaikkan versi selama 2 minit 39 saat di YouTube kelmarin, lapor Reuters.

    Video lagu Pikotaro, nama glamor Kazuhito Kosak, mendapat perhatian penyanyi tersohor Justin Bieber yang melabelnya sebagai “paling digemarinya di Internet,” Khamis lalu.

    Lagu asalnya, sependek 45 saat, masuk di tangga 77 carta terhebat Billboard Hot 100, sekali gus mencipta rekod dunia dalam Guinness World Record.

    Pikotaro popular sekelip mata apabila video dengan kos 100,000 yen (RM4,000) mendapat tontonan 70 juta di YouTube sejak dimuat pada 25 Ogos lalu.

    Video lagu itu dengan lirik “pen, epal dan nenas” turut dikongsi di akaun-akaun lain media sosial tersebut, dengan jumlah tertinggi tontonan mencecah 134 juta.

    Lagu PPAP mendapat sambutan meluas di serata dunia apabila ramai yang melakonkan dan menyanyikan semula. - MMO

  • Hutan di Pulau Pinang Didakwa Semakin Kecil

    By uMieySurianie →

    GEORGETOWN: Penang Forum (PF) hari ini, mendedahkan keluasan kawasan hutan semula jadi di negeri itu semakin berkurangan iaitu 7.4 peratus daripada keseluruhan Pulau Pinang.

    Ahli PF, Datuk Dr Shahrom Ahmat, mendakwa keadaan itu berpunca daripada aktiviti pembangunan tidak terancang dan penarahan bukit secara berleluasa yang dikatakan gagal diselia oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

    Beliau mendakwa, PF mendapati hanya enam peratus daripada keseluruhan kawasan hutan di negeri itu dikategorikan sebagai hutan masih terlindung.

    "Kawasan ini berfungsi sebagai kawasan tadahan air bagi menampung keperluan rakyat, selain menjadi ejen semula jadi untuk mengelak hakisan tanah.

    "Ia antara lain muncul sebagai tabung genetik pelbagai spesies flora dan fauna. "Penyusutan peratusan hutan ini akan menjadi kerugian besar kepada rakyat negeri ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

    Terdahulu, PF melancarkan Laman Pemantauan Bukit-Bukau Pulau Pinang bagi menggabungkan laporan dan pemetaan keluasan serta skala kawasan hutan secara terperinci negeri ini secara berterusan. - BH

  • Pesawat Kargo Indonesia Hilang Di Papua

    By Yusz Man →

    JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menyatakan sebuah pesawat kargo membawa empat individu dilaporkan hilang di wilayah Papua.

    Ketua Agensi Mencari Dan Menyelamat Indonesia, Henry Bambang Soelistyo, berkata pesawat Caribou itu terputus hubungan lewat semalam dalam penerbangan dari bandar Timika ke daerah terpencil Ilaga.

    Beliau berkata, setakat ini tiada isyarat dikesan dari pemancar kecemasan pesawat berkenaan.

    Pasukan penyelamat sudah dihantar untuk mencari pesawat yang dikatakan membawa dua juruterbang dan dua penumpang termasuk bahan-bahan pembinaan itu.

    Soelistyo berkata, cuaca buruk dan hutan tebal menyukarkan lagi usaha pesawat penyelamat untuk mengesan pesawat berkenaan hari ini.

    Jalan udara adalah kaedah pengangkutan terpenting di Papua, kawasan paling terpencil di Indonesia. - AP
  • Polis Saman Diri Sendiri Kerana Langgar Lampu Merah

    By uMieySurianie →

    AMERIKA SYARIKAT: Seorang anggota polis tidak menyangka akan menyaman dirinya sendiri kerana melanggar peraturan jalan raya.

    Laporan WTSP mengatakan Tim Glover dari Haines City Police Department ternampak rakaman beliau melanggar lampu merah.

    Perkara tersebut disedari ketika Tim memeriksa rakaman lalu lintas yang menunjukkan sebuah kereta peronda melanggar lampu merah.

    "Saya kenal kereta peronda tersebut (dalam rakaman) dan saya berharap ianya bukan saya," kata Tim.

    Tapi pemeriksaan lanjut mendapati individu berkenaan adalah dirinya yang sedang dalam perjalanan membeli makanan tengah hari.

    "Saya sudah diajar bahawa jika melakukan kesalahan, kita perlu bertanggung jawab.

