Browsing "Older Posts"

  • #PRNSARAWAK: Shafiee Tekad Fokus Perkara Utama

    By Yusz Man → Saturday, 30 April 2016

    DARO: Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N43 Daro Shafiee Ahmad berjanji akan tekad memfokuskan kepada beberapa perkara penting demi kepentingan penduduk termasuk belia dan pendidikan.

    Shafiee, 47 yang merupakan anak jati Daro dan pernah bekerja sebagai pegawai daerah Daro memang tidak asing dan dikenali oleh penduduk tempatan.

    Sehubungan itu, melalui pengalaman sebagai pegawai daerah di Daro itulah yang akan menjadi taruhan kepada Shafiee Ahmad untuk membangunkan kawasan N43 Daro ini kelak.

    Mengulas pertanyaan pemberita petang tadi mengenai pembangkang, Shafee memberitahu meskipun pembangkang menggunakan isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sepanjang tempoh kempen di Sarawak, namun melalui penjelasan yang diberikan kepada rakyat, beliau yakin pengundi pasti akan menolak pembangkang.

    Shafiee turut memaklumkan ada penduduk di situ yang langsung tidak membenarkan pembangkang masuk berkempen ke situ.

    “Mereka boleh janjikan macam-macam perkara tetapi pembangkang tidak mempunyai keupayaan untuk melaksanakannya, katanya.

    Pada pilihan raya kali ini Shafiee akan berhadapan dengan calon Amanah.-Sarawakiana
  • #PRNSARAWAK: PM Yakin Dr Juanda Dan Shafiee Beroleh Kemenangan Besar

    By Yusz Man →

    DARO: Perdana Menteri Datuk Patinggi Mohd Najib Tun Razak mempunyai keyakinan tinggi bahawa Barisan Nasional (BN) akan memperoleh kemenangan besar di dua DUN Daro dan DUN Jemoreng.

    Beliau berkata demikian setelah melihat sendiri sokongan serta semangat luar biasa daripada penduduk setempat ketika hadir di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Kpg Tian, Matu disini hari ini.

    Dalam ucapannya, Najib berasa yakin bahawa dua calon BN iaitu Datuk Dr Juanda Jaya mampu menang di kerusi Jemoreng dan Shafiee Ahmad di kerusi Daro.

    “Saya percaya Juanda akan dapat keputusan cemerlang sebagai wakil rakyat kawasan ini,” katanya semasa berucap di majlis berkenaan.

    Beliau juga percaya Shafiee akan turut memperoleh kejayaan yang besar di kerusi yang dipertandingkan.- Sarawakiana
  • Ketuai Komuniti Di Belaga Begempung Nyaup Liwan Bekimpin

    By Samurai Biru →

    Chalun Barisan Nasional ungkup Belaga, Liwan Lagang, benasit amat laban nyauka semua ketuai komuniti di sitak iya nya angkat begempung nyaup iya bekimpin.

    Ku iya, ke tebal agi bala ketuai komuniti udah bejalaika pengawa nya ngena inisiatif sida empu laban dekaka BN terus nyadi pengari sida.

    “Aku ngasaika diri benasit amat laban nyauka semua bala ketuai komuniti di Belaga ari Nanga Merit, Data Kakus sereta sida ke diau di pasar Belaga empu datai begempung nyaup raban bejalaika pengawa bepilih ditu.

    "Taja aku andalka BN menang ditu, tang kami enda ngambi mudah pasal pekara tu,” ku Liwan madah ngagai The Borneo Post bedau lama udah.

    Nangkanka nya ku iya, semua tuai rumah ari Nanga Merit enggau Data Kakus udah mantaika sukung penuh sida ngagai iya rambau hari nganjung nama kena 25 April tu tadi.

    “Ba hari nganjung nama, 34 iku tuai rumah ari Nanga Merit enggau 13 iku ari Data Kakus datai mantaika sukung sida.

    "Baka nya mega semua bala tuai rumah ari rumah panjai enggau tumpuk pendiau ke besemak,” ku Liwan.

    Liwan deka betengali alan enggau chalun Parti Keadilan Rakyat (PKR), Alex Lihan maya pengawa bepilih kena 7 Mei tu.

    Ku iya, naka ke diatu bala penyakal mega bisi penangi, ke alai pekara ke dibai sida nya semua udah bari lalu sida enda ulih dikearap mutarka penanggul nya.

    “Sida semina deka ngayanka diri bisi dedayau sebelah menua tu. Sida semina deka nyadi baka orang ke manah, tang sida nadai maya rayat begunaka saup ari sida,” ku iya.

    Ex-Menteri Muda Main Asal enggau Adat Lama nya madahka iya deka bekimpin ba kandang menua alai iya ulih ngelawa nyauka semua pengundi sereta deka mantu chalun BN di Murum, Kennedy Chukpai Ugon maya ujung minggu.

    “Aku endang patut nyaup bala di Murum laban menua nya suba kala ari baruh pegai aku sebedau pengawa ngaga garis entara sitak baru dipejalaika,” ku iya.

    Enggau 11 penuduk ke digaga baru nya, Belaga diatu bisi urung iya 7,500 iku pengundi ke nyengkaum bansa Orang Ulu (5,800 iku), Iban (1000), Melayu (400) sereta China (300).

    Rambau Pengawa Bepilih Nengeri (PRN) ke diatur 2011 suba, Liwan menang pengudah berebut nengah enam penyuru enggau majoriti 2,928 undi.

    Ba Murum, Chukpai deka disatup nengah empat penyuru ngelaban Mathew Silek ari Parti Tindakan Demokratik (DAP), Abun Sui Anyit (PKR) sereta ex-Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Belaga, Stanley Ajang Batok, ke bediri ngatika diri. Penuduk majoriti Orang Ulu bisi 8, 240 iku pengundi.

    #PRNSARAWAK

    Sumber : Borneo Post Online
  • #PRNSARAWAK: Najib Lulus Peruntukkan Dewan Daro Dan SMK Matu

    By Yusz Man →


    DARO: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan peruntukkan bagi membaik pulih dewan Daro dan meluluskan peruntukkan bagi membina semula sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matu.

    Perdana Menteri membuat pengumuman itu ketika Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Kampung Tian di sini petang tadi.

    Pengumuman itu ternyata mengembirakan rata-rata penduduk tempatan kerana kehadiran beliau yang julung kalinya membawa perkhabaran gembira untuk menggantikan sekolah tersebut yang usang.

    Beliau yang turut diiringi oleh Ahli Parlimen P207 Igan Datuk Wahab Hj Dollah, calon Barisan Nasional DUN N44 Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya dan calon bagi kerusi DUN N43 Daro, Shafiee Ahmad, disambut oleh lebih 7,000 penduduk.-Sarawakiana
  • Kerajaan Belanja RM5 Bilion Bina Jalan Di Sarawak

    By Bukan Nama Sebenar →

    BAU - Kerajaan telah membelanjakan RM5 bilion untuk pembinaan jalan baharu dan menaik taraf jalan sedia ada di Sarawak dalam tempoh enam tahun sehingga sekarang.

    Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata, jumlah itu, bagaimanapun tidak termasuk peruntukan RM16.4 bilion untuk projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.

    Menurutnya nya, perbelanjaan yang besar untuk pembinaan dan kerja menaik taraf jalan raya membuktikan komitmen kerajaan menghubungkan kawasan bandar dan luar bandar bagi merapatkan jurang antara kedua-dua kawasan itu.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan surat hak milik tanah kepada 75 pemilik tapak rumah di Kampung Suba Bandar di sini, hari ini.

    Ditanya tindakan pemilik tanah dari Simpang Nyabau ke Bakun yang enggan menyerahkan tanah masing-masing untuk memberi laluan kepada pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, Manyin berkata rundingan mengenai perkara itu sedang dijalankan.

    Beliau berkata, pampasan yang sewajarnya akan dibayar kepada pemilik tanah yang membenarkan pengambilan tanah mereka untuk projek berkenaan.

    Katanya kerajaan telahpun membayar sejumlah RM800 juta nilai pampasan kepada pemilik-pemilik tanah terlibat.

    Mengulas pemberian surat hak milik tanah untuk tapak rumah di kampung-kampung asal masyarakat Bidayuh oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Manyin berkata proses berkenaan akan diteruskan.

    "Pemberian surat hak milik tanah kepada pemilik Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) masyarakat Bidayuh sangat perlu kerana tanah adalah satu-satunya harta masyarakat itu," katanya.

    Beliau berkata dengan memiliki surat hak milik tanah, masyarakat Bidayuh boleh mencagarkan tanah mereka kepada bank dan institusi kewangan bagi mendapatkan pinjaman untuk memulakan perniagaan. - Bernama
  • KM Ngelalau Pengarang Berita Nulis Ripot Ke Betul

    By Samurai Biru →

    Kepala Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem malam ensanus nimbal ngarika chalun Barisan Nasional (BN) sitak Nangka,Dr Annuar Rapaee ti diripot bisi mantaika jaku ke salah sereta dikeluarka ba portal berita Malaysiakini.

    Ku Adenan, pengarang berita endang sengaja mutar belit jaku ti dipansutka iya.

