PARIS: Seorang lelaki di Perancis mengemukakan tuntutan kepada pihak mahkamah setelah tidak berpuas hati tindakan imigresen melarang wajah foto tersenyum dalam pasport negara tersebut.

Stesen penyiaran antarabangsa BBC pada Jumaat melaporkan, lelaki berkenaan hanya dikenali sebagai Thierry itu mendakwa larangan wajah tersenyum ceria untuk foto pasport tidak sah berdasarkan undang-undang Perancis.

Dia yang dilaporkan bertugas sebagai pegawai kanan agensi pemerintah, juga menyatakan bahawa peraturan mengenai penggunaan foto berwajah serius bakal membuatkan orang Perancis menjadi lebih sedih dan merana.

Namun dakwaan tersebut ditolak oleh sebuah mahkamah tempatan yang menjelaskan bahawa untuk foto pasport memang harus dengan mulut tertutup dan ekspresi wajah perlu natural, sekali gus muka tersenyum dilarang.

Menurut seorang hakim dalam penghakimannya, penampilan wajah sedih dan gembira sebenarnya tidak termasuk dalam ekspresi muka natural untuk urusan kegunaan rasmi pasport oleh mana-mana imigresen di seluruh dunia.

Akhbar terkenal Perancis, Le Parisien, melaporkan bahawa Thierry membawa kesnya kepada pihak pengadilan setelah pejabat imigresen yang mengurus pasport dirinya menolak foto kerana dianggap ‘sedikit tersenyum’.

Malah berdasarkan peraturan imigresen, foto wajah wajib memaparkan keseluruhan muka tanpa menampakkan gigit atau mimik senyum atau sedih dengan mata terbuka pandang ke hadapan walaupun memakai cermin mata.

Dalam pada itu menurut BBC, keputusan mahkamah tersebut adalah bersifat muktamad dan mengikat sehingga Thierry tidak mempunyai pilihan kecuali merakam foto baharu tanpa senyum. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

KUCHING: Kunjungan dua invidu ke pejabat pos di bandar raya ini berakhir dengan penangkapan mereka selepas bungkusan diterima mengandungi dadah jenis ganja.

Sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuching berjaya menahan seorang wanita merupakan pelajar kolej tempatan berusia 19 tahun dan berjaya merampas dadah seberat 1019.48 gram.

Ekoran penangkapan tersebut, seorang lelaki berusia 26 tahun yang sedang menunggu wanita terbabit dalam kerata dan difahamkan berkerja sebagai anggota keselamatan turut ditahan.

Hasil pemeriksaan ke atas suspek lelaki menemukan dadah jenis ganja seberat 11gram.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, susulan daripada penahanan dua individu terbabit pihaknya menjalankan pemeriksaan di sebuah rumah di Samariang dan berjaya merampas ganja seberat 475.31g yang siap dibungkus serta alat penimbang dan peralatan digunakan memproses dadah terbabit.

“Jumlah keseluruhan rampasan ganja seberat 1505.79gram bernilai RM26, 656 dan kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan,”katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat IPD Kuching sebentar tadi.

Kedua-dua suspek yang negatif ujian saringan air kecing itu ditahan reman selama empat hari berkuat kuasa hari ini.-Sarawakiana







Seorang gadis bernama Ariana, berusia 20 tahun dari Rusia mengambil keputusan untuk melelong daranya dalam usaha mengumpul dana bagi melanjutkan pengajian di luar negara.

Gadis yang hanya dikenali sebagai Ariana itu meletakkan harga bidaan bermula £130,500 (RM702,000) di sebuah laman sesawang yang menawarkan khidmat teman sosial.

Menurut Ariana dia tahu memang banyak cara boleh dilakukannya untuk mengumpul wang demi tujuan pembelajarannya itu namun demi mendapatkan wang dengan cara mudah dan cepat, dia terpaksa menggunakan kaedah tersebut.

“Saya perlukan wang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di negara luar. Yuran pengajian universiti pastinya tinggi begitu juga sewa rumah.

“Saya rasa ianya sukar untuk berhijrah ke negara lain tanpa persediaan rapi dari segi kewangan, disebabkan itu saya melakukan bidaan ini,” katanya dipetik Metro UK.

Menurut Ariana ibu bapanya masih tidak mengetahui ‘pekerjaannya’ itu namun dia tiada masalah untuk menjelaskan kepada mereka sekiranya berita itu sampai ke pengetahuan orang tuanya.

Bukan Ariana sahaja yang menjual daranya, sebaliknya perkara itu turut dilakukan kawannya, Lolita dengan permulaan nilai bidaan yang sama. - Sentiasa Panas

SEORANG lelaki berasal dari Guangxi, China terpaksa menghabiskan masa dua hari menderita akibat cincin besi tersekat pada kemaluannya.

Menurut portal Shanghaiist, rakaman video ‘kelakian’ mangsa ‘diselamatkan’ anggota bomba tersebar di laman Weibo.

Menerus video yang berdurasi kurang satu minit itu, mangsa yang hanya memakai baju hitam terlantar di atas katil dikelilingi oleh beberapa anggota bomba dan doktor.

Mangsa yang tidak didedahkan identitinya dilihat menekup muka dengan tangannya. Tidak dapat dipastikan sama ada mangsa menahan kesakitan atau malu.

Difahamkan misi menyelamat itu berlangsung di sebuah hospital di bandar Liuzhou pada awal pagi, 13 September lalu.

Pihak bomba dan doktor mengambil masa satu jam 30 minit untuk menanggalkan cincin itu dari alat sulit mangsa.

Tindakan mangsa memasukkan cincin besi pada kemaluannya mencetuskan seribu persoalan dalam kalangan netizen tempatan.

“Saya ingin tahu bagaimana cincin itu boleh tersekat di sana?” tanya seorang pengguna Weibo dengan rasa sangsi.

Manakala seorang lagi sempat berseloroh dengan kejadian yang menimpa mangsa berkata,“90 minit kemudian, anggota bomba memotong kemaluan lelaki itu…. cincin.”

“Anggota bomba benar-benar boleh melakukan apa sahaja,” kata netizen lain. – MYNEWSHUB.CC

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyiasat kemungkinan ada pihak membocorkan maklumat pengoperasian pasukan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata‎, pihaknya memandang serius kebimbangan yang disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai perkara itu sehingga kes penculikan kerap berlaku di kawasan perairan terbabit.

"Saya berharap pihak Esscom melihat dan mengkaji serta menilai pandangan (timbalan perdana menteri) kerana insiden culik yang berlaku pada Selasa lepas mempunyai banyak kebetulan.

"Pemilik bot secara kebetulan berada atas bot untuk turut serta menangkap ikan ketika insiden itu berlaku, kebiasaannya pemilik bot tidak ikut serta dan pendapat kami (ATM) sudah tentu pihak penculik mendapat maklumat tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai-Pegawai Kanan ATM dan Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Bersama di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Ditanya adakah maklumat itu dibocorkan oleh pihak dalaman ataupun orang awam, beliau berkata pihaknya perlu menjalankan siasatan terlebih dahulu mengenai perkara itu.

"Tidak mungkin (penculik) terus ada sasaran dan saya sendiri percaya mungkin ada (dalang) bersembunyi serta merancang penculikan.

"Sama ada terdapat pihak bersekongkol atau (penculik) mendapat maklumat dari pihak lain (dalaman), kami akan siasat dahulu perkara itu," katanya.