    "Kali ini, saya perlu beri saman kepada diri saya sendiri!" kata Tim.

    Sementara itu, Ketua Polis Haines City, Jay Hopwood memuji kejujuran dan integriti Tim.

    "Ciri-ciri tersebut yang menjadikan seseorang anggota polis yang disegani, jika anda tidak jujur dan berintegriti, anda hanya mengotorkan nama pihak berkuasa," kata Jay. - SH

  • PM Tiba Untuk Lawatan Rasmi Di China

    By Bukan Nama Sebenar →

    BEIJING - CHINA. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pada Isnin untuk lawatan rasmi enam hari ke China dengan matlamat mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang lama terjalin antara kedua-dua negara.

    Pesawat yang membawa Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing di sini pada 12.30 tengah hari waktu tempatan, sama waktu seperti di Malaysia.

    Najib dan Rosmah disambut Naib Menteri Hal Ehwal Luar China Liu Zhen Min dan Duta Besar Malaysia di China Datuk Zainuddin Yahya serta isteri Datin Fairos Ishak.

    Lawatan atas jemputan Perdana Menteri China Li Keqiang itu, merupakan yang ketiga oleh Najib sejak 2009.

    Sebelum ini, Perdana Menteri melakukan lawatan kerja ke China pada Mac lepas bagi menghadiri Forum Boao bagi Asia (BFA) di Hainan.

    Najib turut disertai Perutusan Khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Ong KaTing, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Kiong.

    Selain itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Shabery Cheek, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahadzir Khalid dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

    Turut menyertai rombongan berkenaan ialah pemimpin negeri termasuk Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak, Prof Dr Sim Kui Hian; Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

    Pada Khamis, Najib akan mengadakan pertemuan dengan Presiden China Xi Jinping, diikuti majlis makan malam yang dihoskan oleh Xi dan isteri Peng Liyuan sebagai penghormatan kepada Najib dan Rosmah Mansor, di Rumah Tamu Negara Diaoyutai.

    Najib yang juga Menteri Kewangan, dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Li pada Selasa selepas menghadiri majlis sambutan rasmi di Great Hall of the People.

    Najib dan Li akan menyaksikan lebih 10 perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua kerajaan dalam bidang pertahanan, ekonomi, pertanian, pendidikan, kewangan dan pembinaan, diikuti majlis makan malam yang dihoskan Li bagi meraikan Najib.

    Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat China (NPC), Zhang Dejiang akan membuat kunjungan hormat ke atas Najib.

    Najib juga akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin utama perniagaan China dan menyaksikan lebih 10 perjanjian antara syarikat Malaysia dan China, antaranya berkaitan pelaburan dalam pembinaan pelabuhan, pemasangan paip gas dan loji penyahgaraman air, e-dagang, pembuatan panel solar, pembinaan, pelaburan, pembangunan dan kewangan.

    Najib juga akan menyampaikan ucap tama pada jamuan tengah hari Forum Perniagaan Malaysia-China yang akan dihadiri lebih 400 ahli perniagaan dari China dan Malaysia.

    Pada Jumaat, Perdana Menteri akan melancarkan Pavilion Pelancongan Malaysia mengenai Alitrip, yang merupakan satu platform e-dagang bagi memudahkan pelancong, terutama pelancong dari China, mempelajari lebih lanjut mengenai destinasi pelancongan di Malaysia.

    Najib juga dijadual melawat Taman Perindustrian Baharu Gu'an di Wilayah Hebei dan akan menaiki kereta api berkelajuan tinggi dari Beijing ke Tianjin, selain mengadakan pertemuan dengan rakyat Malaysia yang bermastautin di China.

    China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009 manakala Malaysia merupakan rakan dagang kelapan terbesar China serta rakan dagang terbesar dalam kalangan 10 negara Asean.

    Data yang dikeluarkan China menunjukkan bahawa jumlah dagangan dua hala antara Malaysia dan China tahun lepas berjumlah US$97.3 bilion (RM408.4 bilion) dan pada Ogos tahun ini, dagangan berjumlah US$54.3 bilion (RM227.9 bilion). - Bernama
  • Pelajar Kolej Di Mesir Dipenjara 12 Tahun Jadi Anggota Al-Qaeda

    By Yusz Man →

    KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej di Kaherah, Mesir dihukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas al-Qaeda (Jund Al Aqsa) dengan menjadi anggota kumpulan itu.

    Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah memutuskan demikian terhadap Mohamad Hidayat Azman, 20, yang merupakan individu pertama didakwa terbabit dengan kegiatan al-Qaeda di Malaysia.

    Mohamad Hidayat didakwa menjadi anggota kumpulan itu dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Syria antara 5 September 2014 dan 1 September 2015.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 130J kanun sama yang boleh dipenjara seumur hidup atau tidak melebihi 30 tahun atau denda, dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.-UTUSAN ONLINE
  • Lady Gaga Dirakam Beli Album Sendiri

    By uMieySurianie →

    Album terbaharu Lady Gaga bertajuk Joanne secara rasminya sudah berada di pasaran sejak beberapa minggu lalu.

    Namun apa yang mencajadi bualan hangata baru-baru ini, kerana tersebarnya sebuah video yang menunjukan Gaga membeli albumnya sendiri di sebuah pasaraya di Amerika Syarikat.

    Laporan NME menyebut, beberapa hari lalu, seorang peminat berjaya merakamkan video Gaga sedang membeli tiga keping CD-nya dan DVD siri akhir American Horror Story yang menampilkan dirinya, di Wallmart.

    Sehari sebelum ity, Gaga pergi ke sebuah kedai muzik dan meluangkan masa menandatangani sendiri 62 keping CD Deluxe Edition untuk para peminatnya yang sedang membeli album Joanne.

    Sebelumnya, dilaporkan Gaga juga tampil dalam ‘Carpool Karaoke’ yang dipandu oleh James Corden membawakan lagu ‘Bad Romance’.

    Pelantun Bad Romance ini nampaknya memang bekerja keras untuk mempromosikan albumnya.

    Joanne dilancarkan 21 Oktober lalu. Namun, beberapa single yang dimuatkan dalam album tersebut seperti Perfect Illusions dan Million Reasons, dikatakan kurang menyengat sekaligus gagal meraih kedudukan teratas carta-carta muzik. – malaysiandigest.com
  • Gulen Punca Turki Pecat 10,000 Penjawat Awam

    By Yusz Man →

    ANKARA: Lebih 10,000 kakitangan awam melibatkan ahli akademik, guru dan pekerja perubatan telah dipecat.

    Semua terlibat disyaki menyokong ulama, Fethullah Gulen yang didakwa sebagai dalang cubaan rampasan kuasa, Julai lepas.

    Selain itu, 15 lagi syarikat media ditutup atas alasan sama.

    Sehingga kini, 160 syarikat media telah ditutup selepas darurat diisytiharkan di Turki.

    Kerajaan Turki mengatakan tindakan memecat adalah 'bersesuaian' untuk mereka yang terlibat atau mempunyai kaitan dengan rampasan kuasa tersebut.

    Dalam rampasan kuasa 15 Julai lepas, lebih 240 orang awam terbunuh selepas sekumpulan tentera kerajaan mengambil alih kuasa di Ankara dan Istanbul.- Reuters
  • KWSP Lancar Program Transformasi Bayaran Caruman

    By Bukan Nama Sebenar →


    KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan Program Transformasi Bayaran Caruman melalui e-Caruman.

    Ia bertujuan menggalakkan majikan mengoptimumkan penggunaan kemudahan e-Caruman semasa membayar caruman KWSP setiap bulan.
    Program itu adalah kerjasama antara KWSP dan Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd (MyClear), anak syarikat Bank Negara Malaysia yang mengendalikan sistem FPX.

    FPX adalah gerbang pembayaran secara dalam talian yang memudahkan pemindahan dana antara bank.

    Integrasi dengan sistem FPX membantu majikan membuat bayaran secara dalam talian terus dari portal e-Caruman dan aplikasi mudah alih tanpa apa-apa bayaran transaksi.

    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, program itu selaras objektif KWSP untuk mengurangkan penggantungan kepada servis di kaunter, mempercepatkan transaksi mudah alih dan meningkatkan pengalaman semasa berurusan dengan KWSP.

    Beliau berkata, majikan akan mendapati penggunaan sistem FPX menjadikan proses bayaran caruman lebih cepat dan selamat.

    "Sejak ia diperkenalkan pada Januari 2013, kemudahan e-Caruman ini diterima baik oleh majikan dan sehingga September 2016, lebih dari 95 peratus majikan menggunakan kemudahan ini setiap bulan.