    “Nya alai aku madah ngagai kitai (pengarang berita) tulis ripot pasal aku enggau betul. Anang nyalin jaku aku enggau chara ke salah. Ambika chunto baka ti nyadi enggau Dr. Annuar.

    “Jaku ti dipansutka iya diputar belit pengarang berita, lalu orang nya udah pulai ke semenanjung.

    “Taja pia, ukai semua pengarang berita Malaysiakini ke baka nya. Tang ke siku ti (pengarang berita ke ngerandau Dr Annuar) nulis jaku Dr. Annuar ke udah mutar belitka berita,” ku iya madah ba aum begulai enggau pengarang berita ba Komplek Kunsil Nengeri Lama malam ensanus.

    Nitihka ripot, kena Hari Minggu nyin tadi polis udah berengkah bejalaika tasat pasal artikel nya ti dikeluarka Malaysiakini.

    Ketuai CID Sarawak Dev Kumar MM Sree Shanmugam madah, urung 6 iti ripot polis udah digaga di balai polis pasal berita ti ditulis pengarang berita ari Malaysiakin .

    “Ripot Polis bisi madahka artikle nya tau ngeruga runding mensia mayuh di menua tu,” ku iya.

    Kena Hari Lima nyin tadi,Dr Annuar diripot bisi mantaika jaku pasal raban Islam di Sarawak ke ngelui pematut, taja pia iya ngenadaika pekara nya.

    Taja pia, Malaysiakini madahka sida endang bisi ngerikod jaku ke disebut Dr Annuar pasal pekara nya.

    #PRNSARAWAK

    Sumber  : Borneo Post Online
  • Andaian Orang Asing Penan Masih Mundur Salah

    By Bukan Nama Sebenar →

    MIRI : Datuk Seri Najib Razak berkata andaian orang asing bahawa masyarakat Penan masih mundur adalah salah kerana kaum itu kini menikmati kehidupan model hasil pembelaan kerajaan Barisan Nasional (BN).

    Perdana Menteri berkata ini membuktikan dasar dan rancangan pembangunan inklusif oleh BN tidak menyisih mana-mana kaum atau golongan masyarakat daripada menikmati arus pembangunan moden.

    Katanya beliau menyangkal tanggapan Bruno Manser, kononnya pejuang hak kaum Penan di Sarawak, bahawa masyarakat itu masih berpindah randah, memakai cawat dan ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

    "Itu tidak benar. Saya melihat sendiri bahawa mereka telah moden," katanya di hadapan 2,500 orang pada majlis pemimpin bersama rakyat di Rumah Panjang Mareng di Suai Niah, terletak kira-kira 135km dari sini.

    Kediaman 36-pintu itu adalah rumah panjang moden pertama bagi komuniti Penan yang dianggarkan berjumlah 18,000 orang di seluruh Sarawak.

    Penan adalah salah satu kaum dalam kumpulan etnik Orang Ulu. Najib berkata hasil bantuan dan peluang diberi oleh BN, kehidupan masyarakat itu mula mengalami perubahan sehingga ada anak muda daripada masyarakat itu sudah berjaya menjejak kaki ke universiti.

    Beliau juga menghormati pencapaian Ketua Masyarakat Penan Sarawak, Datuk Temenggung Hasan Sui, yang hadir pada majlis tersebut, yang disifatkan sebagai contoh orang Penan yang berjaya.

    Hadir sama calon BN Kemena, Datuk Dr Stephen Rundi Utom dan calon BN Samalaju, Majang Renggi.

    Pada majlis itu, Najib mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk digunakan bagi tujuan menambahbaik serta menambah kemudahan rumah panjang Mareng Penan.

    Peruntukan RM200,000 juga diberikan kepada Persatuan Kaum Penan untuk tujuan pendidikan anak-anak mereka.

    Selain itu, Najib turut menyampaikan surat kelulusan tawaran untuk skim pinjaman rumah panjang kepada 34 pintu di rumah panjang Mareng Penan dan rumah panjang Ngipa Tinggang yang mempunyai 89 pintu di Sebauh, Bintulu.

    Sementara itu, Rundi berkata perdana menteri sentiasa mendengar rintihan masyarakat Penan dan penduduk di Kemena bukan sahaja sewaktu pilihan raya.

    Beliau berharap perdana menteri akan terus prihatin terhadap masalah di luar bandar seperti bekalan air bersih dan elektrik serta jalan raya.

    Hasan Sui, serang jutawan Penan, pula berkata walaupun etnik Penan adalah kumpulan kecil namun mereka tetap menyokong penuh Najib untuk terus memimpin negara. - Bernama
  • #PRNSarawak : Kerajaan Labur RM290 Juta Untuk Mendirikan Menara Komunikasi

    By uMieySurianie →

    Kerajaan telah memperuntukkan RM290 juta untuk mendirikan menara komunikasi bagi negeri ini dan terdapat lebih 1,200 menara telekomunikasi di Sarawak yang telah dibina oleh syarikat komersil mahupun kerajaan.

    Setakat ini juga sebanyak 95 Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) sudah beroperasi di Sarawak dan 29 buah lagi sedang dalam pembinaan dan dijangka siap akhir tahun ini.

    Sehubungan itu, menjelang tahun 2020, kerajaan mahu 95 peratus kawasan luar bandar mendapat akses Internet dan kemudahan komunikasi.

    Merujuk kepada manifesto DAP yang bertemakan ‘Berani Ubah, Perkongsian Kekayaan Demi Rakyat’ bagi Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11), mereka menawarkan untuk memperbaiki liputan internet dan menyediakan perkhidmatan internet percuma kepada rakyat Sarawak.

    Namun begitu, usaha DAP yang ingin menawarkan perkhidmatan tersebut ternyata jauh ketinggalan kerana ia sudahpun dilakukan kerajaan untuk rakyat di negeri ini malah lebih daripada yang telah di tawarkan daripada mereka.

    Mengapa tidak DAP tawarkan sahaja penambahan menara komunikasi di negeri ini berbanding menawarkan internet percuma? Sedangkan menara komunikasi merupakan liputan selular dan akses Internet bagi kawasan yang memerlukan di negeri ini.

    Ini bermakna, menara komunikasi penting bagi menyalurkan akses internet sepenuhnya di kesemua lokasi. – Sarawakiana
  • PAS Mahu Sarawak Diperintah Islam

    By Admin →
    KUCHING: Parti Islam SeMalaysia (PAS) mahu negeri ini diperintah oleh kalangan orang Islam dan bumiputera yang akan menjamin serta memelihara hak-hak rakyat Sarawak, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    Menurutnya, dalam Islam, kepentingan Bumiputera atau penduduk peribumi sebagai rakyat tempatan mestilah diutamakan terutama dari segi hasil dan kekayaan negeri.

    Namun katanya, kesan penjajahan yang menyusun masyarakat secara salah, telah menyebabkan kaum pendatang lebih menguasai ekonomi negeri dari rakyat di situ sendiri.

    “Bukan sahaja taraf sosioekonomi hidup rakyat tidak diperbaiki, bahkan hak asas penduduk seperti pemilikan tanah juga dinafikan.

    “Islam menekankan soal kepentingan hidup bermasyarakat dari pelbagai bangsa dan kaum seumpama satu keluarga besar,” kata Hadi dipetik laman rasmi parti itu.

    Malah menurut Hj Hadi, PAS telah memberi kesejahteraan dan kepimpinan sepanjang menerajui Kerajaan Negeri Kelantan.

    Begitu juga semasa memerintah Terengganu, di mana katanya, PAS telah menghapuskan banyak cukai kerana mempunyai hasil royalti minyak, sebelum dirampas Kerajaan Persekutuan.

    Menyentuh mengenai penyertaan PAS dalam PRN Sarawak kali ini dengan bertanding 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Beliau berkata, PAS akan menjadi parti yang menasihat dan menegur kerajaan serta memperkenalkan konsep-konsep Islam kepada rakyat serta adil untuk semua.

    “Bukan sekadar datang musim pilihan raya sahaja. Kita akan terus menjaga rakyat, mempertahankan hak rakyat, masalah tanah, masalah kemiskinan, masalah anak-anak kita nak belajar, jangan dipermainkan. Ini tujuan kita.

    “Kita tanding 11 kerusi untuk membawa suara Islam untuk semua kaum, untuk semua rakyat, yang Islam dan bukan Islam. Rakyat yang tak dapat tanah, yang tinggal menetap dan berketurunan, tak ada milik tanah, yang tinggal di kawasan-kawasan sungai, tak ada tanah nak buat rumah, rumah dalam sungai,” katanya. - Sarawakiana
  • Kek Salad Jadi Fenomena Di Jepun

    By uMieySurianie →

    JEPUN: Jika dipandang sekali imbas, mungkin ramai penggemar hidangan pencuci mulut berpendapat ia adalah kek biasa yang mengandungi gula dan mentega tinggi.

    Namun, siapa sangka kek tersebut sebenarnya dihasilkan daripada salad.

    Penghasilan kek tersebut dibuat berdasarkan idea kreatif pakar pereka makanan, Misuki Moriyasu yang mahu membuat ‘kek sihat’ di kafe miliknya, Vegedeco.

