Browsing "Older Posts"

  • Sarawak Way Bukan American Pay

    By perentas masa → Thursday, 30 June 2016


    Kuching diikhtiraf sebagai Bandar Perpaduan dan sekaligus menjurus kepada perpaduan kaum yang diamalkan oleh keseluruhan kaum dan agama yang terdapat di Sarawak. Asas kukuh sebuah perpaduan adalah kerana rakyatnya yang berbilang kaum dan agama yang gemar mengamalkan kehidupan yang harmoni dan bersepakat.

    Lihat sahaja apa yang telah berlaku kepada negara luar yang hanya mempunyai dua kaum namun keadaan huru hara berlaku saban hari sehingga menyebabkan nyawa terkorban. Nilai-nilai kemanusian sudah hilang dalam jiwa mereka. Sudah menjadi kebiasaan bagi mereka untuk tidak menghormati kaum dan agama lain disebabkan mereka tiada sikap hormat menghormati kepada yang lain.

    Berbeza dengan Sarawak yang mempunyai hampir 30 kaum dan etnik yang terdiri daripada berbilang agama yang dianuti. Kesepakatan dan bertoleransi mengimarahkan lagi kehidupan yang cukup harmoni. Ini kerana sikap hotmat menghormati antara kaum menyemai benih-benih keharmonian dan perpaduan yang tidak ternilai di Sarawak.

    Lihat sahaja ketika perayaan berlangsung. Di Sarawak terdapat empat perayaan terbesar yang diraikan bersama. Tahun Baru Cina, Gawai Dayak, Hari Raya dan Krimas diraikan dalam suasana yang begitu meriah dan aman harmoni. Setiap kaum dan agama akan mengambil bahagian dalam setiap perayaan yang berlangsung. Yang Islam akan mengunjungi rakan taulan yang menyambut perayaan tahun baru cina, gawai dayak, krismas dan bgitu juga berlaku sebaliknya.

    Dalam hal kehidupan seharian pergaulan kehidupan jelas memaparkan sebuah komuniti yang begitu terserlah perpaduannya. Bantu membantu sudah menjadi amalan sejak sekian lama. Sikap memberi atau bersedakah saban hari berlaku. Hal sedemikian boleh dilihat dalam komuniti kejiranan di Sarawak mereka akan berkumpul dalam kumpulan yang kecil di luar rumah yang terdiri daripada berbagai bilang kaum dan agama.

    Jika melewati kedai minuman dan makanan di Sarawak, kaum yang ada di Sarawak mampu duduk semeja dan minum serta makan bersama walaupun mereka berbeza kaum dan agama. Keriangan diwajah mereka menandakan mereka begitu menyukai keadaan di Sarawak. Bukan setakat itu sahaja, malah mereka akan berebut-rebut untuk membayar harga minuman atau makanan tanpa perlu berfikir sistem bayar sendiri. Budaya bersedakah sudah wujud dalam masyarakat Sarawak yang berbilang kaum dan agama. Beginilah sebuah kehidupan masyarakat di Sarawak yang cintakan perpaduan yang mempunyai cara tersendiri ' Sarawak Way" bukan " American Pay". -Sarawakiana
  • Apa Kata Kit Siang - Sabu sebelum dan Selepas Guan Eng Di Tahan

    By perentas masa →


    Putar belit kenyataan memang sudah sebati kepada pembangkang di Malaysia. Bila Suruhanjaya Rasuah Malaysia menyebelahi pihak pembangkang, kenyataan memuji SPRM tinggi melangit sehingga SPRM seolah-olah begitu suci dan bersih.

    Kenyataan Lim Kit Siang sebelum ini begitu memandang tinggi agensi SPRM.

    " SPRM memiliki sistem cegah rasuah terbaik di Dunia dan seimbang," kata Lim Kit Siang.

    Tetapi apabila SPRM menahan Lim Guan Eng dengan dua pertuduhan rasuah, Lim Kit Siang berkata sebaliknya.

    " Hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ditagkap, Adakah ini adil ?," kata Lim Kit Siang.

    Ternyata kenyataan DAP boleh berubah-ubah mengikut keadaan semasa. Bila mempunyai kepentingan bagi mereka maka SPRM akan dilambung-lambung pujian dan jika tidak menyebelahi mereka, maka dikecam jawabnya.

    Begitu juga kenyataan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Mohd Sabu. Mempersetujui langkah yang diambil oleh SPRM sebelum ini jika tiada kaitan dengan pembangkang.

    " SPRM bebas menyiasat sesiapa sahaja dan kalau ada kes dakwa," kata Mohd Sabu.

    Tetapi sebaliknya terjadi apabila Lim Guan Eng di tahan SPRM.

    " Tak malukah pegawai-pegawai SPRM," kata Mohd Sabu selepas Lim Guan Eng ditahan.

    Hakikatnya sikap pihak pembangkang sukar dijangka. Agensi bebas seperti SPRM dilakukan seperti bola. Di dakap apabila dipihak pembangkang dan akan disepak bila tidak menyebelahi pembangkang.-Sarawakiana.


  • Hanya 10 Peratus Polis Sarawak Cuti Raya

    By Yusz Man →

    KUCHING: Polis Sarawak hanya membenarkan sebanyak 10 peratus daripada lebih 6,000 anggota bercuti sempena perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

    Timbalan Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sarawak Dato Abd Aziz Yusof berkata, seramai 90 peratus anggotanya akan menjalankan tugas seperti biasa pada perayaan Aidilfitri.

    “Ini adalah bagi memastikan tugasan cegah jenayah sepanjang tempoh tersebut berjalan lancar”,katanya ketika ditemui dalam sidang media selepas program pengagihan bubur lambuk di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak disini hari ini.

    Selain itu, Abd Aziz juga menasihatkan orang ramai supaya memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya bagi memudahkan kelancaran operasi Op Selamat yang dilancarkan semalam.

    Beliau juga menggesa orang ramai memberi kerjasama kepada pihak polis berhampiran sekiranya meninggalkan rumah untuk balik ke kampung halaman masing-masing agar anggota polis boleh menjalankan rondaan bagi menjaga keselamatan rumah semasa ketiadaan pemilik rumah.- Sarawakiana
  • Anda Mengeluh Susah? Lihat Keluarga Ini Dahulu

    By Dayyan Mikhail →

    KUANTAN – Kesempitan hidup yang dialami sebuah keluarga di kampung Sri Fajar di sini membuatkan mereka terpaksa hidup dengan serba serbi kekurangan dan keadaan rumah yang begitu uzur sejak beberapa tahun lalu.

    Ibu kepada lapan orang anak itu, Satrah Adbillah, berkata, dia terpaksa melakukan dua pekerjaan kerana tidak mempunyai pilihan untuk menampung keperluan anak-anaknya selepas suaminya berpindah ke Johor.

    Dia yang bekerja sebagai tukang sapu pada siang hari di sebuah sekolah di Gambang dekat sini hanya memperoleh pendapatan RM800 sebulan dan ini memaksa dia untuk menjual kuih ketika malam.

    Menurutnya, keperluan harian untuk makan dan minum keluarganya juga tidak menentu kerana terpaksa menyara anak-anaknya yang mempunyai lingkungan umur antara empat hingga 15 tahun.

    Kesemua anak-anaknya juga difahamkan tidur dengan hanya berlapikkan lantai simen dan daripada gambar juga, anda sendiri boleh melihat keadaan rumah setinggan Satrah yang benar-benar begitu daif.

    Ibu kepada lapan cahaya mata ini juga, turut melahirkan kesedihannya yang terpaksa membesarkan anak dalam suasana tidak selesa selain berharap ada pihak yang sudi tampil membantu mereka sekeluarga.

    Kepada anda yang ingin menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban puan Satrah, boleh menghulurkan keikhlasan anda di akaun Maybanknya yang bernombor 156094366676.

    Atau jika anda ingin menghulur bantuan terus kepada keluarga ini, terus sahaja ke lokasi rumahnya yang beralamat di nombor 53 lorong 2, Kampung Sri Fajar, Gambang, 26,300, Pahang.

    Semoga keiklasan dan bantuan anda semua dapat mengembirakan keluarga ini menjelang satu Syawal kelak. -MYNEWSHUB.CC
  • Pilih Telefon Pintar Sebagai Isteri

    By uMieySurianie →

    Las Vegas: Sebahagian penduduk di Amerika Syarikat menganggap telefon pintar keperluan paling penting dalam kehidupan mereka.

    Bagaimanapun, seorang lelaki dari Los Angeles melangkah lebih jauh apabila mengambil keputusan berkahwin dengan telefon pintarnya.

    Aaron Chervenak sanggup memandu dari Los Angeles ke sebuah gereja kecil di Las Vegas semata-mata mahu menunaikan impian untuk berkahwin dengan telefonnya.

    Lebih menarik lagi dia turut menyarungkan cincin pada telefonnya sebagai tanda ikatan cinta.

    Gereja yang dikenali sebagai The Little Las Vegas Chapel itu terkenal kerana sering menganjurkan perkahwinan pelik dan tidak masuk akal.

    Chervenak berkata, telefon pintar sudah menjadi sebahagian besar kehidupannya dan dia tidak boleh hidup tanpa alat komunikasi berkenaan.

    “Oleh sebab itu saya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan telefon pintar,” katanya.

    Menurutnya, dia menghubungi pihak gereja itu dan menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan telefon pintarnya pada bulan lalu.

    “Perkahwinan ini adalah satu simbolik bagi menunjukkan bagaimana telefon pintar menjadi semakin dihargai dalam kehidupan kita.

    “Saya berharap orang ramai akan bertanya soalan yang sama mengenai diri dan hubungan mereka,” jelasnya. - Agensi
  • Jumpai Timun Dalam Dubur

    By uMieySurianie →

    SEORANG imam sebuah masjid di Turki terpaksa digantung tugas selepas laporan pemeriksaan kesihatannya mendapati terdapat batang timun dalam duburnya, baru-baru ini.

    Imam berusia 39 tahun yang tidak dinamakan itu digantung tugas oleh jabatan agama selepas dia mengadu mengalami sakit di bahagian perut selain mengalami pendarahan.

    Laporan kesihatannya dipercayai telah dibocorkan oleh doktor yang merawatnya sekali gus menyebabkan beberapa doktor lain membantah tindakan pakar perubatan berkenaan.

    Menurut seorang doktor, Ardil Bayram, tindakan doktor terbabit telah melanggar etika kerja seorang pakar perubatan yang tidak dibenarkan mendedahkan laporan kesihatan pesakit mereka kepada mana-mana individu selain daripada tuan punya badan itu sendiri.

    “Kami tak tahu mengenai penyiasatan yang dijalankan (jabatan agama) itu, tapi tindakan menggantung tugas mangsa adalah tidak boleh diterima.

    “Ini kerana perlanggaran akta itu mungkin akan menyebabkan individu yang mengamalkan seks sejenis berasa malu untuk membuat pemeriksaan kesihatan selepas ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
  • Suami Anzalna Nasir Masuk Hospital, Alami Luka Kecil Di Perut

    By uMieySurianie →
    Screen Shot 2016-06-30 at 5.34.51 AM

    Selepas beberapa hari mengalami sakit perut, suami kepada pelakon jelita, Anzalna Nasir, Mohamad Hanif Mohamad Zaki telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta berdekatan pagi tadi akibat gastrik. Menurut Anzalna lagi, suaminya itu mengalami luka di dalam perut dan dijadualkan berada di hospital untuk pemeriksaan lanjut dari doktor.

    “Sejak minggu lalu suami saya sudah mengadu sakit perut, namun tak berjumpa doktor. Saya membawanya ke hospital setelah dia mengadu sakit, pagi tadi. Tak sangka pula keadaannya makin teruk hingga dimasukkan ke wad. Saya kurang pasti faktor utama penyakitnya itu, sebelum ini dia tidak mengalami gastrik,” katanya kepada Berita Harian Online.

    Sementara itu, bercakap pula mengenai rumah tangga, Anzalna akui kehidupan selepas bergelar isteri kepada ahli perniagaan itu lebih bahagia berbanding ketika dirinya masih solo dahulu. Pada masa yang sama, beliau turut meluahkan rasa terujanya melalui saat pertama kali melalui bulan puasa dan bakal menyambut Aidilfitri bersama suami tersayang.

    Tambahnya lagi, Hanif juga seorang yang senang untuk diuruskan kerana beliau tidak cerewet dalam pemakanan, jadi jika ingin memasak juadah berbuka atau sahur juga sangat mudah. Memang terserlah kebahagiaan Anzalna sehingga beliau sendiri akui sampai tidak mahu bekerja kerana tidak sanggup untuk berjauhan dengan suami. (rkty/w)
  • Kerajaan Tetap Mengutamakan Kebajikan Rakyat - PM

    By uMieySurianie →

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tetap mengutamakan hal berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan rakyat.

    Walaupun berdepan tohmahan dan pelbagai fitnah terutama berkenaan keadaan kewangan kerajaan dan negara hingga ada yang berkata negara akan jatuh muflis, Perdana Menteri berkata, kerajaan tetap meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat sebagai keutamaan.

    "Insya-Allah, bermula Julai ini, kenaikan satu tangga gaji dan gaji minimum RM1,200 kepada penjawat awam di seluruh negara akan dilaksanakan, seperti yang saya umumkan dalam Bajet 2016 yang lalu.

    "Usaha dan kerja keras penjawat awam amat kerajaan hargai. Saya harap bantuan ini akan membakar semangat semua penjawat awam untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara dengan cemerlang, Insya-Allah," katanya dalam status terbaharu di laman sosial Facebook dan Twitter rasminya, di sini, hari ini. - BH

  • Hari Terakhir Keputusan Suara Akar Umbi

    By perentas masa →
    Tarikh akhir Jun hari ini yang menjadi tanda tanya rakyat Sarawak tentang keputusan akar umbi yang inginkan parti mana 9 wakil rakyat akan bernaung. Samada keputusan akar umbi memihak kepada PBB, SUPP, SPDP dan PRS. Semuanya terpulang kepada keputusan yang akan di umumkan dan nanti.

    "Sekarang kita inginkan akar umbi wakil rakyat masing-masing untuk membuat keputusan parti mana wakil rakyat mereka hendak sertai" kata Ketua Menteri setelah isu berkaitan 9 wakil rakyat terus Barisan nasional tiada kata putus untuk ditentukan setelah ada di antara pati komponen Barisan Nasional tidak bersetuju wakil rakyat tersebut memohon menyertai PBB.

    Sebelum ini SUPP menyuarakan ketidak puasan hati apabila wakil rakyat tersebut memohon untuk menyertai PBB dan jika berlaku ia tidak sihat untuk politik Sarawak. SUPP juga menyatakan PBB akan menjadi sebuah parti politik yang dominan dan hal tersebut akan menyebabkan politik Sarawak tidak berada dalam keadaan baik.

    Apa pun yang berlaku, akar umbi adalah keputusan terakhir yang akan menjawab segala kemusykilan yang berlaku. Jika akar umbi sudah membuat keputusan, parti komponen Barisan Nasional seharusnya menerima keputusan dengan hati terbuka jika tidak memihak kepada pati mereka.

    Ia keputusan muktamad akar umbi dan ia juga merangkumi suara rakyat Sarawak. Parti komponen tidak dapat menafikan jika suara rakyat sudah membuat keputusan kerana ia adalah kehendak rakyat Sarawak sendiri. Keputusan akar umbi adalah muktamad dan semua akan mengetahui keputusannya tidak lama lagi.-Sarawakiana

  • Kemalangan Babitkan Tiga Kenderaan Di Jalan Betong-Sri Aman

    By Dayyan Mikhail →

    BETONG: Seorang wanita berusia 33 tahun berdepan detik cemas apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Betong - Sri Aman tengahari tadi.

    Mangsa bernasib baik kerana hanya patah kaki manakala lima mangsa lain mengelami kecederaan ringan.

    Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong dikerah ke lokasi kejadian sekitar jam 12 tengahari selepas menerima panggilan kira-kira jam 11.36 pagi.

    Menurut jurucakap bomba, ketika tiba di lokasi kejadian, didapati seorang mangsa wanita tersepit.

    "Kami berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan 'rescue tool' dan mengalami kecederaan patah kaki manakala lima mangsa lain hanya cedera ringan," katanya.

    Kesemua mangsa diserahkan kepada pihak Ambulan untuk tindakan seterusnya. -Sarawakiana.
  • Berlian Terbesar Tidak Laku Dalam Acara Lelongan

    By Dayyan Mikhail →

    SEBUAH berlian bersaiz sebesar bola tenis gagal mendapat perhatian daripada pembida dalam sebuah majlis bidaan yang dianjurkan Sotheby yang diadakan di New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

    Syarikat bidaan terkenal tersebut sebelum ini menjangkakan nilai berlian itu akan terjual sehingga AS$70 juta (RM282 juta).

    Berlian 1,109 karat itu dijumpai di tapak perlombongan syarikat Lucara di Bostwana dekat Afrika Selatan, pada November lalu.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lucara, William Lamb, kegagalan menjual berlian itu merupakan satu perkara yang mengecewakan buat dirinya.

    Namun begitu, Lamb percaya pada masa akan datang, berlian itu akan mendapat sambutan daripada para pembida di luar sana.

    “Kenyataan berlian itu tidak terjual adalah satu hal yang mengecewakan namun saya percaya akan ada permintaan untuknya yang mana mungkin datang daripada individu yang biasa kami berurusan sebelum ini,” katanya dipetik Channel NewsAsia.

    Kegagalan berlian itu terjual adalah disebabkan acara bidaan kebiasaannya mempertaruhkan berlian dipotong kecil bukannya bersaiz besar seperti yang ditawarkan oleh Lucara.

    Namun Lucara berpendapat tindakannya itu betul kerana mahukan individu berpotensi berminat dengan barangan mahal yang mempunyai usia ratusan tahun dapat memilikinya dengan cara yang lebih mudah dan senang.

    Buat masa ini, Lucara masih menyimpan berlian tersebut dan percaya nilainya boleh mencecah ratusan juta dolar selepas ini. – MYNEWSHUB.CC
  • Perintah Gaji Minimum Berkuatkuasa Esok

    By Bukan Nama Sebenar →

    PUTRAJAYA: Gaji minimum bulanan RM1,000 bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 di Sabah serta Sarawak berkuat kuasa esok tanpa penangguhan, selepas kerajaan meneliti semua syor Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN).

    Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot, dalam satu kenyataan hari ini, menegaskan kerajaan mengambil pendekatan berimbang dalam isu itu dan dakwaan majikan tertentu kononnya kesuntukan masa melaksanakannya adalah tidak berasas.

    Katanya, dakwaan kedudukan ekonomi semasa negara kurang baik adalah tidak tepat kerana pelbagai petunjuk seperti pertumbuhan produktiviti buruh 2015 dan pelaburan langsung asing (FDI) menunjukkan sebaliknya.

    "Penguatkuasaan berhubung pembayaran gaji minimum akan dipergiatkan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) bagi memastikan perintah ini dipatuhi.

    Jika disabit kesalahan tidak mematuhi perintah ini, denda RM1,000 bagi setiap kesalahan dan RM1,000 sehari bagi kesalahan berterusan boleh dikenakan mengikut Akta MPGN 2011.

    "Majikan yang melakukan kesalahan berulang boleh dikenakan penalti sehingga RM20,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya.

    "Pelaksanaan ini meliputi semua majikan termasuk sektor perhotelan yang mana mereka dikehendaki membayar gaji minimum iaitu gaji pokok (tanpa elemen caj perkhidmatan) tidak kurang RM1,000 sebulan di Semenanjung selain RM920 di Sabah, Sarawak dan Labuan," katanya.

    Richard mengesyorkan majikan yang berintensifkan buruh supaya berusaha gigih ke arah mekanisasi dan automasi proses pengeluaran bagi meningkatkan pengeluaran, sekali gus mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing kurang mahir.

    Maklumat mengenai pelaksanaan perintah gaji minimum boleh diperoleh daripada Urus Setia MPGN di talian 03-88865156 atau emel minimumwages@mohr.gov.my atau mana-mana pejabat JTK berdekatan. - BH
  • Nombor Plat 88888 Bawa Sial Kepada Pemandu Ini

    By Dayyan Mikhail →

    MENGIKUT kepercayaan masyarakat Cina, nombor lapan bermaksud membawa tuah atau ong kepada mereka.

    Disebabkan itu, kebanyakan daripada mereka tidak kisah untuk berbelanja besar demi mendapatkan nombor cantik berkenaan untuk diabadikan di badan kenderaan masing-masing.

    Namun, yang pasti nombor plat 88888 dibeli seorang lelaki dari Shanghai, China ini tidak membawa tuah buat dirinya apabila tidak sampai sehari dia menggunakan nombor plat itu, dia ditahan sebanyak lapan kali oleh pihak polis.

    Lelaki yang dikenali sebagai Liu itu ditahan polis selepas pihak berkuasa mengesyaki nombor plat yang digunakannya itu adalah palsu.

    Namun, selepas membuat siasatan, pihak polis terpaksa melepaskannya kerana nombor plat yang digunakan Liu adalah asli dan didaftarkan dengan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan di sana.

    Di China, bukan hanya Liu sahaja menggunakan plat bernombor 88888 sebaliknya terdapat beberapa individu dari wilayah lain turut menggunakan angka sama bagi nombor pendaftaran kenderaan masing-masing. – MYNEWSHUB.CC


  • Polis Marin Tumpaskan Kegiatan Korek Pasir Haram Di Sibu

    By Bukan Nama Sebenar →
    Gambar Hiasan


    KUCHING – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sarawak menggagalkan kegiatan mengorek pasir tanpa permit dan merampas sebuah kapal korek, pasir serta dua buah kren bernilai lebih RM2 juta di perairan Batang Rajang di Sibu semalam.

    Komander PPM wilayah itu, ACP N. Kalai Chelvan berkata serbuan yang dilakukan oleh sepasukan lapan orang anggota PPM Wilayah Lima itu turut menahan empat lelaki tempatan yang sedang melakukan kerja-kerja mengorek pasir.

    “Kira-kira 6 pagi semalam, pasukan yang diketuai ASP Muhammad Sallam Spawi melakukan risikan di sepanjang Batang Rejang dan sebelum membuat pemeriksaan ke atas sebuah kapal korek di lokasi.

    Setelah diperiksa didapati kapal tersebut beroperasi tanpa permit dan lesen yang sah, satu kesalahan di bawah Kanun Tanah Negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata berikutan itu pihaknya telah bertindak merampas kapal korek berkenaan yang dianggarkan bernilai RM1.5 juta; 20 tan metrik pasir yang dikorek bernilai RM3,500 dan dua buah kren bernilai RM500,000 serta menahan empat lelaki berkenaan.

    “Kes telah diserahkan kepada Jabatan Tanah dan Survei Sibu untuk tindakan lanjut. Satu laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Lanang,” katanya.

    Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan, Kalai Chelvan berkata anggota PPM Wilayah Lima telah merampas kayu balak pelbagai saiz dan jenis kerana tidak mempunyai pas pemindahan yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan Sarawak di Tebingan Sungai Ulu Lanang, di Sibu semalam.

    Beliau berkata anggotanya turut bertindak merampas empat lori dan menahan empat lelaki tempatan yang juga pemandu lori berkenaan.

    “Kira-kira 7 pagi semalam, sepasukan anggota PPM Wilayah Lima membuat tugas risikan dan pemeriksaan ke atas empat buah lori yang membawa muatan kayu balak pelbagai saiz dan jenis di tebingan sungai yang terletak dalam kawasan sebuah kilang.

    “Pemeriksaan lanjut mendapati keempat-empat pemandu lori terbabit mengemukakan pas pemindahan yang telah tamat tempoh,” katanya.

    Kalai Chelvan berkata pihaknya kemudian bertindak merampas kayu balak serta empat lori itu yang dianggarkan bernilai RM678,000.

    “Empat lelaki berkenaan juga telah ditahan. Kes telah diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sibu untuk tindakan lanjut, katanya. – BERNAMA
  • Mahkamah benar Guan Eng diikat jamin RM1 juta

    By Yusz Man →


    GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi sebentar tadi, membenarkan Ketua Menteri, Lim Guang Eng diikat jamin RM1 juta bersama seorang penjamin.

    Mahkamah turut membenarkan Guan Eng menyimpan pasportnya, namun mengarahkan beliau memaklumkan kepada mahkamah sekiranya mahu ke luar negara.

    Mahkamah juga membenarkan ahli perniagaan, Phang Li Khoon diikat jamin RM200,000 bersama seorang penjamin.-BH

  • Kanak-Kanak Mandi Kolam Terkena Renjatan Elektrik

    By Dayyan Mikhail →

    SEBUAH video yang dikongsi oleh seorang pelayar web Stomp iaitu Richard menunjukkan seorang kanak-kanak ditarik keluar daripada sebuah kolam renang selepas didakwa terkena renjatan elektrik.

    Menurut Richard, dia mendapat rakaman video itu dari seorang kenalan. Difahamkan kejadian tersebut berlaku pada 29 Jun di Hotel Equatorial Pulau Pinang

    Video pendek berdurasi 32 saat itu memaparkan seorang wanita berbaju biru dilihat menghampiri kolam tersebut sebelum menjerit.

    Orang ramai dilihat berkerumun ke arahnya lalu menarik seorang lagi mangsa yang berada di dalam kolam tersebut. Mangsa diberikan bantuan pernafasan (CPR).

    Malah, kelihatan beberapa orang kanak-kanak menangis dan menjerit sebelum wanita berbaju biru dilihat rebah di atas padang rumput berhampiran.

    Richard memberitahu laman Stomp: “Seorang kanak-kanak terkena renjatan elektrik ketika berenang di kolam yang terdapat kabel elektrik bawah air dan lampu.

    “Bagi mereka yang tinggal di kondominium dan pangsapuri dengan kemudahan kolam renang, sila berhati-hati,” nasihat Richard.

    Walau bagaimanapun, maklumat terperinci kejadian tersebut masih tidak dapat dipastikan serta apakah nasib yang terjadi kepada kanak-kanak dan wanita itu. – MYNEWSHUB.CC
  • Tarikh lihat anak bulan Syawal 4 Julai

    By Yusz Man →

    KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ditetapkan pada petang Isnin, 4 Julai bersamaan 29 Ramadan 1437 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, hari ini.

    Menurutnya, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

    "Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa melalui radio dan televisyen," menurut kenyataan itu.

    Menurut kenyataan itu, anak bulan Syawal akan dilihat di 29 lokasi di seluruh negara iaitu:

    JOHOR: Pontian Kecil

    MELAKA: Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Tanjung Bidara)

    NEGERI SEMBILAN: Telok Kemang (Port Dickson)

    SELANGOR: Bukit Melawati (Kuala Selangor), Bukit Jugra (Banting), Balai Cerap Selangor (Sabak Bernam)

    PERAK: Pantai Pasir Panjang (Manjong) PULAU PINANG: Pusat Falak Sheikh (Pantai Acheh)

    KEDAH: Kampung Pulau Sayak (Kuala Muda), Pemandangan Indah (Pulau Langkawi), Menara Alor Setar

    TERENGGANU: Bukit Besar (Kuala Terengganu), Bukit Geliga (Kemaman), Pulau Perhentian (Besut), Balai Cerap KUSZA (Setiu)

    KELANTAN: Bukit Peraksi (Pasir Puteh), Bukit Kampung Tembeling (Kuala Krai), Menara Bangunan SEDC (Kota Baharu)

    SARAWAK: Tanjong Lubang (Miri), Teluk Bandung & Tanjung Batu (Kuching)

    SABAH: Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil (Putatan)

    PAHANG: Bukit Tanjong Batu (Nenasi), Gunung Brinchang (Cameron Highlands), Bukit Pelindong (Kuantan)

    LABUAN: Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah

    KUALA LUMPUR: Menara Kuala Lumpur

    PUTRAJAYA: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

    PERLIS: Kuala Sungai Baru (Simpang Empat). - BERNAMA
  • Lelaki Pakai Rantai, Rambut Tak Islamik Di Makkah Ditahan

    By Dayyan Mikhail →

    SERAMAI 50 lelaki Arab Saudi ditahan baru-baru ini gara-gara memakai rantai leher dan mempunyai potongan rambut yang dianggap sebagai ‘tidak Islamik’.

    Penangkapan itu dibuat setelah pihak berkuasa Arab Saudi mengadakan pemeriksaan secara besar-besaran di sebuah pusat beli belah sekitar Makkah, sempena bulan mulia Ramadan.

    Kesemua pemuda yang ditahan itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah.

    Mereka yang ditahan dikatakan melakukan beberapa kesalahan seperti mempunyai potongan rambut pelik, memakai rantai atau gelang, memakai lilit kepala dan mengenakan pakaian singkat.

    Menurut laporan Middle East Eye, polis moral negara itu semangnya diberi mandat untuk menasihati orang ramai tentang ‘tingkah laku dan tradisi yang bertentangan dengan ajaran Islam.

    Jika di Malaysia, penguat kuasa agama boleh membuat tangkapan hal yang salah dari agama Islam namun berbeza pula di Arab Saudi kerana mereka perlu melaporkan ‘kesalahan moral’ itu kepada polis atau pegawai antidadah.

    Pada bulan April lalu, Persatuan Bola Sepak Arab Saudi telah mengeluarkan fatwa menyekat pemain yang mencukur hanya sebahagian kepala.

    Dek kerana itu, tiga pemain Saudi diharamkan bermain sehinggalah mereka menukar gaya rambut berkenaan.

    Malah, video penjaga gol Shabaab, Waleed Abdullah dipaksa memotong rambut di tepi padang pada 2012 pernah menjadi viral di Internet, suatu ketika dahulu. – MYNEWSHUB.CC

  • Telefon Pintar Sebagai Isteri

    By Bukan Nama Sebenar →

    LAS VEGAS – Sebahagian penduduk di Amerika Syarikat menganggap telefon pintar keperluan paling penting dalam kehidupan mereka.

    Bagaimanapun, seorang lelaki dari Los Angeles, California melangkah lebih jauh apabila mengambil keputusan untuk berkahwin dengan telefon pintarnya.

    Aaron Chervenak sanggup memandu dari Los Angeles ke sebuah gereja kecil di Las Vegas semata-mata mahu menunaikan impian untuk berkahwin dengan telefonnya.

    Lebih menarik lagi dia turut menyarungkan cincin pada telefonnya sebagai tanda ikatan cinta.

    Gereja yang dikenali sebagai The Little Las Vegas Chapel itu terkenal kerana sering menganjurkan perkahwinan pelik dan tidak masuk akal.

    Chervenak berkata, telefon pintar sudah menjadi sebahagian besar kehidupannya dan dia tidak boleh hidup tanpa alat komunikasi berkenaan.

    “Oleh sebab itu saya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan telefon pintar,” katanya.

    Menurutnya, dia menghubungi pihak gereja itu dan menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan telefon pintarnya pada bulan lalu.

    “Perkahwinan ini adalah satu simbolik bagi menunjukkan bagaimana telefon pintar menjadi semakin dihargai dalam kehidupan kita.

    “Saya berharap orang ramai akan bertanya soalan yang sama mengenai diri dan hubungan mereka,” jelasnya. – Agensi
  • Warga Emas Hilang Dijumpai Semula

    By Dayyan Mikhail →

    KUCHING: Seorang warga emas berusia 84 yang dilaporkan hilang sekitar malam Rabu lepas dijumpai semula pasukan penyelamat berhampiran dengan lokasi terakhirnya dilihat di Kampung Maang.

    Anak mangsa yang turut bersama-sama pasukan penyelamat dalam operasi mencari itu berjaya menjumpai ibunya sekitar jam 9.05 pagi tadi.

    Menurut jurucakap bomba, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 9.22 malam Rabu lepas dengan melibatkan tujuh anggota bomba, polis, Jabatan Pertanahan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung.

    Warga emas berkenaan dipercayai hilang selepas masuk ke hutan berdekatan rumah untuk mencari hasil hutan. -Sarawakiana.
  • Seks Atas Menara Gereja, Aksi Pasangan Dirakam Dron

    By uMieySurianie →

    APABILA melawat ke sesebuah tarikan pelancongan apatah lagi jika tempat itu merupakan bangunan upacara keagamaan, adalah lebih afdal jika anda tidak melakukan hubungan kelamin di situ.

    Namun, nampaknya pasangan ini jelas tidak berfikiran dengan waras kerana mereka membuat keputusan untuk memadu asmara di atas menara pertapaan rahib sebuah gereja Kristian Ortodoks di Torzhok, Rusia!

    Apa yang lebih ‘mengharukan’ adalah aksi seks mereka di atas Borisogleb Monastery itu telah dirakam secara tidak sengaja oleh sebuah dron yang sedang mengelilingi menara tersebut, sekaligus merakam permandangan yang sempurna saat insiden itu berlangsung.

    Bagaimanapun, aksi pasangan itu terbantut apabila seorang lagi pelancong muncul secara tiba-tiba tanpa amaran.

    Mungkin terkejut atau trauma menjadi saksi perlakuan tidak senonoh itu, si pelancong pun berpura-pura menikmati permandangan sekeliling dari atas menara itu seolah-olah tiada apa-apa berlaku.

    Keadaan tegang antara mereka bertiga dapat dirakam sepenuhnya oleh kamera dron tersebut.

    Pasangan itu boleh dikenakan hukuman, jika pihak berkuasa dapat mengesan identiti sebenar mereka.

    Mungkin orang putih ni sudah hilang sifat malu agaknya, berfikir menggunakan alat kelamin sahaja sehingga sanggup mengadakan hubungan seks di tempat awam. Kami pula yang malu melihatnya!-MYNEWSHUB.CC
  • Mahkamah Benarkan Lim Guan Eng Di Ikat Jamin

    By perentas masa →


    GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi sebentar tadi, membenarkan Ketua Menteri, Lim Guang Eng diikat jamin RM1 juta bersama seorang penjamin.

    Mahkamah turut membenarkan Guan Eng menyimpan pasportnya, namun mengarahkan beliau memaklumkan kepada mahkamah sekiranya mahu ke luar negara.

    Mahkamah juga membenarkan ahli perniagaan, Phang Li Khoon diikat jamin RM200,000 bersama seorang penjamin.BH
  • Hrithik Roshan Terlepas Serangan Berani Mati Di Istanbul

    By Yusz Man →

    MUMBAI: Pelakon terkenal Bollywood iaitu Hrithik Roshan berada di Lapangan Terbang Ataturk, Turki beberapa jam sebelum serangan pengganas yang mengakibatkan 36 terbunuh lapor Press Turst of India (PTI).

    Hrithik, 42, yang baharu sahaja pulang dari bercuti di Afrika bersama anak-anaknya, Hrehaan dan Hridhaan berada di lapangan berkenaan selepas terlepas penerbangan pulang ke India.

    “Terlepas penerbangan pulang ke India di Istanbul dan terpaksa berada di lapangan terbang sehingga esok tetapi kami bernasib baik mengambil kelas ekonomi bagi membolehkan kami pulang segera,” katanya menerusi Twitter.

    Pelakon itu turut mengucapkan terima kasih kepada kakitangan di lapangan terbang berkenaan yang banyak membantunya.

    Malah dia turut meminta semua peminat bersatu hati dalam menentang keganasan.

    “Ia berita mengejutkan kerana nyawa tidak berdosa terbunuh dan kita mesti bersatu dalam menentang keganasan,” katanya.

    Tiga letupan berasingan berlaku di lapangan terbang itu dipercayai angkara pengebom berani mati yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas IS, mengorbankan 36 orang dan 147 lagi cedera.
  • Pelepasan Khas 8 Julai Jika Aidilfitri Pada 6 Julai

    By Admin →

    PUTRAJAYA, 30 Jun (Bernama) -- Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai ini kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai, demikian umum Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

    Bagaimanapun, katanya pelepasan khas daripada bertugas itu tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai.

    "Orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi jabatan dan agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidilfitri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Ali dalam pada itu merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana bersetuju dengan cadangan daripada penjawat awam itu khususnya oleh CUEPACS.

    "Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan seterusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik dan produktif apabila kembali bertugas di jabatan dan agensi masing-masing," katanya.

    -- BERNAMA
  • Serangan Istanbul : 41 Terbunuh, 239 Cedera

    By Bukan Nama Sebenar →

    ISTANBUL: Empat puluh satu orang terbunuh dan 239 yang lain cedera dalam serangan bom berani mati di lapangan terbang antarabangsa utama di sini pada Selasa, demikian menurut pejabat gabenor Istanbul.

    Insiden itu menjadikannya serangan paling dahsyat tahun ini di Turki.

    Menurut kenyataan itu lagi, 13 daripada mereka yang terbunuh dalam serangan itu dikaitkan dengan militan Negara Islam (IS).

    Pejabat gabenor berkata, 109 daripada 239 mangsa yang cedera sudah dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan.

    Seorang pegawai Turki mengesahkan laporan awal bahawa seorang rakyat Iran dan seorang warga Ukraine adalah antara orang mati. -AFP/Reuter
  • Permohonan 9 ADUN Sertai PBB Diputuskan Selepas MMT

    By Bukan Nama Sebenar →

    Kuching : Permohonan sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak yang memohon untuk menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) selepas bertanding sebagai calon langsung Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas hanya akan diputuskan selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PBB diadakan.

    Antara sembilan ADUN yang memohon menyertai PBB ialah Tan Sri William Mawan Ikom (Pakan), Paulus Palu Gumbang (Batu Danau) dan Rosey Yunus (Bekenu), yang sebelum ini merupakan ahli parti TERAS.

    Turut memohon menyertai PBB ialah tiga bekas ahli Parti Rakyat Bersatu (UPP) iaitu Datuk Dr Jerip Susil (Mambong), Ranum Mina (Opar) dan Dr Johnical Rayong Ngipa (Engkelili).

    Manakala tiga bekas ahli PBB sendiri ialah Miro Simoh (Serembu), Datuk Gerawat Gala (Mulu) dan John Ilus (Bukit Semuja).

    Memetik laporan UtusanBorneo, Setiausaha Agung PBB Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, permohonan adalah perlu melalui prosedur untuk memohon menyertai parti dan perbincangan harus dibuat di peringkat akar umbi.

    “Kita belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara ini sehingga mesyuarat MT diadakan dan mereka juga perlu melalui proses atau prosedur untuk memohon menyertai parti.

    “Bahkan permohonan menyertai parti juga harus diterima semua pemimpin akar umbi serta ranting parti di seluruh negeri,” katanya

    Sementara itu, Stephen menerima kunjungan hormat daripada rombongan bekas pemimpin akar umbi TERAS di Ibu Pejabat PBB semalam yang bertujuan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan prosedur mengenai penyertaan ke dalam parti.

    Beliau yang juga merangkap Menteri Muda Kemudahan Awam turut ditemani Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Pelaburan dan Promosi Datuk Julaihi Narawi dan Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol menyertai kunjungan tersebut. - Sarawakiana
  • Kegiatan Jual Vaksin Palsu Terbongkar

    By uMieySurianie →

    JAKARTA: Keluarga di Indonesia dinasihati berunding dengan doktor dan mempertimbangkan mengambil semula vaksin untuk anak mereka selepas terbongkarnya skandal vaksin tiruan baru-baru ini.

    Polis pada minggu lalu membongkar satu sindiket yang menjual vaksin palsu kepada klinik kesihatan di seluruh Indonesia sejak 10 tahun lalu.

    Enam belas suspek termasuk sepasang suami isteri yang dipercayai dalang utama membuat vaksin palsu berkenaan berjaya ditangkap.

    Kesemua mereka dituduh mengedar vaksin suntikan penggalak untuk beberapa jenis penyakit termasuk tuberkulosis, hepatitis B dan tetanus.

    Kementerian Kesihatan Indonesia kini bekerjasama dengan polis untuk menen tukan skala masalah berkenaan.

    Agensi dadah dan makanan kebangsaan sudah merampas vaksin dari 30 klinik kesihatan tetapi masih belum diketahui sejauh mana vaksin itu beredar.

    “Kami bekerjasama dengan agensi dadah dan makanan kebangsaan untuk mengumpul data dan mengambil semua langkah yang perlu.

    “Sekiranya vaksin perlu diberikan semula, kami akan lakukannya,” kata jurucakap kementerian kesihatan.

    Persatuan doktor kanak-kanak Indonesia juga menasihati ibu bapa bertanya kepada hospital dan klinik mengenai vaksin mereka.

    “Sekiranya masih tidak pasti anda boleh mengambil semula vaksin ini dan ia tidak memberi kesan kepada kesihatan kanak-kanak,” kata pengerusi persatuan itu, Aman Bhakti Pulungan. - AFP
  • Renjatan Elektrik Ragut Nyawa Operator Kren Di Sibu

    By Yusz Man →
    SIBU: Seorang operator kren maut setelah terkena renjatan elektrik ketika sedang mendirikan tiang elektrik menggunakan lori kren di sini semalam.

    Dalam kejadian tersebut, mangsa difahamkan berada dibawah mengendalikan lori kren sebelum lori berkenaan terkena wayar elektrik lalu menyebabkan mangsa rebah dan tidak sedarkan diri.

    Menurut jurucakap bomba, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor dikerahkan ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa yang dikenali sebagai Liew Poh Khong, 32 telah disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh pihak hospital.

    Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.-Sarawakiana
  • Promosi Jualan Palsu Aildilfitri Dipantau - KPDNKK

    By Bukan Nama Sebenar →

    Kuching : Promosi jualan palsu sempena Aidilfitri di pasar raya utama dan bazar di negeri ini akan giat dipantau oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak menurut Pengarahnya Datuk Stanley Tan.

    Beliau berkata, setakat semalam, walaupun pihaknya belum menerima aduan berhubung promosi palsu namun langkah pencegahan awal perlu diambil.

    “KPDNKK Sarawak sehingga hari ini (semalam) tiada menerima aduan mengenai promosi palsu tetapi kita tetap melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.

    “Bukan itu sahaja, pada musim perayaan kita meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bukan sahaja terhadp kempen jualan murah tetapi menyeluruh,” katanya.

    Menurutnya lagi, pemantauan dan penguatkuasaan tersebut penting bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna.

    Sehubungan itu beliau menasihati pengguna agar berbelanja secara berhemat bagi mengelak mereka daripada tertipu dengan ‘gimik’ jualan promosi atau jualan murah yang banyak diadakan ketika ini. - Sarawakiana
  • Serangan Di Istanbul, Penuntut Malaysia Terselamat

    By uMieySurianie →

    KUALA LUMPUR: Seorang penuntut rakyat Malaysia dilaporkan gagal dihubungi keluarganya tidak lama selepas serangan bom di lapangan terbang di Istanbul, Turki, menghubungi mereka memberitahu dia selamat daripada insiden itu.

    Adam Ahmad, 22, pelajar penerbangan di Moscow Aviation Institute, Russia yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia berada di tempat kejadian apabila pesawat dinaiki bersama seorang rakan, Muhammad Amirul Amber Aznan, 22, melakukan transit di Lapangan Terbang Ataturk.

    Ibunya, Mahiran Mohd Noor berkata, Adam ada menghubunginya pada jam 5 pagi menyatakan yang dia selamat, iaitu kira-kira dua jam selepas insiden serangan berlaku, menggunakan satu nombor telefon yang bukan miliknya.

    Difahamkan, ketika kejadian, Adam terpisah daripada Amirul kerana kebetulan dia hendak ke mesin ATM untuk mengambil wang dan meninggalkan beg serta barang berharga bersama rakannya itu beberapa minit sebelum kejadian letupan dan tembakan itu berlaku.

    "Walaupun mengetahui Adam selamat namun kami risau kerana sehingga kini dia belum dapat dihubungi atau ditemui.

    Kami sudah maklumkan perkara itu kepada kedutaan Malaysia di Ankara.

    "Kami cuma mahu Adam ditemui dan pulang dengan selamat," katanya ketika dihubungi wartawan NST, semalam.

    Duta Malaysia di Turki, Datuk Amran Muhammad Zin berkata pegawainya sedang berusaha untuk mengesan kedudukan Adam.

    "Kami masih berusaha mengesannya dan sudah menghantar beberapa pegawai dari Ankara ke Istanbul untuk membantu mengesan Adam dan rakyat Malaysia lain yang terkandas," katanya. - BH

  • Statistik Kemalangan Jalanraya Di Sarawak Meningkat

    By perentas masa →
    KOTA SAMARAHAN : Lima bulan pertama tahun 2016 statistik kemalangan jalanraya di Sarawak meningkat sebanyak 7.84 peratus.

    Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor bercakap pada sidang media ketika melancarkan OP Selamat 9/2016 di pusat membeli belah terkemuka di sini, semalam berkata, jumlah kemalangan yang melibatkan kematian meningkat daripada 175 kes kepada 191 kes meliputi 16 kes bersamaan 9.14 peratus.

    "Hal sebegini mengkhuatirkan pihak kita sekiranya pendekatan atau statistik ini terus meningkat saban tahun maka pendekatan kita dalam OP selama ini terpaksa diteruskan untuk menerapkan sikap berhati-hati di jalanraya," katanya.

    "Bagi pihak PDRM berharap dapat mengurangkan khususnya semasa OP selamat ini kemalangan jalanraya terutama melibatkan kemalangan maut," jelasnya.

    Beliau turut menasihati pengguna jalanraya supaya jangan cuai serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan yang baik. Pengguna jalanraya juga dinasihati agar cukup rehat dan merancang perjalan terlebih dahulu.

    Hadir sama ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo, Pengurusan pusat membeli-belah Summer Mall dan Ketua-Ketua masyarakat sekitar Kota Samarahan . - Sarawakiana
  • Guan Eng, Li Khoon Didakwa 10 Pagi Ini

    By Bukan Nama Sebenar →

    GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Khoon akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang di sini hari Khamis di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

    Lim dan Phang ditahan SPRM semalam berhubung isu pembelian banglo oleh Lim di Jalan Pinhorn di sini dengan harga RM2.8 juta yang dikatakan di bawah harga pasaran hartanah di kawasan itu.

    Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dijadual mengetuai barisan pendakwaan.

    SPRM dalam kenyataan semalam berkata pendakwaan terhadap Lim dan Phang dijadual pada pukul 10 pagi.

    Sementara itu, polis menjalankan kawalan ketat di kawasan mahkamah bagi memastikan kelancaran proses pendakwaan hari ini.

    Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata beberapa jalan utama ke mahkamah ditutup dan hanya peguam bela, keluarga dan kenalan rapat Lim dan Phang dibenarkan berada di kawasan mahkamah.

    "Penyokong dan mereka yang tidak berkaitan tidak dibenarkan berada dalam kawasan mahkamah atas faktor keselamatan. Polis akan mengambil tindakan jika ada yang engkar dengan arahan polis," katanya ketika dihubungi.

    Lim sebelum ini disiasat SPRM berhubung pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn di sini dengan harga RM2.8 juta daripada Phang dan dikatakan di bawah harga pasaran.

    Pada Mei lepas, Lim dan isterinya Betty Chew memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung siasatan pembelian banglo itu dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini bagi membina rumah mampu milik kepada sebuah syarikat swasta.

    Isu pembelian banglo dan penjualan tanah di Taman Manggis itu dibangkitkan Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya pada persidangan Dewan Rakyat pada Mac lepas. - Bernama
  • Pasar Raya Dua Tingkat Di Sibu Hampir Musnah

    By Dayyan Mikhail →

    SIBU: Sebuah pasar raya dua tingkat di sini hampir musnah dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 2.30 petang Rabu lepas.

    Ketika kejadian berlaku, pasar raya berkenaan dilaporkan sedang beroperaasi.

    Menurut jurucakap bomba, empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah telah dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan sekitar jam 2.37 petang.

    "Ketika tiba dilokasi, didapati sebuah pasar raya dua tingkat telah terbakar dengan anggaran 70 peratus," kata jucucakap berkenaan.

    Punca kebakaran masih dalam sisatan. -Sarawakiana.
  • 20 Kanak-Kanak, 15 Dewasa Sertai Majlis Khatam Al-Quran APMM Wilayah Sarawak

    By Dayyan Mikhail →

    KUCHING: Seramai 20 peserta kanak-kanak berusia sembilan hingga 15 tahun dan 15 orang peserta di kalangan pegawai serta keluarga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak terlibat dengan Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Masjid Darul Naim, Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin.

    Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengarah APMM Wilayah Sarawak Laksamana Pertama Maritim Ismail Bujang Pit.

    "Program ini akan terus dilaksanakan pada setiap Ramadan seperti tahun-tahun sebelum ini dan diharapkan dengan majlis seperti ini akan membakar lagi semangat di kalangan pegawai serta ahli keluarga APMM WILSAR (Wilayah Sarawak) bersama-sama mengimarahkan masjid dengan aktiviti bertadarus terutama pada bulan Ramadan," katanya yang juga Pengerusi Masjid Darul Naim.

    Pada majlis itu, Ismail turut menyampaikan cenderahati kepada 14 pegawai dan anggota yang secara sukarela menyumbangkan tenaga bagi menjayakan aktivti-aktiviti di masjid sepanjang Ramadan.

    Terdahulu, beliau bersama pegawai dan ahli keluarga APMM WILSAR berbuka puasa dan menunaikan solat terawih. -Sarawakiana.



  • Suri Rumah Paling Ramai Hidap Kanser Payudara

    By Azmin Ramlie →

    KUCHING: Suri rumah merupakan yang mencatat kes kanser payudara paling tinggi di negeri ini dengan 468 kes atau 61.3 peratus daripada 699 kes dicatat dari 2007 hingga 2015.

    Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Masya-rakat Datuk Fatimah Abdullah berkata, ia mungkin disumbangkan beberapa faktor sama ada disebabkan kekurangan kesedaran atau stigma malu untuk mendapat rawatan yang masih ada pada golongan wanita, terutama suri rumah.

    “Perkara ini yang akan kita teliti melalui jabatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Kumpulan Sokongan Kanser Payudara (BCSG) Sarawak, Pink Ribbon dan sebagainya bagi memastikan wanita berke-naan melakukan pemeriksaan awal.

    “Ini kerana bagi kanser payudara, jika dikesan awal ia mampu menyelamatkan nyawa dengan mendapatkan rawatan yang betul,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan daripada BCSG di pejabatnya di sini, semalam.

    Fatimah berkata menurut statistik berkenaan juga wa-nita bekerja sebagai penjawat awam antara kedua tertinggi dalam kes kanser payudara iaitu 93 kes atau 12.2 peratus, sektor swasta 66 kes (8.6 peratus), pesara 48 kes (6.3 peratus), bekerja sendiri 21 kes (2.7 peratus) dan pelajar tiga kes atau 0.4 peratus.

    Tambah beliau dengan stigma malu untuk tampil membuat pemeriksaan ia menyebabkan ramai kalangan wanita dikesan menghidap kanser pada tahap lambat.

    “Sehubungan itu kementerian amat mengalu-alukan adanya Kumpulan Soko-ngan Kanser Payudara ini yang menumpukan kepada kesedaran, pendidikan dan galakan kepada wanita untuk mendapatkan pemeriksaan awal.

    “Pada masa yang sama saya berharap kumpulan ini akan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dari segi tempat, kumpulan sasaran selain berkongsi pengalaman dengan mereka terutama bekas pesakit (survivor),” katanya.

    Jelas beliau, kumpulan sokongan berkenaan perlu merancang pelbagai aktiviti dalam meningkatkan kese-daran mengenai kanser nombor satu di kalangan wanita selepas kanser servik.

    Katanya kementerian me-lalui Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak bersedia bekerjasama dengan kumpulan sokongan serta NGO lain dalam usaha berkenaan yang membabitkan kesihatan wanita.

    Mengulas mengenai aktiviti Bulan Kesedaran Barah Payu-dara pada bulan Oktober nanti, kumpulan sokongan disaran mengadakan pelbagai aktiviti seperti kutipan derma, advokasi, pemeriksaan kesihatan selain mengadakan lawatan kepada pesakit kanser di hospital atau di rumah.

    Sementara itu Presiden BCSG Datin Juriah Sulehan berkata, kumpulan merancang mengadakan program kesedaran dan pemeriksaan di Kampung Tebekang di Serian dalam masa terdekat.

    Katanya ia menumpukan untuk mewujudkan kese-daran di kalangan wanita di luar bandar mengenai kanser dan pemeriksaan awal.

    “Kita juga mahu mereka bukan sahaja mendapatkan rawatan awal tetapi rawatan yang betul dan wajar.

    “Ini kerana terdapat kes yang mana mereka yang dikesan menghidapi kanser payu-dara memilih untuk tidak tampil dan mendapatkan rawatan alternatif berban-ding berjumpa doktor atau ke hospital,’ katanya sambil memberitahu, perkara seperti itu akan ditumpukan. - Borneo Post
  • Serangan Di Lapangan Terbang Istanbul Amat Dikesali

    By Azmin Ramlie →

    KUALA LUMPUR, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata "Serangan pengebom bunuh diri di Lapangan Terbang Ataturk di Istanbul semalam amatlah dikesali dan harus dikutuk sekeras-kerasnya oleh masyarakat antarabangsa".

    Menurut laporan dari Turki, keganasan itu mengorbankan 41 orang dan lebih 230 orang lagi cedera.

    Ketika mengutuk serangan itu, Ahmad Zahid berkata, Malaysia terkejut dan sedih setiap kali negara-negara sahabat dan wilayahnya diserang oleh pengganas.

    "Kami merakamkan simpati dan takziah kepada keluarga mangsa dan juga kepada kerajaan Turki yang cintakan keamanan kerana menghadapi ujian semasa bulan Ramadan yang mulia ini," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

    Ahmad Zahid menegaskan bahawa usaha memerangi keganasan tidak akan terhenti malah akan diteruskan.

    "Marilah kita semua teguh dan bersatu-padu dalam memerangi keganasan, sama ada di negara sendiri atau di tempat lain. Kita tidak akan berhenti sehingga mereka ditumpaskan sepenuhnya," katanya.

    Tiga penyerang bunuh diri dilaporkan melepaskan tembakan sebelum meletupkan diri mereka di bangunan lapangan terbang pada lewat Selasa. -Bernama
  • 8,115 KIR Terima Bantuan 1AZAM Terkeluar Daripada Sistem e-Kasih

    By Azmin Ramlie →

    KUCHING: Seramai 8,115 Ketua Isi Rumah (KIR) atau 21 peratus daripada KIR yang menerima bantuan 1AZAM kini berstatus terkeluar daripada sistem e-Kasih.

    Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ia merupakan satu kejayaan yang menggalakkan dan kerajaan negeri berharap model-model kejayaan ini dapat diteruskan pada tahun ini.

    “Kita mendapati selepas kajian, 8,115 KIR yang menyertai program 1AZAM telah pun berjaya terkeluar daripada senarai e-Kasih sejak ia diperkenalkan pada 2010, bermakna pendapatan mereka telah ditingkatkan melebihi pendapatan garis kemiskinan.

    “Kumpulan ini berjaya meningkatkan pendapatan bulanan mereka sebanyak RM300 sebulan secara konsisten,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

    Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar berkata bagi mengekalkan kejayaan itu, bantuan-bantuan yang diberikan oleh kira-kira 20 agensi terlibat akan diselaraskan bagi mengelak pertindihan program dilaksanakan.

    “Hasil mesyuarat hari ini berpendapatan bahawa perlu untuk menyelaras segala tindakan ini, termasuk program bantuan rumah supaya kita akan menentukan sasaran yang diberi keutamaan khususnya mereka yang tersenarai dalam sistem e-Kasih,” jelasnya.

    Menurut Uggah, ketika ini banyak agensi terlibat menjalankan program masing-masing dan tiada penyelasaran dibuat menyebabkan timbul isu-isu seperti seorang KIR mendapat lebih daripada satu bantuan tetapi dalam masa sama ada KIR di tempat sama tidak mendapat sebarang bantuan.

    Beliau menambah, penyelarasan program antara agensi penting bagi menentukan mereka yang dalam senarai e-Kasih dapat dikurangkan sebanyak mungkin.

    “Kita menyasarkan menjelang 2018 kita berharap mereka ini (dalam sistem e-Kasih) dapat dikurangkan.

    “Sekarang kita ada 112,114, termasuk mudah miskin dan yang terkeluar daripada sistem. Inilah tugas yang berat tetapi saya yakin dengan kerjasama semua pihak masalah ini khasnya usaha untuk mengurangkan kemiskinan di Sarawak akan berjaya seperti dirancang,” ujarnya.

    Mengulas mengenai mesyuarat yang berlangsung hampir tiga jam itu, Uggah berkata ia dihadiri semua residen dan pegawai daerah dari seluruh Sarawak serta agensi-agensi terlibat.

    “Pada hari ini (semalam) pegawai daerah tidak hanya diminta memberi senarai penerima bantuan tetapi cadangan-cadangan projek yang akan dilaksanakan dan membuat ‘matching’ dengan agensi berkenaan bentuk produk bakal dikeluarkan.

    “Ini penting supaya bantuan yang diberikan kepada KIR mencapai objektif sebenar iaitu membasmi kemiskinan,” jelasnya. -Borneo Post


  • PBB Bela Asa Tang Nerima Pemutus Menteri Besai

    By perentas masa →



    KUCHING: Nengeri tu kelebih agi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) lenyau seiti portfolio pengudah perintah besai enda nyiri kaban parlimen ari Sarawak nyadi menteri penuh dalam ubah tauka tusun baru kabinet nya,apin lama udah.

    Pekara nya dipadahka Sekretari Besai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Dr. Stephen Rundi Utom lebuh dipinta ngenang pasal ubah kabinet perintah besai ke dibantaika Menteri Besai Datuk Seri Najib Tun Razak, kena 27 Jun tu tadi.

    Sebedau tu ku iya, nengeri kelebih agi raban pampang Pesaka PBB ngarapka penuduk menteri penuh iya nya Menteri Kebun Bedandang Besai enggau Komoditi ke ditinggalka Datuk Amar Douglas Uggah diberi ngagai kaban parlimen nengeri tu kelebih agi ari PBB.

    “Kami asa ati kelebih agi pampang Pesaka PBB pasal tusun tauka ubah baru kabinet perintah besai apin lama.

    “Kitai udah lenyau portfolio ke udah ditinggalka Datuk Amar Douglas Uggah sereta melabaka nya deka diganti enggau Kaban Parlimen PBB ke bukai,” ku iya meri penerang pandak ngagai Utusan Borneo nengah aplikasyen WhatsApp kemari.

    Apin lama (27 Jun), Menteri Besai Datuk Seri Najib Tun Razak ba aum pengarang berita di Putrajaya madahka Datuk Seri Mah Siew Kiong dichiri nyadi Menteri Kebun Bedandang Besai enggau Komoditi nganti Uggah ti ngetuka diri mangku pengawa nya berindik ari ti bediri minta pilih ba pengawa bepilih nengeri apin lama.

    Uggah ti menang ba sitak Bukit Saban udah dichiri nyadi Sapit Kepala Menteri sereta mangku tanggungpengawa nyadi Menteri Betanam Betupi Moden enggau Ekonomi Menua Pesisir, kelimpah ari ke agi nyadi Kaban Parlimen Betong.

    Diambi ari Bernama, Dr. Rundi madahka perintah nengeri bejuraika kes sida ngambika Kaban Parlimen Kapit ngarika PBB sereta ngisi penuduk puang ke ditinggalka Uggah.

    “Tang Sarawak tetap ngaku pengawa nyiri menteri endang prerogatif menteri besai. Iya udah nerangka rasional ubah kabinet nya sereta kami bebasaka pemutus nya sereta bediri nyukung dibelakang iya.

    “Endang dikearapka kami, iya ngemasukka kami dalam ubah besai kabinet iya jemah ila sereta meri terima kasih laban nyiri Datuk Henry sum Agong nyadi Sapit Menteri Dagang Dalam Nengeri, Koperasi enggau Pekara Bebeli Barang,” ku iya apin lama, diambi ari Bernama.

    Henry, Kaban parlimen Lawas ngerikod sejarah ke raban bansa Lun Bawang lebuh iya nyadi ketuai keterubah dichiri nyadi sapit menteri dalam kabinet perintah besai.-UB
  • Rombakan Kabinet Perlu Dilihat Secara Menyeluruh

    By Azmin Ramlie →

    KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg mengingatkan pihak berkaitan supaya tidak mudah melatah berhubung rombakan kabinet pusat yang menyebabkan Sarawak kehilangan satu portfolio menteri penuh.

    “Isu tersebut perlu dilihat secara menyeluruh serta mengambil kira aspek kepentingan negara,” katanya.

    Meskipun tiada pelantikan menteri penuh daripada Ahli Parlimen Sarawak, Abang Johari berkata bilangan menteri sedia ada dalam barisan kabinet pusat masih banyak.

    “Saya percaya kita (Sarawak) masih mempunyai suara yang kuat dalam kabinet pusat, walaupun MP Sarawak tidak dilantik sebagai menteri, tetapi timbalan menteri dari Sarawak,” katanya.

    Perkara ini didedahkan oleh Datuk Amar ketika ditemui semasa menghadiri Majlis Khatamal Quran Majlis Islam Sarawak (MIS) dan Berbuka Puasa di Dewan Tuanku Abdul Halim Muadzam Syah bersama agensi-agensi Islam, semalam.

    “Keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu bukan bermakna tidak menekankan kepentingan Sarawak,” jelasnya lagi.

    Sebaliknya beliau menganggap pemilihan itu perlu dikaji secara total dari segi kepentingan semua pihak terutama negara.

    “Bagi kita di Sarawak, masih mempunyai enam orang, dan keputusan ini dibuat atas dasar budi bicara Perdana Menteri dan sudah pasti beliau (Najib) mempunyai justifikasi sendiri,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Abang Johari turut mendedahkan sebab rombakan itu dibuat kerana Najib mahu mengurangkan bilangan jemaah menteri selain memberi laluan kepada Selangor untuk mempunyai wakil dalam kabinet pusat.

    “Perkara ini dinyatakan Perdana Menteri kepada saya semasa berada di Kuala Lumpur pagi tadi (Selasa), saya berpeluang berbincang sedikit dengan beliau tentang isu ini,” katanya. – Borneo Post
  • Guan Eng didakwa esok

    By Yusz Man → Wednesday, 29 June 2016

    GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, dijangka berhadapan dua tuduhan rasuah apabila beliau didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, esok.

    Perkara itu dinyatakan EXCO Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow, yang ditemui selepas menghadiri Mesyuarat EXCO, di sini, sebentar tadi.

    Kon Yeow berkata, Guan Eng akan dituduh mengikut Seksyen 23 dan 165 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    "Kami yakin beliau (Guan Eng) dapat diikat jamin esok dan barisan kepemimpinan kerajaan negeri akan bermesyuarat sejurus sesi pertuduhan ini selesai.

    "Antara perkara yang akan dibincangkan nanti merangkumi individu yang akan memangku jawatan Ketua Menteri dan beberapa perkara berbangkit," katanya.-BH
  • Turki Diserang: Gegaran Sangat Kuat, Penumpang Cari Perlindungan - Saksi

    By uMieySurianie →

    ISTANBUL: "Letupan sangat kuat. Kepingan siling berguguran. Keadaan sangat kelam-kabut, anda seolah-olah tidak tahu apa sedang berlaku."

    Demikian cerita saksi, Ali Tekin yang menyaksikan kejadian serangan pengganas di Lapangan Terbang Ataturk di sini kira-kira pukul 9.50 malam waktu tempatan.

    Dia yang berada di balai ketibaan ketika kejadian berlaku memberitahu, kerosakan sangat besar.

    Seorang wanita dikenali Duygu pula memberitahu, ketika kejadian dia berada di pusat kawalan passport selepas tiba dari Jerman.

    "Saya dan penumpang lain terus meniarap di lantai sebaik dengar letupan. Selepas itu semua orang berlari menyelamatkan diri. Kawasan sekeliling penuh dengan darah dan serpihan anggota badan. Saya melihat lubang tembakan peluru di pintu masuk," katanya ketika ditemui di luar lapangan terbang.

    Saksi-saksi lain pula memberitahu mereka mendengar bunyi tembakan sebelum letupan berlaku.

    Dalam pada itu, jumlah korban serangan tersebut meningkat kepada 36 orang, manakala lebih 150 orang lagi cedera.

    Pihak berkuasa tempatan mengesahkan kebanyakan mangsa yang maut adalah warganegara Turki dan beberapa warganegara asing.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 malam waktu tempatan itu, tiga pengganas menyerbu balai ketibaan utama lapangan terbang antarabangsa ketiga sibuk di Eropah itu.

    Salah seorang daripada lelaki itu dilaporkan melepaskan tembakan rambang memaksa orang ramai berlari dan meniarap menyelamatkan diri sebelum ketiga-tiga meletupkan diri sendiri sama ada di balai ketibaan tersebut atau di aras bawah lapangan terbang berkenaan. - REUTERS