Zulkifeli turut mengingatkan anggota tentera yang bertugas di bawah Esscom untuk mengambil perhatian akan perkara itu.

"Kami tidak mahu aktiviti kebocoran maklumat dan lain-lain terjadi dan pihak Esscom sendiri telah menjalankan siasatan mengenai perkara ini," katanya.

Pada 28 September, Ahmad Zahid meluahkan kebimbangan kemungkinan terdapat pihak yang mendedahkan kaedah pengoperasian pasukan keselamatan Esscom sehingga kes penculikan kerap berlaku di kawasan perairan terbabit.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tindakan sedemikian akan membuka kepada pihak musuh ruang dan waktu untuk bertindak.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam pada Selasa (27 September), Ruslan Sarapin, 39, diculik enam lelaki bersenjata api ketika menangkap ikan bersama-sama 26 lagi anak kapalnya di perairan berkenaan.

Kumpulan lelaki bersenjata api yang sama kemudian merompak sebuah lagi kapal nelayan yang dinaiki 19 anak kapal di perairan Tungku, Lahad Datu, setengah jam selepas rompakan pertama.

Pada majlis berkenaan, Panglima Dua Divisyen Leftenan Jeneral Datul Fadzil Mokhtar dilantik sebagai Panglima Angkatan Bersama yang baharu menggantikan Leftenan Jeneral Datuk Shahrani Mohd Sany yang bersara. - Bernama
Gambar Hiasan
KINABATANGAN: Lelaki yang hilang ketika memukat ikan di Sungai Simpang Putih, dekat sini, ditemui mati dengan kesan gigitan buaya di dada, tangan, kaki dan belakang badannya, pagi tadi.

Mayat Jusri Munawir, 28, ditemui pasukan penyelamat jam 9.30 pagi tidak jauh dari lokasi mangsa dibaham buaya.


Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A Sahak Rahmat berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat.

"Pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan gigitan buaya pada badan mangsa.

"Operasi mencari dan menyelamat kemudian dihentikan sebaik mayat mangsa ditemui," katanya ketika dihubungi, hari ini.-HM

SUASANA di luar bangunan Bursa Malaysia di Kuala Lumpur huru-hara apabila orang ramai digemparkan dengan panggilan dipercayai ancaman bom yang diterima agensi tersebut.

Orang ramai yang berada di dalam bangunan berkenaan di Bukit Kewangan dekat Jalan Raja Chulan juga telah diarahkan keluar oleh pihak berkuasa untuk tujuan keselamatan.

Manakala, media tempatan dimaklumkan bahawa jalan-jalan di sekitar bangunan 15 tingkat berkenaan turut telah ditutup oleh pihak berkuasa.

Sementara, pihak polis pula sedang mengawal ketat kawasan di sekitar bangunan Bursa Malaysia.

Skuad pemusnah bom dan pasukan anjing pengesan K9 dilihat telah tiba di lokasi kejadian.

Menurut satu sumber kepada laman Facebook Sini Laken, panggilan ancaman itu diterima kira-kira pukul 1 petang Jumaat.

Dalam panggilan ancaman tersebut, suspek mendakwa mahu meletupkan bom selepas solat Jumaat.

Sehingga kini, masih belum lagi ada kenyataan rasmi daripada pihak polis mengenai situasi sebenar.

Difahamkan, pihak polis kini sedang mengesan mana-mana individu yang mencurigakan di kawasan berdekatan bangunan itu. – MYNEWSHUB.CC

KUALA LUMPUR – Malaysia akan mendapat manfaat daripada harga minyak mentah yang lebih tinggi dan stabil selepas anggota Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran pada mesyuarat di Algeria, kata pakar ekonomi.

Semalam, anggota OPEC, kecuali Iran, Libya dan Nigeria, mencapai persetujuan untuk mengurangkan pengeluaran kepada antara 32.5 juta dan 33 juta tong sehari (bpd) daripada 33.4 juta tong sehari pada masa ini.

Persetujuan yang dicapai buat pertama kali dalam tempoh lapan tahun ini telah membawa kepada kenaikan harga minyak mentah dalam dagangan semalaman dengan penanda aras global Brent, melonjak 5.9 peratus kepada US$48.69 (US$1 = RM4.11) setong.


Ahli Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Izzuddin Yussof berkata pengurangan berkenaan akan menyekat penawaran minyak mentah, yang berpotensi membawa kepada pengurangan dalam bekalan dan akhirnya menjadikan harga minyak mentah lebih tinggi.

“Ia akan memberi manfaat kepada Malaysia kerana harga minyak mentah yang lebih tinggi dan stabil boleh meningkatkan sentimen perniagaan dalam sektor minyak dan gas, meningkatkan aktiviti pelaburan serta paras pekerjaan dan pendapatan,” katanya kepada Bernama.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa kesan daripada pengurangan pengeluaran mungkin terhad memandangkan paras US$50 dilihat sebagai agak rendah berbanding dengan lebih US$100 setong pada pertengahan 2014 dengan kemungkinan syarikat minyak syal AS meningkatkan keluaran mereka sendiri.

“Syarikat-syarikat minyak dan gas Amerika Syarikat berkemungkinan menjadi pihak yang mendapat manfaat paling besar daripada persetujuan itu,” katanya.

Izzuddin berkata lebihan bekalan pada mulanya disebabkan oleh kemasukan syarikat-syarikat minyak dan gas syal ke dalam pasaran tetapi kebanyakan mereka kekal lemah kerana kejatuhan harga minyak.

“Langkah OPEC menyekat pengeluaran pada tahap yang tertentu menyebabkan harga meningkat, syarikat-syarikat minyak syal AS mungkin boleh memulakan semula operasi mereka,” katanya.

Lebihan bekalan menjadikan harga Brent merudum dari paras kemuncak pada US$115 setong pada Jun 2014 ke paras serendah US$27.88 pada Januari tahun ini.

Mengenai pengecualian Iran, Libya dan Nigeria daripada persetujuan itu, Izzuddin berkata, ketiadaan mereka tidak menjejaskan had keseluruhan, kerana mereka dibenarkan menghasilkan pada “tahap maksimum yang masuk akal” sebagai sebahagian daripada sebarang had pengeluaran.

“Ini bermakna pengeluaran OPEC akan kekal berada antara 32.5 juta dan 33 juta tong sehari,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, cabaran bagi OPEC ialah bagi 14 negara kartel, yang menyediakan hampir 40 peratus minyak mentah dunia, untuk mematuhi had yang telah ditetapkan.

“Mereka telah melanggar had 30 juta tong sehari yang dikenakan sendiri sejak akhir 2011,” katanya.

Iran, Libya dan Nigeria dikecualikan daripada persetujuan itu kerana negara itu mahu meningkatkan pengeluaran selepas sekatan ekonomi ditarik balik ke atas Iran pada awal tahun ini manakala Libya dan Nigeria pula atas alasan beberapa kemudahan minyak mereka rosak oleh serangan pengganas beberapa bulan kebelakangan ini.

Izzuddin kata bank pelaburan itu mengekalkan unjuran minyak mentah Brent pada US$45 dan US$50 setong, masing-masing pada tahun ini dan tahun depan.