    Kek pelik itu diperbuat daripada pelbagai sayur-sayuran termasuk akar tumbuhan yang dikisar sebelum dicampurkan dalam tepung kacang soya untuk struktur lebih lembut.

    Aising kek tersebut pula dihasilkan daripada campuran keju krim dan tauhu.

    Ia rendah karbohidrat dan bebas gluten yang mana sememangnya sesuai untuk diet sihat. - The Mirror
  • “Kerajaan Syaitan” - Tiada Laporan Polis Terhadap Aziz

    By Admin →

    KUCHING: Sumber dalaman parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengesahkan setakat ini tiada sebarang laporan Polis dibuat terhadap calon dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) Abdul Aziz Isa Marindo yang mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah “kerajaan syaitan”.

    Walau bagaimanapun, menurut sumber tersebut mereka akan terus memantau kenyataan Aziz, kerana kenyataan seumpama itu bukan sahaja menyalahi etika kempen pilihanraya, tetapi juga merupakan fitnah yang melampau terhadap kerajaan yang memerintah.

    "Perkara ini serius, kami akan terus memantau fitnah serta tuduhan-tuduhan berat yang dilemparkan oleh Aziz sebelum membuat laporan atau tindakan undang-undang," kata sumber tersebut ketika diminta mengulas laporan portal berita.

    Aziz, 26, calon DAP bagi kerusi N.13 Batu Kitang berkata demikian dalam ceramahnya di Kin Soon Café, Kota Pedawan di sini malam tadi.

    "Kita tidak mahu Sarawak terus diperintah oleh syaitan-syaitan yang ada sekarang, maka sebab itulah kamu semua mesti mengundi DAP", kata Aziz dipetik Sarawak Live.

    "Saya berjanji jika saya menang, saya akan berkhidmat kepada semua kaum, bukan sahaja Melayu tetapi Cina, Iban dan Bidayuh", tambahnya.

    Sementara itu, dalam ceramah yang sama Aziz turut mendakwa sikap malas segelintir petugas Majlis Perbandaran Pedawan (MPP) yang menjadi punca rakyat kawasan Batu Kitang dijangkiti penyakit. - Sarawakiana


  • #PRNSarawak : Ceramah DAP Kurang Dapat Sambutan

    By Bukan Nama Sebenar →

    Angin perubahan jelas kelihatan di kawasan majoriti masyarakat Cina pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak kali ini, dengan ceramah-ceramah DAP kurang mendapat sambutan, berbanding kehadiran begitu ramai rakyat ketika PRN sebelum ini.

    Keadaan itu sudah tentu menjadi sesuatu yang menggembirakan bagi SUPP, parti komponen berasaskan kaum Cina dalam Barisan Nasional (BN) negeri, yang hilang sokongan masyarakat Cina kepada DAP pada PRN 2006 dan 2011.

    Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak, Dr Lee Kuok Tiung berkata lebih ramai rakyat kini menghadiri ceramah-ceramah oleh calon-calon BN.

    "Jika dibandingkan pilihan raya kali ini dan yang lepas, ia sama sekali berbeza. Kehadiran rakyat di ceramah-ceramah DAP tidak begitu ramai, tidak seperti sebelum ini, dan jika anda perasan, DAP biasanya mengumumkan jumlah wang yang mereka peroleh di ceramah-ceramah seperti semasa Pilihan Raya Umum ke-13, tetapi sehingga kini mereka tidak berbuat demikian pada pilihan raya negeri ini," katanya.

    Pemimpin masyarakat Cina, yang telah mengikuti kempen bermula Isnin lepas selepas penamaan calon bagi 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN-11, juga berkata bahawa sokongan terhadap DAP sudah menurun.

    "Keghairahan sudah tiada. Selepas 10 tahun, DAP masih bercakap mengenai perubahan. Parti itu beritahu rakyat, mengundi untuk perubahan yang sebenar pada kali ini.

    "Tetapi kini bagaimana anda hendak bercakap mengenai perubahan sebenar apabila anda tidak mempunyai majoriti dua pertiga?," kata Dr Chou Chi Ming, pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Masyarakat Cina Kuching, yang juga bekas presiden Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian

    SUPP bertanding di 19 kerusi pada PRN 2011, tetapi hanya memenangi enam kawasan. DAP memenangi 12 kerusi yang majoritinya kaum Cina, dan ia adalah pencapaian terbaik parti itu pada pilihan raya negeri Sarawak.

    Cabaran BN bagi 15 kerusi di kawasan bandar pada PRN kali ini, yang tertumpu di Kuching, Miri dan Sibu, sekali lagi diletakkan di bahu SUPP dan empat calon langsung.

    Presiden SUPP Senator Datuk Dr Sim Kui Hian, yang tewas pada penampilan pertamanya pada PRN 2011 di kawasan Pending, kini bertanding di Batu Kawah dan berdepan penyandang Christina Chew dari DAP serta calon Bebas Liu Thian Leong.

    Tiada keraguan lagi, populariti Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, akan membolehkan BN terus menguasai kepimpinan negeri ini, dan perkara yang menjadi perhatian ramai sama ada beliau mampu menarik pengundi Cina untuk menyokong BN, sekali gus merampas kembali beberapa kerusi di kawasan bandar.

    Dr Lee meramalkan tiga hingga empat kawasan majoriti kaum Cina akan kembali dimenangi BN.

    "Pada 2011, BN tidak menunjukkan prestasi yang baik di kawasan bandar disebabkan dua faktor - propaganda anti-Taib dan konflik dalaman yang membawa kepada sabotaj dalam SUPP," katanya.

    "Melalui media sosial, banyak pengundi berada dalam dilema mengenai Dr Sim. Mereka mengenali Dr Sim sebagai seorang yang baik dan pada baki beberapa hari ini, banyak bergantung kepada bagaimana beliau menyampaikan mesejnya kepada rakyat."

    Tnay Li Ping adalah Penasihat Wanita Pusat SUPP, dan beliau mengetuai bilik operasi parti itu di Batu Kitang untuk Lo Khere Chiang, yang akan bersaing dalam pertandingan lima penjuru berdepan calon DAP, PKR dan Bebas.

    "Pada 7 Mei, hakikatnya BN akan menang, tetapi ada kah kita menang?," soalnya di hadapan kira-kira 100 masyarakat Cina yang berkumpul di forum terbuka masyarakat, dan ramai yang memerhatinya dari kedai-kedai kopi sekitar dataran itu.

    "Sudah 10 tahun, pilihan raya kali ini adalah amat, amat penting yang menentukan masa depan kita untuk tempoh lima dan 50 tahun akan datang. Satu persatu, Adenan sudah selesaikan isu-isu yang penting kepada kita, jadi apa yang kita tunggu lagi?" katanya.

    Dr Chou berkata pengundi tidak mungkin terpengaruh dengan kempen DAP mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta isu-isu nasional, sambil menambah: "Ia tidak berguna, rakyat Sarawak lebih mengambil berat tentang isu-isu tempatan dan kebajikan mereka di negeri ini."

    Wilfred Yap Yau Sin dari SUPP, yang akan berdepan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen di Kota Sentosa, berkata pilihan raya negeri itu adalah tempat untuk membahaskan isu-isu Persekutuan.

    "Apabila anda hendak bercakap tentang isu-isu Persekutuan, anda benar-benar mahu bangkitkannya di Parlimen. Ini adalah pilihan raya kepada Dewan yang mulia kita, iaitu Dewan Undangan Negeri Sarawak," katanya. - Bernama
  • Adenan Sedia Pertimbang Tempoh Penginapan Azmin Dan Guan Eng Di Sarawak

    By Bukan Nama Sebenar →

    Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem bersedia mempertimbangkan tempoh lanjutan penginapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali di negeri ini.

    Setiausaha akhbar Ketua Menteri, Amborse Cheng berkata, ketua menteri akan mempertimbangkan perkara tersebut setelah menerima permintaan rasmi daripada mereka.

    "Ketua Menteri Sarawak telah menerima laporan bahawa Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang meminta supaya mereka dibenarkan untuk melanjutkan tempoh penginapan mereka di Sarawak pada pilihan raya ini." katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR digesa meninggalkan Sarawak pada 2 Mei apabila Jabatan Imigresen Sarawak mengehadkan tempohnya berada di negeri ini selama tiga hari sahaja.

    Manakala, Lim Guan Eng merangkap Setiausaha Agung DAP dilaporkan turut diarah keluar oleh pihak imigresen negeri sebelum hari pengundian pada 7 Mei depan dan hanya dibenarkan tinggal di negeri ini sehingga 5 Mei. - Sarawakiana
  • Keputusan Penuh PRN Sarawak Diketahui Seawal 11 Malam, 7 Mei

    By Bukan Nama Sebenar →

    KUALA LUMPUR : Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berharap keputusan penuh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada 7 Mei ini, diketahui seawal 11 malam.

    Beliau berkata pihaknya akan memperhebatkan segala bentuk komunikasi dan penggunaan semua logistik bagi memastikan proses pengiraan undi pada Sabtu depan, berjalan lancar.

    "Kita berharap pada 6 petang, kita sudah boleh umum (keputusan) kawasan-kawasan tertentu dan (bagi) keseluruhan 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 11 malam dapat umum parti-parti mana yang menang," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu Program Dalam Radar di Bernama Radio, di sini malam ini.