    "Memandangkan mereka sudah selesa menggunakan e-Caruman, kami menggesa majikan untuk mengambil satu langkah lagi dengan membuat pembayaran menggunakan kemudahan sistem FPX yang terkandung dalam sistem e-Caruman," katanya.

    Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Program Transformasi Bayaran Caruman KWSP di sini sebentar tadi.

    Shahril menegaskan adalah penting bagi majikan untuk mula menggunakan kemudahan e-Caruman kerana bermula 1 Januari 2017 semua transaksi majikan dengan KWSP akan dilakukan secara dalam talian dan KWSP akan menghentikan pengedaran dan penggunaan Borang A (sistem manual untuk membuat bayaran).

    Beliau berkata, majikan yang mempunyai kurang 10 pekerja juga boleh memantau akaun mereka melalui aplikasi mudah alih i-Akaun Majikan yang diperkenalkan pada April tahun ini.

    Melalui aplikasi itu, majikan boleh menyemak maklumat pekerja selain merujuk rekod terdahulu berhubung caruman yang dikreditkan, Borang A dan pembayaran yang sudah dibuat. - BH
  • Karen Libau Realisasikan Impian Ibu

    By perentas masa →


    KUCHING : Buat julung kalinya Karen Libau telah dinobatkan sebagai artis baru terbaik sepanjang lima tahun bergiat sebagai penyanyi dalam Anugerah Muzik Dayak (AMD) anjuran Dayak Artiste Musician Association (DAMA) baru-baru ini.

    Beliau turut merangkul anugerah vokal terbaik dan anugerah lagu pop terbaik pada malam tersebut.

    Menurut Karen, kemenangan beliau kali ini mendapat inspirasi daripada mendiang ibu beliau Lily Jai yang juga merupakan salah seorang penyanyi lama iban.



    "Mendiang ibu banyak memberi kekuatan untuk menjadikan saya sebagai penyanyi dan mengimpikan saya akan menemui kejayaan dalam bidang ini suatu hari nanti.

    "Hari ini impian ibu telah tercapai dan saya cukup terharu dan gembira dapat merealisasikan impian ibu walaupun mendiang tidak sempat untuk menikmati kejayaan ini bersama," katanya kepada Sarawakiana.

    Menurut Karen lagi, beliau sering mengikuti nasihat serta tunjuk ajar mendiang ibu sehingga beliau mampu menghadapi dugaan sebagai penyanyi dengan matang.



    "Kerana sokongan mendiang ibu dan keluarga saya mampu berdiri mengahadapi pelbagai rintangan yang melanda.

    "Tiada istilah mengalah dalam jiwa ini dan terus jadikan impian mendiang ibu dan keluarga sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya dalam dunia hiburan," ujarnya.

    Karen turut berterima kasih kepada juri profesional yang memilih beliau antara yang menerima anugerah yang cukup berharga dan tidak lupa juga kepada penganjur, tetamu yang hadir, peminat dan keluarga yang terus menyokong beliau sehingga memenangi anugerah yang begitu bernilai bagi beliau. - Sarawakiana
  • Nenek Gadai Nyawa Demi Selamatkan Cucu

    By Yusz Man →

    LAHAD DATU: Nenek melecur di muka dan tangan selepas menyelamatkan cucunya apabila rumah mereka terbakar di Kampung Buang Sayang di sini, 8.50 pagi tadi.

    Waasi Laali, 50-an, bersama cucu lelakinya, Gairel Latiga, lapan bulan, yang turut melecur di tangan kini menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.


    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Apandi Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.53 pagi sebelum mengerahkan dua jentera bersama lapan anggota ke lokasi kejadian.

    "Sebaik tiba, operasi memadam api dijalankan bagi mengelak api merebak.

    "Kami mengambil masa kira-kira 13 minit memadamkan api dan dua mangsa dilaporkan melecur di tangan dan muka," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

    Menurutnya, wanita yang melecur itu dipercayai menyelamatkan cucunya sebaik menyedari rumah mereka terbakar.

    "Dalam kejadian itu juga sebuah kereta turut terbakar.

    "Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

    Difahamkan, ketika kejadian ibu bapa bayi itu tiada di rumah kerana keluar bekerja.-HM
  • Wanita Diserang Kekasih, Lidah Hampir Putus

    By Yusz Man →

    Wanita ini, Carleigh yang juga seorang pembantu jururawat menyangka dia sudah bertemu dengan `putera idamannya’ dan sering berkongsi gambar-gambar mereka berdua yang dilamun cinta dalam media sosial.