“Pada masa yang sama, kami menjangkakan harga minyak mentah Brent akan mencecah US$50 setong menjelang akhir tahun,” katanya. – BERNAMA

KUCHING: Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya menyifatkan penglibatannya dalam politik bukan penghalang untuk terus berdakwah dan menggembangkan syiar Islam di negara ini.

Menurutnya, penglibatan dalam politik tidak sepatutnya membimbangkan sesiapa kerana pada masa sama berdakwah tetap dijalankan.

"Saya hanya pendakwah dan kekal sebagai pendakwah selamanya, In Sha Allah.

"Tiada apa yang perlu dibimbangkan," katanya menerusi aplikasi Whatsapp.

"Kita akan terus menjuarai perjuangan untuk memastikan pandangan Islam yang sederhana dan adil kepada semua pihak. Isu pandangan kolot dan bersifat sektarian hendaklah dielakkan bagi memastikan keharmonian hidup beragama dalam sebuah negara yang majmuk ini dapat dipertahankan"

"Sikap dan pandangan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem yang sederhana telah menarik perhatian saya untuk membantu beliau bagi memastikan pengamalan Islam dalam negara ini menepati kehendak Allah dan al-Quran itu sendiri.

"Sudah pasti banyak pihak punya pelbagai pandangan. Itu kita mesti raikan bagi memastikan golongan ekstrimis dapat dibendung. Akhirnya nanti pandangan yang sederhana mesti menjadi juara dan arus perdana negara"

"Saya terharu mendengar pandangan Siti Kasim dan berharap beliau terus mengkaji tentang agama Islam. Itu tugas setiap orang Muslim," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng menerusi aplikasi Whatsapp.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Siti Kasim mengenai penyertaan Datuk Dr Juanda Jaya dalam politik mengecewakan beliau kerana bekas mufti itu pernah memberinya gambaran positif tentang Islam.

Peguam itu berkata, Juanda antara ulama yang berjaya mengubah pandangannya terhadap agama dan membuatnya lebih berminat mendalami al-Quran.

"Saya jumpa Juanda di sebuah forum selepas saya pulang ke Malaysia. Saya dapati beliau berjaya mengungkapkan keindahan Islam dengan cukup baik sekali.

"Ia menjadi permulaan kepada saya untuk membaca, memahami dan mengkaji Quran.

"Beliau kata pada saya,'Islam sebenarnya sangat mudah;ia mengenai perkara-perkara yang munasabah. Benda salah tetap salah.'

"Saya tanya betul ke doktor? Dia kata 'ya, Islam tidak begitu sukar kerana Tuhan beri akal untuk kita memahaminya," kata Siti,53, dalam satu wawancara baru-baru ini.-Sarawakiana

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd akan menawarkan model iPhone paling canggih dan terbaik, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus, di Malaysia bermula 14 Okt, 2016.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata model-model tersebut menampilkan sistem kamera canggih baharu dan hayat bateri yang mampu bertahan lama selain kalis air dan tahan debu.

Pelanggan boleh menempah iPhone 7 dan iPhone 7 Plus bermula 7 Ogos, 2016 menerusi https://www.bluecube.com.my. - Bernama

KUALA LUMPUR - Kejayaan lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Jerman minggu ini membuktikan dakwaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah salah bahawa Malaysia sebuah negara yang gagal, tegas Pengarah Strategi Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, ia mungkin Dr Mahathir mahu menutup malu kerana pengaruhnya kini telah merosot.

"Bukan hanya dengan membandingkan perdana menteri kita dan lain-lain dalam kerajaan dengan Nazi, tetapi berbuat demikian semasa perdana menteri berada di Jerman," katanya dalam satu kenyataan semalam

Abdul Rahman berkata, Jerman telah menebus masa lalu dan membinanya menjadi sebuah negara demokrasi yang menjadi contoh kepada begitu banyak negara dan adalah satu perbuatan salah untuk memburukkan sesebuah negara dan membangkitkan sejarah pahit itu hanya semata-mata untuk meraih keuntungan bagi kepentingan diri sendiri dalam politik.

Abdul Rahman menegaskan Dr Mahathir sekali lagi menunjukkan beliau bukan seorang negarawan.

Menurutnya, kenyataan Dr Mahathir semakin terdesak dan tidak waras dan ia sesuatu yang memalukan untuk melihat seorang bekas perdana menteri memusnahkan legasinya.

Beliau berkata, Dr Mahathir telah menyebabkan rasa meluat dan bersalah di Jerman, yang mana pada tahun lepas merupakan pelabur terbesar Eropah di Malaysia dengan jumlah pelaburan Jerman mencecah US$11.4 bilion.

"Sebaliknya, Perdana Menteri kita menjadi tetamu kehormat Canselor Angela Merkel, yang berjuang untuk meningkatkan kepentingan ekonomi dan keselamatan Malaysia dan rakyatnya," katanya. - Bernama

MIRI: The prevalence of smoking is on the increase in Sarawak and integrated efforts need to be taken to prevent many including innocent people from dying from tobacco-related diseases.

Quoting the National Health and Morbidity Survey (NHMS) 1996 and 2015, State Health Department director Dr Jamilah Hashim said the prevalence increased to 25.4 per cent last year from 22.3 per cent in 1996. The percentage is higher than the national prevalence rate of 22.8 per cent and five million of them were Malaysians aged 15 years and above.

“The state’s prevalence is higher in rural areas at 26.4 per cent compared to 16.5 per cent in urban areas.

“Equally worrying is that NHMS 2012 showed that from 1,633 students randomly surveyed Sarawak has the highest percentage in the country of students smoking at 19.6 per cent while the national average is 11.5 per cent and 65 per cent smoked as early as when they were 14 years old,” revealed Dr Jamilah at the state-level presentation of the Blue Ribbon Award here yesterday.

Her text of speech was read by her deputy, Dr Nordin Salleh.

Pustaka Negeri Sarawak chief executive officer Rashidah Bolhassan, Malaysia Health Promotion Board (MySihat) chief executive officer Mohd Zaki Abdul Rahim, acting Miri divisional health officer Dr Veronica Lugah and Miri Hospital director Dr Jack Wong were present.

Dr Jamilah added that the Global Adults Tobacco Survey (GATS) 2011 showed that four in every 10 Malaysians or 7.6 million were exposed to second-hand smoke and Environmental Cigarette Smoke at home, 2.3 million people at their workplaces and seven out of ten were in danger due to second-hand smoke at eateries.

Cigarette smoke carries more than 7,000 dangerous chemicals, hence the likelihood of endangering the lives of all Malaysians and others in the world.-BP

KUALA LUMPUR: Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik untuk menjamin integriti dan tadbir urus parti politik akan dibentang ke Kabinet dalam tempoh terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan, berkata draf akta itu turut merangkumi 32 cadangan yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu proses pelaksanaan, keperluan undang-undang baharu dan jangkaan pelbagai isu berbangkit dalam tempoh panjang.

Beliau berkata, pihaknya memerlukan dua minggu untuk selesai membentangkan draf dicadangkan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) berkenaan kepada Kabinet, sebelum satu agensi atau kementerian khusus diberi tanggungjawab untuk membuat penelitian lanjut.

"Kementerian atau agensi ini akan memperhalusi cadangan JKNMPP untuk merangka draf terakhir yang bakal dibentang ke Parlimen supaya akta baharu diwujudkan," katanya pada sidang media, sebentar tadi.