    Terdahulu, ketika di dalam konti pada program itu, beliau berkata faktor keadaan sesuatu kawasan yang agak jauh dan cuaca pada hari berkenaan juga mempengaruhi jika berlaku kelewatan untuk mengumumkan keputusan.

    "Kita seboleh-bolehnya, apabila tutup kawasan pengundian kita akan bawa peti-peti undi menggunakan kenderaan dan logistik yang ada seperti helikopter, perahu, feri dan kenderaan pacuan empat roda.

    "Kita juga akan bekerjasama dengan polis bagi memastikan keselamatan dan kelancaran proses pengiraan undi pada hari tersebut," katanya.

    Dari segi keperluan logistik, Mohd Hashim berkata SPR menggunakan 5,057 kenderaan termasuk van, 663 perahu, 64 bot laju dan 38 helikopter, selain 21,000 petugas SPR, bagi memastikan kelancaran proses pengundian dan pengiraan undi.

    Mohd Hashim berkata SPR juga menyediakan pelan sokongan bagi memastikan masalah bekalan elektrik tidak berlaku pada hari pengundian.

    Katanya PRN Sarawak disifatkan sebagai pilihan raya paling aman kerana sikap toleransi masyarakat berbilang kaum dan etnik di negeri berkenaan.

    Dalam pada itu, Mohd Hashim yang baru menerajui SPR selama empat bulan, berkata pihaknya mengadakan pelbagai program bersesuaian untuk mendekati golongan muda kerana masih ramai kumpulan berkenaan yang tidak mendaftar sebagai pengundi, malahan tidak mengetahui mengenai proses pilihan raya. - Bernama
  • Pencapaian Kerajaan Barisan Nasional Di Sarawak

    By Bukan Nama Sebenar →

    Sejak Sarawak bersama-sama membentuk Malaysia pada 1963, pelbagai kemajuan dan kejayaan dikecapi bersama tanpa meminggirkan keamanan, adat resam dan budaya kesemua suku kaum di negeri itu, kata Perdana Menteri.

    Kejayaan itu dipaparkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan terkini blog beliau, www.najibrazak.com, bertajuk 'Pencapaian Barisan Nasional (BN) di Sarawak' yang memuatkan beberapa grafik mengenai pencapaian kerajaan BN mengemudi Bumi Kenyalang.

    Antara pencapaian pembangunan berterusan sambil memelihara kesejahteraan dan keunikan Bumi Kenyalang ialah menegakkan hak Sarawak iaitu bekerja keras dalam rundingan penurunan kuasa bagi Sarawak dan mengusir pendatang tanpa izin untuk melindungi kedaulatan negara.

    Dalam menyediakan kemudahan perumahan, sebanyak 33,871 rumah kediaman dibina untuk keluarga yang diklasifikasikan miskin dan miskin tegar sejak lima tahun lepas selain tambahan 6,147 rumah kediaman dibina di bawah Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan Program Perumahan rakyat (PPR).

    Hampir RM600 juta dibelanjakan untuk Program Bantuan Rumah (PBR) dalam tempoh lima tahun, untuk membina atau membaik pulih rumah serta Skim Pembesaran Kampung bagi mengekalkan kampung tradisi dan 51,380 lot disediakan menerusi skim itu dan Skim Penempatan Semula di seluruh negeri.

    Dalam menyediakan jalan raya, air dan elektrik, antara pencapaian terbesar ialah menerusi pembinaan Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 1,089km di Sarawak yang telah bermula seperti dijanjikan dalam pilihan raya umum ke-13 dan ia dijangka siap pada 2021.

    Bagi menangani peningkatan kos sara hidup, pemansuhan sewa tanah akan membantu meringankan beban pemilik tanah, terutama dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.

    Kerajaan BN juga memperkenalkan program 1Harga 1Sarawak bagi memastikan harga barangan tertentu kekal pada kadar sama terutama di kawasan luar bandar selain Kedai Rakyat 1Malaysia di seluruh negeri.

    Kerajaan BN Sarawak menjadikan negeri bebas tol iaitu tiada lagi tol untuk Jambatan Lanang di Sibu, Jambatan ASEAN di Miri dan Jambatan Tun Salahuddin di Kuching, mengurangkan tambang feri iaitu semua tambang perkhidmatan feri dikurangkan kepada RM1 (daripada RM5, RM10 atau RM15).

    BN juga mempertahankan keharmonian Sarawak, melindungi alam sekitar, meningkatkan bantuan kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik.

    Pencapaian lain termasuk menambah peluang pendidikan dan latihan, bantuan untuk pendidikan Cina, lebih banyak peluang pekerjaan dan penjagaan diwujudkan, telekomunikasi yang lebih baik dan meningkatkan akses kepada penjagaan kesihatan. - Bernama
  • Dakwa Kerajaan Ambil Tanah Tanpa Pampasan Fitnah Pembangkang

    By Bukan Nama Sebenar →

    Dakwaan pembangkang menuduh kerajaan mengambil tanah rakyat tanpa pampasan adalah fitnah semata-mata, menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

    “Anda tahu setiap kali kerajaan memberi surat tanah atau membayar pampasan kepada rakyat, pembangkang akan naik angin kerana apa yang kerajaan buat membuktikan penipuan mereka.

    Katanya, setakat 31 Mac tahun ini sejumlah RM1.67 bilion nilai pampasan telah diberikan kerajaan kepada pemilik tanah yang terlibat dalam perolehan tanah kerajaan bagi tujuan awam.

    “Kami mempunyai jumlah tepat daripada Jabatan Tanah dan Survei dan setakat 31 Mac 2016 kerajaan telah membayar RM1.67 bilion untuk pampasan sahaja,” katanya sambil menambah nilai pampasan yang dibayar tidak disebut pembangkang kerana bimbang penipuan mereka selama ini akan terbongkar.

    Tambah Adenan lagi, kerajaan memperoleh 42,508 hektar tanah bagi tujuan awam seperti pembinaan sekolah, jalan raya, hospital, klinik, balai raya, pejabat kerajaan, masjid dan sebagainya.

    "Tanah ini bagi tujuan awam dan dibayar semula kepada rakyat dengan menyediakan semua fasiliti selain bayaran pampasan,"

    Dari segi pengeluaran surat hak milik tanah pula, Adenan menjelaskan bahawa sebanyak 217,544 lot atau 293,197 hektar telah dikeluarkan surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah.

    Manakala di bawah Seksyen 13 Kanun Tanah pula, kerajaan menerusi Jabatan Tanah dan Survei telah mengeluarkan surat hak milik tanah kepada 413,519 lot melibatkan keluasan 1,958,823 hektar.

    "Jabatan Tanah dan Survei telah siap mengukur 465 kawasan (748,167 hektar) dan telah mewartakan 373 kawasan (538,945 hektar) bagi kegunaan pertanian di bawah inisiatif baharu program pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR),"

    Menurut beliau, sebelum tahun 2010, kawasan diwartakan di bawah Seksyen 6 melibatkan kawasan seluas 24,464 hektar untuk kegunaan kampung, rumah panjang, tapak perkuburan dan pertanian.
  • #PRNSarawak: Agenda PKR Putar Belit Isu Debat Calon N55 Nangka

    By Yusz Man →

    SIBU: Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.55 Nangka, Abg Fairul Syarmil hari ini menyatakan tiada debat antara calon N.55 Nangka.

    Melalui kenyataan akhbar hari ini, sekali lagi Calon PKR N55 Nangka , Abdul Raafidin telah memutar belit perkara sebenar berkaitan debat.

    Dari jemputan yang dihantar kepada Dr Annuar adalah berkaitan tajuk "Siapakah Yang Lebih Layak Jadi Ketua Menteri Sarawak?", tajuk tersebut yang sengaja diambil ekoran beberapa siri "spin-news" oleh Malaysiakini,

    Oleh itu, tajuk ini sengaja diberikan untuk tujuan provokasi dan bermain dengan sentimen perkauman dan tidak relevan dengan kawasan DUN Nangka.

    "Dalam masa tidak sampai dua hari, sekali lagi Raafidin mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa Debat tetap akan diteruskan dan dalam debat tersebut mereka boleh berdebat tentang manifesto masing-masing.

    Surat jemputan yang dihantar berbeza dari kenyataan akhbar yang dibuat.", katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Adakah ini sengaja diolah untuk membuktikan bahawa apabila Dr Annuar menolak jemputan tersebut beliau tidak berani?

    Sebenarnya tajuk debat ("Siapa lebih layak jadi Ketua Menteri") yang diberi tidak relevan ,bukan debat berkaitan manifesto.

    Jelas sekali agenda PKR ialah untuk memutarbelit isu debat demi meraih simpati rakyat.- Sarawakiana
  • #PRNSarawak : Kekalahan PRU Lalu Menjadi Pengajaran PRN Kali Ini

    By perentas masa →
    Kekalahan tipis pada pilihanraya umum yang lepas menjadi pengajaran buat calon Maradong Ding Kuong Hing (SUPP) menggiatkan lagi usaha untuk berkhidmat kepada rakyat. Beliau kecewa selepas kalah untuk mempertahankan Parlimen Sarikei tetapi beliau redha dan akan menebus kekecewaan tersebut pada pilihanraya negeri kali ini.

    Ding yang menyatakan melalui sepucuk surat untuk pengundi Maradong turut menyatakan terima kasih tak terhingga kepada kepimpinan parti dan Ketua Menteri Sarawak yang memberi kepercayaan kepada beliau sebagai calon Barisan Nasional DUN Maradong.

    Setelah kalah PRU lepas, Ding telah turun padang sejak tiga tahun lepas untuk memahami dan menyelesaikan masalah rakyat walaupun pada hakikatnya DAP telah menang namun khidmat kepada pengundi beliau tetap diteruskan.

    Beliau menyatakan kerusi Maradong kali ini begitu penting kerana sudah dua penggal Maradong tersisih dari arus pembangunan. Sebagai yang bertanggungjawab, beliau berazam untuk merampas DUN Maradong daripada DAP bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk Maradong. Maradong 10 tahun ini telah terhenti dan tersisih daripada pembangunan setelah dipimpin oleh pembangkang.

    Menurut Ding, Adenan telah mengumumkan pembinaan jalanraya ke Tanjung Manis. Ini adalah peluang yang besar buat penduduk Maradong untuk terus membangun sekiranya beliau dipilih sebagai wakil rakyat Maradong nanti. Beliau akan membina semula perancangan yang terbaik untuk penduduk Maradong dari aspek ekonomi dan pembangunan yang selama ini tertinggal selama 10 tahun.

    Dibagi terus memohon agar rakyat Maradong memilih beliau pada kali dan beliau akan berterusan berkhidmat kepada rakyat dan mampu merancakkan lagi pembangunan Maradong. - Sarawakiana
  • Bocey Juara Maharaja Lawak Mega 2016, Bawa Pulang RM500,000

    By Yusz Man →

    Kumpulan Bocey yang muncul dengan gelaran juara sebentar tadi setelah persaingan sengit dalam Pentas Akhir Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) yang berlangsung di Pasir Gudang Johor.

    Kemenangan Bocey telah melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.

    Pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2016 kali ini memerlukan setiap peserta tampil dengan dua persembahan dengan tema bebas & muzikal.

    Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Joras dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi.

    Sementara itu kumpulan Puteh mendapat tempat ketiga dan mereka menerima hadiah berupa wang tunai RM150,000 berserta sebuah trofi.

    Manakala LOL menduduki tempat keempat.

    Empat juri tetap yang mengadili peserta pada peringkat akhir MLM 2016 itu terdiri daripada Ziana Zain, Shaheizy Sam, Najip Ali dan Bunga Citra Lestari.-Sarawakiana
  • #PRNSARAWAK: Turun Padang Selesaikan Masalah Secara Segera Kaedah Terbaik

    By Yusz Man → Friday, 29 April 2016

    BALINGIAN: Program turun padang Pemimpin Bersama Rakyat merupakan kaedah terbaik untuk mendengar keluh kesah masyarakat seterusnya mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

    Kesempatan seperti ini walau dalam kumpulan yang kecil semamangnya menjadi platform kepada masyarat setempat berjumpa dengan pemimpin malah mengajukan apa-apa perkara yang menjadi kesulitan kepada mereka terutama di luar bandar.

    "Sememangnya menjadi amalan barisan kepimpinan BN turun padang dalam mendekati rakyat dan ia bukan hanya semasa berkempen pilihanraya. Malah ia menjadi amalan dalam mana-mana program yang saya sertai supaya rakyat dekat di hati kita", ujar Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga merupakan Ahli Parlimen P201 Batang Lupar.

    Beliau sendiri telah mengambil perhatian dan mengemukakan cadangan serta tindakan segera terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan oleh masyarakat setempat seperti bantuan kebajikan, program-program pemerkasaan wanita dan keluarga malah dasar-dasar kerajaan turut dijelaskan agar tidak mendatangkan kekeliruan di akar umbi.

    Dato' Sri Rohani berkesempatan menyertai Program Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Igan Tengah bersama calon BN N44 Jemoreng, Dato' Murshid Diraja Dr. Hj. Juanda bin Jaya dan di Kampung Lintang Baru bersama calon BN N58 Balingian Abdul Yakup Arbi  serta meninjau bilik gerakan BN di Mukah bersama calon BN57 Tellian, Yussibnosh Balo.
  • Rempuhan Dua Pacuan Empat Roda Di Sempadi, Lima Cedera

    By Yusz Man →

    LUNDU: Lima orang termasuk dua kanak-kanak mengalami kecederaan serius setelah terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Sempadi petang tadi.

    Dalam kejadian yang berlaku pada jam lebih kurang 3 petang itu, kedua-dua buah pacuan empat roda berkenaan difahamkan datang dari arah bertentangan sebelum merempuh antara satu sama lain.

    Menurut jurucakap bomba, sepasukan anggota bomba dikerahkan ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan dari orang awam.

    Sehingga berita ini ditulis, kesemua lima mangsa mengalami kecederaan serius dan difahamkan telah dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya. -Sarawakiana
  • Perjuangan Aziz Isa Sudah Terpesong Jauh

    By Bukan Nama Sebenar →


    Aziz Isa mulakan langkah sumbang dalam siri kempen ceramah piihanraya negeri Sarawak ke 11 dengan mula mencetus beberapa kontrovesi, fitnah, maki hamun dan putar belit.

    Aziz ketika berkhidmat di pejabat wakil rakyat PBB sudah mula menunjukkan sikap kurang ajar dengan mendesak bos lamanya supaya menamakan beliau sebagai calon wakil rakyat.

    Menurut sumber ketika berkhidmat bersama ADUN BN dahulu, dia kurang digemari malah kurang dihormati.

    Semalam ketika ceramah kempen parti DAP di kawasan Padungan dan seperti dua malam sebelumnya, Aziz dijemput naik ke pentas menjaja cerita sampahnya.

    Dari pengenalan, isi dan penutup, jelas Aziz hanya memainkan isu-isu yang sudah diberikan penjelasan dan sudah difahami rakyat. Usaha Aziz hanya menjurus kepada cubaan menghangatkan lagi isu yang sudah sejuk diselang seli dengan cerita fitnah baru yang terang-terang melilau dan tidak cukup fakta bagi mengukuhkan tuduhan-tuduhan barunya.

    Hambar. Itulah yang dapat disimpulkan bila melihat respon daripada pengunjung yang hadir.

    Aziz berulangkali mencabar Ketua Menteri Sarawak untuk bertanding di Padungan. Dicabarnya lagi dengan kelewatan mendapatkan tambahan royalti minyak. Malahan, apabila melihat respon masih kekal hambar, dia samakan pula Ketua Menteri dengan seekor ular sawa lidah bercabang.

    Jelas sekali, Aziz sudah terikut-ikut dengan politik kotor. Budi bahasanya sudah tiada lagi. Dosa fitnah sudah tidak dihiraukan.

    Aziz kini sudah terpesong jauh. Nilai-nilai kemelayuannya hampir tiada. Sebagai seorang yang beragama Islam, penulis berasa sangat sedih dan hiba apabila melihat seorang anak muda berperangai begini.

    Demi kepentingan politik, dosa sudah ditolak ketepi. Ada baiknya kalau Aziz memulakan ceramahnya tanpa mengucapkan bismillah. Cukup memalukan.



    Paling menarik ialah tuduhan terbaru saudara Aziz. Ya, satu tuduhan baru ditambah sebagai perencah kempen DAP kali ini. Katanya, ketika berkempen di Padawan, dia bertemu secara tidak sengaja dengan seorang wanita orang ulu yang hidupnya mengutip sampah di sekitar kawasan Padawan.

    Turut dipaparkan, sekeping gambar Aziz bersama wanita tersebut yang kalau dilihat, seolah-olah dia sedang bersedekah. Wanita empat anak itu katanya tidak memiliki kad pengenalan. Suaminya bekerja sebagai buruh binaan manakala anaknya yang berusia 14 tahun pun sudah terpaksa bekerja.

    Alasannya, tiada sijil lahir. Dengan segala penjelasan tersebut, Aziz tidak menerangkan status kewarganegaraan wanita tersebut.

    Mana mungkin seorang yang sah kelahirannya di Malaysia tidak memiliki sijil lahir. Aziz juga dilihat cuba menyembunyikan fakta sebenar dimana kawasan tersebut yang terkenal dengan buruh binaan yang terdiri dari pekerja Indonesia yang datang tanpa izin.

    Mungkin Aziz lupa, sempadan Malaysia-Indonesia hanya memakan masa sejam lebih dari kawasan dia berkempen. Lucu tapi itulah Abdul Aziz Isa. Dia lupa, wakil rakyat di kawasan tersebut sebelum ini ialah wakil rakyat DAP.

    Apa yang telah wakil rakyat DAP buat untuk membantu wanita tersebut? Status permohonan pun tidak disentuh oleh Aziz malah terus menyalahkan pihak kerajaan secara bulat-bulat. Bagi pengunjung yang berfikiran matang dan rasional, mereka hanya menggelengkan kepala dan tersenyum.



    Yang jelas, Aziz hanyalah seorang barua yang dipergunakan oleh DAP untuk meraih undi.

    Sehingga ke hari ini, masih belum jelas hala tuju Pakatan Harapan. Untuk lebih memburukkan keadaan, mereka sanggup berebut kerusi untuk memuaskan nafsu politik mereka.

    DAP tetap DAP. Dulu, kini selamanya, Aziz hanyalah seorang calon baru yang dipergunakan untuk meraih simpati. Mungkin, jauh disudut hati Aziz, dia menyimpan cita-cita untuk menjadi icon Melayu dalam DAP seperti Diana Sofea.

    Terang tanpa perlu bersuluh Aziz dipergunakan, diperkudakan dan sememangnya Aziz mungkin sedar tetapi namun sudah terlanjur jauh, dia terpaksa meneruskannya.

    Bertaubatlah Abdul Aziz. Pintu taubat sentiasa terbuka. Parti yang beliau ikuti hanyalah sebuah parti yang tidak akan membawa kamu kemana-mana. - Sarawakiana
  • Adenan Satem Juarai Isu Tanah Adat, Bukan Pembangkang

    By Bukan Nama Sebenar →

    LAWAS : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) negeri pimpinan Tan Sri Adenan Satem sebenarnya menjuarai isu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak dan bukannya pembangkang.

    Beliau berkata ketua menteri Sarawak itu mengambil tindakan konkrit untuk menyelesaikan isu tersebut demi faedah rakyat negeri ini.

    Menurutnya, kerajaan pusat telah meluluskan RM100 juta untuk program pengukuran perimeter NCR di Sarawak bagi memberi surat hak milik kekal kepada rakyat negeri ini.

    "Kononnya dia (calon PKR bagi Ba'Kelalan Baru Bian) menjuarai NCR, juara Tanah Adat, tetapi yang menjuarai Tanah Adat sebenarnya ialah BN pimpinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem kerana tanah NCR sudahpun beribu-ribu hektar disukat.

    Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pemimpin bersama rakyat yang dihadiri kira-kira 5,000 penduduk Lawas di Padang Awam Lawas, di sini hari ini.

    Hadir sama, calon BN di DUN Ba'Kelalan, Willie Liau.

    Selain BN memperjuangkan NCR, ia juga menyediakan kemudahan jalan raya yang lebih baik kepada penduduk termasuk di Ba'Kelalan, kata Najib.

    Justeru, perdana menetri meminta rakyat di kawasan itu menyokong dan memberikan kerusi berkenaan kepada BN demi masa depan yang lebih baik penduduk Ba'Kelalan di bawah BN.

    Mengenai Lawas pula, Najib berkata Lawas akan berubah dengan ketara dan pesat apabila projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak LPBS) bernilai RM16 bilion siap sepenuhnya dalam tempoh lima tahun kerana lebih banyak orang luar akan datang termasuk dari negara Brunei Darussalam.

    Katanya lebuh raya tanpa tol berkenaan akan menghubungkan Lawas dengan Sabah melalui Sipitang, Beaufort hingga ke Tawau.

    Menurut Najib, lapangan terbang baharu untuk Lawas juga akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bagi menghargai sokongan padu penduduk Lawas kepada BN.

    "Kita jaga Sarawak kerana Sabah dan Sarawak amat penting bagi kita. Sangat penting kerana konsep 1Malaysia menjadi realiti. Saya melihat Sabah dan Sarawak ini contoh konsep terbaik 1Malaysia," katanya.

    Najib juga menegaskan bahawa kebebasan beragama di negara ini akan terus dijamin dan semua kaum dan agama akan diberi layanan adil dan saksama oleh kerajaan.

    Selesai majlis berkenaan, Najib bersama pemimpin-pemimpin BN yang beragama Islam serta hampir 2,000 masyarakat Islam menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Makmur di sini. - Bernama
  • DUN Tasik Biru Nyadi Kubu Kuat BN

    By Samurai Biru →

    Sitak Kunsil Nengeri (DUN) Tasik Biru tetap nyadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) taja pan sebedau tu dikategori nyadi entara sitak ‘angat’ ba Pengawa Bepilih Besai Kunsil Nengeri Sarawak Ke-11, beduduk ari sitak nya diperebut entara chalun enggau parti ti minta pilih.

    Chalun BN Tasik Biru Datu Henry Jinep madahka diri pechaya ngagai rayat lebih agi pengundi ba sitak nya agi taluk ngagai BN laban mayuh pemansang ke agi diguna.

    “Tasik Biru endang enggau BN belama lalu aku pechaya sida (pengundi) agi taluk ngagai BN laban agi mayuh pekara tauka pemansang ke patut dipejalaika ba sitak tu.

    “Pemansang ke agi diguna rayat dalam sitak tu baka pemansang perengka guna mensia mayuh, infastruktur, sosial ekonomi lalu tu entara pekara ti chukup dikemerat kelimpah ari peluang bedagang, peluang gawa sereta nyungkak penatai pemisi ruang bilik,” ku iya.

    Henry mansutka penemu nya lebuh dikerandau raban pengarang berita pengudah tembu Pengerami Ketuai Begulai enggau Rakat ti digulu Kepala Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, ke diatur ba Dewan Suarah Bau ditu, kemari.

    Lalu sukung ari pengundi ulih dipeda nengah pemayuh pengundi ke datai ngagai pengerami nya kemari. Henry ti bediri minta pilih ngarika Parti Demokratik Progressif Sarawak (SPD) lebuh ditanya sentang pengarap ati iya menang ba Tasik Biru, iya madahka diri deka chakah nentuka sitak nya terus nyadi kubu kuat BN.

    Iya arap bendar iya ulih meri servis sereta gawa ke rayat dalam Tasik Biru berindik ari sebedau tu iya endang seruran meri servis ngagai rayat. Pengelebih ke dikembuan iya nya meri penegap ngagai iya ulih menang ngelaban penyakal ke bediri minta pilih ba Tasik Biru.

    “Aku mengkang gawa enggau bebendar dikena ngenukuka BN menang , lalu ukai menang aja tang menang enggau majoriti.

    “Aku gawa ke rayat sebedau aku dichalun nyadi chalun BN, aku udah mayuh bejalaika kerja amal, tanggungpengawa rama korporat nengah kompeni aku enggau ke bukai,” ku iya seraya madahka isu ke dibai penyakal ba sitak nya baka GST sereta projek ke tejanggal.

    Nengah Yayasan John Jinep ti ditumbuhka bulan September 2015 ku Henry, mayuh udah nembiak Bidayuh udah dibantu ti ukai semina ke diau ba Tasik Biru tang di serata Malaysia. Yayasan nya bisi panel ke milih nembiak ke datai ari ruang bilik ti kurang penatai pemisi ke nampung pelajar ngagai renggat tinggi, ku iya.

    Henry dichalun nganti Datuk Peter Nansian Ngusie ari Parti Tenaga Rakyat (TERAS). Ba Tasik Biru, Henry betengali alan enggau pengari Parti Tindakan Demokratik (DAP) Mordi Bimol.

    DUN Tasik Biru bisi 17,041 pengundi berejista. Kelimpah ari nya lebuh ditanya pasal Menteri Besai Datuk Seri Najib Tun Razak ti ngungkupka belanja dikena numbuhka Palan Main Asal Bidayuh, iya madahka nya pekara ti chukup manah ngagai Tasik Biru lebih agi Bau.

    “Penumbuh Palan Main Asal Bidayuh nya deka matak temuai ngagai endur tu sereta deka nyendika peluang dagang enggau kebukai,” ku iya.

    #PRNSARAWAK

    Sumber : Borneo Post Online
  • "Aku tu Najib Anak Razak. Aku tu apai besai Malaysia"-PM

    By Samurai Biru →

    "Aku tu Najib Anak Razak. Aku tu apai besai Malaysia. Aku datai deka nulung urang ditu," ku Menteri Besai Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak keran deka mantu Sarawak.

    Penetap sukung peranak nengeri tu ungkup Barisan Nasional (BN) nyadika kebuah Menteri Besai Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak keran deka mantu Sarawak.

    “Enda ngira sekalika bansa Iban, Bidayuh, Melayu, Melanau, Kelabit, Penan, Kenyah tauka bansa bukai di nengeri tu, peranak Sarawak merdeka dalam Malaysia.

    “Pengari rayat meseti ngintu pemaik rayat. Baka aku ti nyadi Menteri Besai ke ngintu semua ari Perlis nyentuk ngagai Sabah.

    “Di Sarawak, baikka nya di Triboh, Ulu Lachau enggau kandang endur bukai, semua nya diintu lalu tu mih penaluk BN,” ku iya ba program ‘walkabout’ di Balai Besai Panglima Kalin, Kpg Tun Abdul Razak Triboh Serian, kemari.

    Najib ke nemuai lima hari ke Sarawak berengkah kemari mega madahka diri chukup temegah meda gaya pengidup bemacham pupu bansa rayat ditu. Di Sarawak ku iya bansa Iban, Bidayuh, Melayu, China sereta bansa bukai begulai idup enggau manah, makai begulai, kereja begulai, bemain begulai sereta bebini belaki begulai.

    “Tu mih formula pemujur BN enggau Malaysia. Ketegal kitai ngakun BN ngarika seiti ruang bilik ke besai lalu ruang bilik tu nyerangkum ari Perlis nyentuk ngagai Sabah.

    “Kitai dalam seiti tim ti besai sereta tegap ti ngujungka kitai nadai napi penanggul mai pemansang enggau pengelantang ungkup peranak Sarawak,”ku iya.

    Najib mega madah perintah ngembuan agenda ke besai di Sarawak lalu Projek Jalai Pan Borneo mandangka pengeran perintah ti deka mantu rayat. Berindik enggau nya, iya minta semua rayat nyukung BN ngambika Projek Pan Borneo pemanjai 1100 KM ke beungkus RM16 Biliun ulih digaga enggau lanchar.

    Kelimpah ari nya, iya mega madah projek jalai Kanowit-Song-Kapit ke digaga ngena belanja RM150 juta pan benung digaga maya ke diatu.

    “Bansa Iban di Baleh, Kanowit enggau di serata nengeri tu tepantup ati ketegal perintah udah berengkah ngaga jalai penyambung Kanowit-Song-Kapit.

    “Dalam timpuh lima taun ke deka datai, Adenan ulih ngaga mayuh agi pekara ketegal aku nyukung iya (Adenan) lalu sukung diberi nengah chara meri mayuh agi belanja ungkup Sarawak,”ku iya.

    Ba pengerami nya, Najib ngelalau semua ke datai nyukung chalun BN ba N.23 Bukit Semuja, John Ilus ke bela nyempulang penemuai iya.

    Ba pengawa nya, Najib udah ngemendarka pengawa ngaga balai besai baru ungkup Kpg Tun Abdul Razak Triboh nganti ke lama.

    Kpg Tun Abdul Razak Triboh dipenyadi apai Najib, iya nya Menteri Besai Malaysia ke- 2, Tun Abdul Razak Hussein kena 13 November 1966, ke alai iya bisi ngeletak Batu Pengingat maya nya.

    Bela bisi datai, Kaban Parlimen Serian ke mega Menteri Penguasa Pemayuh Pengereja Pengawa Dato Sri Richard Riot, Chairman Gerempung Iban Remun Serian Eli Luntai, TR Kpg Tun Abdul Razak Triboh Albert Moni enggau orang bukai.

    "Aku ngari ke pengari raban P119 meri besai terima kasih ngagai 'Apai Besai Najib' ke udah sudi betemu ba Kampung Triboh lemai tu. Minta maya bepilih 7hb Mei, anang enda ingat budi BN kelebih agi Apai Najib. Turun ngundi tang anang ngundi parti lain," ku Richard Riot.

    #PRNSARAWAK
  • Sebanyak 32 Laporan Polis Diterima Sejak Hari Penamaan Calon - KPN

    By Bukan Nama Sebenar →

    Kuching : Sebanyak 32 laporan polis diterima setakat ini dan 23 kertas siasatan telah dibuka sejak kempen bermula sebaik sahaja selesai hari penamaan calon, 25 April lepas,

    Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata antara laporan yang diterima termasuk mengoyak dan meletakkan poster dan bendera yang dipasang, dan juga bendera atau kain rentang yang dipaparkan dalam kawasan larangan.

    "Secara keseluruhan, keadaan kempen di Sarawak adalah terkawal dan berjalan dengan lancar walaupun beberapa insiden kecil melibatkan kerosakan poster kempen parti yang bertanding,"

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan anggotanya di Dewan Pahlawan Briged Sarawak, Pasukan Gerakan Am, di Batu Kawah, dekat sini hari ini. - Sarawakiana
  • #PRNSarawak : Tiada Istilah Calon Bebas Adalah Pro-Kerajaan

    By Bukan Nama Sebenar →

    Tiada istilah calon prokerajaan dalam pilihan raya merujuk kepada calon Bebas yang mendakwa mereka adalah calon prokerajaan, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

    Katanya, Barisan Nasional (BN) hanya meletakkan seorang calon bagi mewakili parti di semua kerusi yang dipertandingkan.

    Beliau yang juga Pengerusi BN Malaysia menjelaskan, mereka yang bertanding sebagai calon Bebas termasuk ahli parti komponen yang mendakwa mereka prokerajaan adalah bohong semata-mata justeru secara automatik dianggap sebagai pembangkang.

    Jelasnya sesiapa sahaja yang bertanding menentang calon BN tetap dianggap sebagai pembangkang walaupun daripada kalangan parti komponen BN.

    Terdahulu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) telah memecat Watson Bangau yang merupakan ahli majlis tertinggi PBB kerana bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan.

    Dalam perkembangan lain, parti itu juga telah memecat seorang lagi ahli parti, Wan Abdillah Edruce Wan Abdul Rahman atau lebih mesra dipanggil Boudeng, kerana bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi DUN Lingga.

    Malah Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah berulang kali menegaskan bahawa tiada calon Bebas akan diterima dalam Barisan Nasional (BN) walaupun mereka menang pada pilihan raya negeri kali ini. - Sarawakiana
  • #PRNSarawak Najib, Zahid Bergerak Ke Kawasan Pedalaman

    By uMieySurianie →

    MIRI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini bergerak ke kawasan-kawasan pedalaman bagi menemui rakyat pada pilihan raya negeri ini.

    Najib akan bersama masyarakat di Dewan Undangan Negeri (Dun) Lawas, 260km dari sini, dan Dun Telang Usan, 130km dari sini, dengan majoriti penduduknya terdiri Orang Ulu.

    Perdana menteri juga akan menemui penduduk yang majoritinya kaum Melanau, di Lambir, 30km dari sini.

    Zahid pula akan bergerak dari sini ke Long Lama di Dun Mulu, 140km dari sini dengan majoriti penduduknya Orang Ulu, dan Dun Bekenu, 50km dari sini, penduduk majoritinya Melayu/Melanau. - BERNAMA
  • Ngemeratka Pemansang Menua Pesisir - Naroden

    By Samurai Biru →

    Betempat ba Rumah Panjai Munggu Air, Ulu Simunjan , chalun Barisan Nasional  N26 Gedong, iya nya Datuk Haji Naroden Haji Majais udah ngelancharka pengerami nutup Program Pemantapan Kemahiran Wanita ba Zon Gedong kemari.

    Program ke udah lama dipejalai tu iya nya kursus pengelandik ngaga roti sereta kursus ngaga kerupuk ti diatur Menteri Muda ari Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera).

    Pengerami ke nerima penatai 27 iku Ketuai Kampung ari kampung dampih nya, Datuk Haji Naroden madahka ia gaga ati penatai ia disambut manah ulih raban kampung nya ba malam pengerami kemari. 

    Kenu ku ia, atur program tu udah dipejalai ari 6 bulan ke udah sereta pengerami tu dikena nutup ke program enggau deka mai raban kampung Rumah Panjai ba Munggu Air gempuru makai.

    Ia madah, mayuh agi atur program kemasyarakatan benung diatur sida perintah Barisan Nasional enti BN agi ulih megai peritah Sarawak. Ku ia, perintah dibaruh perintah Tan Sri Haji Adenan Satem enda kala enda ngemeratka pengelikun sereta peminta rayat ba pesisir baka Munggu Air tu.

    Nambahka nya, ia mega madah bukti udah ulih dipeda kitai empu baka muai cukai pintu sereta tanah, muai tol, ngemanahka , ngaga Pan Borneo sereta mayuh agi. 

    Pia mega, perintah nengeri bendar komited deka ngemanahka 'sumber air terawat' ba menua pesisir, ke dijangka ulih dirasai ulih semua rayat ba menua pesisir.

    Enda baka penyangkal, ku ia, semina ulih meri semaya puang sereta nabur gula kena ngulihka undi ari rayat menua pesisir. Taja pan pia, sida ia nadai peda mua, nadai ngambi kiruhka nasib rayat ke udah nyadi pengundi sida ia.

    Ia nesau semua bala pengundi  N26 Gedong, keluar ngundi sereta ia ngarap bala pengundi muai kertas undi nyukung ia kena penggal ke deka datai tu.

    Pengerami tu meda nerima penatai Temenggong Samarahan, Anthony Anak Nipak sereta semua raban Ketuai Rumah Panji dampih sitak Ulu Simunjan.

    "Aku meri besai terima kasih ngagai semua pengundi Iban ba sitak tu laban udah ngundi aku ari 25 taun ke udah," ku ia.


    Kelimpah ari nya, Ia mega madah deka mai mayuh agi pemansang dudi ari ba Ulu Simunjan enti ia sekali agi dipilih nyadi ADUN GEDONG kena penggal ke 7.

    #PRNSARAWAK
  • #PRNSarawak : Kenapa Tidak Desak Pulau Pinang Dan Selangor Mansuhkan GST?

    By perentas masa →


    Kempen DAP, PKR, PAN dan PAS pada pilihanraya pada kali ini semuanya mengaitkan isu GST di Sarawak. Apa yang pasti disetiap pengakhiran ceramah mendesak Ketua Menteri Sarawak memansuhkan GST di Sarawak agar rakyat Sarawak tidak terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi.

    Benar, perihal GST bukan keputusan daripada Sarawak tetapi sebagai negeri yang membentuk Malaysia, Sarawak akur dengan tindakan pusat jika tindakan tersebut adalah untuk kebaikan negara. Pembangkang dilihat sengaja menimbulkan perkara yang tidak munasabah bagi mengelirukan rakyat agar sokongaan terhadap pembangkang bertambah.

    Mendesak Adenan untuk memansuh GST adalah usaha yang tidak masuk akal. Jika benar pembangkang hendak Sarawak memansuhkan GST mengapa pembangkang sendiri tidak mendesak Menteri Besar Selangor Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang memansuhkan GST di negeri yang mereka kuasai terlebih dahulu?

    Jelas desakan pembangkang di Sarawak hanya cakap kosong yang hanya sekadar bahan kempen untuk menjadi kesedapan halwa telinga mendengar semata-mata. Pembangkang tidak pula mahu mendedah apa tindakan Adenan bagi menghadapi peingkatan kos sara hidup rakyat Sarawak.

    GST tidak ditolak di Sarawak tetapi Adenan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk menangani peningkatan kos sara hidup. Adenan telah menyerap GST dalam urusan disetiap agensi kerajaan Sarawak bagi mengelak rakyat yang berurusan dikenakan GST. Adenan turut memansuhkan tol di Sarawak, menyelaraskan kadar tambang feri.

    Adenan turut mengurangkan kadar caj elektrik domestik bagi mengurangkan beban rakyat. Cukai tanah dimansuhkan mengikut syarat dan berbagai lagi perkara untuk mengurangkan kos hidup rakyat. Dimana asas bahawa Adenan tidak memperduli rakyat berkaitan isu GST?

    Ternyata pembangkang sudah kehilangan dan kehabisan modal kempen yang benar-benar bernas untuk mengekang kepopulatiri Adenan yang semakin meningkat pada pilihanraya ke 11 Sarawak kali ini.-Sarawakiana
  • #PRNSARAWAK : DAP Bukit Assek Lupa Sumbangan Kerajaan Sarawak

    By perentas masa →


    Kehangatan kempen DAP di Sibu semakin rancak dan semakin hangat apabila ceramah calon-calon DAP semakin menghentam Ketua Menteri Sarawak dan Kerajaan Negeri. Tampak gayanya Adenan seolah-olah tiada menyumbang kebaikan langsung kepada DAP Sarawak.

    Calon DAP Bukit Assek Irene Mary Chang Oi Ling, balu mendiang Wong Ho Leng turut semakin rancak berkempen apabila nama beliau diletak sebagai calon Bukit Assek mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh mendiang suami beliau.

    Sikap sebenar Irene terserlah apabila menaiki pentas meneruskan ceramah kempen. Ternyata Irene berubah sikap bila melontar ucapan menghentam Ketua Menteri Sarawak dengan pelbagai tuduhan liar. Kreadibiliti Adenan diperendahkan dihadapan penyokong-penyokong DAP.

    Adenan dijadikan bahan untuk menarik penyokong kepada DAP. Malah Adenan disifatkan terlalu jahat dan buruk di mata DAP. Irene terus menerus menghentam Adenan walhal Adenan telah melakukan kebaikan kepada Irene ketika mendiang suami beliau berada dalam keadaan sakit.

    Pada 15 April tahun lalu, Kerajaan Sarawak mengumumkan akan membiayai sebahagian kos rawatan Wong Ho Leng yang ketika itu sedang mendapat rawatan penyakit kanser di Pusat Rawatan di Singapura. Kerajaan Sarawak menyumbang jumlah pembiayaan sebanyak RM1 juta bagi kos rawatan mendiang Wong Ho Leng DAP ADUN Bukit Assek ketika itu.

    Adenan menyatakan ketika itu bahawa sumbangan tersebut adalah atas dasar kemanusiaan dan prihatin kerana dasar kerajaan negeri hanya akan membiayai kos rawatan ADUN yang mendapat rawatan di dalam dan luar negeri.

    Betapa prihatinnya Adenan terhadap permasalahn yang menimpa ADUN DAP yang memerlukan kos rawatan. Namun DAP bukan jenis yang mahu bersyukur apabila telah dibantu. DAP akan melupakan segala kebaikan yang telah disumbang kerajaan serta tidak akan mengenang budi.

    Hakikatnya Irene yang telah dibantu oleh Adenan dan Kerajaan Sarawak menjadi tidak keruan apabila DAP meletakkan beliau sebagai calon DAP di Bukit Assek. Setiap kempen beliau tetap akan memburuk-burukkan Adenan demi kelangsungan politik DAP.

    Apa yang di ungkapkan oleh Irene ketika Menerima Bantuan dari Adenan dahulu hanya ungkapan yang tidak ikhlas. Irene pernah mengungkap pepatah cina ' Apabila anda minum air, Ingatlah mata air dari mana mata air tersebut mengalir '. Kini ungkapan tersebut langsung terus hilang dari ingatan Irene.

    Ternyata DAP bukanlah parti yang pandai mengenang budi. Bak kata pepatah, membantu anjing lepas dari perangkap, apabila sudah lepas tangan tuan yan menyelamat akan digigit. Itulah DAP sebenar.-Sarawakiana
  • #PRNSarawak : 'Jangan Terpedaya Dengan Helah Pembangkang' - Najib

    By uMieySurianie →

    KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata jika dilihat dari segi pembangunan insfratruktur, perubahan kepada Sarawak yang amat ketara sekali adalah projek Pan Borneo Highway merupakan projek ikronik untuk negeri Sarawak.

    “Pan Borneo Highway ini adalah sumbangan kerajaan pusat kepada rakyatnya dengan nilai perbelanjaan sebanyak 16 billion,” ujarnya.

    Katanya, bukan itu sahaja malah bekalan elektrik, bekalan air, dan jalan- jalan seperti Jalan Song, Kanowit dan Kapit adalah sumbangan kerajaan pusat kepada rakyat negeri Sarawak.

    “Sebab itulah, kita tidak boleh terpedaya dengan hasutan pembangkang. Jika pembangkang menghasut untuk menolak GST, Semua di sini harus tahu tanpa GST kita tidak mungkin dapat melaksanakan Pan Borneo Higway.

    “Pembangkang kutuk GST tapi dalam manifesto mereka nak buat GST juga,” katanya.

    Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Malaysia berkata, pertembungan antara PAS, DAP dan PKR di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) juga membuktikan pakatan pembangkang dianggotai parti yang saling mencurigai antara satu sama lain.

    "Ternyata, pembangkang saling mencurigai antara satu sama lain. Mereka ini tidak ada pakatan yang ikhlas dan kukuh sebenarnya," ujarnya.

    Tambahnya, parti itu hanya mengamalkan 'politik yang meraih keuntungan sementara', dan ditubuhkan hanya untuk mengabui mata rakyat.

    Justeru, Najib mengingatkan rakyat Malaysia dan Sarawak khususnya, agar tidak memperjudikan masa depan dengan memilih parti yang hanya tahu menjanjikan perkara 'indah tanpa berpijak kepada realiti'.

    “Saya harap pengundi di Sarawak dan DUN Tupong secara khususnya dapat memberikan majoriti lebih besar dan meyakinkan kepada BN, demi memastikan agenda pembangunan kerajaan negeri dan pusat dapat diteruskan,” sarannya.

    Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam bersama penduduk di Kampung Piang Jawa, Petra Jaya Malam tadi. – Sarawakiana
  • #PRNSarawak : Adenan Gesa Wan Azizah Tulis Surat Jika Mahu Datang Ke Sarawak

    By Bukan Nama Sebenar →

    Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem akan mempertimbangkan kebenaran kemasukan ketua pembangkang PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah untuk memasuki negeri Sarawak pada Pilihanraya Negeri, 7 mei ini.

    Adenan bagaimanapun berkata, Wan Azizah perlu menulis surat terlebih dahulu jika beliau berniat untuk datang ke Sarawak atas dasar-dasar politik.

    “Saya dimaklumkan bahawa beliau (Wan Azizah) merancang untuk datang ke Sarawak melalui Sabah mengunakan jalan darat. Saya rasa beliau tidak perlu berbuat demkikian begitu juga dengan anak perempuannya Nurul Izzah Anwar,”

    “Jika benar mereka mahu datang ke sini, saya sarankan mereka menulis surat terlebih dahulu kepada saya dan mungkin saya akan mempertimbangkannya,”

    Adenan berkata sedemikian kepada pemberita semasa sesi bertemu media di Dewan Undangan Negeri Lama semalam.

    “Secara peribadi saya , saya rasa beliau seorang yang baik. Cuma dia tergolong di pihak yang salah,” kata Adenan.

    Sementara itu, mengulas lanjut mengenai pemimpin pembangkang menjalankan video kempen bersama rakyat Sarawak selepas mereka dilarang untuk memasuki negeri ini, Adenan berkata terpulang kepada mereka untuk memilih kaedah tersebut untuk mendekati pengundi.

    “Terpulang kepada mereka untuk melakukannya jika mereka mahu, saya tidak boleh menghalang mereka,” ujarnya. - Sarawakiana