    Namun di sebalik kegembiraan itu, Carleigh telah mengalami pengalaman menakutkan dana menyakitkan di tangan `putera idamannya’ itu yang dikenali sebagai Ryan Cameron.

    Lelaki berkenaan telah menyerang Carleigh dengan teruk hinggakan doktor terpaksa menjahit lidahnya selepas dikoyakkan oleh lelaki itu dengan menggunakan jari. Ryan turut mengigit sebahagian telinga Carleigh.

    Wanita itu juga menyangka dia akan mati akibat serangan berkenaan terutama selepas Ryan mencekiknya hinggakan dia sukar bernafas.

    Hanya selepas Carleigh yang ketika itu hampir mati, mengumpul tenaga dan menjerit sekuat hati barulah lelaki itu melepaskan lehernya.

    “Sebelum ini saya pernah didera olehnya dan saya cuba beberapa kali untuk memutuskan hubungan namun dia mengancam untuk membunuh anjing saya.

    “Saya juga malu untuk memberitahu keluarga saya kerana saya baru sahaja memulakan hidup dengannya,’’ kata Carleigh yang menceritakan pengalaman menakutkan itu kepada WTHR .

    Jelasnya apa yang dilihat dalam media sosial yang memaparkan kebahagiaan mereka berdua sebenarnya hanyalah ilusi semata-mata.

    Justeru Carleigh mahu mereka yang mengalami nasib sama sepertinya supaya bangkit dan melawan, jangan membiarkan pendera seperti itu menguasai hidup mereka.

    “Jangan biarkan mereka merampas semangat anda dan memberitahu bahawa anda tidak tempat untuk dituju lagi. Itu bukanlah lelaki yang mencintai anda,’’ katanya. – mynewshub.cc

  • Sapa Ka Nanggung Enti Kena Buai Kerja ?

    By perentas masa →

    Enti enda salah bisi 900,000 iya ka gawa ba perintah ba seluruh menua Malaysia diatu. Ari gawa jadi tukang kebun ngagai pangkat besai.

    Nya ka penyampau kemayuh sida gawa perintah. Sida gawa perintah sigi udah rezeki sida iya lalu  kena nupik bala sebilik.

    Enda lama ka udah, DAP bisi madah enti sida migai perintah Malaysia, sida ka muai sapa iya gawa perintah selama tu. Laban DAP madah kelalu mayuh lalu ngerugi belanja perintah.

    Rayat ba menua tu ukai makin nyurut, tang makin betambah. Nya alai perintah iya ka diatu bisi ngiga ka cara manah kenak ka nambah agik pengawa puang.

    Ukai baka DAP, bedau gik nyadi pemerintah udah ka muai penjawat awam. Sepatut iya enti ka nyadi pemerintah mesti mikir hal rayat dulu. Ukai ka muai sengapa penjawat awam.

    Utai ka di tanya, Sapa ka nanggung enti sida penjawat awam di buai ?
    Ulih ka DAP nupik bala sida penjawat awam sebilik selamanya ?

    DAP cuma bejaku sigi landik tang enda nemu ngiga penyelesaian manah baka ni ka ngadu nya manah agik. Ukai ka sengapa buai pengawa urang. Pemutus iya DAP sigi enda nemu ngadu utai manah enggau jaga rayat udah nya enda tau nyadi perintah ba menua tu.-Sarawakiana
  • Aram Ngupi : Sik Beraso Ado Jak

    By perentas masa →


    'Sik Beraso Ado Jak' bermaksud 'Tidak Terasa Langsung' kata warga Samarahan yang menjadi pelanggan tetap kedai kopi Wardina Cafe Kota Samarahan.

    Seperti biasa kopi 'O' panas kurang gula jadi pembuka sarapan pagi. Topik menarik menjadi berbualan hangat warga Samarahan.

    Majlis Daerah Samarahan akan diwartakan sebagai Majlis Perbandaran Samarahan akan diumumkan tidak lama lagi. Ramai warga daerah ini berpuas hati dengan khabar tersebut.

    Sejak 15 tahun yang lalu, Samarahan sudah mula berubah lanskap muka buminya yang dahulu sekadar kampung-kampung kecil yang hanya berada di pesisir.