Antara cadangan diutarakan JKNMPP adalah setiap ahli dan parti politik perlu mewujudkan akaun berasingan untuk menerima dana atau sumbangan supaya pemantauan aliran kewangan boleh dilaksanakan.

Jumlah sumbangan kepada ahli dan parti politik tidak dihadkan, namun setiap perbelanjaan perlu direkodkan serta dikawal selia oleh Pengawal Sumbangan dan Perbelanjaan Politik Sumbangan tunai daripada sumber asing kepada parti atau ahli politik perlu diharamkan supaya tiada pengaruh luar terhadap tadbir arus dan hala tuju tempatan.

GEORGE TOWN, 30 Sept (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 6 Dis bagi pengurusan kes lanjutan kes rasuah melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan menyiapkan dokumennya yang dalam jumlah banyak dan menyerahkan kepada pasukan pembelaan dan mahkamah.

Hadhariah berkata beliau tidak mahu kes itu tertangguh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud dan Mohd Dusuki Mokhtar. Lim diwakili peguam Gobind Singh Deo manakala peguam Hisyam Teh Poh Teik mewakili Phang.

Pada 30 Jun lepas, Lim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Bagi pertuduhan pertama, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang, telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya dan isterinya Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Lim, 56, didakwa melakukan kesalahan itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar di George Town pada 18 Julai, 2014.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Lim didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada Phang dengan harga RM2.8 juta.

Nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta dengan Lim mengetahui bahawa Phang mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya. Lim didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town, pada 28 Julai 2015, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bekas pemilik banglo itu, Phang turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat bagi mendapatkan untuk diri Lim lot tanah dan rumah itu di tempat dan pada tarikh sama.

Phang, 44, didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 165 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. -- BERNAMA
JOHOR BAHRU: Tujuh warga asing berusia 20 hingga 55 tahun ditahan penguat kuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selepas memiliki MyKad palsu dalam beberapa serbuan di sekitar Pasir Gudang, Johor, awal pagi hari ini.

Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN, Mohamad Yusri Hashim, berkata mereka ditahan dalam Ops ID yang diadakan di Flat Taman Rinting, Kampung Masjid dan Flat Taman Masai Utama.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada lima lelaki dan dua perempuan dipercayai dari selatan Filipina dan Indonesia.

"Hasil siasatan yang dijalankan mendapati enam daripada mereka menggunakan MyKad palsu, manakala seorang lagi ditahan atas kesalahan Memiliki kad pengenalan orang lain.

"Siasatan juga mendapati ada antara mereka mengaku membeli MyKad palsu dengan harga diantara RM300 hingga RM1,000 daripada sindiket pemalsuan dokumen pengenalan diri," katanya di sini hari ini.-HM


SIBU: Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman 18 tahun penjara terhadap seorang lelaki atas tuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki lain.

Abdah Siri, 35, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan alternatif yang dibacakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian Rajin Jenau, 40, pada 1 Oktober, 2014, jam lebih kurang 4 pagi di Pasar Tanjung Manis.

Dalam kejadian itu, Abdah didakwa dengan niat mendatangkan kecederaan tubuh badan yang menyebabkan kepada kematian mangsa.

Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun atau boleh dikenakan denda jika sabit dengan kesalahan.-UB
Sejak Julai 1985, Proton Holding Berhad sentiasa mendapat perhatian kerajaan. Sebagai syarikat automotif pertama negara, pastinya Proton dekat dihati kerajaan dan rakyat Malaysia. Segala permasalahan melibatkan syarikat ini menjadi keutamaan pemerintah.

Sejak awal penubuhannya, pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Proton dilihat cukup sinonim. Sehinggakan ada yang mengatakan, tanpa Tun Mahathir, siapalah Proton.

Namun begitu, sepanjang 31 tahun penubuhannya sehingga kini, Proton masih belum mampu mengorak langkah lebih jauh.

Tahun ini, Proton buat sekian kalinya mengalami masalah hutang tertunggak sehingga mencecah RM 1.1 bilion hingga memaksa syarikat berkenaan memohon bantuan daripada kerajaan walaupun hakikatnya, pengerusinya sebelum ini mahu menjatuhkan kerajaan.

Melihat kepada tekanan yang melanda Proton, akhirnya, hubungan 31 tahun Tun Mahathir dan Proton terlerai. Dengan perletakan jawatan Tun Mahathir selaku Pengerusi Proton, barulah kerajaan dapat membina semula imej Proton yang telah tercalar sejak sekian lama.

Setelah meneliti permohonan Proton, akhirnya kerajaan menyalurkan bantuan sebanyak RM 1.5 bilion dengan syarat ia harus merangka pelan penstrukturan semula di mana Proton perlu mencari rakan strategik bagi membolehkan produknya dipasarkan dengan lebih meluas.

Hasilnya, setelah Tun Mahathir berundur daripada Proton, pihak pengurusan lebih bebas untuk merangka pelan perniagaan mereka.

Jika sebelum ini, pengurusan Proton `agak takut' untuk mengambil tindakan bagi menjaga indeks kepuasan pelanggan namun hari ini, Proton lebih berhati-hati sebelum memperkenalkan sebarang produk keluaran kilang mereka.

Malah, vendor-vendor terdahulu yang membekalkan alat ganti serta pendawaian setiap kereta Proton juga sentiasa dipantau sekali gus membolehkan produk yang dihasilkan oleh dua kilang mereka sentiasa menepati piawaian yang ditetapkan.

Langkah Proton yang sedang menimbangkan kerjasama dengan Suzuki, Skoda dari kumpulan Volkswagon, kumpulan Renault atau Peugeot dilihat sebagai satu langkah realistik bagi mengembangkan lagi perniagaannya, sesuai dengan syarat bantuan kerajaan sebelum ini.

Proton hari ini boleh dikatakan sudah bebas dari belenggu birokrasi ciptaan Tun Mahathir yang mencengkam syarikat ini sejak sekian lama.

Jika diambil kira perkembangan semasa, Proton dijangka mampu mengorak langkah lebih jauh hanya dalam tempoh kurang dari 5 tahun.

Tulisan:
Beruang Biru
BB67, Jumaat
30 September 2016

AKTOR Fahrin Ahmad kini bergelar bapa selepas isterinya, Elena Hani Eleas selamat melahirkan cahaya mata sulung di Pusat Perubatan KPJ Damansara.

Bayi lelaki seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan secara normal pada pukul 4.15 petang semalam. Menariknya, anak sulung mereka berkongsi tarikh lahir dengan Elena.

Menerusi perkongsian Fahrin di laman Instagram miliknya, pelakon filem Pilot Café itu berterima kasih atas sokongan semua pihak.

“Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah... Baby boy selamat dilahirkan secara normal, 1615 hrs... Khamis, 29 September 2016.. tq to our motherly and sweet Gynae Toh Puan Dr. Maziah Ahmad assisted by Sister Susana, Irene & Stephanidah.

“And also to Encik Zaidi & all for the pleasant birthday surprise for elena & the baby.. tq #kpjdamansara !! Dan terima kasih atas doa dan sokongan semua.. syukur... to my love @elenaeleas well done, you are a warrior queen! #fahrinelena,” tulis Fahrin.

Fahrin dan Elena mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 2015 di Pusat Konvensyen Sime Darby Mont Kiara, Kuala Lumpur.- Awani

SRI AMAN: Satu lagi laporan polis dibuat oleh dua Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi lewat petang semalam di Balai Polis Sri Aman ke atas pemilik akaun Facebook, ‘Kapak Sarawak (Anthony Bakit)’ didakwa menghina penunggang motosikal berkuasa tinggi di negeri ini.

Dua Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi ialah Simanggang Benak Riders Club (SBRC) dan Simanggang Kayau Bikers (SKB).

Pengerusi SBRC, Jamali Safri ketika bercakap kepada pemberita berkata, laporan polis dibuat sebagai tanda protes dan tidak puas hati terhadap catatan pemilik akaun Facebook berkenaan disifat menjatuhkan maruah penunggang motosikal berkuasa tinggi dinegeri ini.

“Tidak semua penunggang motosikal bersikap tidak berhemah ketika berada di jalan raya malah semua orang akan berhati-hati ketika berjalan di jalan raya.

“Kita tidak merancang setiap kemalangan yang berlaku dijalan raya dan yang melibatkan penunggang motosikal berkuasa tinggi seperti yang berlaku di Debak baru-baru ini,” katanya dengan nada kesal terhadap catatan yang tertulis di akaun milik Kapak Sarawak berkenaan.

Menurutnya, semua kelab permotoran berkuasa tinggi ini adalah kelab permotoran berdaftar.

“Justeru, kami terpanggil membuat laporan polis terhadap catatan tertulis dalam akaun FB milik Kapak Sarawak berkenaan disifat sebagai kenyataan biadap,” ujarnya lanjut.

Sementara itu, Pengerusi SKB, Ebit Seng yang turut bersama SBRC membuat laporan polis di sini semalam memohon kepada pihak bertanggungjawab mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun berkenaan.

“Kami memohon pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik akaun Facebook berkenaan.

“Kenyataan beliau sebenarnya seolah-olah satu penghinaan kepada penunggang penunggang motosikal berkuasa tinggi di negeri ini,” katanya.

Jelasnya, mereka tidak mahu masyarakat memandang rendah terhadap kelab kelab selepas ini memandangkan ia kelab berdaftar dan sah di sisi undang-undang.

“Sekali lagi kami mahu dan memohon kepada pemilik akaun FB berkenaan memohon maaf secara terbuka kepada semua penunggang motosikal berkuasa tinggi di negeri ini dan ahli keluarga penunggang motosikal yang meninggal dunia baru-baru ini,” katanya lanjut.

Turut hadir sama di balai polis, kira-kira 30 ahli kelab kedua-dua kelab motosikal di sini.-UB

Sejarah peradaban dunia tidak akan melupakan nama Adolf Hitler, seorang pemerintah Jerman yang hampir berjaya menakluk sebahagian besar bumi Eropah dan beberapa negara di Afrika.

Sehingga hari ini, nama Hitler dan parti Nazi yang diasaskannya menjadi `trauma' bagi sebilangan besar warga Eropah dan Jerman khususnya.

Kejayaan Hitler mencipta fenomena ketakutan di seluruh Eropah sebenarnya cuba ditiru oleh banyak pemimpin Asia. Bagi mereka, formula pemerintahan berasaskan satu hala atau ketakutan terhadap pemimpin, merupakan idealogi bijak ciptaan Hitler sehingga membolehkan mereka mentadbir sesebuah negara lebih dua dekad.

Lihat sahaja Presiden Suharto yang memerintah Indonesia selama 31 tahun. Tidak kurang hebatnya, Saddam Hussein yang memerintah Iraq selama 24 tahun, Muammar Gadafi yang menerajui Libya selama 34 tahun dan Hosni Mubarak yang mentadbir Mesir selama 30 tahun.

Kesemua mereka mentadbir negara masing-masing dengan menggunakan sistem di mana pesaing dan rakyat takut untuk menentang mereka. Di negara kita pula, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak kurang hebatnya. Beliau mentadbir negara selama 22 tahun tanpa mampu dicabar oleh sesiapa pun.

Jika ada yang mempersoalkan kenapa perlu membandingkan Tun Mahathir dengan Suharto, Saddam Hussien, Muammar Gadafi dan Hosni Mubarak, jawapannya mudah. Sepanjang memerintah Malaysia, beliau menutup mulut pesaing politiknya menerusi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan ia turut diakui oleh pembangkang suatu masa lalu, sebelum mereka berbaik dengannya.

Bukan sedikit mereka yang pernah disumbatkan ke dalam ISA sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri. Malah, semua keputusan yang beliau buat sepanjang menjadi Perdana Menteri, tiada siapa berani membantah. Jika ada yang berani menongkah arus, bersiap sedialah menghuni penjara tahanan ISA di Kemunting, Perak atau setidak-tidaknya dilucutkan jawatan dalam keadaan terhina.

Rakyat pula sentiasa didokrinkan dengan pentadbiran bersih, cekap dan amanah di mana sebarang kritikan menerusi media, tunjuk perasaan dan banyak lagi, adalah diharamkan di Malaysia.

Inilah yang dilakukan oleh Hitler sepanjang menguasai sebahagian besar Eropah bersama-sama rakan sekutunya, Benito Mussolini. Sebarang penentangan terhadap pentadbiran diktator mereka, bakal berakhir di penjara atau di muncung-muncung senapang algojo.

Sepanjang pemerintahan Hitler juga, rakyat di bawah kekuasaan Nazi sentiasa didokrinkan dengan ayat, Eropah akan lebih makmur di bawah Nazi tanpa boleh mengadakan sebarang kecaman mahupun pemberontakan. Tidakkah sistem dan cara pentadbiran ini sama dengan apa yang diamalkan oleh Tun Mahathir?

Jika ada yang mengatakan Tun Mahathir berjasa kerana membina KLCC, Litar Antarabangsa Sepang, Lebuh raya PLUS dan membangunkan ekonomi negara, Hitler dan Nazi juga berjaya membina kelengkapan perang paling canggih di dunia, membangunkan ekonomi Jerman setanding dengan Great Britain dan Amerika serta mampu memberi makan percuma buat golongan gelandangan di Munich dan Berlin.

Untuk meletakkan pentadbiran negara sama seperti apa yang diamalkan oleh Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Jerman era Nazi, adalah suatu perkara yang cukup dangkal tapi idealogi Nazi yang `diamalkan' Tun Mahathir membolehkannya mempertahankan jawatan selama 22 tahun.


-BERUANG BIRU-

KUCHING: Action can be taken against ride sharing app Uber drivers in Sarawak and Sabah as their current modus operandi falls under the category of ‘pirate taxis’ in both states.

In stating this, Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Nancy Shukri said to date Uber has not submitted any permit application to Commercial Vehicle Licensing Board (LPKP) in both Sarawak and Sabah.

She pointed out that Section 33 of the LPKP Act clearly stated vehicles used for public service must be licensed.

“Therefore, JPJ (Road Transport Department) and the police have the authority by law to seize vehicles without licence under Section 51 of the LPKP Act.

“All parties are urged to cooperate and be responsible to ensure the safety and welfare of passengers are given priority,” she said yesterday.

She also mentioned that LPKP Sarawak and LPKP Sabah, together with JPJ and the Royal Malaysia Police (PDRM), would continue to monitor the operation and services of illegal transport vehicles including the Uber service.

“This is to ensure the safety and interest of passengers are given priority as provided by licensed taxi operators,” added Nancy, who oversees both Sabah and Sarawak LPKP.

Nancy made the statement following news reports that two Uber drivers in Sabah were arrested in Kota Kinabalu on Monday during police operations against illegal public transporters in the city.

The two men, aged 37 and 25, were arrested in front of a shopping mall there. Kota Kinabalu police chief ACP M. Chandra was quoted as saying that Uber drivers, though registered online, were not legal in Sabah.

In Sarawak, the state’s deputy head of traffic investigation and enforcement DSP Alexson Naga Chabu was quoted in Thursday’s Borneo Post as saying that the police, LPKP and JPJ would take action against Uber drivers because they were operating illegally.

He had said that under Section 33 of LPKP Act 1987, Uber drivers may be charged not less than RM1,000 or not more than RM10,000.

“The Act also allows us to seize the private vehicles used illegally for commercial purposes,” he added.-BP

SIBU: Seorang bekas pegawai daerah mengaku tidak bersalah di mahkamah di sini petang semalam atas tuduhan mengemukakan tuntutan elaun perjalanan palsu melibatkan tuntutan sebanyak RM4,450.

Tertuduh Wan Akil Wan Ahmad Bujang membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Inggeris.

Mengikut pertuduhan, Wan Akil didakwa mengemukakan tuntutan elaun perjalanan itu pada 14 Ogos, 2014 di Pejabat Daerah Selangau.

Tertuduh didakwa mengemukakan Borang Tuntutan Elaun Perjalanan Rasmi bertarikh 4 Ogos, 2014 berjumlah RM4,450, bagi bayaran elaun makan, penginapan dan tambang teksi untuk bulan Julai.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 18, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24, Akta yang sama.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Mahkamah turut menetapkan 31 Oktober ini bagi tarikh pengurusan awal kes dan 21 hingga 23 November serta 28 hingga 30 November sebagai tarikh perbicaraan.-UB


KUCHING: Opis Menteri Pemansang Menua Pesisir enggau Kandang Menua (KKLW) ngarapka diung­kup belanja ti besai agi ari taun sebedau tu dalam Bajet 2017, ngambika ulih dikena bejalaika projek pemansang di serata menua kelebih agi di menua pesisir Sarawak.

Sapit Menteri KKLW, Datuk Alexander Nanta Linggi madah, agi mayuh pro­jek pemansang menua pesisir ke patut dipejalaika sereta begunaka ungkup belanja ti lebih besai.

Bajet 2017 dipelaba deka dibantaika Menteri Besai Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen kena 21 Oktober tu.

“KKLW ngarapka dalam Bajet (2017) ti dibantaika kena 21 Oktober tu di Pali­men, bulih ungkup belanja ti mayuh agi ari taun tu (2016), tambah mega KKLW endang bisi ngenataika peminta nya ngagai Opis Menteri Wang.

“Kebuah kami (KKLW) minta ungkup belanja ti mayuh agi laban deka neruska pengawa ngemansang baka ngaga sereta ngemanahka agi jalai alun lalu nyendiaka bekal elekterik 24 jam di menua pesisir, kelebih agi di Sarawak enggau Sabah.

“Nya alai KKLW amat ngarapka Opis Menteri Wang ngemendarka ungkup be­lanja ti mayuh agi (dalam Bajet 2017),” ku iya lebuh dikerandau raban pengarang berita.

Taun nyin kemari ku iya, KKLW diungkupka belanja lebih RM10 billion lalu ari penyampau nya bisi RM5.4 billion dikena bejalaika pe­mansang lalu laluh diagih nga­gai piak pengatur pengawa.

“Ari penyampau ung­kup belanja pemansang nya (RM5.4 billion) dikena opis menteri ngaga sereta ngema­nahka agi jalai alun di Sarawak ditu ti sepemanjai lebih 700 kilometer nguna ungkup be­lanja RM1 billion,” ku iya.

Dulu ari nya Nanta nyuaka geran perintah sepenyampau RM36,000 ngagai lapan Gerempung Ukai Dikuasa Perintah (NGO) nyeng­kaum Gerempung Penulis Sarawak; Tetuan Jawa­tankuasa Sukan Kebajikan dan Kebudayaan IPTAR enggau Kelab Sosial sereta Rekreasyen KPLB.

Nambahka nya, Majlis Kebajikan Kebudayaan dan Riadah Jabatan Pendaftaran; Sarawak Dayak Graduate Association (SDGA); Kaunsil Pemansang Pelajar Jaku Iban; JKKK Rumah Reba enggau Biro Indu Rh Banta Kubal Batu.

“Sehari tu aku meri geran perintah ngagai lapan beng­kah NGO ngambika bisi dikena sida bejalaika aktiviti, lalu aku ngamatka semaya aku,” ku Kaban Parlimen Kapit nya seraya madahka sebagi ari ke udah nerima geran nya.-UB

TURKI: Badan keselamatan tertinggi Turki menggesa untuk melanjutkan darurat susulan cubaan rampasan kuasa 15 Julai lalu.

Majlis Keselamatan Negara (MGK) berkata, tempoh darurat perlu dilanjutkan bagi memastikan perlindungan demokrasi, kedaulatan undang-undang, hak dan kebebasan rakyat di negara itu.

Presiden Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan kecemasan selama tiga bulan pada 20 Julai lalu, kurang seminggu selepas kegagalan cubaan rampasan kuasa dan ia dijangka tamat pertengahan Oktober depan.

MGK bagaimanapun tidak memberitahu sama ada tempoh darurat yang baharu akan kekal tiga bulan.

Dalam perkembangan berasingan, pembinaan blok di sepanjang sempadan Syria untuk menghalang kemasukan pendatang tanpa izin dijangka siap lima bulan lagi.

"Pembinaan projek sepanjang 900 kilometer sempadan Turki dengan Syria akan siap hujung Februari tahun depan. Bagaimanapun, jadual jangkaan siap mungkin berdepan beberapa cabaran berpotensi disebabkan keadaan musim sejuk," menurut pegawai kerajaan.

Turki memulakan kerja pembinaan pada 2014 dan difahamkan, halangan tersebut adalah sama dengan spesifikasi dinding sempadan di negara lain. - Agensi

Mungkin ramai di antara pengguna di Malaysia yang masih belum mengetahui secara mendalam mengenai rangkaian perkhidmatan mudah alih terbaru di negara ini.

WEBE cuba memberikan pengalaman digital sepenuhnya kepada para pengguna, bermula dari pendaftaran atas talian sehinggalah penghantaran ke rumah tanpa pengguna perlu pergi ke mana-mana.

Selain itu, webe turut menawarkan pakej mereka pada harga yang rendah bermula RM79 untuk pelan data tanpa had, termasuk pakej panggilan dan SMS.

Sekiranya mengikut harga asal tanpa sebarang potongan, webe menawarkan pelan pada harga RM199 sebulan untuk penggunaan data, panggilan dan juga SMS tanpa had.

Tetapi, selepas potongan diskaun untuk pengguna TM dan P1 (sebelum ini) serta untuk mereka yang menggunakan telefon mudah alih yang termasuk di dalam senarai webe certified phone, pengguna hanya perlu membayar sekitar RM79 sebulan (tidak termasuk GST).

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Pemasaran webe, Lai Shu Wei berkata, “Kami telah mendengar apa yang pengguna ingin sampaikan tentang pelan mudah alih mereka pada masa kini dan inilah yang sedang kami lakukan.

“Melalui penawaran perkhidmatan ini, kami berhasrat untuk mengubah mentaliti wujudnya penggunaan internet yang terhad pada telefon bimbit anda,” katanya.

Jadi, bermula hari ini, orang ramai boleh mula mendaftar pelan perkhidmatan webe dengan mudah secara di atas talian sahaja di www.webe.com.my

KUCHING: Pemain bola sepak muda Sarawak mungkin berpeluang menandatangi kontrak bersama kelab handalan Eropah sekiranya terpilih dalam program Million Dollar Feet(MDF) yang bermula 8 hingga 9 Oktober ini di Padang C.

Pengarah Bolasepak MDF, Peter De Kretser berkata, pihak menganggarkan kira-kira 2,000 pemain muda berusia 11 hingga 14 tahun akan menyertai program tersebut.

Menurutnya, pemain terbaik bagi setiap sesi pemilihan akan terpilih ke peringkat akhir yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur.

"Kita mencari pemain berbakat di Malaysia untuk menandatangani kontrak bersama kelan terkenal di Eropah.

"Saya berharap ada anak Sarawak yang bakal terpilih," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Lagenda Liga Perdana Inggeris, Steve McMahon akan mengendalikan sesi pemilihan di Sarawak, Pulau Pinang, Pahang, Johor dan Kuala Lumpur.

Menurut McMahon, antara kriteria pemain yang diberi perhatian termasuk bakat, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran individu.

"Saya berharap akan ada pemain muda negeri ini terpilihdan secara tidak langsung dapat membantu dalam membangunkan pemain di peringkat akar umbi," ujarnya.-Sarawakiana


Mexico City: Seorang wanita, Reyna Renteria pengsan sebaik teman lelakinya melamarnya dan menyerahkan cincin pertunangan.

Video menunjukkan kejadian itu menjadi viral apabila ia dimuat naik ke laman sosial.

Video berkenaan menunjukkan Reyna berpakaian putih dan jaket hitam berjalan ke arah teman lelakinya, German Benitez di satu acara yang lengkap dengan permainan muzik.

Benitez berdiri di hadapan Reyna sambil memegang kotak kecil dan menyerahkan kepadanya.

Tetapi, sebaik mengambilnya, Reyna pengsan.

Reyna yang rebah tiba-tiba cuba disambut Benitez, tetapi gagal.

Selepas kejadian itu, Reyna digelar ‘Wanita Bertunang’ oleh pengguna laman sosial.

Kejadian itu juga menarik perhatian beberapa syarikat dan pengeluar barangan berjenama yang menawarkan pasangan itu kelengkapan untuk perkahwinan jika Benitez dan Reyna bersetuju menggunakan barangan keluaran mereka. - Agensi




KUCHING: Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) masih berahsia mengenai calon presiden walaupun beberapa nama sudah dikenalpasti.

Pemangku presidennya, Abdul Wahab Rahim berkata, bakal presiden perlu mempunyai visi membangunkan bola sepak negeri ini.

Malah menurutnya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem turut memberi sokongan dan mahu FAS terus menumpukan kepada program pembangunan.

"Buat masa ini kita tidak dapat menyatakan sebarang nama bakal presiden.

"Namun apa yang penting, bakal presiden mempunyai visi dalam membangunkan bola sepak terutama di peringkat akar umbi," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, perlawanan terakhir menentang PDRM pada 22 Oktober di Stadium Negeri akan menentukan hala tuju pasukan pada musim depan.

"Kalau menang pada perlawanan terakhir dan kekal dalam Liga Super, adalah tidak adil untuk kita melakukan rombakan besar-besaran.

"Apa yang kita lakukan mungkin rombakan kecil sahaja untuk menampung kekurangan yang ada," ujarnya.-Sarawakiana
Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan baru sehari dua mengenali Anwar Ibrahim. Begitu juga dengan Anwar kerana mereka sudah mengenali satu sama lain semenjak lama dulu.

Semasa Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri, Mahathir sebenarnya tidak berniat lansung mahu beliau menggantikannya sebagai Perdana Menteri.

Ini kerana Mahathir sedar Anwar bukan jenis yang boleh diarah iaitu ciri-ciri utama Perdana Menteri yang Mahathir mahu, tetapi tiada pada Anwar. Ia begitu ketara hinggakan ketika Mahathir mengumumkan tempoh bayaran semula hutang menjadi 6 bulan, Anwar pula mengumumkan 3 bulan.

ketika Mahathir mengumumkan faedah 3%, Anwar pula umumkan 6%. Dari situ Mahathir sedar Anwar bukan `orangnya' dan beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri `remote control' apabila Mahathir berundur.

Ada orang kata Mahathir yang berkonspirasi mahu menjatuhkan Anwar, sebaliknya Anwar pula menuduh Mahathir yang berkonspirasi untuk menjatuhkannya.

Malah dulu sesiapa sahaja yang masuk ke dalam pejabat Mahathir, maka Anwar akan memanggil orang itu ke pejabatnya pula untuk bertanya apa yang dibincangkan antara orang itu dengan Mahathir. Begitulah tahap syak wasangka antara Anwar dan Mahathir. Akhirnya semua tahu akan kesudahannya.

Masalah negara sebenarnya bermula dengan Mahathir. Semua berlaku kerana Mahathir sudah siapkan agenda dirinya yang ingin beliau laksanakan.

Sepatutnya Mahathir menjadi Perdana Menteri sepuas hati dan undur terus apabila tiba waktunya. Namun atas sebab seronok berkuasa, maka Mahathir mahu anaknya juga menikmati keseronokan menjadi Perdana Menteri.

Bukan sahaja kerana seronok menjadi Perdana Menteri maka anaknya juga mesti dijadikan Perdana Menteri tetapi ada tugas yang beliau mahu anaknya lakukan bersama jawatan itu. 

Hanya kuasa Perdana Menteri sahaja boleh mengawal dan menguasai kroni, proksi serta harta yang disimpan pada mereka.

Itu sebabnya Perdana Menteri selepas Mahathir harus dihadkan satu penggal sahaja dan Mahathir tahu betapa popularnya Anwar ketika menjadi timbalannya. Keadaan ini pasti membuatkan Anwar jadi lebih kuat dan hebat serta sukar untuk dikawal.

Jika dari dahulu lagi Anwar sudah merbahaya untuk agenda Mahathir menaikkan Datuk Seri Mukhriz, apatah lagi jika kali ini jika Mahathir mengumumkan nama Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang. Ini kerana waktu sudah singkat dan mana mungkin Anwar mahu memegang jawatan lain dalam tempoh dua atau 3 tahun sahaja.

Itu sebabnya Mahathir tanpa rasa malu mengumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang, hanya untuk menutup laluan kepada sesiapa yang menamakan Anwar.
Muhyiddin adalah boneka yang dikira Mahathir sebagai `Pak Sanggup' dan `Pak Angguk'.

Jika Muhyiddin sudah menjadi Perdana Menteri, maka Mahathir pula hanya memberi isyarat sahaja kepada beliau untuk `turun' dengan pelbagai alasan seperti uzur.

Dalam keadaan ini, adalah mustahil jika Anwar yang diumumkan sebagai Perdana Menteri akan akur kepada Mahathir yang digelarnya sebagai `the serpent that wears the crown'. Itulah sebab keseluruhannya, tiada lain melainkan agenda Mahathir sahaja.

Kepimpinan melayu UMNO menjadi busuk kerana Mahathir, pemimpin UMNO seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi busuk hanya kerana orang bernama Mahathir yang mahu agendanya terlaksana.


Tulisan:
Beruang Biru
BB68, Jumaat
30 September 2016

KUCHING: Pendidikan dan latihan vokasional yang sering dianggap sebagai pendidikan kelas kedua kini mampu menyediakan peluang pekerjaan yang lumayan kepada graduan bidang kemahiran kerana ia mampu memenuhi kehendak industri masa kini.

Menteri Muda Pembangunan Tenaga Kerja dan Latihan merangkap Penaung Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS), Datu Haji Len Talif Salleh berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Pendidikan Teknikal di sini hari ini.

Menurutnya, perlaksanaan Koridoraya Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) sedang rancak dijalankan dan ia bakal menyediakan ribuan peluang pekerjaan kepada penduduk Negeri Sarawak.

“Berasaskan 10 industri, Sarawak dijangka memerlukan seramai 300,728 pekerja mahir dan separa mahir pada tahun 2020 dan meningkat kepada 435,210 dalam tahun 2030,” katanya yang juga Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak.

Justeru, beliau menggesa agar pelajar, guru-guru, ibu bapa dan orang ramai supaya mendapatkan maklumat lanjut tentang peluang-peluang pendidikan dan latihan yang disediakan serta bentuk pinjaman pendidikan yang ditawarkan oleh agensi-agensi berkaitan.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman di antara PPKS bersama tiga rakan strategik bagi membangun progam terbaru sesuai dengan permintaan industri dan memperkasakan program sedia ada melalui mengiktirafan persijilan antarabangsa. - Sarawakiana

KUCHING: Juara bertahan, Lee Ka Tung dari Kelab Golf Sibu (SGC) berazam untuk sekali merangkul kejuaraan pada Kejohanan Golf Terbuka Sarawak Amateur Masters Ke-9 yang berlangsung di Kelab Golf Sarawak (KGS) bermula hari ini.

Kejohanan itu menawarkan Trofi Cabaran YB Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing untuk menjadi rebutan pemain.

Menurut Ka Tung, muncul juara pada kejohanan kali ini sedikit sukar kerana ramai pemain terbaik turut serta.

"Namun saya akan mencuba sedaya upaya untuk sekali lagi merangkul kejuaraan.

"Memang tidak dinafikan pemain kali ini ramai yang bagus-bagus dan mampu mencabar kejuaraan," katanya.


Pemain kelahiran Sibu itu berkata, ini merupakan kali kesembilan beliau menyertai kejohanan ini.

"Saya tidak pernah ketinggalan menyertai kejohanan ini sejak mula diadakan," ujarnya.

Selain trofi kejuaraan, hadiah bernilai RM50,000 menanti pemenang kategori terbuka dan tetamu jemputan pada kejohanan itu.

Lebih menarik lagi, hadiah berupa Toyota Camry 2.5L Hybrid bernilai RM164,000 turut disediakan kepada pemenang 'hole in one' pada hari terakhir kejohanan.

Hadiah 'hole in one' lain pada hari ketiga kejohanan termasuk jam tangan Tag Heuer dan Oris yang masing-masing bernilai RM11,700 dan RM10,900.

Sepanjang tiga hari kejohanan, beberapa hadiah 'hole in one' turut menjadi rebutan termasuk 'iron set' jenama Fourteen, Maruman TW Pro, Callaway Apex dan Callaway Apex Pro yang keseluruhan bernilai RM20,000.

Kejohanan yang berlangsung dari 30 September hingga 2 Oktober itu disertai 320 peserta yang bertarung dalam kategori terbuka dan tetamu jemputan.-Sarawakiana

NEW JERSEY: Sebuah tren komuter merempuh merempuh stesen Hoboken di sini semasa waktu puncak pada awal pagi Khamis hingga menyebabkan ratusan orang cedera.

"Oleh kerana berlaku kegelinciran tren di Stesen #Hoboken, NJ, semua perkhidmatan kereta api PATH masuk dan keluar dari Stesen Hoboken digantung," demikian menurut sistem maklumat kecemasan rasmi New York menerusi Twitter.

Difahamkan lebih daripada 100 orang cedera.

ABC News berkata mereka yang cedera termasuk jurutera tren yang sedang menjalankan tugas dan beberapa penumpang.

KUCHING: Polis masih tetap meningkatkan kawalan dalam membanteras jenayah di sekitar bandar raya ini indeks jenayah dilihat berkurangan secara drastik.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, pihaknya akan sentiasa diseru tidak mengambil mudah dalam menjalankan setiap amanah yang dipertanggungjawabkan dalam usaha membanteras jenayah agar trend jenayah yang menurun kini dapat dikekalkan dan dipertahankan.

“Orang ramai juga diharap supaya menjadi mata dan telinga kepada pihak kami dan menyalurkan maklumat jika terlihat jenayah berlaku di kawasan sekitar kerana ini bukan sahaja tanggungjawab pihak polis tetapi ia adalah tanggungjawab kita bersama agar si pelaku dapat ditangkap," katanya pada sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di Padang Kawad Balai Polis Tabuan Jaya sebentar tadi.

Terdahulu seramai 16 anggota termasuk seorang kakitangan awam menerima sijil penghargaaan khas daripada KPD Kuching sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap prestasi yang cemerlang untuk IPD Kuching.-Sarawakiana




'Tour' DAP ke seluruh Malaysia bagi mendapat sokongan serta derma untuk Lim Guan Eng sudah berlarutan sejak kes rasuah Guan Eng mula dibawa ke mahkamah.

Seluruh Malaysia dijelajah bagi mendapat solidariti terhadap Guan Eng bagi mendapat jumlah derma yang banyak tetapi tidak didedahkan jumlah keseluruhan.

Apa yang menarik untuk diketengahkan ialah komen penyokong DAP sendiri dalam laman Facebook DAP SARAWAK mula mempersoal kepimpinan DAP dalam isu sumbangan derma.

"Talk very easy...
Come election...
Roket also cannot rise...
CASH is the KING...
NIL VITAMIN M...
NIL MEANS TO CHANGE GOVERNMENT
DON'T WASTE TIME!
HAVE TO FIND MEANS TO FEED OURSELF THE 3 MEAL!
Where to find money to donate LGE...
SORRY...They are fundamentally economically better than us.
We are looking a pair shoes also like to find a needle in the oceans,"

Ternyata komen tersebut adalah satu bukti mereka sedar dengan menghulur derma kepada solidariti Lim Guan Eng adalah satu tindakan yang sia-sia.

Kini mereka menyedari Lim Guan Eng pada hakikatnya memiliki ekonomi yang lebih kukuh berbanding mereka yang menderma. Sedangkan mereka yang menderma menghadapi cabaran untuk mencari rezeki.

Malah mereka membuat perumpamaan untuk mencari sepasang kasut seperti mencari jarum di tengah lautan.

Hakikatnya penyokong DAP mula bangkit menyuarakan pandangan yang bernas memandangkan selama ini mereka hanya dipergunakan untuk memperolehi dana sumbangan yang sia-sia.

Mereka kini hanya mahu bekerja lebih gigih untuk meningkatkan taraf hidup sendiri daripada membuang masa menderma kepada pemimpin yang sudah diketahui hidup dengan kemewahan.- Sarawakiana
| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA