LONDON: Kerana terlalu sayangkan ikan emas yang dipeliharanya, seorang lelaki sanggup menghabiskan £200 (RM1,200) untuk membawa haiwan itu sejauh 322 kilometer semata-mata mahu membuang ketumbuhan besar di dalam badan ikan itu.

Nemo yang berusia lima tahun menjalani pembedahan 45 minit untuk membuang ketumbuhan pada kepala serta bahunya.

Doktor veterinar, Sonya Miles dan jururawatnya Millie Gardiner melaksanakan prosedur berkenaan dan Nemo dibenarkan pulang bersama tuannya di Aylesbury, Buckinghamshire, hanya dua jam kemudian.

“Nemo dihantar kepada kami kerana pakar lain enggan merawatnya.

“Kami bersetuju melakukan pembedahan selepas menemui pemiliknya. Ikan itu mempunyai ketumbuhan pada bahagian ‘leher’ yang hampir sebesar badannya,” kata Sonya.

Namun, dia mengakui prosedur itu mencabar.

“Bukan mudah memastikan Nemo dalam keadaan pengsan, malah ada seketika jantungnya terhenti, tetapi kami dapat menggerakkannya semula.

“Pemiliknya menghubungi kami memaklumkan Nemo sudah sihat seperti dulu,” katanya.

- Agensi

Seorang bekas ratu cantik Turki dijatuhkan hukuman penjara selama setahun dua bulan atas kesalahan menghina Presiden Recep Tayyip Erdogan di media sosial, namun mendapat penangguhan pelaksanaan hukuaman itu hari ini.

Sebab penangguhan berkenaan bagaimanapun belum diketahui.

Model berusia 27 tahun, Merve Buyuksarac, dijatuhkan hukuman itu kerana menghina Erdogan secara umum selepas memuat naik puisi satira di akaun Instagramnya.

Puisi berjudul Master's Poem – yang dikongsi Buyuksarac ketika Erdogan berkhidmat sebagai perdana menteri – mengkritik pemimpin itu dengan bait-bait yang diubah suai daripada lagu kebangsaan negara tersebut.

Peguam Erdogan, Hatice Ozay, memberitahu mahkamah bahawa apa yang dimuat naik oleh model itu bukan suatu kritikan namun lebih kepada ‘serangan hak peribadi’.

Buyuksarac memenangi pertandingan ‘Miss Turkey’ pada 2006 dan sejak itu bekerja sebagai model dan muncul sebagai bintang televisyen realiti.

Selepas ditahan pada Januari 2015, Buyuksarac mengakui berkongsi puisi itu yang diambil dari majalah satira tempatan, tanpa niat untuk menghina presiden tetapi menyifatkan puisi itu lucu.

Sebelum ini, banyak wartawan dan orang awam dihadapkan ke mahkamah kerana menghina atau memfitnah Erdogan, yang sering dikatakan sebagai seorang pemimpin kuku besi.
Kes seumpama itu bertambah selepas Erdogan menjadi Presiden pada 2014, kerana pemimpin sebelumnya jarang sekali melakukan tindakan seumpama itu.

Menteri Keadilan Bekir Bozdag pada Mac lalu memberitahu bahawa hampir 2,000 orang di Turki telah didakwa menghina Erdogan sejak beliau menjadi Presiden.

- Astro Awani

Malaysia bersedia menarik dan mempermudahkan sebarang kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) dari Jepun, terutamanya yang melibatkan industri halal, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau, yang dalam lawatan kerja ke Jepun, berkata bagi tujuan tersebut, kerajaan akan menyelaraskan proses kemasukan FDI dengan pihak kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

"Ia mempunyai kaitan, (kerana Jepun) bukan sahaja dapat pasaran produk halal yang pada tahun 2050 nanti akan terdapat kira-kira 2.8 bilion penduduk dunia beragama Islam.

"Dalam masa yang terdekat, Jepun mahu menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik di mana sebahagian dari olahragawan dan olahragawati yang datang, terdiri daripada peserta-peserta dari negara Islam.

"Maka piawaian yang tertentu (berkaitan halal) harus dipelajari oleh mereka daripada sekarang," kata beliau kepada wartawan Malaysia di sini, selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan rakan sejawatnya di Jepun, Taro Aso, merangkap Menteri Kewangan negara matahari terbit itu.

Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Majlis Halal Malaysia, berkata Aso menyatakan hasrat mempelajari bagaimana industri Halal dapat digunakan terutamanya dalam industri pemakanan.

Beliau berkata Aso turut kagum dengan piawaian halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan usaha pengantarabangsaannya oleh Halal Development Corporation (HDC), dan menyifatkannya sebagai 'sesuatu yang amat jauh di luar jangkaan mereka'.

Susulan itu, beliau berkata Malaysia bersedia menghantar beberapa pegawai untuk berpangkalan di Jepun bagi membantu negara tersebut mempelajari aspek saintifik halal dan juga prosedur operasi standard bagi penentuan produk dan perkhidmatan halal.

Di samping itu, Ahmad Zahid berkata Jepun turut menunjukkan minat dalam aspek keselamatan bagi penganjuran Sukan Olimpik berikutan pengalaman Malaysia yang luas dalam menangani pihak militan dan pengganas sejak zaman darurat lagi.

"Kami bersedia bukan sahaja bertukar maklumat, tetapi tentunya kami beri peluang bagi (Jepun untuk) mendapatkan pendedahan dan latihan pihak berkuasa," katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata pertemuannya dengan Aso hari ini turut melibatkan perutusan rasmi bagi menjemput beliau melawat Malaysia bagi meraikan perayaan sambut ulangtahun ke-60 hubungan diplomatik Malaysia-Jepun yang akan disambut pada tahun hadapan.

Katanya hubungan baik yang terjalin antara dua negara turut diterjemahkan dalam tahap keyakinan yang tinggi oleh pelabur Jepun terhadap iklim pelaburan dan ekonomi Malaysia.
Ini turut disokong oleh pelaburan dari syarikat Jepun di Bandar Enstek baru-baru ini yang melibatkan jutaan dolar Amerika dalam industri farmasutikal dan wangian.

"Beliau (Aso) menyatakan dari segi pulangan kadar simpanan di Jepun, ia berada pada tahap sifar di mana terdapat lebihan simpanan di dalam sistem perbankan mereka.

"Inilah masa yang sesuai untuk mereka mengembangkan pelaburan di luar negara dan Malaysia tidak terlepas daripada untuk diterokai oleh pelabur-pelabur Jepun bagi memperoleh pulangan pelaburan," tambah beliau.

- Astro Awani

KUALA LUMPUR: Program PERMATA Negara (PERMATA) wajar diperluaskan di seluruh negara menerusi penubuhan lebih banyak pusat dan program pendidikan PERMATA, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, langkah itu berupaya memastikan program PERMATA yang bermula 2006 dapat diterapkan dan berakar umbi dalam masyarakat.

"Saya mahu melihat lebih banyak pembabitan sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam melaksanakan inisiatif ini," katanya ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa PERMATA di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri selaku Penaung Program PERMATA, Datin Seri Rosmah Mansor.

Persidangan bertemakan 'Children Beyond Tomorrow' diadakan selama tiga hari bermula hari ini. Persidangan itu menggabungkan kesemua tujuh bidang PERMATA meliputi PERMATA Negara, PERMATA Pintar, PERMATA Seni, PERMATA Insan, Perkasa Remaja, PERMATA Kurnia dan Hospital Pakar Kanak-Kanak PERMATA.