    Kini ia pesat membangun dan memiliki fasiliti yang lengkap serta menjadi pusat generasi muda menimba ilmu. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan sebagainya telah menjadi pemangkin perkembangan pesat pembangunan Samarahan.

    Penambahan populasi penduduk menjadi faktor penyebab Samarahan layak untuk dinaiktarafkan.

    Disamping itu, faktor kemajuan perhubungan jalanraya dan fasiliti dari aspek pembangunan bandar yang semakin meningkat menyokong Samarahan dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran.

    Terbukti dasar pembangunan luar bandar yang telah lama menjadi dasar kerajaan Sarawak semakin menampakkan hasil.

    Kota Samarahan menjadi contoh pembangunan luar bandar akan memberi faedah kepada penduduk luar bandar di mana dahulu Samarahan hanya sebuah kampung yang terpencil di pesisir negeri Sarawak.-Sarawakiana
  • Dua Maut Kereta Rempuh Pokok

    By Yusz Man →
    Foto ihsan Bomba

    KUCHING: Dua maut manakala tiga terselamat dalam kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta jenis proton merempuh sebatang pokok di Jalan Tun Abdul Rahman, Petra Jaya disini malam tadi.

    Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang jam 11 malam itu kereta yang dinaiki seramai lima orang dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok sehingga menyebabkan kereta berkenaan terputus dua.

    Mangsa yang disahkan meninggal dunia ialah Dayang Persik Awang Latif, 40 tahun dan Mizan Farizan Abdul Malik, 30 tahun.

    Menurut jurucakap bomba, sejurus menerima panggilan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuching dikerahkan ke lokasi kejadian.

    “Setibanya anggota di lokasi mendapati satu kemalangan kendiri melibatkan kereta Proton yang terputus dua sehingga melibatkan dua disahkan meninggal dunia ditempat kejadian,’katanya.

    Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, DSP Alexson Naga berkata akibat dari rempuhan kuat tersebut mengakibatkan kedua-dua mangsa maut ditempat kejadian.

    “Setakat ini seorang mangsa sedang dirawat di zon merah di Hospital Umum Sarawak (HUS), manakala empat lagi dirawat di zon kuning,” katanya seperti dipetik dalam laporan Kosmo.

    Sehingga berita ini ditulis, punca kemalangan masih lagi dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Sarawakiana
  • Jangan Ulangi Pembaziran Laksa Sarawak

    By Bukan Nama Sebenar →

    Susulan kontroversi 1,500 hidangan “Mangkuk Laksa Sarawak Terbesar” yang terpaksa dibuang selepas mendapat nama dalam Malaysia Book of Records pada Jumaat lepas membuatkan pihak penganjur mendapat pelbagai kritikan daripada netizen.

    Kebanyakkan netizen menganggap pembuangan laksa tersebut sebagai satu pembaziran yang besar dan tidak layak diberikan rekod kerana hidangan tersebut sepatutnya lebih baik diagihkan kepada orang ramai.

    Namun ada juga yang menganggap berkemungkinan pihak penganjur tidak mengagihkan hidangan tersebut atas faktor keselamatan dimana dikhuatiri hidangan tersebut telah dicemari dan boleh menyebabkan keracunan makanan.

    Difahamkan hidangan dalam mangkuk sebesar 1.3 meter itu mengandungi 100kg rencah laksa Sarawak, 225kg laksa beras, 90kg udang, 1,008 biji telur dan 80kg ayam yang disediakan oleh 15 tukang masak selama 18 jam dianjurkan oleh Plaza Merdeka Management Sdn Bhd.

    Sebahagian komen netizen mengenai laksa tersebut

    Memetik laporan BorneoPost, bagaimanapun pihak penganjur telah mendedahkan punca sebenar hidangan laksa tersebut terpaksa dibuang pada Sabtu lepas.

    Menurut Pengurus Besar Plaza Merdeka, Cheah Kheng Mun, mereka mahu mengagihkan makanan tersebut pada Sabtu bermula jam 4 petang tetapi juadah yang dimasak pada pagi Jumaat terpaksa dibuang kerana mulai basi dan berbau busuk kira-kira jam 7 malam hari yang sama.

    “Selepas ia dipamerkan, kami tidak boleh agihkan ia begitu saja kerana penasihat kami memberitahu kuahnya – daripada santan kelapa – mesti dikekalkan pada suhu tertentu.

    “Menjelang jam 7 malam santan itu sudah basi dan laksa berkenaan perlu dilupuskan,” katanya.

    Walaubagaimanapun pihak penganjur telahpun mengakui ianya sebagai satu kesilapan dan berterima kasih kepada orang ramai yang memberikan maklum balas mengenai usaha berkenaan.

    "Kami akan belajar daripada kesilapan. Jika kami mula mengabaikan kesilapan, kita tidak boleh menjadi lebih baik. Falsafah kami ialah memastikan kami melakukan sesuatu dengan betul, bukan menjadikan sesuatu itu betul," katanya. - Sarawakiana
  • Najib Kongsi Cerita Tentang Kucing Peliharaannya Di Facebook

    By Yusz Man →

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kucing-kucingnya akan 'menjaga' rumahnya ketika beliau mengadakan lawatan seminggu ke China.

    Najib akan berada di Beijing dari Isnin (31 Oktober) hingga Ahad depan (6 November) dalam rangka lawatan di mana beliau dijangka akan mengukuhkan pelaburan dan hubungan dua hala dengan China. Beliau akan diiringi oleh puluhan pemimpin kerajaan dan ahli perniagaan.


    Sebelum lawatan itu, Najib telah berkongsi 'posting' di Facebook, di mana beliau berkata kucing-kucingnya akan menjadi tuan rumah dan akan bersuka-ria sepanjang ketiadaannya.
    Mengiringi 'posting' itu adalah sekeping gambar yang menunjukkan empat ekor kucing sedang berkeliaran di sebuah ruang, dilihat seperti ruang tamu rumah.


    "Saya akan ke China untuk lawatan rasmi beberapa hari, jadi kucing-kucing saya ni akan jadi tuan rumah, bersuka-rialah mereka nanti," tulisnya.

    Sebelum ini Najib juga pernah berkongsi telatah kucing beliau di media sosial.

    Dalam aplikasi perkongsian foto Instagram tiga minggu lalu, Najib berkongsi cerita tentang 'Simba'.

    "Kucing saya ni namanya Simba. Bila kita nak ambil gambar dia, bukan main pandai bergaya. Nampak saja garang, sebenarnya comel dan manja," tulisnya.

    Lawatan Najib ke China dibuat atas jemputan Perdana Menteri China Li Keqiang.

    Semasa lawatan tersebut, perdana menteri dijadual akan melawat Beijing, Tianjin, Guan dan Zhangjiakou.-mStar
  • DAP Sarawak Tidak Penting Di Mata Guan Eng

    By perentas masa →


    Konvensyen Tahunan DAP Sarawak ke-18 telah diadakan di Hotel Paramount Sibu pada 30 Oktober 2016. Konvensyen tersebut menjadi perhimpunan yang paling besar buat ahli-ahli DAP di seluruh Sarawak.

    Segala persiapan sudah dilakukan dan persedian yang cukup rapi telah dirancang oleh setiap protokol konvensyen tersebut.

    Malangnya, menurut sumber dalaman DAP mengatakan Setiausaha DAP Pusat Lim Guan Eng tidak dapat hadir pada konvensyen tersebut. Sedangkan konvensyen berkenaan begitu bermakna bagi DAP Sarawak sekiranya Lim Guan Eng turut hadir.

    Apa yang mengecewakan ialah alasan yang yang diberikan pihak DAP pusat adalah disebabkan atas faktor penerbangan ditunda menyebabkan Lim Guan Eng tidak dapat hadir.

    Susulan berikut, ramai ahli DAP Sarawak merasa terkilan terhadap ketidakhadiran Lim Guan Eng.

    Mungkinkah Lim Guan Eng sudah tidak berminat terhadap DAP Sarawak memandangkan PRN lepas DAP tidak menunjukkan prestasi yang baik berikan beberapa kekalahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Ada juga ahli DAP yang merungut terhadap DAP Pusat yang mula tidak memberi perhatian kepada DAP Sarawak sejak kebelakangan ini dan menganggap DAP Sarawak hanya sekadar di pinggiran dan ia tidak penting di mata Guan Eng.

    Atau sebenarnya DAP Sarawak belum cukup pandai mengampu seperti apa yang telah diperkatakan oleh bekas ahli DAP Yap Hoi Liong yang bertindak keluar parti tempoh hari.-Sarawakiana