Browsing "Older Posts"

  • Lagi Kes Pedofilia Di Sarawak

    By Dayyan Mikhail → Wednesday, 31 August 2016
    Foto Berita Harian
    SRI AMAN: Polis Sarawak sedang memburu seorang lelaki berhubung kes seorang kanak-kanak perempuan yang dilarikan selama empat hari sebelum diselamatkan malam semalam.

    Berasal dari Kampung Abok, Pantu, mangsa ditemui ditinggalkan bersendirian di sebuah rumah di Kampung San Raba, Undop, di sini oleh orang awam yang kemudian menghubungi polis.

    Difahamkan, kanak-kanak malang itu tiada kecederaan fizikal, namun berada dalam keadaan trauma ketika ditemui, dipercayai menjadi mangsa jenayah seksual.

    Sumber memberitahu BH, mangsa kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman sebelum ibu bapanya dimaklumkan mengenai penemuan itu, seterusnya dipanggil bagi membantu siasatan.

    Katanya, berdasarkan maklumat yang diperoleh, mangsa dibawa oleh suspek menaiki sebuah motosikal menuju ke Serian dari rumahnya di Kampung Abok, Pantu pada petang Ahad lalu.

    "Di Serian, suspek mengisi minyak motosikal sebelum meneruskan perjalanan ke Engkelili dan bermalam di situ. Keesokannya (Isnin), suspek membawa mangsa ke sebuah rumah di Kampung San Raba sebelum ditinggalkan di situ kira-kira jam 2 petang.

    "Berdasarkan maklumat yang diperoleh, mangsa terpaksa bermalam berseorangan di rumah berkenaan sebelum diselamatkan polis bertindak atas maklumat awam," katanya.

    Katanya, dalam siasatan awal dijalankan, kanak-kanak malang itu mengakui suspek ada 'mengusiknya' sepanjang tempoh dilarikan, sekali gus memberikan kesan trauma terhadap mangsa.

    Bertindak atas maklumat itu, mangsa dihantar je Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor pakar.

    Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar ketika dihubungi petang tadi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan siasatan terperinci sedang dijalankan.

    "Kita sedang mengesan si pelaku yang dipercayai sedang bersembunyi sejurus menyedari dirinya sedang diburu," katanya.

    Ini kejadian keempat membabitkan kes kanak-kanak perempuan dilarikan, seterusnya dicabul dan dirogol yang dilaporkan di seluruh negeri dalam tempoh sebulan.

    Dalam kebanyakan kes dilaporkan, si pelaku membabitkan individu dikenali mangsa, malah ada kes membabitkan suspek yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kanak-kanak terbabit.

    Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Mazlan Mansur pada 'Majlis Hi-Tea IPK Sarawak Bersama Media' sebelum ini menyatakan pihaknya memberi tumpuan kepada usaha mengekang penularan jenayah pedofilia di negeri ini.

    Beliau turut mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak agar mempertingkatkan kecekapan proses siasatan kes berkaitan bagi membendung jenayah itu. -BH

  • TPM Bayangkan Jamal Tanding Parlimen Sg Besar PRU14

    By Dayyan Mikhail →

    SUNGAI BESAR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan supaya Ahli Parlimen Sungai Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi melepaskan satu jawatan yang disandangnya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

    Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti, berkata salah satu jawatan itu perlu diberikan kepada calon lain dalam PRU akan datang.

    Beliau secara berseloroh, berkata satu jawatan itu biasanya diberikan kepada Ketua Bahagian yang kini disandang Datuk Jamal Md Yunos.

    "Kepada YB (Yang Berhormat) Budiman ambil satu (jawatan) sahaja, mungkin beri kepada Jamal. Saya kenal Jamal ini, ramai yang cop dia anti bukan Melayu, tetapi sebenarnya beliau tidak begitu.

    "Beliau selalu tolong orang Cina dan kaum lain. Malah, beliau adalah individu yang paling bersungguh-sungguh dalam usaha untuk membebaskan tiga orang nelayan Cina yang ditahan pihak berkuasa Indonesia," katanya.

    Beliau berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Sungai Besar di sini, hari ini.

    Yang turut hadir, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim; Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos dan Budiman.

    Timbalan Perdana Menteri turut mengingatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk berlaku adil dengan semua kaum, kerana semangat perpaduan itu menjadi teras kejayaan parti membangunkan negara ini.

    "Kepada BN dan UMNO Selangor, saya sering kali mengulangi keyakinan bahawa kita mampu tawan semula negeri ini. Percayalah, masih ada sinar di hujung terowong dan semoga perjuangan kita mendapat rahmat daripada Allah," katanya. -BH

  • Harga Petrol RON 95, RON 97 Turun 5 sen, Diesel Kekal

    By Yusz Man →

    Harga petrol RON95 dan RON97 turun sebanyak 5 sen seliter mulai tengah malam ini.

    Harga baharu petrol bagi seliter RON95 dan RON97, masing-masing RM1.70 dan RM2.05.

    Bagaimanapun, harga bagi diesel tidak berubah pada RM1.70 seliter.

    Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia, Datuk Zulkifli Mokti seperti dipetik dari sebuah portal berita.
  • Pembangunan dicapai kerana pemimpin dan rakyat seiring

    By Admin →

    SRI AMAN: Keharmonian dan pembangunan berterusan negara adalah disebabkan pemimpin dan rakyat yang sentiasa bersama dan seiring.

    Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, oleh itu tema Hari Kebangsaan Sehati Sejiwa memang selaras dengan hubungan pimimpin dan rakyat.

    "Sebab itu sambutan kali jauh dari pada pusat maka kita lebih menumpu perhatian pembangunan yang jauh daripada bandar.

    "Rakyat luar bandar perlu lebih perhatian dan tidak dapat dinafikan dalam tempoh selama ini, Sarawak mencapai banyak pembangunan kerana pemimpin dahulu dan sekarang meletakkan Sarawak dan Malaysia ke landasan yang betul untuk bergerak maju dan nikmat kemerdekaan kepada rakyat," katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Kebangsaan di sini pagi tadi.

    Adenan turut berkata bahawa Sarawak ketika ini adalah penyumbang ketiga ekonomi negara.- Sarawakiana
  • Kaji Semula Agihan Kerusi BN Pada PRU - Khairy

    By Dayyan Mikhail →

    KUALA LUMPUR: Perjanjian membabitkan agihan kerusi pilihan raya antara UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain bagi mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 perlu dikaji semula," kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

    Bercakap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, di sini sebentar tadi, beliau menjelaskan kajian dan penelitian perlu bagi membolehkan kemampuan BN untuk menang banyak kerusi akan lebih tinggi.

    BN kata Khairy, bukan saja perlu mengatur strategik menampilkan calon boleh menang semata-mata, tetapi turut membabitkan parti yang boleh menang.

    "BN kena kaji dan mana kita (UMNO) boleh ambil, kita ambil. Perlu ada perjanjian baharu kerana hari ini kita berada dalam persekitaran berbeza.

    "Sekiranya rakan-rakan kita (parti komponen BN lain) pegang kepada semangat setiakawan, kita akan dapat keputusan lebih baik (pada PRU-14)," katanya turut dihadiri Ketua UMNO bahagian berkenaan, Datuk Rizalman Mokhtar.

    Sementara itu, Khairy berkata ahli UMNO perlu akur bahawa pemilihan parti kini bukan lagi keutamaan yang perlu dibuat segera, sebaliknya lebih penting adalah persiapan menghadapi PRU-14.

    Terdahulu dalam ucapannya, Ahli Parlimen Rembau ini mahu UMNO menjadi parti jaguh di bandar, bukan hanya berharap dan mendabik dada kepada kekuatan di luar bandar.

    "Perlu kita memenuhi hati orang di bandar sebab ramai orang yang tinggal di bandar sebenarnya mengundi di kampung.

    "Kalau kita tak ada strategik di bandar, bermakna undi di luar bandar akhirnya nanti akan tergugat juga," katanya. -BH



  • Semangat Patriotik Anak Muda Masih Utuh

    By Dayyan Mikhail →

    SRI AMAN: Semangat patriotik dalam kalangan generasi muda masih utuh terutama memperingati Hari Kebangsaan sebagai pembebasan negara daripada penjajah.

    Alexson, 27 tahun yang berasal dari Lundu berkata Hari Kebangsaan adalah masa bagi mengenang jasa pejuang yang membebaskan tanahair daripada dijajah.

    "Sebagai anak Malaysia, semangat cintakan tanahair harus wujud dalam diri anak muda hari ini.

    "Saya berharap anak muda tidak memperlekehkan erti Hari Kebangsaan kerana ia satu sejarah besar negara," katanya.


    Mohd Zulkifli Roszaimi, 15 tahun yang berasal dari Kuching berpendapat Hari Kebangsaan adalah hari pembebasan daripada belenggu penjajah.

    "Saya belajar sejarah ini dan tetap mengingati hari yang istimewa ini.

    "Diharap remaja kini tidak lupa sejarah dan perjuangan mereka yang bebaskan negara," ujarnya.


    Maxwelleo, 15 tahun berasal dari Sri Aman turut memberi pandangan kesenangan dan keamanan hari ini adalah hasil perjuangan perwira negara yang berkorban dahulu.

    "Kita bebas bergerak di negara sendiri tanpa rasa risau kerana keadaan yang aman dan tenteram.

    "Saya berharap remaja tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang memesongkan semangat patriotik yang ada dalam diri," jelasnya. -Sarawakiana.
  • Sri Aman Berwarna-warni

    By Dayyan Mikhail →

    SRI AMAN: Suasana meriah dan warna-warni menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak di Sri Aman hari ini.

    Yang Di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud turut hadir memeriahkan sambutan kali ini.

    Turut hadir Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

    Lebih menarik lagi, kira-kira 20,000 pengunjung hadir memeriahkan upacara sambutan tersebut.

    Pengunjung turut disajikan dengan perarakan 79 kontinjen yang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, persatuan, parti politik dan sekolah sekitar Sri Aman.

    Pencaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak ketinggalan menghiburkan tetamu dengan persembahan menarik. -Sarawakiana.

  • Teks Penuh Amanat Merdeka 2016 PM Najib

    By Admin → Tuesday, 30 August 2016

    BismillahirRahmanirRahim,

    Alhamdulillahi Rabbil A’lamin wa biHi nasta’in,

    Selawat dan Salam ke atas Rasul junjungan, Nabi Muhammad, penutup segala Anbiya’,

    Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri,

    YB Menteri-Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri,

    Ketua Setiausaha Negara,

    Dif-Dif Kehormat,

    Para Tetamu dan Wakil-Wakil Media,

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

    Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia, Salam Sehati Sejiwa dan Salam Merdeka,

    Mukadimah

    Saudara dan Saudari Sekalian,

    1. Pertama-tamanya, marilah mengangkat rasa kesyukuran yang amat tinggi, ke hadrat Allah Hu Ta-a’la, kerana pada malam yang bermakna ini, kita diizinkan untuk berhimpun di dewan yang megah lagi bersejarah, bagi menyambut ambang merdeka.

    2. Justeru, saya berucap di sini bukan sahaja sebagai seorang Perdana Menteri, atau seorang pemimpin parti, yang lebih utama, saya berdiri sebagai seorang Anak Malaysia.

    3. Lalu, di hadapan ribuan hadirin yang dikasihi, dari pelbagai kelompok dan latar belakang berbeza, saya dapat berasakan, saya dapat feel, satu aura luar biasa atau a very positive vibe, yang menyalakan semangat patriotisme dan jatidiri yang mendalam lagi kental.

    4. Maka, bagi menghangatkan sambutan malam ini, ayuhlah, ayuhlah, kita berikan, satu tepukan paling gemuruh kepada Malaysia, pertiwi tercinta ini.

    Saudara dan Saudari,

    5. Saya ingin memulakan amanat Merdeka ini, dengan melontarkan beberapa persoalan.

    Pertama: Apakah ertinya kemerdekaan kepada kita semua, terutama sekali setelah negara dengan izin Tuhan, sampai di ambang 6 dekad?

    Keduanya: Sebagai rakyat Malaysia, tidak kira apa bangsa pun, harus bahkan sewajibnya sentiasa beringat-beringat akan sejarah tentang siapakah yang telah mengetuai perjuangan menuntut kemerdekaan.

    Kerana itulah, kita perlu bersungguh-sungguh mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan, yang telah diperjuangkan oleh bapa-bapa tanahair yang dipelopori oleh UMNO, bersama Parti-Parti Komponen lain, sejak puluhan tahun yang lalu.

    Ketiganya: Yang paling mustahak, bagaimanakah kita sebagai rakyat Malaysia, tidak kira apa warna kulit, bangsa, keturunan, mahupun agama, dapat menzahir dan membuktikan kesyukuran terhadap nikmat ini?

    6. Persoalannya juga, cukupkah sekadar menggantung bendera atau berhimpun di sana sini, tanpa roh dan rasa penghayatan akan peri penting pengisian sewajarnya, kepada kebebasan sebuah negara bangsa yang telah diperolehi?

    7. Apatah lagi, dalam pada Bahtera Malaysia sedang belayar dengan lancarnya di samudera biru, kita tidak mungkin sesekali biarkan tanahair ini cuba ditebuk, dirobek dan dibocorkan oleh mana-mana pihak yang durjana.

    8. Sebabnya, sebabnya, Bahtera Malaysia yang sudah terkembang layarnya ini, kita akan pastikan terus mara membelah gelombang dan tak-kan sesekali berbalik haluan.

    Saudara dan Saudari Sekalian,

    9. Jika dihitung dari segi usia kemerdekaan sejak 31 Ogos tahun 1957, kita sudah menghampiri gerbang 60 tahun, berdiri di atas kaki sendiri.

    10. Apa yang pasti, kurniaan kemerdekaan, bukan sahaja merupakan satu rahmat, bahkan, menurut pandangan para alim dan bijaksana, ia satu karomah kepada bumi Malaya yang kini, menjadi sebuah Malaysia.

    11. Dalam mengejar kemajuan, pembangunan luar bandar akan terus menjadi agenda utama Kerajaan, dan akan diberikan perhatian serius.


    Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

    12. Merujuk kepada pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam tempoh 6 dekad, yang dulu, bermula hanya daripada kampung-kampung kecil, pedalaman dan perdesaan, sekarang Alhamdulillah, mampu berdiri sama tinggi di kalangan negara-negara yang pesat membangun di dunia.

    13. Malah, secara simbolik Menara Warisan Merdeka setinggi 118 tingkat, yang mula dibina sejak tahun 2014, bakal menjadi bangunan tertinggi di Malaysia dan ke-5 di dunia.

    Saudara dan Saudari,

    14. Adalah hakikat, berjaya dan majunya Malaysia sehingga sekarang, merupakan hasil mahsul usaha gigih pentadbiran cekap dan sistematik oleh Kerajaan Barisan Nasional yang dulunya dikenali sebagai Parti Perikatan.


    15. Kerajaan ini, yang mentadbir sejak sekian lama, telah mampu mempertahankan prestasi pencapaian dan rekod cemerlang serta terus meletakkan Malaysia di atas landasan kemakmuran.

    16. Selain itu, kita sewajarnya berbangga jua, bahawa kemerdekaan Malaysia ini diberkati oleh Yang Maha Berkuasa, kerana jelas terisi dengan kejayaan dan kemajuan, yang sebetulnya tidak terbayang dek fikiran, tidak ternampak dek mata, tidak terjangkau dek akal, oleh sesiapa jua, 59 tahun yang lampau.

    17. Bahkan, seperti yang ramai maklum, apa yang kita hadapi ketika itu, hanyalah herdikan-herdikan dan perlian-perlian bahawa, bagaimana mungkin sebuah negara kecil seperti Malaya, dengan masyarakatnya yang berbilang keturunan, boleh berpadu untuk menempa kegemilangan.

    Kemajuan 6 Dasawarsa Terajuan Kerajaan Barisan Nasional (Dulunya Parti Perikatan)

    18. Lantaran itu, sejurus selepas mengambil alih tampuk kepimpinan, saya telah melanjutkan gagasan negara dengan Dasar Transformasi Nasional.

    19. Kini DTN, telah masuk tahun ke-7 pelaksanaannya, dan terus membuahkan hasil yang begitu memberangsangkan.

    20. Ini semua bukan sekadar omongan kosong, akan tetapi, fakta dan angka-angka pencapaian, diabsahkan serta dipersahihkan oleh Badan-Badan Penarafan Berwibawa pada peringkat antarabangsa.

    21. Sebagai contohnya, semasa laporan Program Transformasi Negara yang saya bentangkan pada bulan April lalu, kita bersyukur, Program Transformasi Kerajaan atau GTP dalam aspek Bidang Keberhasilan Utama Negara, telah mencapai 99 peratus KPI penyampaiannya.

    22. Manakala bagi Program Transformasi Ekonomi atau ETP, menerusi Bidang Ekonomi Utama Negara, kita telah berjaya mencapai angka 111 peratus KPI. Melalui inisiatif Pembaharuan Strategik pula, KPI-nya telah menjangkau sasaran 108 peratus.

    23. Mutakhir ini, meskipun kita menghadapi ketidaktentuan dan kesuraman ekonomi global, KDNK pada suku kedua tahun ini, Alhamdulillah, Malaysia tetap berjaya mencatat perkembangan sebanyak 4 peratus.

    Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

    24. Selanjutnya, tidak putus-putus buah-buah kejayaan masak dan meranum atas kerja kuat Kerajaan dan pelbagai agensi. Misalnya, Global Competitiveness Report oleh World Economic Forum, telah meletakkan Malaysia berada di tangga ke-18 pada tahun 2015.

    25. Menurut Financial Market Developmentoleh World Economic Forum Global Competitiveness Ranking 2015-2016 pula, kita berada di tangga ke-9, sebagai satu-satunya emerging market, yang tersenarai dalam sepuluh negara teratas.

    26. Malaysia juga diiktiraf oleh laporan Bank Dunia, dari sudut Ease of Doing Business, pada kedudukan ke-21 pada 2010, dan telah naik ke tangga ke-18 pada tahun 2015.

    27. Pada segi lain, sebagai sebuah negara Islam contoh yang progresif dan dinamik serta diteladani sebagai role model yang berpegang kepada prinsip wasatiyyah, di persada dunia, daripada perspektif iktisadnya, Malaysia telah menduduki tangga pertama Petunjuk Ekonomi Global Islam 2014-2015, daripada senarai 70 buah negara.

    28. Suka saya menyebut juga bahawa, Malaysia adalah negara penerbit sukuk terbesar dunia, yang merangkumi hampir 55 peratus daripada jumlah sukuk terkumpul global yang bernilai melebihi 320 bilion dolar Amerika setakat penghujung 2015.

    29. Fakta-fakta ini, ternyata antara bukti kukuh yang menyangkal tohmahan-tohmahan meleset oleh segelintir golongan bahawa, kononnya Malaysia adalah negara yang gagal, atau a failed state.


    Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

    30. Di atas segalanya, Kerajaan tidak akan berkompromi dengan isu keselamatan negara. Hakikatnya, Mesyuarat Keselamatan Negara bersidang beberapa kali setiap bulan, dalam langkah berwaspada, akan ancaman musuh dari luar dan dalam.

    31. Berbanding dengan senario dunia pula, kita berasa simpati, khususnya dengan nasib saudara-saudari seakidah di Timur Tengah, yang masih tidak menentu. Tanahair mereka sedang bergolak, dalam kancah peperangan, yang belum tertampaknya cahaya kedamaian.

    32. Secara umumnya, kita bersyukur tidak terhingga, lantaran negara kita masih diperkekalkan oleh Tuhan dalam keadaan aman dan sentosa.

    33. Berhubung ini, saya mengajak para hadirin dan hadirat, kita berikan penghargaan yang bersemangat kepada para perajurit serta anggota keselamatan yang telah berkorban siang dan malam demi keamanan Malaysia. Syabas dan satu tepukan gemuruh buat semua pasukan keselamatan negara.

    Rancangan Malaysia Ke-11

    Saudara dan Saudari Sekalian,

    34. Ketika mana melangkah bulan Mei tahun 2015, saya telah membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11. Rancangan ini, merupakan pelonjak akhir negara memasuki gelanggang High Income Advanced Economy.

    35. Sekalipun kemelut ekonomi global masih bergelora, Kerajaan Barisan Nasional terus mengambil keputusan yang berhemah dan menjadi Kerajaan yang bertanggungjawab agar rakyat tidak terbeban dengan keadaan semasa.

    36. Justeru, sebarang ehwal kebajikan dan kepentingan masyarakat terbanyak, pasti didahulukan.

    37. Antaranya, perkara pokok tentang kehidupan adalah lantai tempat berpijak, bumbung tempat berteduh daripada hujan dan panas untuk diri serta keluarga. Dalam hal ini, usaha membina rumah mampu milik kepada rakyat akan tetap kita laksanakan.

    38. Contohnya, bagi menghargai penjawat awam, Kerajaan telah meluluskan lebih 82 ribu unit kediaman, di bawah inisiatif Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia.

    39. Selanjutnya, kita juga telah melaksanakan projek-projek perumahan mampu milik seperti PR1MA, Rumah Mesra Rakyat, Perumahan Felda serta Felcra, selain memperkenalkan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama dan peruntukan Pemulihan Projek Perumahan Swasta Terbengkalai.

    Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

    40. Bila bercakap tentang negara maju, pengangkutan awam merupakan nadi kepada mobiliti rakyat seharian. Public transportation menjadi satu keperluan, yang harus dibangunkan oleh Kerajaan yang berdaya saing menuju kemajuan.

    41. Indeed, the fact is, providing an efficient, fast, safe and affordable public transportation is a must for a nation that aspires to be a developed nation like Malaysia.

    42. Lantas, di era pentadbiran ini, saya mahu terlakarnya dalam sejarah akan usaha serius Kerajaan yang saya pimpin, dalam pelaksanaan projek pengangkutan awamyang terbaik jaringannya, bagi memenuhi tuntutan kepesatan kini apatah lagi masa hadapan.

    43. Antaranya, Kerajaan kini begitu komited dengan beberapa projek pengangkutan awam, berskala sederhana dan mega, seperti sambungan laluan LRT Ampang dan Kelana Jaya, yang akan mendatangkan manfaat kepada sekurang-kurangnya 300 ribu pengguna setiap hari.

    44. Pada minggu lepas pula, saya barumerasmikan projek LRT3 bagi jajaran Bandar Utama-Klang meliputi 36km, mempunyai 25 buah stesen yang dijangka siap pada tahun 2020.

    45. Laginya, saya secara peribadi, dan bagi pihak Kerajaan, juga rakyat teramai, tentunya tidak sabar ternanti-nanti, operasi jajaran fasa pertama MRTSungai Buloh-Kajang, yang akan dilancarkan pada 15 Disember tahun ini. InsyaAllah!

    46. Bercakap tentang hal pengangkutan juga, marilah kita sama-sama memberi tepukan perangsang dan syabas kepada kejayaan‘the Pocket-Rocket-Man’, jaguh lumba basikal negara, yang meraih pingat gangsa dalam acara keirin di Temasya Olimpik Rio 2016, saudara Azizulhasni Awang (yang turut bersama kita pada malam ini).

    Saudara dan Saudari,

    47. Sebetulnya, sejak 59 tahun kita meraih kemerdekaan, gagasan demi gagasan, rancangan demi rancangan dan tidak terhitung dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan dalam membina kejayaan negara.

    48. Dalam era kepimpinan Kerajaan ini, Dasar Transformasi Nasional, turut melaksanakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS.

    49. Syukur kepada Allah, melalui pelbagai inisiatif di bawah NBOS, sejak tahun 2009, Kerajaan telah berjaya menjimatkan sejumlah 3.5 bilion ringgit perbelanjaan negara, melalui kerjasama strategik antara PDRM dengan ATM, yang telah memecahkan tembok silo antara agensi.

    50. Pelaksanaan Pusat Transformasi Bandar atau UTC pula, telah memanfaatkan lebih 35 juta pengguna, bagi menyelesaikan segala urusan berkaitan perkhidmatan Kerajaan.

    51. Realitinya, mana ada negara dalam dunia yang Kerajaannya menyediakan Pusat Khidmat Sehenti yang beroperasi 7 hari seminggu, dari pukul 8 pagi hingga 10 malam.

    52. Inilah dia bukti bahawa, Kerajaan Barisan Nasional amat prihatin dengan keperluan rakyat, demi memudahkan urusan semua.

    53. Begitu juga dalam ehwal pendidikan. Dari peringkat rendah sampai ke menengah semuanya percuma. Pada peringkat tertiari yakni di universiti-universiti awam, kini hampir 90 peratus kos pengajian ditanggung oleh pihak Kerajaan.

    54. Bagi sudut kesihatan pula, bermula dengan pelbagai rawatan pesakit, hinggalah kepada melahirkan anak, segalanya pun hampir percuma di hospital Kerajaan, kecualilah yang melibatkan kes-kes rumit. Ini melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak kira-kira 23 bilion ringgit setahun.

    55. Saya dimaklumkan, baru-baru ini oleh seorang rakan, yang bekerja dengan Kerajaan, bapanya telah dimasukkan ke IJN untuk menjalani angiogram jantung. Bayaran yang dikenakan hanyalah 12 ringgit, berbanding ribuan ringgit kosnya kalau di hospital swasta.

    56. Menurut Laporan Institut Penyelidikan Khazanah, dalam akhbar New Straits Times hari ini muka surat 13, jangka hayat rakyat Malaysia dijangka meningkat daripada 65.5 tahun kepada 77.4 tahun bagi wanita, dan 61.6 tahun kepada 72.5 tahun bagi kaum lelaki. Ini adalah perbandingan dari tahun 1970 hingga 2014.

    57. Selain itu, terlalu panjang senarainya, kalau hendak kita sebut satu persatu, akan pelbagai lagi program bantuan oleh pihak Kerajaan kepada rakyat sebagai berkongsi nikmat kemerdekaan dan kemakmuran negara.

    58. Berkait BR1M, meskipun Kerajaan berniat ikhlas untuk membantu golongan sasar yang benar-benar memerlukan pertolongan, ada pihak yang sesedap mulut, menuduh dan menghina para penerima BR1M.

    59. Sedangkan, bagi kisah hidup sebenar individu rakyat contohnya Puan Dayah Anak Kepada Mamut, dari Rumah Panjang di Sarawak, yang mempunyai 4 orang anak, BR1M adalah bantuan dan rahmat yang telah dapat meringankan kos keluarga dan persekolahan anak-anaknya.

    60. Tambahan, berdasarkan dapatan sekumpulan 35 pakar ekonomi di Britain sepakat bahawa, BRIM adalah kaedah terbaik bagi membantu golongan sasar.

    61. Di samping itu, berkat berbagai usaha dan program yang dilaksanakan oleh Kerajaan, seperti gaji minima dan latihan kemahiran, purata pendapatan isi rumah B40 ternyata telah meningkat lebih cepat, berbanding golongan lain seperti M40.

    Saudara dan Saudari,

    62. Berbicara tentang GST pula, Alhamdulillah, keyakinan dan keberanian politik pihak Kerajaan dalam pelaksanaannya, di sebalik tentangan dan fitnah oleh pelbagai pihak, kini ternyata telah menjadi faktor penyelamat kepada ekonomi Malaysia.

    63. Selanjutnya, melalui pelbagai dasar Kerajaan yang bersifat inklusif, menurut laporan Program Transformasi Negara atau NTP, ternyata tidak kira apa kaum dan golongan, ramai yang telah berjaya meraih kejayaan yang lebih tinggi dalam hidup dan kerjaya, sekaligus merubah untung nasib keluarga kepada kehidupan yang lebih selesa.

    64. Menjengah ke hadapan pula, kita tidak tiba di titik kemerdekaan 6 dekad ini untuk gagal. Malah, kita berhasrat untuk melihat Malaysia terus melangkah jauh sebagai sebuah negara bangsa yang unggul dan dapat dipermegahkan di persada global, bukan setakat ini sahaja, malah menjangkaui atau beyond 2030.

    65. Menyentuh soal ini, jika ingin melihat Malaysia kekal merdeka, berdaulat, damai, dan tersanjung oleh seantero dunia sebagai Bintang Timur yang berkerlipan cahayanya, Moments of Unity atau Detik-Detik Kebersatuan, perlu dicambah serta disemarakkan.

    66. Jadinya, pada malam ini, saya ingin berkongsi kisah-kisah harmonis penduduk Malaysia, yang diperlambangkan melalui Detik-Detik Kebersatuan oleh rakyat daripada pelbagai kaum.

    67. Kisah pertama, contohnya pada malam perlawanan akhir badminton Olimpik baru-baru ini. Saya dan isteri telah turut sama turun padang ke dataran Putrajaya, untuk menyaksikan saat-saat yang mendebarkan tersebut.

    68. Apa yang menarik dan istimewanya, saya perhatikan pada malam tersebut, majoriti para penyokong Datuk Lee Chong Wei di situ, terdiri daripada orang-orang Melayu yang bersorak sorai penuh semangat tanda sokongan kepada ‘Raja Badminton Malaysia’.

    69. Inilah antara satu contoh, Moments of Unity, atau Detik-Detik Kebersatuan berasaskan sukan.

    70. Bersempena itu, marilah kita beri tepukan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei, yang datang pada malam ini. Beliau, buat kali ketiganya menghadiahkan Malaysia pingat Perak pada kejohanan Olimpik 2016. Syabas, syabas Datuk Lee Chong Wei!

    Saudara dan Saudari,

    71. Ingin saya kongsikan bersama, di sebalik kisah kejayaan beliau ini, selain daripada penghargaan terhadap jurulatih-jurulatihnya kini, Datuk Lee Chong Wei, seringkali tidak pernah lupa akan budi dan jasa juga bimbingan mentor, merangkap bekas jurulatih-nya, yang telah mengasuh dan mendorong kejayaannya, yakni Dato’ Misbun Haji Sidek.

    72. Inilah dia indah dan ajaibnya Malaysia Semangat kebersatuan dan keeratan, merentasi sempadan kaum, saling bantu membantu, saling harga menghargai,

    73. Bukan atas nama Orang Melayu, Orang Cina, Orang India, Orang Iban, Kadazan, Murut, Dusun, Orang Asli, penduduk keturunan Siam, ataupun yang lain-lain, namun lebih mulia dan penting dari itu, semua berpadu atas nama Bangsa Malaysia!

    74. Tentunya saudara dan saudari, tepukan tahniah kita berikan kepada jaguh-jaguh badminton dalam acara beregu lelaki dan campuran, yang turut menyumbang pingat-pingat perak kepada negara, yakni saudara Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying.

    75. Jelasnya, pada kita, semua mereka adalah wira dan wirawati bangsa Malaysia. Atas sebab itu, Kerajaan telah menambah insentif kemenangan sebanyak 200 ribu ringgit lagi, sebagai tanda penghargaan atas kejayaan yang dicapai.

    Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

    76. Kisah kedua adalah tentang Gerai Nasi Kandar paling terkenal di Ipoh yang popular dengan gelaran ‘Vanggey’.

    77. Istilah vanggey, vanggey ini dalam bahasa Tamil bermaksud mari, Mari, Jika berkunjung ke Ipoh, kata orang, tidak sah kalau tak pekena nasi vanggey.

    78. Apa yang uniknya, nasi kandar vanggey ini beroperasi di sebuah restoran milik keluarga Cina iaitu Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan dan kebetulan telah mula berniaga sejak tahun kemerdekaan yakni 1957. Istimewanya, para pelanggan terdiri daripada pelbagai keturunan dan bangsa.

    79. Nasi kandar vanggey di restoran itu dinikmati bersama dengan minuman Teh Ais Peram, yang juga popular di kedai Cina tersebut.

    80. (Saya sendiri pun dah makan nasi vanggey ni, cuma makan nasi bungkus je, satu hari nanti, saya sendiri akan ke gerai vanggey, dan untuk makluman wakil pemiliknya pun hadir pada malam ini, Mohd Nihmathullah bin Syed Mustafa.)

    81. Ini satu lagi ceritera Detik-Detik Kebersatuan yang sungguh menarik sebagai simbol Moments of Unity.

    Saudara dan Saudari,

    82. Satu lagi kisah dari sudut budaya yang boleh dijadikan teladan Detik-Detik Kebersatuan adalah Kartunis Lat, atau nama sebenarnya Mohammad Nor Khalid, melalui bukunya yang sangat popular dan tersohor bertajuk Kampung Boy.

    83. Hasil karya kreatif kartun beliau, melatarkan kisah kehidupan sebenar masyarakat Malaysia yang majmuk. Saya pasti hampir kesemua kita kenal watak-watak yang ditonjolkan dalam jalan cerita beliau.

    84. Selain daripada watak utama Lat dan rakan-rakannya, yang terdiri daripada anak-anak Melayu dan kaum-kaum lain, ada watak cikgu bahasa Inggeris keturunan Cina bernama Mrs Hiew, yang berbadan besar, garang dan berkaca mata tajam. Ada pula watak lelaki Punjabi yang memakai turban dengan dialog-dialog yang melucukan dan mencuit hati kita.

    85. Ternyata, kerja-kerja tulisan dan lukisan oleh Datuk Lat ini digemari oleh banyak kaum, sekaligus menjadi satu lagi simbol Detik-Detik Kebersatuan dan penerimaan rakyat Malaysia akan hakikat kita hidup sebumbung dalam sebuah masyarakat yang majmuk dan berbilang keturunan.

    86. Saya difahamkan, Datuk Lat ada bersama kita di sini, tahniah dan tepukan untuk beliau!

    87. Begitu juga dalam filem Ola Bola, yang telah membangkitkan semangat kebersatuanrakyat Malaysia, dalam membentuk sebuah negara bangsa yang hebat lagi bermartabat.

    88. Berbalik kepada Datuk Lat, saya diberitahu bahawa beliau adalah abang kepada Encik Mamat Khalid, seorang pengarah filem terkenal dengan genre kehidupan sebenar masyarakat majmuk Malaysia. Saya pasti ramai tahu akan filem komedi seram dengan kutipan pecah panggung oleh Mamat Khalid bertajuk “Hantu Kak Limah Balik Rumah”.

    89. Jelasnya, banyak lagi faktor yang boleh menjadi pemangkin kepada Detik-Detik Kebersatuan, dan tidak terhenti pada contoh-contoh di bidang sukan dan sosio-budaya itu tadi.

    90. Misalan lain, saban tahun pabila menjelangnya hari-hari perayaan besar terutamanya Aidil Fitri, jendela silaturrahim 1Malaysia yang menyuburkan Detik-Detik Kebersatuan melalui Budaya Rumah Terbuka begitu menyerlah, sehingga menggamit pelancong-pelancong antarabangsa.

    Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

    91. Bertolak dari kemerdekaan, kemajuan yang kita tempa dari masa ke semasa, adalah demi rakyat Malaysia keseluruhannya. Kerajaan tidak akan meminggirkan mana-mana pihak, sekalipun apa-apa kumpulan etnik yang kecil bilangannya.

    92. Pucuk Pangkalnya, di mata dan di hati kita, setiap seorang dan setiap etnik rumpun dan keturunan, adalah 1Malaysia.

    93. Pada sudut ini, bertepatan untuk kita memberi tepukan syabas dan penghargaan kepadadua ‘Ratu Terjun Negara’ Cik Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong yang telahmengharumkan sukan terjun air negara dengan merangkul pingat Perak, di temasya Olimpik Rio.

    94. Tampaknya, jelas sebagai yang saya nyatakan merdeka dan semangatnya adalah milik semua. Khususnya Cik Pandelela, anak gadis Bidayuh dari Sarawak ini, membuktikan tidak semestinya wakil etnik kecil tidak mampu menjadi seorang jago-an.

    95. Berkait ini, selamat maju jaya juga saya ucapkan kepada atlet-atlet paralimpik negara yang akan berjuang di Paralimpik Rio September nanti.

    96. Sesungguhnya, saudara dan saudari, kemerdekaan ini adalah nikmat untuk Malaysia seluruhnya. Bermula dari utara Semenanjung Permata Nilam, ke hujung Sabah negeri di Bawah Bayu, membawa ke pedalaman Sarawak Bumi Kenyalang.

    97. Dalam hal demikian, projek Lebuhraya PAN Borneo yang bebas tol, sepanjang 2,325km, yang bermula dari Telok Melano ke Lawasdi Sarawak, membawa pula hingga ke Sabah, dari Sindumin ke Tawau, merupakan satu lagi lambang kemajuan, sebuah Malaysia yang merdeka.

    98. Terbaru di Semenanjung pula, kita akan membina Keretapi Berkelajuan Tinggi atau HSR yang bermula dari Kuala Kumpur hingga ke Singapura. Ini akan memberikan manfaat besar kepada connectivity dan kepesatan ekonomi kepada Malaysia di rantau ini.

    Bagaimana Kita Mengisi Nikmat Kemerdekaan

    RRakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

    99. Oleh sebab itulah, dalam pada kita bersusah payah memupuk solidariti dan perpaduan, kita tidak mahu terjadinya Moments of Disunity, yakni Babak-Babak atau Episod Perpecahan, yang akan memusnah dan meranapkan segala yang telah terbina.

    100. Pokoknya, sanggupkah kita membiarkan tanahair ini, hancur berkecai, punah dalam sekelip mata dek angkara segelintir pengkhianat. Kata orang dulu-dulu, biar putih tulang, jangan putih mata. Para pendurjana dan petualang bangsa serta negara ini, mesti kita tentang habis-habisan.

    101. Di ketika ini, yang kita berdepan bukan setakat musuh luar, sebaliknya penjajahan bentuk baharu, yang meresap dan meracun minda rakyat, sehingga melibatkan ‘tangan-tangan kotor’ orang dalam negara sendiri.


    102. Dalam hal ini, teringat saya kata-kata tokoh pejuang tersohor, Mahatma Gandhi yang menyebut bahawa, makna kemerdekaan itu adalah pendisiplinan dan kepatuhan kepada rule of law.

    103. Bukanlah seperti apa yang cuba diperbuat oleh segelintir pihak yang hendak menjatuhkan Kerajaan secara tidak demokratik, membuat referendum-referendum, deklarasi atau menghasut dan meracun pemikiran rakyat untuk berdemo di jalanan.

    104. Sedangkan dalam ajaran Islam sendiri dan dibahaskan oleh para Ulama Muktabar bahawa, ‘matlamat tidak sesekali menghalalkan cara’.

    105. Pada hemah saya lagi, merdeka itu ertinya, berdiri di atas kaki sendiri, dengan acuan dan kemahuan kita sendiri. Merdeka itu ertinya bebas dari campurtangan asing.

    106. Lebih besar dari itu, merdeka bererti sebuah anjakan dan transformasi dari kemunduran kepada kemajuan dan keunggulan.

    Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian,

    107. Akhir kalam, kepada Allah kita mohon pertolongan dan Ingatlah!, kita punya satu kesamaan sebagai Anak Malaysia, berkongsi satu tujuan, satu matlamat, yakni impian 1Malaysia.

    Justeru,

    108. Marilah, sekalian dalam Dewan Merdeka ini, sama-sama bangun, bangun, dan berdiri, Genggamkan erat tangan masing-masing seperti ini, dengan rakan-rakan di sebelah kanan dan sebelah kiri saudara-saudari

    Lalu,

    109. Ayuh ucap dan lafazkan bersama-sama saya, bahawa

    Kami, rakyat Malaysia,
    Sehati Sejiwa, Berikrar,
    Akan terus Berpadu,
    dan Berjiwa Besar Demi, masa depan Malaysia.

    Sekali Merdeka, selamanya Merdeka,
    MERDEKALAH MALAYSIA!

    Merdeka!
    Merdeka!
    Merdeka!

    Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

    Sekian, terima kasih.

    DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK
    YAB PERDANA MENTERI
    JAM 8.30 MALAM
    BERTEMPAT DI DEWAN MERDEKA, PWTC
    30 HARIBULAN OGOS 2016
  • Akaun Najib Disiasat Komprehensif, Tiada Pelanggaran Undang-Undang - Pegawai Khas

    By Azmin Ramlie →

    KUALA LUMPUR: Dana dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah disiasat secara komprehensif, dan pelbagai pihak berkuasa telah memutuskan bahawa tidak berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, menurut seorang pegawai khas.

    Setiausaha Akhbar Najib, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, berkata dalam kenyataan Selasa bahawa menteri luar Arab Saudi telah mengesahkan dana dalam akaun perdana menteri adalah sumbangan daripada kerabat diraja Arab Saudi.

    "Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia malahan telah pergi ke Arab Saudi dan memeriksa semua dokumen perundangan dan telah menemu bual wakil-wakil penyumbang tersebut," katanya.

    Kenyataan itu sebagai respons kepada dakwaan terbaru dibuat oleh bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap perdana menteri.

    Tengku Sariffuddin selanjutnya berkata Muhyiddin merupakan individu yang kecewa selepas dipergunakan sebagai boneka bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Muhyiddin, katanya, berasa "kecewa bahawa beliau tidak akan dapat menjadi perdana menteri seperti dijanjikan, kerana cubaan mereka untuk menyingkirkan pemimpin yang dipilih secara demokrasi telah gagal; dan marah kerana kini hidup sengsara akibat daripada perbuatannya sendiri."

    "Ketidaksetiaan dan salah membuat pengiraan oleh Tan Sri Muhyiddin berikutan mahu mencapai cita-citanya itu telah membawa kepada penamatan kerjayanya secara mengaibkan.

    "Beliau kini terdesak...jadi kenapa harus orang percaya dengan apa yang dikatakannya?" kata Tengku Sariffuddin.

    Beliau juga berkata adalah jelas bahawa Muhyiddin ibarat talam dua muka iaitu berbuat sesuatu mengikut kesesuaian politiknya tetapi secara peribadi lain pula halnya.

    "Ini jelas apabila beliau menyerang perdana menteri atas dakwaan rasuah, sedangkan semua orang dalam tahu sejarah sebenarnya sebagai menteri besar Johor," kata Tengku Sariffuddin.- BERNAMA
  • Muhyiddin Kehabisan Isu - Salleh

    By Azmin Ramlie →

    KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin nampaknya kehabisan isu menyebabkan beliau terus bercakap mengenai perkara yang tidak lagi penting bagi kebanyakan rakyat Malaysia, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

    "Bilakah Muhyiddin mahu menerima hakikat bahawa hal berkaitan 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan derma dari Timur Tengah telah pun diperjelaskan lebih daripada sekali, dan kini ia merupakan perkara yang sudah pun ditutup?" kata beliau dalam laman blognya sskeruak.blogspot.my.

    Salleh berkata bekas timbalan perdana menteri itu cuba mewujudkan persepsi yang perkara itu masih berbangkit sebagai cara untuk mengalihkan perhatian rakyat Malaysia daripada hakikat bahawa pembangkang berada dalam keadaan kucar-kacir dan sudah kehilangan banyak sokongan.

    "Hakikatnya, jika pembangkang tidak memainkan isu lama yang sama, maka mereka sebenarnya tidak mempunyai apa-apa lagi untuk diperkatakan,"kata beliau.

    Menurutnya mereka berkeras meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab tuduhan yang dibuat terhadapnya tetapi selepas beliau berbuat demikian, mereka tidak mengendahkannya dan bertindak seolah-olah tiada apa yang telah dijawab.

    "Apa kena dengan mereka ini dan apa lagi yang mereka harapkan?" kata beliau dalam catatannya berhubung dakwaan terbaharu Muhyiddin terhadap perdana menteri.

    Salleh berkata sudah semestinya Muhyiddin sedar sekarang bahawa isu-isu berkenaan bukanlah instrumen yang dapat menggulingkan perdana menteri.

    "Jika tidak, Najib telah pun melepaskan jawatan beliau dan Barisan Nasional tidak menunjukkan prestasi cemerlang pada pilihan raya negeri Sarawak serta pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini," katanya. - BERNAMA
  • Amanat Merdeka 2016 Perdana Menteri

    By Azmin Ramlie →


    SAYA berucap di sini bukan sahaja sebagai seorang Perdana Menteri, atau seorang pemimpin parti, yang lebih utama, sebagai seorang Anak Malaysia.

    Lalu, di hadapan ribuan hadirin yang dikasihi, dari pelbagai kelompok dan latar belakang berbeza, saya dapat berasakan, saya dapat feel, satu aura luar biasa yang menyalakan semangat nasionalisme, patriotisme dan jatidiri yang mendalam lagi kental.

    Maka, bagi menghangatkan sambutan malam ini, ayuhlah kita berikan, satu tepukan paling gemuruh kepada Malaysia, pertiwi tercinta ini!

    Saya ingin memulakan amanat Merdeka ini, dengan melontarkan beberapa persoalan.

    Pertama, apakah ertinya kemerdekaan kepada kita semua, terutama sekali setelah negara dengan izin Tuhan, sampai di ambang 6 dekad?

    Keduanya, sebagai rakyat Malaysia, tidak kira apa bangsa pun, harus bahkan sewajibnya sentiasa beringat-beringat akan sejarah tentang siapakah yang telah mengetuai perjuangan menuntut kemerdekaan.

    Kerana itulah, kita perlu bersungguh-sungguh mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan, yang telah diperjuangkan oleh bapa-bapa tanah air yang dipelopori oleh UMNO, bersama parti komponen lain, sejak puluhan tahun yang lalu.

    Ketiganya, yang paling mustahak, bagaimanakah kita sebagai rakyat Malaysia, tidak kira apa warna kulit, bangsa, keturunan, mahupun agama, dapat menzahir dan membuktikan kesyukuran terhadap nikmat ini?

    Persoalannya juga, cukupkah sekadar menggantung bendera atau berhimpun di sana sini, tanpa roh dan rasa penghayatan akan peri penting pengisian sewajarnya, kepada kebebasan sebuah negara bangsa yang telah diperolehi?

    Apatah lagi, dalam pada Bahtera Malaysia sedang belayar dengan lancarnya di samudera biru, kita tidak mungkin sesekali biarkan tanah air ini cuba ditebuk, dirobek dan dibocorkan oleh mana-mana pihak yang durjana.

    Sebabnya, Bahtera Malaysia yang sudah terkembang layarnya ini, kita akan pastikan terus mara membelah gelombang dan takkan sesekali berbalik haluan.

    Jika dihitung dari segi usia kemerdekaan sejak 31 Ogos tahun 1957, kita sudah menghampiri gerbang 60 tahun, berdiri di atas kaki sendiri.

    Apa yang pasti, kurniaan kemerdekaan, bukan sahaja satu rahmat, bahkan, menurut pandangan para alim dan bijaksana, ia satu karomah kepada bumi Malaya yang kini, menjadi sebuah Malaysia.

    Dalam mengejar kemajuan, pembangunan luar bandar akan terus menjadi agenda utama kerajaan, dan diberikan perhatian serius.

    Merujuk kepada pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam tempoh enam dekad, yang dulu bermula hanya daripada kampung-kampung kecil, pedalaman dan desa, sekarang Alhamdulillah, mampu berdiri sama tinggi di kalangan negara yang pesat membangun di dunia.

    Malah, Menara Warisan Merdeka setinggi 118 tingkat, yang mula dibina sejak tahun 2014, bakal menjadi bangunan tertinggi di Malaysia dan ke-5 di dunia.

    Adalah hakikat, berjaya dan majunya Malaysia sehingga sekarang, adalah hasil mahsul usaha gigih pentadbiran cekap dan sistematik oleh Kerajaan Barisan Nasional yang dulunya dikenali sebagai Parti Perikatan.

    Kerajaan ini, yang mentadbir sejak sekian lama, telah mampu mempertahankan prestasi pencapaian dan rekod cemerlang serta terus meletakkan Malaysia di atas landasan kemakmuran.

    Selain itu, kita sewajarnya berbangga jua, bahawa kemerdekaan Malaysia ini diberkati oleh Yang Maha Berkuasa, kerana jelas terisi dengan kejayaan dan kemajuan, yang sebetulnya tidak terbayang dek fikiran, tidak ternampak dek mata, tidak terjangkau dek akal, oleh sesiapa jua, 59 tahun yang lampau.

    Bahkan, seperti yang ramai maklum, apa yang kita hadapi ketika itu, hanyalah herdikan dan perlian bahawa, bagaimana mungkin sebuah negara kecil seperti Malaya, dengan masyarakatnya yang berbilang keturunan, boleh berpadu untuk menempa kegemilangan.

    Kemajuan 6 Dasawarsa Terajuan Kerajaan Barisan Nasional (Dulunya Parti Perikatan)

    Lantaran itu, sejurus selepas mengambil alih tampuk kepimpinan, saya telah melanjutkan gagasan negara dengan Dasar Transformasi Nasional (DTN).

    Kini DTN, telah masuk tahun ke-7 pelaksanaannya, dan terus membuahkan hasil yang begitu memberangsangkan.

    Ini semua bukan sekadar omong kosong, akan tetapi fakta dan angka pencapaian, diabsahkan serta dipersahihkan oleh badan penarafan berwibawa pada peringkat antarabangsa.

    Sebagai contohnya, semasa laporan Program Transformasi Negara yang saya bentangkan pada April lalu, kita bersyukur, Program Transformasi Kerajaan atau GTP dalam aspek Bidang Keberhasilan Utama Negara, telah mencapai 99 peratus KPI penyampaiannya.

    Sementara Program Transformasi Ekonomi atau ETP, menerusi Bidang Ekonomi Utama Negara, kita telah berjaya mencapai angka 111 peratus KPI. Melalui inisiatif Pembaharuan Strategik pula, KPI-nya telah menjangkau sasaran 108 peratus.

    Mutakhir ini, meskipun kita menghadapi ketidaktentuan dan kesuraman ekonomi global, KDNK pada suku kedua tahun ini, Alhamdulillah, Malaysia tetap berjaya mencatat perkembangan sebanyak 4 peratus.

    Selanjutnya, tidak putus-putus buah-buah kejayaan masak dan meranum atas kerja kuat kerajaan dan pelbagai agensi. Misalnya, Global Competitiveness Report oleh World Economic Forum, telah meletakkan Malaysia berada di tangga ke-18 pada tahun 2015.

    Menurut Financial Market Development oleh World Economic Forum Global Competitiveness Ranking 2015-2016 pula, kita berada di tangga ke-9, sebagai satu-satunya emerging market, yang tersenarai dalam sepuluh negara teratas.

    Malaysia juga diiktiraf oleh laporan Bank Dunia, dari sudut Ease of Doing Business, pada kedudukan ke-21 pada 2010, dan telah naik ke tangga ke-18 pada tahun 2015.

    Pada segi lain, sebagai sebuah negara Islam contoh yang progresif dan dinamik serta diteladani sebagai role model yang berpegang kepada prinsip wasatiyyah, di persada dunia, daripada perspektif iktisadnya, Malaysia telah menduduki tangga pertama Petunjuk Ekonomi Global Islam 2014-2015, daripada senarai 70 negara.

    Suka saya menyebut juga bahawa, Malaysia adalah negara penerbit sukuk terbesar dunia, yang merangkumi hampir 55 peratus daripada jumlah sukuk terkumpul global yang bernilai melebihi 320 bilion dolar Amerika setakat penghujung 2015.

    Fakta-fakta ini, ternyata antara bukti kukuh yang menyangkal tohmahan-tohmahan meleset oleh segelintir golongan bahawa, kononnya Malaysia adalah negara yang gagal, atau a failed state.

    Memelihara Keselamatan dan Keamanan.

    Di atas segalanya, kerajaan tidak akan berkompromi dengan isu keselamatan negara. Hakikatnya, Mesyuarat Keselamatan Negara bersidang beberapa kali setiap bulan, dalam langkah berwaspada, akan ancaman musuh dari luar dan dalam.

    Berbanding dengan senario dunia pula, kita berasa simpati, khususnya dengan nasib saudara-saudari seakidah di Timur Tengah, yang masih tidak menentu. Tanah air mereka sedang bergolak, dalam kancah peperangan, yang belum tertampaknya cahaya kedamaian.

    Secara umumnya, kita bersyukur tidak terhingga, lantaran negara kita masih diperkekalkan oleh Tuhan dalam keadaan aman dan sentosa.

    Berhubung ini, saya mengajak para hadirin dan hadirat, kita berikan penghargaan yang bersemangat kepada para perajurit serta anggota keselamatan yang telah berkorban siang dan malam demi keamanan Malaysia. Syabas dan satu tepukan gemuruh buat semua pasukan keselamatan negara.

    Rancangan Malaysia Ke-11

    Ketika mana melangkah bulan Mei tahun 2015, saya telah membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11. Rancangan ini, adalah pelonjak akhir negara memasuki gelanggang High Income Advanced Economy.

    Sekalipun kemelut ekonomi global masih bergelora, kerajaan BN terus mengambil keputusan yang berhemah dan menjadi Kerajaan yang bertanggungjawab agar rakyat tidak terbeban dengan keadaan semasa.

    Justeru, sebarang ehwal kebajikan dan kepentingan masyarakat terbanyak, pasti didahulukan.

    Antaranya, perkara pokok tentang kehidupan adalah lantai tempat berpijak, bumbung tempat berteduh daripada hujan dan panas untuk diri serta keluarga. Dalam hal ini, usaha membina rumah mampu milik kepada rakyat akan tetap kita laksanakan.

    Contohnya, bagi menghargai penjawat awam, Kerajaan telah meluluskan lebih 82 ribu unit kediaman, di bawah inisiatif Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia.

    Selanjutnya, kita juga telah melaksanakan projek-projek perumahan mampu milik seperti PR1MA, Rumah Mesra Rakyat, Perumahan Felda serta Felcra, selain memperkenalkan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama dan peruntukan Pemulihan Projek Perumahan Swasta Terbengkalai.

    Bila bercakap tentang negara maju, pengangkutan awam adalah nadi kepada mobiliti rakyat seharian. Pengangkutan awam menjadi satu keperluan, yang harus dibangunkan oleh kerajaan yang berdaya saing menuju kemajuan.

    Lantas, di era pentadbiran ini, saya mahu terlakarnya dalam sejarah akan usaha serius kerajaan yang saya pimpin, dalam pelaksanaan projek pengangkutan awam yang terbaik jaringannya, bagi memenuhi tuntutan kepesatan kini apatah lagi masa hadapan.

    Antaranya, kerajaan kini begitu komited dengan beberapa projek pengangkutan awam, berskala sederhana dan mega, seperti sambungan laluan LRT Ampang dan Kelana Jaya, yang akan mendatangkan manfaat kepada sekurang-kurangnya 300,000 pengguna setiap hari.

    Pada minggu lalu, saya baru merasmikan projek LRT3 bagi jajaran Bandar Utama-Klang meliputi 36km, mempunyai 25 stesen yang dijangka siap pada 2020.

    Laginya, saya secara peribadi, dan bagi pihak kerajaan, juga rakyat teramai, tentunya tidak sabar ternanti-nanti, operasi jajaran fasa pertama MRT Sungai Buloh-Kajang, yang akan dilancarkan pada 15 Disember tahun ini.

    Bercakap tentang hal pengangkutan juga, marilah kita sama-sama memberi tepukan perangsang dan syabas kepada kejayaan 'the Pocket-Rocket-Man', jaguh lumba basikal negara, yang meraih pingat gangsa dalam acara keirin di Olimpik Rio 2016, saudara Azizulhasni Awang (yang turut bersama kita pada malam ini).

    Sebetulnya, sejak 59 tahun kita meraih kemerdekaan, gagasan demi gagasan, rancangan demi rancangan dan tidak terhitung dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam membina kejayaan negara.

    Dalam era kepimpinan kerajaan ini, DTN turut melaksanakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS.

    Syukur kepada Allah, melalui pelbagai inisiatif di bawah NBOS, sejak tahun 2009, kerajaan telah berjaya menjimatkan 3.5 bilion ringgit perbelanjaan negara, melalui kerjasama strategik PDRM dengan ATM, yang telah memecahkan tembok 'silo' antara agensi.

    Pelaksanaan Pusat Transformasi Bandar atau UTC pula, telah memanfaatkan lebih 35 juta pengguna, bagi menyelesaikan segala urusan berkaitan perkhidmatan Kerajaan.

    Realitinya, mana ada negara dalam dunia yang Kerajaannya menyediakan Pusat Khidmat Sehenti yang beroperasi 7 hari seminggu, dari jam 8 pagi hingga 10 malam.

    Inilah dia bukti bahawa, kerajaan BN amat prihatin dengan keperluan rakyat, demi memudahkan urusan semua.

    Begitu juga dalam ehwal pendidikan. Dari peringkat rendah sampai ke menengah semuanya percuma. Pada peringkat tertiari yakni di universiti-universiti awam, kini hampir 90 peratus kos pengajian ditanggung oleh pihak Kerajaan.

    Bagi sudut kesihatan pula, bermula dengan pelbagai rawatan pesakit, hinggalah kepada melahirkan anak, segalanya pun hampir percuma di hospital kerajaan, kecualilah yang melibatkan kes-kes rumit. Ini melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak kira-kira 23 bilion ringgit setahun.

    Saya dimaklumkan, baru-baru ini oleh seorang rakan, yang bekerja dengan kerajaan, bapanya telah dimasukkan ke IJN untuk menjalani angiogram jantung. Bayaran yang dikenakan hanyalah RM12, berbanding ribuan ringgit kosnya kalau di hospital swasta.

    Menurut Laporan Institut Penyelidikan Khazanah, dalam akhbar New Straits Times (NST) hari ini muka surat 13, jangka hayat rakyat Malaysia dijangka meningkat daripada 65.5 tahun kepada 77.4 tahun bagi wanita, dan 61.6 tahun kepada 72.5 tahun bagi kaum lelaki. Ini adalah perbandingan dari tahun 1970 hingga 2014.

    Selain itu, terlalu panjang senarainya, kalau hendak kita sebut satu persatu, akan pelbagai lagi program bantuan oleh pihak Kerajaan kepada rakyat sebagai berkongsi nikmat kemerdekaan dan kemakmuran negara.

    Berkait BR1M, meskipun kerajaan berniat ikhlas untuk membantu golongan sasar yang benar-benar memerlukan pertolongan, ada pihak yang sesedap mulut, menuduh dan menghina para penerima BR1M.

    Sedangkan, bagi kisah hidup sebenar individu rakyat, contohnya Puan Dayah Anak Kepada Mamut dari Rumah Panjang di Sarawak, yang mempunyai 4 anak, BR1M adalah bantuan dan rahmat yang meringankan kos keluarga dan persekolahan anak-anaknya.

    Tambahan, berdasarkan dapatan sekumpulan 35 pakar ekonomi di Britain sepakat bahawa, BRIM adalah kaedah terbaik bagi membantu golongan sasar.

    Di samping itu, berkat berbagai usaha dan program yang dilaksanakan oleh kerajaan, seperti gaji minimum dan latihan kemahiran, purata pendapatan isi rumah B40 ternyata telah meningkat lebih cepat, berbanding golongan lain seperti M40.

    Berbicara tentang GST pula, Alhamdulillah, keyakinan dan keberanian politik pihak kerajaan dalam pelaksanaannya, di sebalik tentangan dan fitnah oleh pelbagai pihak, kini ternyata telah menjadi faktor penyelamat kepada ekonomi Malaysia.

    Selanjutnya, melalui pelbagai dasar kerajaan yang bersifat inklusif, menurut laporan Program Transformasi Negara atau NTP, ternyata, tidak kira apa kaum dan golongan, ramai yang berjaya meraih kejayaan yang lebih tinggi dalam hidup dan kerjaya, sekali gus merubah untung nasib keluarga kepada kehidupan yang lebih selesa.

    Menjengah ke hadapan pula, kita tidak tiba di titik kemerdekaan 6 dekad ini untuk gagal. Malah, kita berhasrat untuk melihat Malaysia terus melangkah jauh sebagai sebuah negara bangsa yang unggul dan dapat dipermegahkan di persada global, bukan setakat ini sahaja, malah menjangkaui atau beyond 2030.

    Menyentuh soal ini, jika ingin melihat Malaysia kekal merdeka, berdaulat, damai dan tersanjung oleh seantero dunia sebagai Bintang Timur yang berkerlipan cahayanya, Moments of Unity atau Detik-Detik Kebersatuan, perlu dicambah serta disemarakkan.

    Jadinya, pada malam ini, saya ingin berkongsi kisah-kisah harmonis penduduk Malaysia, yang diperlambangkan melalui Detik-Detik Kebersatuan oleh rakyat daripada pelbagai kaum.

    Kisah pertama, contohnya pada malam perlawanan akhir badminton Olimpik baru-baru ini. Saya dan isteri telah turut sama turun padang ke Dataran Putrajaya, untuk menyaksikan saat-saat yang mendebarkan itu.

    Apa yang menarik dan istimewanya, saya perhatikan pada malam itu, majoriti penyokong Datuk Lee Chong Wei di situ, terdiri daripada orang-orang Melayu yang bersorak sorai penuh semangat tanda sokongan kepada 'Raja Badminton Malaysia'.

    Inilah antara satu contoh, Moments of Unity, atau Detik-Detik Kebersatuan berasaskan sukan.

    Bersempena itu, marilah kita beri tepukan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei, yang datang pada malam ini. Beliau, buat kali ketiganya menghadiahkan Malaysia pingat Perak pada kejohanan Olimpik 2016. Syabas, syabas Datuk Lee Chong Wei!

    Ingin saya kongsikan bersama, di sebalik kisah kejayaan beliau ini, selain daripada penghargaan terhadap jurulatihnya kini, Datuk Lee Chong Wei seringkali tidak pernah lupa akan budi dan jasa juga bimbingan mentor, merangkap bekas jurulatihnya, yang telah mengasuh dan mendorong kejayaannya, yakni Datuk Misbun Haji Sidek.

    Inilah dia indah dan ajaibnya Malaysia. Semangat kebersatuan dan keeratan, merentasi sempadan kaum, saling bantu membantu, saling harga menghargai,

    bukan atas nama Orang Melayu, Orang Cina, Orang India, Orang Iban, Kadazan, Murut, Dusun, Orang Asli, penduduk keturunan Siam, ataupun yang lain-lain, namun lebih mulia dan penting dari itu, semua berpadu atas nama Bangsa Malaysia!

    Tentunya saudara dan saudari, tepukan tahniah kita berikan kepada jaguh-jaguh badminton dalam acara beregu lelaki dan campuran, yang turut menyumbang pingat-pingat perak kepada negara, yakni saudara Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying.

    Jelasnya, pada kita, semua mereka adalah wira dan wirawati bangsa Malaysia. Atas sebab itu, kerajaan telah menambah insentif kemenangan sebanyak RM200,000 lagi, sebagai tanda penghargaan atas kejayaan yang dicapai.

    Kisah kedua adalah tentang Gerai Nasi Kandar paling terkenal di Ipoh yang popular dengan gelaran 'Vanggey'.

    Istilah vanggey, vanggey ini dalam bahasa Tamil bermaksud mari, mari. Jika berkunjung ke Ipoh, kata orang, tidak sah kalau tak pekena nasi vanggey.

    Apa yang uniknya, nasi kandar vanggey ini beroperasi di sebuah restoran milik keluarga Cina iaitu Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan dan kebetulan telah mula berniaga sejak tahun kemerdekaan yakni 1957. Istimewanya, pelanggan terdiri daripada pelbagai keturunan dan bangsa.

    Nasi kandar vanggey di restoran itu dinikmati bersama dengan minuman Teh Ais Peram, yang juga popular di kedai Cina berkenaan.

    (Saya sendiri pun dah makan nasi vanggey ni,..... cuma makan nasi bungkus je, satu hari nanti, saya sendiri akan ke gerai vanggey, dan untuk makluman wakil pemiliknya pun hadir pada malam ini, Mohd Nihmathullah bin Syed Mustafa.)

    Ini satu lagi ceritera Detik-Detik Kebersatuan yang sungguh menarik sebagai simbol Moments of Unity.

    Satu lagi kisah dari sudut budaya yang boleh dijadikan teladan Detik-Detik Kebersatuan adalah Kartunis Lat, atau nama sebenarnya Mohammad Nor Khalid, melalui bukunya yang sangat popular dan tersohor bertajuk Kampung Boy.

    Hasil karya kreatif kartun beliau, melatarkan kisah kehidupan sebenar masyarakat Malaysia yang majmuk. Saya pasti hampir kesemua kita kenal watak-watak yang ditonjolkan dalam jalan cerita beliau.

    Selain daripada watak utama Lat dan rakan-rakannya, yang terdiri daripada anak-anak Melayu dan kaum-kaum lain, ada watak cikgu bahasa Inggeris keturunan Cina bernama Mrs Hiew, yang berbadan besar, garang dan berkaca mata tajam. Ada pula watak lelaki Punjabi yang memakai turban dengan dialog yang melucukan dan mencuit hati kita.

    Ternyata, kerja-kerja tulisan dan lukisan oleh Datuk Lat ini digemari oleh banyak kaum, sekali gus menjadi satu lagi simbol Detik-Detik Kebersatuan dan penerimaan rakyat Malaysia akan hakikat kita hidup sebumbung dalam sebuah masyarakat yang majmuk dan berbilang keturunan.

    Saya difahamkan, Datuk Lat ada bersama kita di sini, tahniah dan tepukan untuk beliau!

    Begitu juga dalam filem Ola Bola, yang telah membangkitkan semangat kebersatuan rakyat Malaysia, dalam membentuk sebuah negara bangsa yang hebat lagi bermartabat.

    Berbalik kepada Datuk Lat, saya diberitahu bahawa beliau adalah abang kepada Encik Mamat Khalid, seorang pengarah filem terkenal dengan genre kehidupan sebenar masyarakat majmuk Malaysia. Saya pasti ramai tahu akan filem komedi seram dengan kutipan pecah panggung oleh Mamat Khalid bertajuk "Hantu Kak Limah Balik Rumah".

    Jelasnya, banyak lagi faktor yang boleh menjadi pemangkin kepada Detik-Detik Kebersatuan, dan tidak terhenti pada contoh-contoh di bidang sukan dan sosio-budaya itu tadi.

    Misalan lain, saban tahun pabila menjelangnya hari-hari perayaan besar terutamanya Aidil Fitri, jendela silaturahim 1Malaysia yang menyuburkan Detik-Detik Kebersatuan melalui Budaya Rumah Terbuka begitu menyerlah, sehingga menggamit pelancong-pelancong antarabangsa.

    Bertolak dari kemerdekaan, kemajuan yang kita tempa dari masa ke semasa, adalah demi rakyat Malaysia keseluruhannya. Kerajaan tidak akan meminggirkan mana-mana pihak, sekalipun apa-apa kumpulan etnik yang kecil bilangannya.

    Pucuk pangkalnya, di mata dan di hati kita,... setiap seorang dan setiap etnik rumpun dan keturunan, adalah 1Malaysia.

    Pada sudut ini, bertepatan untuk kita memberi tepukan syabas dan penghargaan kepada dua 'Ratu Terjun Negara' Cik Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong yang telah mengharumkan sukan terjun air negara dengan merangkul pingat Perak, di Olimpik Rio.

    Tampaknya, jelas sebagai yang saya nyatakan merdeka dan semangatnya adalah milik semua. Khususnya Cik Pandelela, anak gadis Bidayuh dari Sarawak ini, membuktikan tidak semestinya wakil etnik kecil tidak mampu menjadi seorang jagoan.

    Berkait ini, selamat maju jaya juga saya ucapkan kepada atlet-atlet paralimpik negara yang akan berjuang di Paralimpik Rio September ini.

    Sesungguhnya, saudara dan saudari, kemerdekaan ini adalah nikmat untuk Malaysia seluruhnya. Bermula dari utara Semenanjung Permata Nilam, ke hujung Sabah negeri di Bawah Bayu, membawa ke pedalaman Sarawak Bumi Kenyalang.

    Dalam hal demikian, projek Lebuhraya PAN Borneo yang bebas tol, sepanjang 2,325 km, yang bermula dari Telok Melano ke Lawas di Sarawak, membawa pula hingga ke Sabah, dari Sindumin ke Tawau, adalah satu lagi lambang kemajuan, sebuah Malaysia yang merdeka.

    Terbaru di Semenanjung pula, kita akan membina Rel Berkelajuan Tinggi atau HSR yang bermula dari Kuala Lumpur hingga ke Singapura. Ini akan memberikan manfaat besar kepada connectivity dan kepesatan ekonomi kepada Malaysia di rantau ini.

    Bagaimana Kita Mengisi Nikmat Kemerdekaan

    Oleh sebab itulah, dalam pada kita bersusah payah memupuk solidariti dan perpaduan, kita tidak mahu terjadinya Moments of Disunity, yakni Babak-Babak atau Episod Perpecahan, yang akan memusnah dan meranapkan segala yang telah terbina.

    Pokoknya, sanggupkah kita membiarkan tanah air ini, hancur berkecai, punah dalam sekelip mata dek angkara segelintir pengkhianat. Kata orang dulu-dulu, biar putih tulang, jangan putih mata. Para pendurjana dan petualang bangsa serta negara ini, mesti kita tentang habis-habisan.

    Di ketika ini, yang kita berdepan bukan setakat musuh luar, sebaliknya penjajahan bentuk baharu, yang meresap dan meracun minda rakyat, sehingga melibatkan 'tangan-tangan kotor' orang dalam negara sendiri.

    Dalam hal ini, teringat saya kata-kata tokoh pejuang tersohor, Mahatma Gandhi yang menyebut bahawa, makna kemerdekaan itu adalah pendisiplinan dan kepatuhan kepada rule of law.

    Bukanlah seperti apa yang cuba diperbuat oleh segelintir pihak yang hendak menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik, membuat referendum, deklarasi atau menghasut dan meracun pemikiran rakyat untuk berdemo di jalanan.

    Sedangkan dalam ajaran Islam sendiri dan dibahaskan oleh para Ulama Muktabar bahawa, 'matlamat tidak sesekali menghalalkan cara'.

    Pada hemah saya lagi, merdeka itu ertinya, berdiri di atas kaki sendiri, dengan acuan dan kemahuan kita sendiri. Merdeka itu ertinya bebas dari campur tangan asing.

    Lebih besar dari itu, merdeka bererti sebuah anjakan dan transformasi dari kemunduran kepada kemajuan dan keunggulan.

    Akhir kalam, kepada Allah kita mohon pertolongan dan Ingatlah!, kita punya satu kesamaan sebagai Anak Malaysia, berkongsi satu tujuan, satu matlamat, yakni impian 1Malaysia. - BHarian
  • Riding In The Haze, Should Or Shouldn’t You?

    By Azmin Ramlie →

    It is apparent that hazy days are here again, and everyone will be up in arms complaining and ranting on social media or otherwise. But the situation being what it is, what can a motorcyclist do about it?

    While those with access to four-wheeled enclosed vehicles will have it easier, some are still forced to use two-wheelers for daily transport. Since it is known that exposure to the haze can be hazardous to health, riders can take some measures to minimise their exposure to haze, notably in breathing in particulates.

    The health authorities will post information about using face masks, but not all face masks are created equal. We have seen riders using paper surgical masks that are sold cheaply at RM3 for a pack of 10, but these type of masks do nothing to filter particulates. These are used to capture bacteria coming out of the wearer’s mouth and nose, and not vice-versa.

    There are also cheap paper cup masks – priced at RM1 or RM2 per piece – that cover the nose and mouth. Usually unmarked, these simple masks only filter out dense particulate such as sawdust or sand. They are not designed to capture the fine particulates that are found in haze.

    For simple, easy, daily use, especially while riding, use a proper cup mask that is marked “N95”. These N95 masks – we got ours at RM6 each – are designed to capture at least 95% of a challenge aerosol with the mask material and filter media. The ‘N’ designation means the mask material is not oil-resistant.

    On a higher scale in terms of respiratory protection, single- and double-respirators provide the best protection against the haze. The respirators, available in hardware stores for around RM22, provide a closer fit to the face than N95 masks, and the filter element can be changed when its efficiency drops.

    The rating on respirator filters follow the ‘N’, ‘R’ and ‘P’ designations, where N is non-oilproof, R is somewhat oil resistant and P is oil-proof. The numbering on the respirator filter, 95, 99 or 100, indicates the percentage of particulates arrested by the filter.

    We did a comparison wear test with various masks, and found that all the masks would fit under an open-face helmet with no issues. Using a full-face meant the respirators were out, due to interference with the helmet’s chin bar.

    This meant that the only real choice for the rider is the N95 cup mask. The N95 mask would be the best compromise between filter efficiency and ease of use, especially on a daily basis.

    Riding in the haze also means the rider’s eyes may be affected by particulates in the haze, so proper eye protection should be worn, or the visor kept down at all times while on the move. Should the eyes be irritated, wash them with water or a simple saline solution, and seek medical attention immediately if the eyes are inflamed or itchy.

    Do remember that visibility on the road will be cut down during the haze, so ensure that all the lights on your motorcycle are functioning, and of the correct wattage. Broken or discoloured lenses should be replaced.

    It is also a good idea to ride while wearing bright coloured clothing, or to wear a reflective vest, whether in day, or night. Avoid prolonged journeys while riding in the haze, and take as many indoor breaks as possible if having to ride long-distance. Drinking a lot of plain water will help. - Paultan