Perdana Menteri berkata, bagi memastikan kanak-kanak memiliki masa depan yang baik, golongan itu perlu diberikan peluang yang adil dalam mengembangkan bakat masing-masing.

Beliau berkata, selaras dengan falsafah Program PERMATA bahawa setiap kanak-kanak adalah berharga dan tiada kanak-kanak yang tercicir, kerajaan mahu generasi muda berupaya menyertai sepenuhnya proses inovasi dengan cekap, disiplin kendiri, berdepan rintangan dan prihatin terhadap pihak lain. - BH

Seorang lelaki yang dipercayai ketua kumpulan samun 'Geng Rem Sawit' ditembak mati oleh anggota polis di Lebuhraya Ipoh-Lahad dekat Taman Lahad Indah, kira-kira 13 kilometer dari Ipoh malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, sepasukan anggota polis pada mulanya bertembung dengan suspek yang sedang menunggang motosikal.

"Menyedari kehadiran polis, suspek yang berumur 24 tahun itu secara tiba-tiba melepaskan dua das tembakan ke arah anggota polis apabila dia cuba ditahan.

"Salah satu tembakan suspek telah mengenai pintu kereta peronda. Dalam usaha mempertahankan diri, anggota polis telah membalas tembakan dan terkena pada badan suspek," katanya dalam sidang media di Ipoh hari ini.

Beliau berkata susulan kejadian itu, pihak polis turut melakukan dua serbuan berasingan di Ipoh dan Batu Gajah kira-kira 2 pagi tadi bagi mengesan anggota kumpulan terbabit.

"Hasilnya polis berjaya menahan dua lelaki berumur 26 dan 33 tahun. Kedua-dua supek dan lelaki yang ditembak itu mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk dadah, bunuh dan samun," kata Hasnan.

Beliau berkata geng berkenaan dikesan aktif melakukan samun sekitar Ipoh, Batu Gajah, Kampar dan Tapah mulai awal tahun ini.

"Kumpulan ini turut terlibat dalam satu kes samun di pejabat timbangan sawit di Tapah yang menyebabkan kerugian lebih kurang RM30,000," katanya.

Beliau berkata polis kini sedang mengesan beberapa lagi anggota kumpulan itu yang masih bebas.

-Bernama
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) -- Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan pelantikan ahli lembaga pengarah baharu bagi 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menggantikan lembaga pengarah sebelum ini yang meletakkan jawatan secara rasmi hari ini.

Lembaga Pengarah baharu yang dianggotai tiga orang itu dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Setiausaha Sulit Kanan bagi Ketua Setiausaha Kerajaan Datuk Norazman Ayob dan Ketua Pegawai Operasi Prokhas Sdn Bhd Datuk Kamal Mohd Ali.

Bagaimanapun, Arul Kanda akan kekal sebagai Presiden 1MDB, kata Kementerian Kewangan.

"Perubahan ahli lembaga pengarah itu mencerminkan hala tuju baharu 1MDB sebagai sebuah syarikat bukan operasi, menumpukan kepada menyelesaikan pelan rasionalisasi dengan jayanya dan melaksanakan pembayaran hutang pada masa depan," kata kementerian itu dalam satu kenyataan Selasa.

Menteri Kewangan (Diperbadankan) melahirkan penghargaan dan terima kasihnya kepada ahli lembaga pengarah sebelum ini yang kekal komited dan mengemudi syarikat itu mengharungi tempoh mencabar, yang membawa kepada kejayaan pelan rasionalisasi tersebut.

Menteri Kewangan (Diperbadankan), yang memegang 100 peratus saham 1MDB, gembira untuk mengesahkan ia telah melaksanakan cadangan daripada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk meminda Artikel Penubuhan 1MDB, berkuat kuasa 31 Mei, 2016.

Ini termasuk, antara lainnya, pembubaran Lembaga Penasihat 1MDB, penghapusan Artikel 117 semasa dan menukar semua rujukan daripada 'Perdana Menteri' kepada 'Menteri Kewangan.

Pindahan pemilikan Bandar Malaysia Sdn Bhd, TRX City Sdn Bhd, Air Itam dan Pulau Indah land kepada Menteri Kewangan (Diperbadankan) sedang berjalan lancar, dan pengumuman seterusnya akan dibuat dalam masa terdekat mengenai perkara itu.

-- BERNAMA


Niat seorang lelaki di China yang ingin membaiki mesin basuh rosak bertukar malang apabila kepalanya tersangkut pada ruangan pengering mesin basuh itu.

Portal Shanghaiist melaporkan, mangsa cuba melihat ke dalam untuk memeriksa punca kerosakan mesin itu, namun gagal mengeluarkan kepalanya.

Dalam kejadian di Fujian itu, difahamkan mesin tersebut masih lagi mempunyai kuasa elektrik ketika dia cuba memeriksa.

Mujurlah rakan serumah mangsa menyedari kejadian itu, lalu bertindak menutup suiz dan cuba mengeluarkan kepala mangsa namun gagal.

Setelah puas bergelak ketawa akan kejadian yang menimpa rakan serumah mereka itu, lalu mereka menghubungi pihak bomba untuk menyelamatkan mangsa.

Bomba pada mulanya cuba mengeluarkan kepala mangsa tanpa menggunakan sebarang peralatan , namun turut gagal.

Lantas mereka mengambil keputusan untuk memotong mesin tersebut yang kemudiannya membuatkan mangsa diselamatkan. – MYNEWSHUB.CC


Seramai 15 pegawai Jabatan Imigresen dipecat susulan tindakan mereka mensabotaj pelaksanaan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs).

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Sakib Kusmi berkata, 14 lagi pegawai telah digantung tugas, manakala lapan pegawai tertakluk kepada pembekuan gaji sementara menunggu siasatan selesai.

“Mereka yang ditamatkan perkhidmatannya itu telah berkhidmat selama antara enam bulan dan 15 tahun.

“Kami juga telah mengambil tindakan drastik dengan memindahkan 63 pegawai dari ibu pejabat kami di Putrajaya dan kami juga telah menyediakan senarai nama baharu bagi mereka yang akan berpangkalan di lapangan terbang.

“20 lagi kakitangan yang dipercayai terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mensabotaj sistem Imigresen sedang dipantau oleh bahagian risikan jabatan,” katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, risikan PRDM dan Jabatan Imigresen mendapati sindiket itu menjalankan aktiviti mensabotaj sistem berkenaan kira-kira enam bulan hingga dua tahun dengan membocorkan data termasuk menggunakan nombor kod tertentu untuk disalah guna.

Siasatan dalaman jabatan itu mendapati, aktiviti sabotaj bermula sejak 2010 melibatkan rangkaian yang didalangi oleh sindiket dari luar negara yang menggunakan rakyat tempatan termasuk pegawai Imigresen.

Bagaimanapun, katanya, kegiatan sabotaj itu semakin ketara sejak 2014 yang menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada kerajaan serta ancaman keselamatan kepada negara.

“Sindiket ini menggodam atau masuk ke dalam sistem kita dengan bantuan pegawai Imigresen yang terlibat dan dengan itu sindiket tersebut boleh mengawal pergerakan sesiapa sahaja untuk keluar atau masuk ke dalam negara,” katanya.

Khamis lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kira-kira 100 orang, termasuk pegawai Imigresen dan anggota sindiket, sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam mensabotaj pelaksanaan myIMMs.

KUWAIT:  Tiga ahli keluarga pemerintah Al-Sabah dan empat yang lain dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah kerana menghina Raja dan badan kehakiman menerusi internet.

Mahkamah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas tiga kerabat diraja dan dua yang lain manakala seorang lelaki yang lainnya selama setahun dan 10 tahun kepada pesalah seterusnya yang telah dibicarakan semasa ketiadaannya.

Mereka didakwa menggunakan Whatsapp dan Twitter untuk menghina Raja itu dan menyiarkan berita palsu menuduh hakim menerima rasuah.

Kerabat diraja yang disabit kesalahan termasuk Sheikh Athbi Al Fahad Al Sabah adalah merupakan anak saudara Raja dan bekas ketua polis perkhidmatan rahsia.

Beliau juga adalah adik kepada ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Sheikh Ahmad Al Fahad Al Sabah.

Turut disabitkan kesalahan adalah Sheikh Khalifa Ali Al Sabah, yang merupakan seorang editor Al Watannewspaper dan televisyen yang ditutup oleh kerajaan kerana melanggar peraturan kewangan korporat dalam keputusan yang disahkan oleh mahkamah.

Ini bukan kali pertama anggota keluarga pemerintah telah didakwa atas kenyataan sensitif.

Sheikh Ahmad Al Fahad telah diberikan hukuman penjara dan denda pada Disember 2015 kerana memetik kenyataan oleh Raja tanpa kebenaran.

Di Kuwait, pengamal undang-undang dan pengulas media sememangnya sering menyerang kerajaan dan anggota kanan keluarga pemerintah mengenai dasar.

Namun begitu, Raja adalah individu yang mempunyai kuasa memberi kata putus dalam hal-hal politik dan apa-apa perbuatan mengkritik beliau adalah haram. – Agensi

KETUA Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar memuji kemurahan hati Kopral Ropi dalam entri beliau di akaun twitter miliknya @KBAB51 yang mengucapkan Syabas URB @PDRMsia #PolisDanMasyarakatBerpisahTiada.


Viral gambar mengenai anggota dari Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail itu di puji oleh netizen kerana menumpangkan seorang lelaki kurang upaya (OKU) menaiki motosikal bersama dengannya ketika menjalankan rondaan di Jalan Tun Mohd Fuad 1 pada jam 8 malam Ahad lalu.

Gambar-gambar tersebut telah dirakam oleh netizen Mohd Shahrin dan dimuatnaik ke media sosial terus mendapat perhatian orang ramai.

Gambar tersebut juga telah dikongsi di Facebook Polis Diraja Malaysia dan mendapat ‘likes’ sehingga mencecah sebanyak 6.7k.- Sarawakiana

Kota Kinabalu : Philippine President-Elect Rodrigo Duterte, already notorious for offhand comments, has run into flak in Malaysia over a statement on Sabah, noted The Diplomat, in a report on Tuesday.

Duterte, the tough-talking Mayor of Davao City, may have started on a wrong footing with Malaysia when he stressed that the Philippines Government under him would preserve the claim on Sabah.

He appeared to recognize the claim, said the report, that the Sulu sultanate –now defunct — once ruled over parts of Sabah.

Putrajaya wants Manila to focus instead on resolving the decades long rebellion in the country’s south.

The reaction by various official circles in Malaysia, in the wake of Duterte’s take on Sabah, suggested that the new Philippines President was barking up the wrong tree on the other side of the Sulu Sea.

Prime Minister Najib Abdul Razak, recalling Malaysia’s role in peace talks in the south, urged implementation of a peace deal forged in March 2014 between Manila and the Moro Islamic Liberation Front (MILF).

He called for stability in the region to make the seas between Sabah and Sulu safer.

“That would benefit both Malaysia and the Philippines,” said the Malaysian Prime Minister during a keynote address on Monday in Kuala Lumpur at the Asia-Pacific Rountable gathering. “That certainly would be more productive than re-igniting the Sabah claim issue.”

Peace, he said, was an end in itself, “and if we can help bring to a close a dispute that has cost so many lives, we would be honoured to do so”.

Over the weekend, Najib vowed at the ground-breaking ceremony for a helicopter forward base in Lahad Datu, that Malaysia would “defend every inch of Sabah”.

Najib’s reference to the Sabah claim, during remarks.which lasted some 20 minutes in Kuala Lumpur, recalled an abortive attempt in 2013 by a 200-strong rag-tag bunch from Sulu to seize the Lahad Datu area in eastern Sabah.

The incident, dubbed the Lahad Datu Intrusion, left dozens of militants, civilians and security forces dead after a two-week standoff. Some of the militants are in Court, facing charges of waging war against the Agong in Malaysia.

Wisma Putra, Malaysia’s Foreign Ministry, earlier reiterated in a statement that the country did not recognise any claim by any party to parts of Sabah.

Sabah Chief Minister Musa Aman dismissed the claim as “irrelevant”.

Malaysia has already embarked on joint patrols with the Philippines, before Duterte, and Indonesia to jointly patrol the Sulu Sea and tackle security challenges.

There have been a series of cross-border kidnappings-for-ransom in the eastern Sabah region. In the latest incident, several Malaysians and Indonesians were taken hostage in the waters off Sabah.

There are plans to further strengthen the Eastern Sabah Security Command (EssCom) which covers ten districts along the eastern seaboard called the Eastern Sabah Security Zone (EssZone). - FMT


HUKUMAN PALING TINGGI boleh dikenakan terhadap pesalah khalwat, berzina atau bersekedudukan menurut Enakmen Jenayah Syariah negeri adalah denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau sebatan tidak lebih enam kali atau kombinasi mana-mana hukuman itu.

Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984) (Akta 355) mengehadkan kuasa kerajaan negeri untuk meluluskan undang-undang berkaitan jenayah syariah dan mahkamah syariah hanya dibenarkan menghukum dengan hukuman disebutkan.

Akta 355 adalah undang-undang yang diluluskan Parlimen dan berkuatkuasa di seluruh negara. Apa-apa pindaan Akta 355 perlu mendapat persetujuan majoriti Ahli Parlimen.

Jika ada Dewan Undangan Negeri meluluskan undang-undang berlawanan akta itu, maka undang-undang itu akan menjadi ultra-vires (melampaui) dan terbatal setakat mana yang berlawanan. Ini termaktub dalam Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, selagi Akta 355 tidak dipinda, apa-apa percakapan mengenai hendak melaksanakan hukum hudud di negara ini adalah omong kosong dan retorik politik saja.

Walaupun ada pemimpin berpendapat belum sampai masanya hukuman hudud dilaksanakan di negara ini, tetapi berdasarkan masalah gejala sosial semakin meruncing mutakhir ini, perlu diadakan undang-undang lebih tegas, tinggi kadar hukumannya dan mampu mencegah umat Islam terjerumus ke lembah maksiat yang boleh merosakkan keturunan umat Islam ini.

Melihat statistik pendaftaran kelahiran anak luar nikah dan kes pembuangan bayi yang meningkat dari tahun ke tahun, menjadi suatu keperluan mendesak supaya diwujudkan undang-undang yang benar-benar mampan.

Dari 1999 hingga 2003, daripada 70,430 kes, sebanyak 30,978 pendaftaran anak luar nikah membabitkan anak orang Islam. Selangor mencatatkan jumlah tertinggi (12,836), diikuti Perak (9,788), Kuala Lumpur (9,439) dan Johor (8,920).

Statistik Jabatan Pendaftaran Negara tahun 2007 mencatatkan sebanyak 16,100 pendaftaran anak luar nikah berbangsa Melayu, meningkat sebanyak 16, 541 tahun 2008 dan 17,303 pada 2009.

Manakala statistik kes pembuangan bayi yang dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga 2010. Ia menunjukkan aliran peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007.

Sebanyak 67 kes dilaporkan pada 2005, 83 kes (2006) yang menurun kepada 65 kes pada 2007, 102 kes (2008), 79 kes (2009) dan 91 kes (2010). Bagi 2011, dalam bulan Januari saja sebanyak 34 kes buang bayi dilaporkan di akhbar utama Malaysia.

Tidak dinafikan, kes kelahiran anak luar nikah dan pembuangan bayi berpunca daripada perbuatan seawal berkhalwat, kemudian menjurus kepada mukadimah zina, berzina dan bersekedudukan.

Sebagai kerajaan yang prihatin dengan masalah rakyat dan umat Islam, kepimpinan Perdana Menteri perlu segera mengadakan transformasi undang-undang jenayah syariah di negara ini, dengan meminda Akta 355 bagi memberi lebih kuasa kepada mahkamah syariah menjatuhkan hukuman lebih berat terhadap penjenayah syariah.

Jika hukuman bagi kesalahan mendera binatang di bawah Akta Binatang 1953 (semakan 2006) ada ura-ura hendak dinaikkan kadar denda RM200 kepada RM50,000, mengapa tidak jumlah hukuman kesalahan penjenayah syariah ditingkatkan, sekurang-kurangnya dengan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau 20 sebatan.

Dengan hukuman lebih tinggi, dapat menggerunkan masyarakat daripada melakukan perbuatan yang akhirnya menjerumuskan diri mereka kepada perbuatan zina, kelahiran anak luar nikah dan pembuangan bayi.

Pada masa ini, denda serendah RM5,000 tidak mampu membangkitkan rasa gerun kepada pesalah. Ia juga menggambarkan seolah-olah kesalahan jenayah syariah adalah kesalahan kecil, boleh diulang semula kerana hukumannya lebih ringan berbanding kesalahan mendera binatang.

Padahal, kesalahan dalam Enakmen Jenayah Syariah adalah kesalahan membabitkan perlanggaran terhadap hukum syarak.

Tidak dinafikan mahkamah syariah sudah mengalami banyak perubahan dari segi pentadbiran, prasarana, kakitangan sokongan serta mendapat pengiktirafan.

Persoalannya, bagaimanakah mahkamah syariah boleh turut membantu menyelesaikan masalah umat Islam jika hukuman yang diperuntukkan terlalu ringan dan boleh diperlekehkan?

Maka, selaras perkembangan zaman dan situasi masyarakat Islam, sudah tiba masanya transformasi perundangan syariah dilakukan dengan mengkaji semula dan mempertingkatkan kadar hukuman bagi pesalah syariah di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). - Sarawakiana


Gawai Dayak datang lagi. 1 Jun memang dinanti-nanti. Sanak saudara pulang ke desa menemui kaum keluarga yang sekian lama ditinggalkan. Gawai Dayak tunjang permuafakatan masyarakat dayak. Berkumpul ramai-ramai mermikan perayaan terbesar masyarakat dayak. Tetamu yang berbilang bangsa dan agama dialu-alukan meraikan bersama Gawai Dayak.

Penerangan serba sedikit berkenaan kelengkapan miring dan bacaan bebiau yang menjadi kelaziman ketika pembukaan gawai dayak.

Kelengkapan yang perlu di adakan ketika upacara Miring :

Daun apong dan tobako
Pinang, sirih, kapur, gambir
Nasi
Garam
Nasi manis
Ketupat
Nasi pulut
Penganan iri-Kuih Penyaram
Sagun
Pisang
Beras kuning
Letup atau Rendai
Telur Ayam
Telaga – cawan kecil berisi air tuak
Bulu Ayam dan Darah Ayam ketika Sampi (Mentera)



Jika lengkap kesemuanya, bacaan bersampi (bebiau) adalah satu perkara wajib pada masa pembukaan gawai dayak. Memohon doa daripada tuhan agar segala urusan dipermudahkan dan mendapat rezeki yang melimpah ruah ditahun-tahun mendatang.
Senikata yang terdapat dalam upacara bersampi (bebiau) semasa pembukaan gawai :

Sa, dua, tiga, empat, lima, enam, tuuuuuujuh!

Enda aku busong ngelangkah gunong,
Enda aku tulah ngelangkah tanah,
Enda aku danjan ngelangkah bulan,
Enda aku tumbang ngelangkah bintang!

Kaki aku udah bediri di segi besi belumpong,
Nyawa aku nyapa nyembah di klasah tikai bedong long.
Lengan kanan aku ditanggam beringan lanchum selong,
Pala aku di-bap singkap jalong jabong,
Blakang aku ditinggang seludang baju burong.

Laban aku tu ukai mungkal ukai nanjal,
Aku tu endang niti endang nali,
Baka ijok tampung penduk,
Baka rutan tampung danan,
Baka ira tampung lemba,
Baka wi tampung tali.

Pecah periuk tanah ganti periuk tani,
Padam bulan diganti matahari,
Parai orang ka tuai ganti tubuh kami,
Pambu orang ka dulu ganti kami ka dudi.

Kami tu deka ngintu gawai dayak,
Nitih ka pekat, ngimbai adat menoa Sarawak,
Ngibun durok kitai bansa,
Negi ka menira adat ugama menoa Malaysia,
Ngambika tampak rita idup bersama di mata dunya.

O….Haa

Nya baru aku ngangkat ka kita ke lama udah timpat,
Tinggang urat sebangki api.
Tu baru aku nyungkang kita ke lama udah tumbang,
Tinggang batang tebelian wi.
Aku nyerungkai kita ke lama udah parai,
Keranjai indai imbok kedidi.

(Tu aku ngangau ka aki kami Sera Gunting,
Ke tau nemuai ngagai gensiring langit kuning.
Ngangau ka tuai benama Begeri,
Ke dulu ngajar kitai beguna ka atau babi,
Laban iya ba indai ka Dara Manis Muka.

Aku ngangau ka aki kami ke benama Sarapoh,
Tuai ke berani nyanda bunoh,
Ringka-ringka ngema benong benda menaga.

Aku ngangau ka Aki kami Pateh Ambau,
Ke datai ari Pangkalan Tabau,
Peling lanting tawang ulih menang bedagang.

Aku mega ngangau ka Gerasi Belang Pinggang,
Seduai Rukok ke Pematak Bala Nyerang.

Aku ngangau ka Petara Betie “Brauh Gumbang”,
Seduai Datu Patinggi Gurang.

Aku ngangau ka Petara Jalir, Petara Gisang,
Petara Geringu, Petara Sumbang.

Aku ngangau ka Petara Gerijih Ai Marang,
Seduai Bangkam ke ngaram ka sampan buong Rajang.

Aku ngangau ka Tindin Pimpin Bragah Ngindang,
Seduai Entingi Keti Aur Tulang.

Aku ngangau ka Rekaya Tom Tajai Ngindang,
Enggau tuai entanak benama Unggang.

Ngangau ka Petara Uyut benama Bedilang,
Petara Atin apai Saang,
Petara Sabok Apai Mang,
Orang Kaya Dana Bayang,
Enggau Chulo bejulok Tarang.

Orang ngasoh aku ngambi ngabang,
Ngambi mansang,
Ngambi makai,
Ngambi nandai !)

Kita ka ari ili datai sabuah barong,
Kita ari ulu undor sabuah buong.
Kita ari langit nilik naka rekong,
Kita ari tanah nyengok naka punggong.
Ngabang abis, ngabang lengis,
Betambit pintu, bekaling alu,
Bekaling lantai, bekesai tikai.

Aku ukai ngangau ngapa, ukai ngangau pia,
Aku mai kita ngabang, mai kita mansang,
Mai kita makai, mai kita nandai.
Aku mai piring, mai ading,
Piring penganan, piring penyaran,
Piring Arak, Piring Tuak,
Udah sedia, udah nyengenda,
Ditikai wi, tikai peradani,
Ditikai rutan, tikai bemban.

Kita ke ngabang bakanya mega,
Anang tuboh puang, tuboh sabatang,
Anang mai tuboh murus, tuboh untus,
Tang mai ubat serangkap genap,
Mai batu teruba nemu,
Mai pengaroh gembar tuboh.

Anang engkah ngapa, engkah pia,
Engkah ba piring, engkah ba ading.
Ayan ka ba tegalan,
Lengka ka ba pedara,
Sikap ka di ketupat.
Ngambi ka kena peda, kena tela,
Kena iching, kena perening.
Awak ka kena genggam, kena simpan,
Kena sandoh, kena taroh,
Kena japai kena pegai.

Enggau sampi tu,
Aku Minta kami chelap-embab,
Minta gayu-guru,
Gerai-nyamai,
Bidik-lansik,
Betuah-belimpah,
Kaya-raja,
Aku minta tulang,
Minta pandang,
Minta iching,
Minta perening.

Awak ka kami mudah bulih duit, bulih ringgit,
Bulih padi, bulih puli,
Bulih reta, bulih tengkira,
Bulih setawak, bulih menganak.
Ngambi ka kami jelai rita, manah nama,
Nuchong baka bukit Rabong menoa,
Tinggi baka langit nungkat neraja,
Terang baka pandang bulan purnama.

Nya alai dinga ka kangau anak mensia, kangau anak uda,
Minta tulong, minta sukong kita.
Oooooohaaaaaaaaa


Selesai segala-galanya upacara miring maka bermulah Hari Gawai Dayak dan jom seluruh rakyat kita raikan bersama dan untuk kaum dayak diucapkan 

SELAMAT HARI GAWAI DAYAK.
GAYU GURU GERAI NYAMAI
LANTANG SENANG NNGUAN MENOA
MUNTANG REZEKI MUDAH PENGAWA

KUCHING: Gawai is in the air but state police were unrelenting on the ground with raids on illegal gambling held across the state over the weekend.

In a statement yesterday, state CID chief SAC Dev Kumar said the state police headquarters (IPK) and six police districts conducted raids on illegal lottery (illegal 4D), cyber gambling and cock-fighting.

Nine raids were conducted from May 23- 29 in Kuching, Padawan, Sibu, Miri, Kota Samarahan, Betong and Meradong.

In the crackdown, six raids were made on illegal lottery, two on cyber gambling while police busted one cock-fight (in Betong). He pointed out that the nine raids resulted in 32 arrests while gambling equipment was seized as exhibits. Three foreigners were among the 32 arrested, with ages ranging from 18 to 71. Of the total, 28 were males and the rest females. Four persons were arrested for cock-fighting in a jungle at Debak, Betong. Twenty persons were arrested for cyber gambling and eight for illegal character lottery.

“Cash amounting to RM10,027 were seized during the raids,” SAC Dev said, adding that 29 computers and gambling machines were also seized.

The police teams also seized various exhibits relating to illegal lottery such as portable printers, mobile phones, calculators, betting ledgers and slips.-BP
KUCHING: Kampung Budaya Sarawak (SCV) merancang untuk menganjur Rumah Terbuka Gawai Dayak di tiga rumah etnik; Rumah Panjang Iban, Rumah Bidayuh dan Rumah Orang Ulu.

SCV dalam satu kenyataan kepada media di sini semalam berkata, rumah terbuka itu akan diadakan pada 1 dan 2 jun iaitu sempena cuti umum perayaan Gawai Dayak pada hari Rabu dan Khamis ini.

Pelbagai hidangan tradisional masyarakat Dayak akan dihidangkan kepada pengunjung pada hari tersebut, dan pihak SCV turut menawarkan kadar istimewa yuran masuk ke SCV pada dua hari sambutan perayaan itu.

Orang ramai yang hadir juga berpeluang mengunjungi tujuh kediaman etnik di SCV dan akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan pada jam 11.30 pagi dan 4 petang.

Bagi yang berhasrat bermalam di rumah-rumah etnik di SCV serta mendalami pengalaman yang meriangkan sempena sambutan Gawai, Pakej Pelancongan Penginapan SCV Gawai pada harga yang berpatutan juga disediakan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi SCV di talian 082-846108 atau 082-846078 atau e-mel ke enquiry@scv.com.my. - Sarawakiana

SIBU: Kena Hari Minggu tu tadi,pejalai bot ekpres ditambah ngagai 30 dikena ngangkut mensia mayuh ti urung 8,000 iku ke ngenyit nambah ba Teminal Ekpres Sibu.

Ari 30 pejalai tambah nya, 28 pejalai ungkup menua ulu (Sibu-Song-Kapit ) lalu dua iti ngagai menua ili (Passin enggau kandang menua Daro).

Tu udah nambah ari semilan ngagai 21 pejalai ti dikemendarka kena Hari Enam (28 Mei) tu tadi.

Terminal udah nerima penatai 7,766 iku kena Hari Minggu dibanding enggau 6,522 iku sehari sebedau nya (28 Mei).

Baka nya mega ba Wharf Kapit ba Jalai Khoo Peng Loong Road ti bela ngerikot penyampau mensia mayuh ti majak nambah.

Penyampau nya nambah ngagai 1,653 kena Hari Minggu dibanding enggau 964 kena Hari Enam.

Kaunsil Sungai- Sungai Sarawak (LSS) udah nentuka penyampau bot ekpres nya chukup dikena ngundan mensia mayuh mulaika diri ke menua nyambut pengerami Gawai Dayak.

Berebak engagu nya, Sapit Kontoller LSS (Pelilih II) Christopher Chan madahka penyampau penumpau majak kurang agi kemari, pengudah nerima penatai urung 8,000 iku kena Hari Minggu.

Ku Chan, bot ekpres ke penudi endar bekejang ari terminal urung pukul 3.00 lemai.

Iya mega melabaka bot ekpres kepenudi endar ari ulu disadang sangkai ditu urung pukul 6.30 lemai.

“LSS ngenataika pengaga ati ba pengawa nyendiaka pejalai tambah dikena ngangkut penumpang ti mulaika diri ngintu pengerami Gawai Dayak,” ku Chanmadah ngagai The Borneo Post.

Operasyen renggat keterubah udah berengkah kena 22 Mei sereta diketuka sehari tu, lalu renggat kedua deka belabuh ari 2 – 7 Jun.

Ku Chan, operasyen nya udah mujur dipejalai nengah kerejasama ari mayuh bengkah ejensi penerit adat baka Opis Marin,Polis Marin, Polis, Rela, JPAM enggau Opis Kaunsil Sibu (SMC).-BP
Foto : BH

Kuala Lumpur : Malaysia dan Singapura dijangka memeterai memo­randum persefahaman (MoU) bagi melaksanakan projek kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Singapura dengan Kuala Lumpur, Julai ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek itu akan meningkatkan perhubungan, peluang ekonomi dan hubungan sesama masyarakat yang berbeza negara.

Beliau berkata, projek berkenaan merupakan satu contoh bagaimana semangat kerjasama dalam persahabatan dan manfaat bersama di antara dua negara diperoleh, selain meletakkan tembok penghalang di belakang.

“Kita membina hubungan dan mewujudkan pakatan ekonomi dengan negara-negara lain bagi mempromosikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran untuk rakyat.

“Ini merupakan pendekatan kita dan sudah melihat manfaatnya. Saya telah menyelesaikan banyak isu legasi dengan Singapura. Sebagai contoh, resolusi Points of Agreement yang diselesaikan pada 2010 selepas 20 tahun kes itu melalui jalan buntu, merupakan satu kes yang baik,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Rundingan Meja Bulat Asia Pasifik Ke-30 (APR@30) di sini semalam.

APR@30 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini bertemakan kerjasama dan persaingan dalam perubahan landskap serantau.

Yang turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa ASEAN (ASEAN-ISIS), Tan Sri Rastam Isa.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut dijadual menyampaikan ucaptama pada sesi plenari APR@30, hari ini.

Tambah Perdana Menteri, beliau percaya bahawa dalam usaha mengekalkan ekonomi yang kukuh, Malaysia perlu mempunyai hubungan sihat dengan negara-negara jiran yang merupakan rakan dagang, rakan berhubung dan rakan untuk bekerjasama.

Sehubungan itu kata Najib, dalam sesuatu perhubungan negara, ideologi dan sistem politik diketepikan manakala kebebasan dikekalkan tanpa mencampuri prinsip serantau dan antarabangsa.

“Kepentingan negara mesti didahulukan sebelum mengambil kira kepentingan politik,” ujarnya.

Dalam ucapan yang sama, Perdana Menteri berkata, ekonomi Malaysia tetap berdaya tahan walaupun terpaksa berhadapan dengan waktu sukar pada masa ini.

“Ekonomi global turut perlahan tetapi ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan. Terima kasih rakyat Malaysia yang bekerja keras serta dasar-dasar dan program kerajaan yang dilaksanakan selama ini,” jelasnya. - Utusan

KUALA LUMPUR: Malaysia mengekalkan kedudukannya dalam kalangan 20 daripada 61 negara paling kompetitif di dunia mengikut senarai Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2016 (WCY) yang diterbitkan pusat daya saing dunia, Institute for Management Development (IMD) yang berpangkalan di Lausanne, Switzerland.

Bagaimanapun, kedudukan Malaysia turun lima tangga ke tempat ke-19 daripada tempat ke-14 pada tahun lepas disebabkan kejatuhan harga komoditi, dolar yang kukuh dan penyusutan lembaran imbangan dalam sektor awam dan swasta.

Ranking itu dinilai bagi 61 negara tahun ini berbanding 60 negara tahun lepas.

Berikut senarai 20 negara teratas:

RANKING SCORE
————– ———-

1) Hong Kong (100.00)

2) Switzerland (98.02)

3) USA (97.88)

4) Singapura (97.65)

5) Sweden (92.35)

6) Denmark (91.76)

7) Ireland (91.54)

8) Netherlands (91.32)

9) Norway (90.05)

10)Kanada (90.05)

11)Luxembourg (90.02)

12)Jerman (88.57)

13)Qatar (86.72)

14)Taiwan (86.37)

15)UAE (86.07)

16)New Zealand (85.61)

17)Australia (84.27)

18)United Kingdom (83.34)

19)Malaysia (83.05)

20)Finland (82.04)

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan berkata, Malaysia mendahului Finland yang berada di tempat ke-20, Israel (ke-21), Belgium (ke-22), Iceland (ke-23), Austria (ke-24), China (ke-25), Jepun (ke-26), Republik Czech (ke-27), Thailand (ke-28) dan Korea Selatan (ke-29).

Dalam ringkasannya, WCY menyenaraikan Malaysia di tangga pertama dalam kalangan 31 negara dengan KDNK perkapita kurang daripada US$20,000, mengekalkan kedudukan pertamanya selama tiga tahun berturut-turut.

“Dalam kalangan 28 negara dengan penduduk melebihi 20 juta, Malaysia berada di kedudukan ketujuh. DiAsean, Malaysia kekal di kedudukan kedua dan keenam dalam kalangan 14 negara di rantau Asia Pasifik,” kata menteri itu.

Beliau berkata, berikutan ketidaktentuan ekonomi dunia Malaysia perlu meningkatkan usaha.

Mustapa berkata, ranking berkenaan jelas menunjukkan pertumbuhan ekonomi semasa bukan bermakna jaminan daya saing di masa depan dan corak sama yang dapat dilihat dalam kalangan semua negara dalam 20 ekonomi terbaik, iaitu peraturan mesra perniagaan serta infrastruktur fizikal.

Malaysia pada kedudukan ke-14 dalam kecekapan perniagaan dan antara 10 terbaik dalam pasaran tenaga kerja pada tempat keenam (2015: keempat) dan amalan pengurusan pada kedudukan kesembilan (2015: keenam), manakala meningkat tiga kedudukan dalam produktiviti dan kecekapan ke tempat ke-21 (2015: ke-24).

Kedudukan negara susut dalam kewangan, sikap dan nilai, masing-masing sebanyak lima dan tiga kedudukan kepada kedudukan ke-20 dan ke-11.

Mustapa berkata, pertumbuhan ekonomi yang kukuh penting untuk memastikan Malaysia mencapai aspirasi menjadi negara maju menjelang 2020.

“Dalam konteks ini, inisiatif kita di bawah Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi akan teruskan seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ke-11.

“Strategi pembangunan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 menggariskan produktiviti sebagai pengubah untuk mencapai pertumbuhan mampan dan inklusif.

“Kita juga memberi tumpuan kepada usaha mengubah industri pembuatan selaras perubahan pesat hasil daripada apa yang dikatakan oleh sesetengah orang sebagai ‘Revolusi Perindustrian Keempat’,” katanya.

WCY 2016 berdasarkan analisis lebih daripada 340 kriteria yang diperoleh daripada empat faktor: prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan infrastruktur.

Malaysia turun lima anak tangga dalam prestasi ekonomi ke tempat ke-11 daripada tempat keenam pada 2015.

Penurunan dalam sub-faktor ekonomi dalam negeri kepada ke-22 (2015: ke-15), perdagangan antarabangsa kepada ke-21 (2015: ke-11) dan pelaburan antarabangsa kepada ke-16 (2015: kelapan) menyumbang kepada penurunan keseluruhan faktor prestasi ekonomi, manakala negara mengekalkan kedudukan 10 teratas dalam dua sub-faktor iaitu pekerjaan di tempat kesembilan (2015: ketujuh) dan harga di kedudukan ketujuh (2015: ketiga). - Bernama

KUCHING: Negara ASEAN sedang mengalami keadaan tegang berkaitan sumber dan cabaran yang terkandung serta tuntutan bertindih di kalangan negara berkaitan isu berbangkit di Laut China Selatan sejak 2009.

Pengarah Bersekutu Program Pembelajaran China Dr Carla Park Freeman berkata antara punca pertikaian tersebut adalah Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan peranannya dalam menangani isu tersebut.

“Saya juga menyentuh keistimewaan dan hak tertentu kepada negara di laut bersebelahan dan pelbagai zon, laut wilayah dan akses kepada zon ekonomi selain dasar laut.

“Laut China Selatan mengalami banyak tuntutan bertindih dan yang paling signifikan adalah apabila China membuat tuntutan terhadap 80 peratus Laut China Selatan.

“Ia menduduki tiga buah tempat dan mempunyai tujuh atau lapan tuntutan yang tidak didudukinya dan ada pertikaian dengan Vietnam dan Filipina berhubung tuntutannya itu,” katanya pada ceramah bertajuk ‘South China Sea: The Way Forward’ anjuran SDI di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

Beliau menambah, Filipina sudah membina kemudahan iaitu sebuah pusat peranginan di tempat tersebut sejak 1980-an, tetapi mereka tidak lantang dengan pendirian dalam pertikaian tersebut.

“Ketegangan berhubung pertikaian ini kelihatan seperti akan semakin meningkat selari dengan ketegangan yang semakin meningkat di antara Amerika Syarikat dan China berdasarkan prinsip kebebasan navigasi.

“Malahan situasi sedia tegang sekarang akan menjadi lebih tegang, itu jangkaan saya, ditambah selepas keputusan Timbang Tara Filipina yang dijadual tidak lama lagi.

“Saya rasa kebanyakan orang menjangkakan keputusan itu akan dikeluarkan pada hujung Jun.

“AS menggesa agar pertikaian diselesaikan secara pelbagai hala yang mencabar pendirian China yang mahu menyelesaikan pertikaian secara dua hala selain menawarkan pegawai yang bagus kepada AS untuk menyelesaikan pertikaian itu.

“Saya bukan pakar mengenai Malaysia untuk bercakap mengenai dasar Malaysia tetapi Malaysia mempunyai tuntutan juga,” tambahnya.

Bagi maklumat tambahan kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pertikaian yang wujud antara negara ASEAN dengan China dan Amerika Syarikat, boleh melayari laman Asia Transparency Maritime Initiative.

Carla akan memberi ceramah yang sama di Pustaka Negeri hari ini dan beliau telah pergi ke seluruh Malaysia sejak 22 Mei lepas.-BP

KUCHING: Ketua Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem akan memutuskan sama ada permohonan sembilan calon langsung BN yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu menyertai PBB diluluskan atau sebaliknya.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata Adenan mempunyai pengalaman luas dan kebijaksanaan menyelesaikan isu tersebut.

Ini kerana ujarnya situasi sama pernah dialami PBB pada 1987 apabila ada ahli daripada kumpulan lain mahu menyertai parti itu.

Menurut Abang Johari, sebagai presiden PBB, sudah tentu Adenan akan mendapat khidmat nasihat daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang akan bermesyuarat membincangkan perkara itu pada 5 Jun ini.

“Ketua Menteri (Adenan) tahu apa yang perlu dilakukan, beliau seorang yang berpengalaman.

“Beliau akan bertindak adil kepada semua pihak. Lagipun kesemua mereka dalam kerajaan cuma sekarang mereka memerlukan ‘rumah’ (untuk diwakili),” katanya apabila ditanya mengenai nasib sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang me-mohon menyertai PBB.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sidang media berhubung hal-hal perumahan dan urbanisasi Sarawak di Wisma Perumahan dekat sini, semalam.

Abang Johari yang juga timbalan presiden PBB berkata, pada 1987 beberapa ahli politik seperti mendiang Datuk Joseph Balan Selin, mendiang Datuk Michael Ben dan Datuk Gramong Juna memohon menyertai PBB.

“Apa yang kami lakukan ialah mengarahkan mereka kembali ke akar umbi untuk mengetahui sama ada mereka mahu menyertai kami (PBB) atau sebaliknya. Kami memberi mereka masa yang cukup untuk berfikir semasak-masaknya.

“Inilah cara kami menyelesaikan masalah ini kerana PBB bukannya parti yang mahu merampas ahli parti lain dan PBB bukannya tamak,” ujarnya.

Beliau menegaskan, 40 kerusi diperuntuk kepada PBB sudah mencukupi namun pada masa sama sembilan wakil rakyat dimaksudkan perlu diberi peluang membuat pilihan.

“Jika mereka mahu menyertai kami, adalah susah untuk mengatakan tidak tetapi kami akan memberi masa kepada mereka berfikir semasak-masaknya,” katanya.

Tambahnya lagi dalam semangat BN, PBB akan berunding dengan parti komponen lain iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Sembilan ADUN yang dimaksudkan ialah Tan Sri William Mawan Ikom (Pakan), Rosey Yunus (Bekenu) Paulus Palu Gumbang (Batu Danau), Datuk Dr Jerip Susil (Mambong), Ranum Mina (Opar), Dr Johnical Rayong Ngipa (Engkilili), Dato Gerawat Gala (Mulu), Miro Simuh (Serumbu) dan John Ilus (Bukit Semuja).

Ditanya mengenai tindakan Parti Rakyat Bersatu (UPP) tidak melulus permohonan ‘bersara’ daripada parti oleh ahlinya termasuk Dato Sri Wong Soon Koh dan Datuk Tiong Thai King, Abang Johari berkata ia adalah masalah dalaman parti itu.

“Apa yang saya tahu mereka sudah bersara daripada UPP dan menyertai semula parti itu. Itu adalah masalah dalaman mereka dan kami tidak mahu diheret sama dalam masalah itu, kami tidak mahu masalah mereka menjadi masalah kami,” tegasnya.-BP

IPOH: Seorang siswazah perubatan yang menghadapi dua pertuduhan merosakkan patung di dalam sebuah kuil dan memiliki senjata berbahaya di sini pada April lalu, layak dibicarakan di mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya, Fadhli Ab Wahab, berkata laporan psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan pada 19 Mei lalu menyatakan Fathi Munzir Nadzri, 29, layak dibicarakan dan boleh membela diri bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Tertuduh, yang hadir di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bagi sebutan semula kes itu, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Sunita Kaur Jessy.

Fathi Munzir, yang kelihatan tenang, didakwa merosakkan patung-patung di Kuil Sree Muneeswaran Amman Kovil di hadapan Angsana Mall dan memiliki sebilah parang pada kira-kira 5 petang pada 24 April lalu.

Bagi pertuduhan merosakkan patung, dia didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan memiliki sebilah parang, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Hakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pada 29 April lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Fathi Munzir menjalani rawatan dan pemeriksaan di Hospital Bahagia selama sebulan.

Sebelum ini, mahkamah turut membenarkan Fathi Munzir diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan ia dibayar pada 25 Mei lepas apabila tertuduh didapati layak dibicarakan.

Mahkamah menetapkan 29 Jun ini untuk sebutan semula dan pengurusan kes. Pada prosiding hari ini, tertuduh diwakili peguam Mohamad Hafiz Jalaludin dan Mior Fadhli Mior Shaifuddin.

Turut hadir lima peguam pemerhati diketuai A.Silvanathan yang juga pengerusi kuil berkenaan. -- BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Polis akan memanggil pengatur cara komputer Azharuddin Othman, 30, yang dipercayai terlibat menjual maklumat pangkalan data penduduk negara bagi tujuan memalsukan tandatangan dalam 'Deklarasi Mahathir'.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan dan mendapatkan butiran terperinci berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

"Kami akan memanggil individu itu dalam masa dua atau tiga hari lagi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkenaan dan siasatan menyeluruh akan dilaksanakan.

"Selain itu, kami juga akan meneliti terlebih dahulu jenis maklumat yang disebarkan sebelum tindakan lanjut dilakukan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Abd Ghani dan Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman.

Noor Rashid berkata demikian ketika diminta mengulas pengakuan bersumpah Azharuddin yang mengaku membekalkan data yang diperlukan kepada Syarul Ema Rena Abu Samah atau turut dikenali dengan gelaran 'Ratu Naga'.

Dalam akuan bersumpah itu, Azharuddin berkata 'Ema' memerlukan pangkalan data tersebut untuk keperluan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi Deklarasi Mahathir yang akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mengulas lanjut, Noor Rashid berkata adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana individu yang didapati menyebar dan menjual maklumat yang terkandung pangkalan data penduduk negara dan tindakan undang-undang boleh dikenakan.

Beliau berkata maklumat yang terkandung dalam data berkenaan adalah maklumat yang diklasifikasikan sebagai sulit dan hanya orang yang berhak sahaja mempunyai capaian akses kepada maklumat itu.

"Jika maklumat itu sulit ia tidak berhak untuk disebarkan kepada mana-mana pihak dan ia telah melakukan kesalahan serta melanggar peraturan dan boleh diambil tindakan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA)," katanya.

Azharuddin sebelum ini mendakwa beliau telah menjual maklumat itu kepada seorang wanita yang bernama Ema dengan bayaran RM5,000.

Bagaimanapun, lelaki itu hanya menerima RM1,000 sahaja setelah menghantar maklumat berkenaan kepada wanita terbabit yang mendakwa memerlukannya bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk keperluan projek Deklarasi Mahathir, yang berniat untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - BERNAMA

According to a report by The Sun Daily, the RM2.8 billion cost to reclaim land for the Pan Borneo Highway project in Sabah and Sarawak will be absorbed by the Government. Deputy Works Minister Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin said this includes resolving any disputes in acquiring the land.

“The cost to reclaim the land and to resolve problems on the said land for the total stretch of Pan Borneo Highway Sabah is estimated at RM2 billion whereas for Pan Borneo Highway Sarawak is RM800 million. These costs will be fully borne by the government,” she told the Dewan Rakyat recently.

She stated that the land reclamation process and compensation rates to the land owners will be done by the state governments through the respective land agencies. Compensation value will be based on the provisions in the existing land legislation that is Sabah Land Ordinance 1930 and Sarawak Land Code 1958.

“The land owners, who have the ownership documents, will receive compensation based on the assessment of the current real estate market prices. For the residents with land ownership based on the native customary house, the land compensation payment value including the cost of building structures and plantations, will also be made according to the current value determined by the state land department,” Rosnah explained.


For squatters who operate their plantations on government owned lands, which will be used for the highway project, the state governments have agreed to consider ex-gratia payment as a form of compensation.

According to The Sun, the first phase of the Sabah section of the Pan Borneo Highway is expected to be fully completed by December 31, 2021. The highway will cover a distance of 706 km from Sindumin to Tawau. The Sabah stretch of the highway will cost RM13 billion, and construction will reportedly be divided into 35 packages that mostly includes upgrading of the highway into a four-lane, dual carriageway.

Meanwhile, the 1,090 km stretch in Sarawak will cost RM16 billion. The construction of the Sarawak section is divided into 12 packages and is also expected to be completed by 2021. When fully completed, the Pan Borneo Highway will reportedly span 2,239 km.

video


Kemunculan entiti yang menyerupai Paul Walker menjadi tanda tanya berbagai pihak. Ia berlaku di set lakonan Fast & furious 8 di Cuba.

Seorang jurugambar merakam foto pelakon yang membintangi filem tersebut. Setelah selesai mengambil gambar, beliau terperanjat melihat bayang-bayang entiti yang beliau kenali.

Apabila beliau memerhati dengan lebih terperinci, beliau mendapati bayang-banyang intiti tersebut menyerupai Mendiang Paul Walker yang pernah menjadi pelakon utama Fast & Furious terdahulu.

Namun gambar tersebut belum lagi diisytihar kesahihannya.-Sarawakiana

SIBU : Masyarakat Dayak terutama di rumah panjang diingatkan supaya sentiasa mengambil langkah keselamatan dan pencegahan kebakaran terutama ketika membuat persiapan menyambut perayaan Gawai pada 1 Jun ini.

Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, punca kebakaran rumah panjang semasa perayaan itu adalah kerana kecuaian semasa memasak dan penggunaan peralatan elektrik.

Menurutnya, secara purata 44 peratus punca kebakaran rumah kediaman termasuk rumah panjang adalah daripada aktiviti memasak manakala 34 peratus akibat penggunaan peralatan elektrik secara berlebihan.

"Oleh itu adalah dinasihatkan penghuni rumah panjang di negeri ini sentiasa memastikan langkah dan pencegahan kebakaran dipatuhi dari semasa ke semasa ketika memasak," katanya sewaktu dihubungi Bernama.

Farhan berkata, sering kali kejadian kebakaran di rumah panjang berlaku apabila penghuni terlupa memadamkan api dapur mereka.

Beliau juga mahu mereka memastikan palam peralatan elektrik yang bervoltan tinggi seperti ketuhar tidak berkongsi soket yang sama dengan peralatan elektrik yang lain.

Farhan berkata, pada minggu pertama Gawai Dayak tahun lalu sebanyak tiga kes kebakaran yang melibatkan dua rumah panjang dilaporkan iaitu di Kanowit dan Bintulu dan sebuah setor rumah panjang di Miri.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya penghuni rumah panjang dapat menyediakan alat memadam api di rumah mereka supaya boleh digunakan untuk membantu kebakaran pada peringkat awal sementara menunggu ketibaan bomba. - Bernama

SYDNEY: Seorang wanita dikhuatiri mati selepas dibawa oleh seekor buaya ketika berenang pada lewat malam bersama kawannya di pantai di utara Australia, kata polis.

Kedua-dua wanita berusia dalam lingkuan 40-an itu pada mulanya sedang bersiar-siar di Pantai Thornton pada petang Ahad di utara Queensland sebelum membuat keputusan malang untuk berenang di kawasan yang diketahui penuh dengan buaya.

"Wanita itu berenang dengan kawan perempuannya yang juga berusia 40an pada pukul 10.30 malam apabila kejadian itu berlaku," kata polis dalam kenyataan.

Konstabel Kanan Russell Parker berkata, wanita yang dipercayai pelancong Australia itu berada di dalam air ketika salah seorang daripada mereka diserang buaya.

Kawan wanita berkenaan cuba sedaya upaya untuk mengheret dia ke kawasan selamat namun gagal.

"Mereka memutuskan untuk berenang di kawasan air yang hanya berada pada paras pinggang.

"Rakannya cuba untuk mengheret dia ke pantai tetapi malangnya tidak mampu untuk berbuat demikian dan wanita itu kemudiannya hilang," katanya.

Sebuah helikopter penyelamat yang menggunakan peralatan pengimejan haba turut dikerah namun mangsa masih belum ditemui. - AFP
| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA