Browsing "Older Posts"

  • Krisis UPP-TERAS, Kalau Bukan Sekarang, Bila Lagi ?

    By perentas masa → Thursday, 31 March 2016


    Parti Rakyat Sarawak (PRS) sudah pun mengumumkan kesemua calon yang akan bertanding pada pilihanraya Sarawak nanti. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sudah mengumumkan sejumlah besar calon yang akan bertanding.

    PBB dan PRS memudahkan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengumumkan calon yang akan bertanding kerana terdapat persefahaman dalam parti untuk memilih calon.

    Tarikh pembubaran DUN telah pun diumumkan oleh Adenan iaitu 11 April 2016, DUN Sarawak akan dibubarkan bagi memberi laluan pilihanraya negeri akan diadakan. Namun terdapat parti komponen BN yang masih dibelenggu masalah siapa yang akan dijadikan calon di kawasan masing-masing.

    Krisis diantara SUPP dan UPP belum lagi mencapai kata sepakat dan ini menyukarkan siapakah calon yang akan bertanding dan parti mana yang akan mewakili BN. Hal tersebut mungkin akan berterusan sehingga penamaan calon.

    Begitu juga SPDP dan TERAS. Kawasan yang biasa menjadi calon SPDP telah menimbulkan kekeliruan diantara kedua parti. Ini menyebabkan kelewatan pengumuman calon akan berlaku dan sukar untuk diputuskan dalam masa terdekat.

    Oleh itu Adenan telah menegaskan bahawa jika tiada penyelesaian dalam masa terdekat, inisiatif lain akan diambil agar Barisan Nasional tidak kehilangan calon di kawasan-kawasan berkenaan. Andai berlarutan krisis diantara parti tersebut maka berkemungkinan yang dibawah pasukan BN yang akan bertanding.

    Hal sebegini pasti akan berlaku jika tiada kata putus daripada parti berkenaan dan keputusan terletak ditangan Adenan. Parti tersebut perlu peka bahawa Adenan perlukan mandat besar untuk membawa Sarawak ke langkah seterusnya dalam jangka masa 5 tahun lagi.

    Parti yang berkrisis perlu menyelesaikan masalah dengan kadar segera dan jika tidak keptutsan yang tidak menyenangkan mereka akan dibuat. Selesaikan krisis dengan segera dan jika tidak, BILA LAGI ?-Sarawakiana
  • "Bukan Kuasa Saya, Terserah Pada SPR" – kata Adenan

    By Admin →
    KUCHING: Hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berhak menentukan tarikh penamaan calon atau hari pembuangan undi bagi setiap Pilihan Raya di negara ini.

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem memberitahu penetapan tarikh Pilihan Raya adalah dalam bidang kuasa SPR, dan beliau hanya mengumumkan tarikh Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan seperti yang telah diperkenan Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud.

    Pada sidang media khas di pejabatnya hari ini, Adenan mendedahkan,Yang Dipertua Negeri telah meluluskan tarikh pembubaran DUN Sarawak akan berkuat kuasa pada 11 April 2016.

    Menurut beliau, surat pembubaran DUN akan diberi kepada Speaker DUN Sarawak, dan speaker akan menyerahkan surat tersebut kepada SPR.

    Setelah itu pihak SPR akan mengumumkan tarikh penamaan calon serta hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak yang ke 11 (PRN-11).

    Ketika diminta mengulas tentang kemungkinan tarikh penamaan calon, Adenan berkata beliau tiada kuasa tentukan tarikh penamaan calon atau hari mengundi.

    “Itu bukan bidang kuasa saya, terserah pada SPR,” katanya. - Sarawakiana
  • Jururawat ‘Digantung’ Rakam, Kongsi Foto Zakar Pesakit

    By uMieySurianie →

    NEW YORK – Seorang jururawat di New York diarah menyerahkan lesen kerjaya kejururawatannya setelah didapati bersalah telah merakam foto dan video sejumlah pesakit termasuk gambar batang zakar mereka.

    Menurut laman Huffington Post, Kristen Johnson, jururawat penyelia Amerika Syarikat berusia 27 tahun ini, mengambil gambar pegun dan visual video dengan menggunakan gajet iPhone5 miliknya pada 2014 lalu.

    Ketika itu, dia malah dikatakan selamba sahaja tanpa perasaan malu merakamkan sejumlah foto dengan memaparkan objek kemaluan lelaki salah seorang pesakit yang lumpuh menerusi telefon pintarnya itu.

    Bekas jururawat ini juga didapati berjaya mengambil video saat seorang pesakit perempuan sedang dibersihkan tubuh badannya dalam keadaan telanjang bulat dan terpaksa dirawat akibat mengalami masalah pendarahan.

    Kristen kemudian berkongsi dengan menyebarkan foto dan video eksklusif itu kepada ramai jururawat lainnya dan susulan perbuatannya dikesan, pihak berkuasa segera menangkap wanita ini pada bulan Mei tahun lalu.

    Kes ini disiasat selama sembilan bulan oleh Jabatan Pendidikan Negeri New York kerana ia berlaku di hospital Upstate University di Syracuse yang merupakan pusat pengajian tinggi terkenal untuk penuntut perubatan.

    Dia kemudian mengaku bersalah dan digantung tugas sementara pada November 2015 kerana perbuatannya itu dianggap amat jelas melanggar undang-undang kerjaya profesional sebagai jururawat bertauliah tempatan.

    Namun Kristen yang berasal dari Fulton dekat sini diarah menjalani tempoh masa pemerhatian selama tiga tahun untuk kesalahannya itu sebelum dia kemudian telah pun menyerahkan lesen akreditasi kerjanya baru-baru ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
  • Murid Gunting Lidah Bukan Dibuli

    By uMieySurianie →

    SHAH ALAM: Tiada kejadian buli berlaku membabitkan seorang murid Tahun Dua di Klang, yang sebelum ini mendakwa dipaksa menggunting lidahnya sendiri, minggu lalu.

    Sebaliknya, kanak-kanak berusia lapan tahun itu cedera di lidah ketika bermain gunting milik rakan sekelasnya.

    Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat, berkata siasatan sejak 25 Mac lalu mendapati, tiada bukti diperoleh bagi mengukuhkan dakwaan murid terbabit dipaksa oleh sekumpulan pelajar untuk menggunting lidahnya.

    Katanya, laporan guru sekolah berkenaan mendapati tiada keterangan sokongan yang boleh membabitkan murid lain dalam kes berkenaan.

    "Kes dianggap selesai kerana pelajar terbabit bukan dibuli manakala kecederaan dialami adalah atas kecuaian sendiri.

    "Tiada tindakan akan diambil selepas Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan laporan hasil siasatan yang diberi semalam," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

    Dalam kejadian Khamis minggu lalu, seorang murid Tahun Dua mendakwa dipaksa menggunting hujung lidahnya oleh sekumpulan lima murid ketika sesi persekolahan berlangsung. - BH

  • Sah, DUN Sarawak Dibubar 11 April

    By Samurai Biru →



    Tan Sri Haji Adenan Satem hari ini telah mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan pada 11 April ini bagi memberi laluan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 11.

    Dengan pengumuman ini, ianya telah menamatkan teka teki bila Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan dan sekaligus hari pengundian diadakan untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri bagi penggal yang akan datang.

    Sebelum itu, pada sebelah pagi, Tan Sri Haji Adenan Satem dilaporkan telah menghadap Yang Di Pertua Negari Sarawak, Pehin Sri Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud di kediaman beliau di Demak Laut. Pertemuan ini dikatakan untuk mendapat persetujuan Pehin Sri Abdul Taib bagi membolehkan DUN Sarawak dibubarkan.

    Selepas DUN Sarawak dibubarkan, SPR mempunyai tempoh kira-kira dua minggu untuk menetapkan bila tarikh penamaan calon, tempoh berkempen dan hari pengundian untuk negeri Sarawak.
  • Adenan Sifatkan Henry Lebih Layak Jadi Calon DUN Tasik Biru

    By Bukan Nama Sebenar →

    Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menyifatkan Datuk Henry Harry Jinep dari Parti Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) mempunyai kelebihan untuk dicalonkan bagi menggantikan Datuk Peter Nansian Ngusie dari Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) pada Pilihan Raya Negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.

    Ini kerana beliau melihat Majlis Perjumpaan Bersama Ketua Menteri di Kawasan Tasik Biru semalam dihadiri kira-kira 7,000 orang oleh penyokong daripada semua parti komponen BN (SPDP, PBB, SUPP dan PRS) berbanding majlis anjuran TERAS beberapa hari lepas yang hanya dihadiri penyokong mereka sendiri.

    Walaupbagaimanapun Adenan berkata beliau akan menetapkan untuk berbincang dengan Henry dan Nansian yang juga merupakan ADUN Tasik Biru selama empat penggal sejak 1996 dengan memenangi kerusi menggunakan tiket SPDP, sebelum keluar daripada parti itu pada Januari 2012.

    Katanya, beliau harus memilih salah seorang daripada mereka sebagai calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru pada pilihanraya akan datang.

    Justeru itu, keputusan haruslah mendapat sepakat dari kedua-dua belah pihak kerana beliau perlu memilih seorang sahaja calon kerana tidak mahu dua orang bertanding dalam satu kerusi.

    Beliau turut menegaskan sesiapa sahaja yang menjadi calon harus tetap menyokong Barisan Nasional untuk memeperoleh kemenangan sekaligus mendapat mandat yang kuat dari rakyat Sarawak. - Sarawakiana
  • Adenan semina deka milih siku aja chalun BN

    By Yusz Man →


    BAU: Kepala Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem deka betemu sereta berandau enggau Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Peter Nansian seduai Dato Henry Jinep bekaul enggau chalun sitak nya maya Pengawa Bepilih Nengeri ke-11 (PRN11),enda lama agi.

    Berindik ari nya Adenan nyakal riput surat kabar ti madahka iya udah milih chalun sitak Kunsil Nengeri (DUN) N.2 Tasik Biru maya PRN11.

    Tuju ngulu pengerami Ketuai Begulai Enggau Rayat ke diatur Parti Tenaga Rakyat (TERAS) sebedau tu enggau Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) endang dikena meda sukung rayat ngagai BN, ku iya.

    Kededua parti nya sama bisi chalun dilanggur ti deka diasuh bediri ba sitak Tasik Biru, iya Datuk Peter Nansian (penyandang) ngarika TERAS lalu ari SPDP ngelanggur Datuk Henry Jinep nyadi chalun ba sitak nya.

    “Bisi riput berita madahka aku udah milih chalun Tasik Biru iya nya Datuk Peter Nansian. Riput nya enda betul. Enti (riput nya) betul enda aku datai kitu, aku enda ulih ngaga pemutus bepelasarka penemu sepiak aja tang patut meda ari kededua piak sebedau ngaga pemutus.

    “Aku deka betemu sereta berandau enggau Nansian seduai Henry bekaul enggau pekara tu .

    “Aku ngarapka pengundi ba sitak DUN Tasik Biru tu maya PRN ila nyukung enda ngira sapa bagi chalun ke dipilih nyereta ‘Tim Adenan’ ngarika BN ba sitak tu. Aku enda ulih milih seduai (Nansian enggau Henry) , aku semina milih seiku ari seduai,” ku iya.

    Adenan mansutka pekara tu lebuh ti ngulu program Ketuai Begulai enggau Rayat ke diatur SPDP begulai enggau parti komponen BN baka SUPP, PBB enggau PRS ba Dewan Suarah Bau ditu, kemari.

    “Nyema Nansian dipilih Henry patut nyukung lalu nyema Henry dipilih Nansian pan patut nyukung Henry. Enti kededua piak tu beserakup dia sukung deka tegap agi lalu nadai orang ketiga bisi ngachau.

    “Pekara ke dikemeratka kitai ba PRN tu iya nya pemujur BN nyengkaum ba Tasik Biru,” ku iya lebuh dikerandau seraya madahka iya deka nentuka haribulan nya.

    Nansianti mega Sapit Presiden TERAS sereta Kaban Kunsil Nengeri (ADUN) Tasik Biru pengelama empat penggal kenyau ari taun 1996 ti menang ngena tiket SPDP, sebedau ningkilka diri ari parti nya ba bulan Januari 2012.

    Lalu Henry iya Ketuai Pemesai Eksekutif Syarikat Kumpulan Putra Sentosa dichalunka SPDP bediri ba sital asal ti diungkup ngagai sida (SPDP), dikena nyilih Nansian ba PRN ti deka diatur enda lama agi.

    Kelimpah ari nya lebuh ditanya sekalika iya deka ngenang pasal pengawa ngetuka Kunsil Nengeri lebuh betemu enggau Tuai Megai Menua Nengeri Sarawak (TYT) sehari tu sebedau kabinet baum, iya madahka pekara nya bedau ditukuka.

    “Nama ke ulih dipadahka aku ditu, ninting kabinet baum dia aku deka betemu enggau TYT, lalu tu mega engka peluang aku minta iya (TYT) ngetuka Kunsil Nengeri.

    “Aku engka mai pekara tu (minta madamka kunsil nengeri) tauka engka enda,” ku iya seraya ketawa nyaut tanya raban pengarang berita bekaul pekara nya.

    Ba program nya kemari, Adenan betemu enggau urung 7,000 iku pengundi BN ke bisi datai ngagai program nya.

    Sama bisi datai ngagai pengerami nya kemari, Presiden SPDP ti mega Kaban Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, Sekretari SPDP ti mega Kaban Parlimen Mas Gading Nogeh Gumbek, MandalPresiden PBB Datuk Talib Zulpilip enggau Dato Sri Michael Manyin Jawong.-BP
  • Minyak Sawit Sumbang 8.8 Peratus Kepada Eksport Sarawak

    By Bukan Nama Sebenar →

    Kuching : Eksport minyak sawit dari Sarawak yang berjumlah RM8 bilion tahun lepas menyumbang 8.8 peratus kepada eksport negeri itu yang berjumlah RM90.3 bilion.

    Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata, daripada 2010 hingga 2015, minyak sawit juga menyumbang RM1.9 bilion dalam cukai jualan kepada kerajaan negeri.

    Beliau berkata demikian pada seminar sehari mengenai 'Menangani Keperluan Tenaga Kerja Industri Minyak Sawit di Sarawak 2016' di sini, Rabu.

    Seminar itu dianjur secara bersama oleh kementeriannya dan Institut Pembangunan Sarawak.

    Masing berkata, industri itu akan kekal menjadi sektor penting dan jentera pertumbuhan ekonomi dan adalah satu daripada 10 industri keutamaan di bawah Pelan Pembangunan (2008-2030) Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).

    Setakat ini, katanya, Sarawak telah menanam 1.4 juta hektar, iaitu 26 peratus daripada jumlah ladang kelapa sawit di negara ini.

    "Ia telah diketengahkan oleh penggiat industri yang isu utama dihadapi sektor perladangan adalah kekurangan tenaga buruh yang teruk, terutama untuk menuai dan mengutip tandan buah segar (FFB).

    "Berikutan itu, industri itu kerugian kira-kira RM1 bilion setiap tahun disebabkan FBB yang tidak dikutip," katanya.

    Masing berkata, 30,000 pekerja asing masih diperlukan industri berkenaan.

    Sejak tahun lepas, katanya, negeri itu mengupah kira-kira 103,095 pekerja, di mana 78 peratus adalah pekerja asing dan 22 peratus pekerja tempatan, termasuk dari Sabah dan Semenanjung Malaysia.

    Malangnya, beliau berkata, usaha kerajaan untuk mengambil pekerja asing telah dikritik pihak tertentu serta pertubuhan bukan kerajaan, yang tidak menawarkan sebarang penyelesaian praktikal atau berdaya maju.

    Menurutnya, pemilik ladang sedang menimbang untuk menawarkan upah serta kemudahan lebih baik sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat mereka untuk menarik pekerja tempatan.

    "Tetapi bilangan penduduk kita yang kecil dan pasaran buruh yang terhad, di mana terdapat banyak pilihan menarik, membuatkan ianya sukar untuk kita," katanya. - Bernama
  • Siti Nurhaliza Lelong Pakaian Peribadi Serendah RM100

    By uMieySurianie →

    Berita baik buat peminat Siti Nurhaliza dan juga pengumpul tegar barangan peribadi selebriti kerana penyanyi ini mengambil keputusan untuk menjual semula lebih 50 helai pakaian yang pernah digayakannya sebeum ini.

    “Saya sifatkan ini adalah jualan, bukan lelongan sebab itulah saya muat naik di Instagram. Penjualan ini terbuka kepada sesiapa yang berminat. Saya juga mengakui perlu mengasingkan baju yang masih saya pakai dan yang sudah tidak dipakai untuk mengatur semula bilik pakaian saya”


    “Kerjaya saya ini (sebagai penyanyi) akan membuatkan pakaian yang dipakai selalu berganti dan saya perlu ruang untuk baju-baju yang baru,” jelasnya kepada mStar Online.

    Tambah Siti, sejak dia mula membuka akaun Instagram untuk menjual koleksi pakaiannya itu, memang ramai peminat yang membeli untuk dijadikan koleksi mereka. Untung kepada siapa yang beli kerana menurut Siti, kebanyakan baju yang dijual masih berada dalam keadaan baik dan hanya dipakai sekali atau dua pada majlis-majlis tertentu. (rtky/s)
  • Terkini : Adenan Mengadap Yang Di Pertua, Bincang Tarikh Bubar DUN

    By Samurai Biru →


    Teka-teki mengenai tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semakin hampir terjawab apabila Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud di kediaman rasminya di Demak Laut di sini hari ini. 

    Adenan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak tiba di pekarangan rumah Abdul Taib di sini kira-kira pukul 9.45 pagi tadi. Menurut sumber, difahamkan pertemuan tersebut adalah untuk mengadakan perbincangan mengenai tarikh pembubaran DUN sekali gus memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11)

    "Bagaimanapun, pertemuan seumpamanya adalah seperti kebiasaan sebelum setiap mesyuarat kabinet negeri diadakan," katanya di sini hari ini.

    Semalam, Adenan dipetik sebagai berkata, mungkin pertemuannya dengan Abdul Taib hari ini merupakan peluang baginya untuk memohon restu daripada Yang Dipertua Negeri untuk membubarkan DUN.

    Sarawak bakal mengadakan Pilihan Raya Negeri mereka untuk kali ke 11 pada tahun ini. Dengan penambahan 11 lagi DUN Baru, ini menjadikan jumlah DUN yang bakal dipertandingkan kelak bertambah dari 70 kepada 81 DUN.

    Berita lanjut menyusul..
  • Leher Tersepit Di Pagar, Wanita Mengandung Maut

    By uMieySurianie →

    CHINA: Seorang wanita yang mengandung anak kembar maut dalam keadaan menyedihkan apabila lehernya tersangkut pada pagar di sebatang jalan di bandar ini.

    Wanita yang tidak dinamakan itu dilaporkan meninggal dunia akibat tercekik selepas lehernya tersepit pada celah pagar berkenaan.

    Kejadian pada Isnin lalu berlaku ketika mangsa yang hamil tujuh bulan tiba-tiba pengsan ketika berjalan di lokasi berkenaan.

    Beberapa saksi memberitahu, wanita itu dilihat cuba memegang pagar itu, tetapi dia terjatuh menyebabkan lehernya tersepit.

    Orang ramai yang berada di laluan yang sibuk itu cuba membantu, tetapi leher mangsa yang berusia 30-an tersepit dengan kuat.

    Satu rakaman video menunjukkan beberapa lelaki cuba mematahkan pagar berkenaan, namun gagal.

    Apabila pasukan penyelamat tiba, wanita itu disahkan meninggal dunia.

    Lebih menyedihkan lagi, bayi kembar dalam kandungan wanita itu juga gagal diselamatkan. - Agensi
  • Najib Terima Ucapan Penghargaan Daripada Keluarga Mangsa Tragedi MH17

    By uMieySurianie →

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan terima kasih kepada seorang daripada ahli keluarga mangsa tragedi MH17 atas ucapan indah yang diterimanya.

    Ucapan itu diterima daripada Harbinder Kaur, isteri mendiang Karamjit Singh Karnail Singh, 54, seorang daripada mangsa tragedi MH17. "Terima kad yang cantik ini daripada Puan Harbinder.

    Terima kasih atas ucapan yang sungguh indah ini. Perkara kecil sebeginilah yang memberi dorongan kepada saya," kata beliau menerusi catatan dalam laman Facebook dan Twitter malam tadi.

    Dalam ucapan pada kad itu, Harbinder mengucapkan terima kasih kepada Najib atas sumbangan bermakna dengan memberi bantuan kewangan untuk pendidikan anaknya, Annarpal Singh.

    Mendiang Karamjit yang berkhidmat sebagai penasihat keselamatan dengan ExxonMobil, sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas bertugas di pelantar minyak di Usan, Nigeria apabila tragedi itu melanda pada 17 Julai.

    Pesawat Malaysia Airlines itu dipercayai telah ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu di timur Ukraine, dekat sempadan Russia semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

    Pesawat malang itu membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. - BERNAMA

  • Laporan ABC Sahkan Wang Dalam Akaun Najib Derma Daripada Keluarga Diraja Saudi

    By Yusz Man → Wednesday, 30 March 2016

    KUALA LUMPUR: Laporan Four Corners The Australian Broadcasting Corporation (ABC) mengesahkan bahawa wang yang didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma daripada keluarga diraja Saudi, kata seorang jurucakap kerajaan Malaysia.

    Jurucakap itu juga berkata sepucuk surat yang bocor daripada Arab Saudi menyatakan derma itu adalah hadiah kepada Najib kerana mempromosikan Islam sederhana serta memerangi keganasan dan ekstremisme, termasuk melancarkan Gerakan Kesederhanaan Global.

    "Surat itu menyatakan dengan jelas bahawa pemberian tersebut boleh digunakan dengan cara yang difikirkan wajar oleh perdana menteri, akan dipindahkan secara terus atau melalui syarikat penderma, dan tiada sebarang manfaat diharapkan sebagai balasannya," kata jurucakap itu dalam kenyataan pada Rabu.

    Menurutnya, laporan Four Corners itu mengesahkan apa yang dinyatakan perdana menteri selama ini serta apa yang dirumuskan pelbagai pihak berkuasa setelah melakukan penyiasatan secara rapi dan menyeluruh.

    "Penyiasatan itu termasuk pemeriksaan forensik terhadap setiap pindahan kawat. Pihak berkuasa Malaysia juga pergi ke Arab Saudi untuk memeriksa dokumen dan mengadakan temu bual dengan anggota keluarga diraja serta para pegawai yang mentadbir derma itu," kata jurucakap berkenaan.-mStar
  • Kapal China Bersiap Sedia Sertai Usaha Cari MH370

    By Yusz Man →

    KUALA LUMPUR:  Sebuah kapal China tiba di Perth, Australia bagi menyertai usaha mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, yang kehilangannya terus menjaid misteri, dua tahun selepas laluan penerbangannya dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi.

    Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia, yang menyelaraskan operasi mencari pesawat itu, berkata kapal berkenaan, Dong Hai Jiu 101, kini berada di pelabuhan Fremantle.

    "Ia sedang menunggu ketibaan kenderaan kawalan jauh (ROV) Remora III Phoenix International, yang akan digunakan dalam operasi mencari 'towfish SLH-ProSAS-60'," kata agensi itu dalam kenyataan di sini pada Rabu.

    Kerajaan Australia berkata kapal itu akan dilengkapi sistem Synthetic Aperture Sonar termoden.

    Dong Hai Jiu 101 adalah kapal keempat yang digunakan dalam operasi mencari pesawat MH370, selain kapal Fugro Discovery, Fugro Equator dan Havila Harmony.

    Pesawat itu yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada pengesanan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

    Pada masa ini, usaha mencari ditumpukan di selatan Lautan Hindi.

    Menurut JACC sehingga kini, usaha mencari meliputi kawasan dasar laut seluas lebih 95,000 kilometer persegi.

    Satu serpihan sayap yang dijumpai di pantai Pulau Reunion pada Julai lepas adalah satu-satunya serpihan yang disahkan milik MH370.

    Minggu lepas, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan dua lagi serpihan yang dijumpai di Mozambique berkemungkinan besar milik pesawat itu memandangkan kedua-duanya sama dengan panel sebuah pesawat Boeing 777.

    -- BERNAMA
  • Tarikh Bubar DUN Sarawak Masih Teka-teki

    By uMieySurianie →

    BAU (Sarawak): Tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri ke-11 (PRN-11) terus menjadi rahsia namun Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem memberi gambaran bahawa ia akan diumumkan tidak lama lagi.

    Ditanya pemberita tentang perjumpaan beliau dengan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud esok, Adenan berkata perjumpaan itu diadakan seperti kebiasaannya sebelum setiap mesyuarat kabinet negeri.

    "Mungkin pertemuan esok peluang bagi saya untuk meminta supaya beliau membubarkan DUN," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ketua Menteri Sarawak bersama Rakyat di Dewan Suarah Bau di sini, hari ini.

    Sementara itu, beliau berkata tarikh pertemuannya bersama dua bakal calon Barisan Nasional (BN) Datuk Harry Henry Jinep daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan penyandang kerusi yang juga timbalan presiden Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) Datuk Peter Nansian Ngusie akan ditetapkan kemudian.

    Sebelum itu, dalam ucapannya Adenan berkata beliau mahu terlebih dahulu mengadakan pertemuan dengan kedua-dua bakal calon itu sebelum memutuskan siapa antara mereka akan dipilih untuk menjadi calon BN bagi mempertahankan kerusi Tasik Biru pada pilihan raya akan datang.

    Adenan turut menafikan laporan sebuah akhbar kononnya beliau telah memutuskan Nansian sebagai calon BN bagi kerusi berkenaan, sambil menyatakan beliau kagum dengan sokongan terhadap Harry kerana turut mendapat sokongan kesemua parti komponen BN.

    Beliau berkata pilihan raya negeri akan datang amat bermakna bagi BN dan Pasukan Adenan kerana ia akan menentukan siapa yang akan menjadi ketua menteri Sarawak yang berikutnya bagi tempoh lima tahun.

    "Saya memerlukan mandat yang besar daripada rakyat Sarawak supaya saya boleh bersuara kepada kerajaan pusat untuk mendapatkan peruntukan yang besar untuk memajukan negeri Sarawak serta menuntut supaya kuasa autonomi negeri kita dikembalikan kepada kita," katanya. - BERNAMA
  • PRN Sarawak : PDRM Sudah Bersiap Sedia Sepenuhnya

    By Bukan Nama Sebenar →
    FOTO - Bernama
    Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata anggotanya sudah cukup bersedia sepenuhnya dari segi perancangan bajet, penambahan bilangan anggota dan logistik bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.

    Menurut beliau, pihaknya kini hanya menunggu pengumuman tarikh pembubaran, tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi katanya.

    Disebabkan keadaan Sarawak yang unik seperti tempat mengundi di rumah panjang contohnya,beliau berkata pihaknya memerlukan keanggotaan yang ramai dan logistik yang mencukupi demi memastikan perjalanan pilihan raya berjalan lancar dan selamat.

    Tambah Khalid lagi, semua aspek perlu diambil kira untuk memastikan perjalanan pilihan raya berjalan lancar terutama penggunaan helikopter untuk bergerak memandangkan beberapa kawasan di negeri Sarawak tidak dapat dihubungkan melalui jalan darat.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Agung Pegawai-pegawai Kanan Diwartakan (PPKP/Cawangan Pegawai, PPKP/Cawangan Inspektor dan Pegawai-pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) kali ke-88 2015/2016, di Kulai Johor hari ini. - Sarawakiana
  • Akhbar Cina persoal integriti Lim Guan Eng

    By Admin →
    Akhbar-akhbar bahasa Cina mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng agar memberi penjelasan dan tidak berdolak-dalik dalam isu pembelian rumah banglo miliknya di Jalan Pinhorn, Georgetown.

    Akhbar Sinchew Daily semalam menyiarkan artikel oleh penulis bebas, Chong Shaw Min bertajuk ‘Kenapa Tidak Boleh Hindari Duit’ mempersoal integriti pemimpin DAP itu yang sepatutnya sedar peranannya sebagai ketua kerajaan menghalangnya daripada terlibat dengan urusan pembelian yang meragukan.

    “Sebagai seorang ahli politik, apa yang dihadiahkan di depan mata itu memang bukan perkara rumit baginya, tetapi kerana semua itu adalah disebabkan kuasa dan kedudukan kita, barulah kita dapat menikmatinya.

    “Walaupun anda kata itu bukan kerana ada kepentingan kepada pihak penjual, ini tidak memberi jaminan jika satu hari ia tidak menjadi alasan untuk mendapatkan kepentingan yang lain atau pun menjadi bahan dan peluang serangan pihak musuh,” katanya dalam artikel itu.

    Sementara itu, artikel bertajuk ‘Jual Beli Yang Kamu Sanggup Aku Pun Rela’ oleh penulis bebas, Wang Jek Ying dan disiarkan Nanyang Siangpau pada Ahad lalu menganggap pembelian tersebut menimbulkan banyak keraguan berikutan jawatan Guan Eng.

    Menurut Jek Ying, masalah itu tidak akan timbul jika urus niaga berjalan antara dua individu biasa serta kedua-dua pihak menyatakan kesanggupan terhadap harga yang ditawarkan walaupun lebih murah berbanding nilai sebenar.

    “Ada orang kata isu itu merupakan sebahagian pemberian hadiah sehingga menimbulkan keraguan. Jual beli seperti itu agak luar biasa, di dalamnya mungkin ada sesuatu yang tersorok yang tidak diketahui oleh orang luar, jika dikesan dan dicari bukti, pasti kita tidak akan terlepas walaupun sehalus tali benang sawang labah-labah,” katanya.

    Dalam pada itu, akhbar Kwong Wah bertarikh 22 Mac menyiarkan artikel bertajuk ‘Rakyat Cemburu Beliau Boleh Membeli Banglo Mewah Terlalu Murah’ yang ditulis penulis bebas, Oh Tong Keong mempersoalkan tindakan Guan Eng kerana cuba mengalih isu tersebut daripada pengetahuan rakyat.

    Menurut Tong Keong, lebih mengecewakan apabila pembinaan rumah mampu milik seluas 60.38 meter persegi yang dilancarkan Guan Eng pada harga RM400,000 seunit adalah lebih mahal iaitu kira-kira RM616 bagi setiap 0.09 meter persegi berbanding hanya RM275 untuk rumah banglo itu.

    “Orang biasa tidak mampu membeli apa yang dikatakan rumah mampu milik dengan harga RM400,000. Tetapi kerajaan negeri telah menjual tanah yang dikhaskan untuk projek rumah rakyat. Syarikat besar membuat duit ketika rakyat Pulau Pinang merana.

    “Ketua Menteri cuba mengalih tumpuan dengan menjemput media ke rumahnya. Walau bagaimanapun, perkara penting adalah bukan sama ada beliau mampu membeli banglo itu atau kemewahan hiasan dalamannya. Perkara penting adalah kenapa dia boleh bayar harga yang terlalu murah untuk banglo itu?” soalnya. - MYKMU
  • Najib Rasmi Sejiwa Senada Di Limbang Sabtu Ini

    By Bukan Nama Sebenar →
    Ketika menghadiri Sejiwa Senada Saratok - FOTO BH


    LIMBANG : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual merasmikan program Sejiwa Senada (SJSN) di Kompleks Sukan Limbang pada Sabtu ini.

    Menteri Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata sebanyak 155 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), jabatan serta agensi persekutuan dan negeri akan menyertai program tiga hari itu, yang akan berlangsung sehingga 3 April.

    Program SJSN itu adalah yang ketujuh tahun ini, sejak dilancarkan di Miri pada Januari lepas, bagi mengeratkan hubungan kerajaan dengan rakyat melalui konsep 'turun padang', katanya pada sidang media di sini, Rabu.

    Selain pameran dan jualan, SJSN juga mengadakan seminar pembangunan, ceramah, pertandingan sukan tradisional rakyat,demonstrasi masakan dan persembahan artis popular.

    Kira-kira 100,000 orang dijangka mengunjungi program itu, yang turut menawarkan pelbagai cabutan bertuah dengan hadiah utamanya ialah kereta Perodua Axia.

    Abang Johari yang juga Menteri Perumahan Sarawak berkata selepas Limbang, SJSN akan diadakan di Kompleks Sukan Sri Aman pada 8 hingga 10 April, Dewan Suarah Samarahan (15-17 April) dan berakhir di Metro City Matang di Kuching (22-24 April).

    Perdana Menteri dijadual mengadakan lawatan kerja ke Miri pada 1 dan 2 April ini dengan menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat pada Jumaat, merasmikan projek perumahan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Vista Perdana dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Miri pada Sabtu. - Bernama
  • Walau Apa Sekalipun, Masalah Antara Parti Akan Diselesaikan

    By Bukan Nama Sebenar →

    Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menegaskan masalah yang melibatkan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) serta Parti Demokratik Progresif (SPDP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) akan diselesaikan sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

    Selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Adenan berkata masalah dalaman yang melibatkan empat parti di negeri ini akan terus diselesaikan walau apa sekalipun baik dari SPDP dan TERAS atau SUPP dan UPP.

    "Perkara (masalah antara parti) ini akan diselesaikan sebelum penamaan calon… mereka akan menyelesaikan masalah antara satu sama lain,"

    “Bagi calon terus BN, sama ada mereka perlu meletak jawatan, perkara ini juga tetap diselesaikan"

    Beliau berkata sedemikian pada sidang media selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.

    Mengulas lanjut mengenai spekulasi tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), Adenan membayangkan beliau akan berjuma Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Abdul Taib Mahmud dalam masa terdekat dan selepas itu ia bergantung kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengambil alih bagi menentukan tarikh pilihanraya negeri. - Sarawakiana
  • Dayana Roza Nafi Bedah Muka Demi Serupai Scha al-Yahya

    By uMieySurianie →

    Pelakon yang semakin meningkat naik, Dayana Roza menolak dakwaan orang ramai yang mengatakan dirinya sanggup membuat pembedahan wajah demi kelihatan seperti pelakon wanita terkenal, Scha Al-Yahya.

    “Bagi saya itu bukan masalah besar pun, banyak artis yang mempunyai iras-iras wajah dengan selebriti lain. Saya tak pernah buat pembedahan plastik semata-mata untuk kelihatan sama dengan Scha. Lagipun, saya memang kasar”

    “Saya tidak pernah cuba meniru siapa-siapa. Mungkin di mata orang ramai, ada iras-iras Scha tapi sebenarnya, saya tak nampak persamaannya. Sejak dulu pun orang dah cakap, tapi itulah saya tak nampak apa yang seirasnya kami,” katanya kepada Utusan Online berkenaan perkara yang timbul.

    Walaupun sudah berkecimpung didalam bidang lakonan selama tujuh tahun, Dayana tidak pernah sesekali mengeluh dan mempersoalkan rezeki yang diperolehinya, malah terus berusaha untuk mengukuhkan namanya.

    Sebelum ini, Dayana yang dikenali melalui filem Zombi Kilang Biskut mengakui sejak namanya dikenali ramai, beliau amat menjaga tindak tanduknya apabila setiap kali keluar rumah. Malah, tambahnya lagi, jika keluar dengan muka yang tidak bersiap pun, pasti akan ada yang mengenalinya. (rkty/w)
  • Kanak-kanak Di Yaman Menderita

    By uMieySurianie →

    SWITZERLAND: Ratusan ribu kanak-kanak di Yaman menghadapi kekurangan zat makanan yang mampu mengancam nyawa.

    Jutaan yang lain tidak mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan atau air bersih berikutan perang yang sedang berlangsung di negara itu.

    Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) dalam satu laporan menyebut, dianggarkan 320,000 budak berdepan risiko malnutrisi akut teruk menyebabkan mereka terdedah kepada jangkitan pernafasan yang boleh membawa maut, radang paru-paru dan penyakit bawaan air.

    Selain itu, perang yang berlaku juga menyebabkan jumlah kanak-kanak tentera yang dipaksa untuk berperang meningkat dengan 848 kes dicatatkan termasuk budak lelaki seawal usia 10 tahun.

    "Secara purata, sekurang-kurangnya enam kanak-kanak terbunuh atau cedera setiap hari. Pihak Unicef mengesahkan 934 budak terbunuh secara langsung dan 1,356 cedera.

    "Perkhidmatan asas dan infrastruktur di Yaman seperti sekolah, hospital dan sistem air serta sanitasi kini di ambang keruntuhan," menurut laporan itu. - Reuters
  • Pakej Kontrak Bernilai RM5 - RM8 Bilion Bakal Diagih Kepada Syarikat Bumiputera

    By Bukan Nama Sebenar →

    PUTRAJAYA : Pakej kontrak bernilai antara RM5 bilion hingga maksimum RM8 bilion akan diagih kepada syarikat Bumiputera secara ‘carve out & compete’ untuk projek besar, Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dan Bukit Bintang City Centre (BBCC).

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan ketika mengumumkan perkara itu hari ini berkata projek tersebut akan turut membabitkan kontraktor sehingga dari kelas F.

    “Dasar baharu yang menekankan kepada projek-projek besar dan ikonik ini yang mana kontrak-kontrak di bawah projek ini akan dianugerahkan kepada syarikat Bumiputera melalui saingan,” katanya, sambil menambah projek Mass Rapid Transit (MRT) adalah projek perintis kepada dasar baharu itu.

    Bercakap kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera di sini semalam, Najib berkata ia merupakan sebahagian inisiatif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) menerusi pelan pelaksanaan ‘Carve Out & Compete’.

    Najib berkata pakej kontrak bernilai sekurang-kurangnya RM5 bilion bakal diagihkan kepada syarikat-syarikat Bumiputera dari Sarawak untuk projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.

    Di bawah inisiatif yang sama, peruntukan 50 peratus atau RM1.6 bilion daripada kontrak pembinaan projek BBCC bakal diagihkan kepada syarikat-syarikat Bumiputera dalam rancangan pembangunn dan pembinaan projek tersebut.

    Projek BBCC yang dibangunkan bersama Uda Holdings Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Eco World Development Group Bhd itu akan melibatkan pembangunan di kawasan Penjara Pudu Lama, katanya.

    Dalam pada itu, Najib berkata Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) yang dilancarkan pada Januari 2014 telah berjaya melahirkan 90 usahawan Bumiputera baharu dari pelbagai industri.

    Katanya SUPERB adalah antara langkah proaktif kerajaan dalam membantu syarikat ‘start-up’ dan usahawan muda Bumiputera ke peringkat yang lebih tinggi dan menggalakkan penyertaan belia Bumiputera ke dalam bidang keusahawanan.

    “Selain daripada sokongan geran perniagaan, usahawan-usawahan SUPERB turut menerima manfaat bimbingan dan mentoring,” katanya.

    Pada majlis yang sama, Najib turut menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara Celcom Axiata Bhd dan Touch & Go Sdn Bhd bagi pelaksanaan ‘Adopt & Grow”.

    “Menerusi kolaborasi strategik ini, syarikat-syarikat yang terlibat akan bertindak sebagai mentor dalam memberi bimbingan kepada usahawan SUPERB khususnya dalam bidang yang berkaitan dengan industri syarikat tersebut,” katanya.

    Dalam pada itu, Najib turut mengumumkan syarikat Bumiputera, Aiis Solutions Sdn Bhd telah berjaya menghasilkan teknologi pembersihan enjin pesawat menggunakan ais kering yang telah menarik minat AirAsia Bhd.

    “Maka pada hari ini, kita juga menyaksikan syarikat Aiis Solution bertukar dokumen perjanjian bersama AirAsia, yang membenarkan syarikat penerbangan tambang murah itu mengaplikasi teknologi dan produknya ke atas enjin pesawat untuk menguji keberkesanya,” katanya.

    Katanya teknologi tersebut didapati lebih efektif dan memberi kelebihan daripada cara biasa pembersihan enjin pesawat sebelum ini yang menggunakan air.

    “Syarikat yang menggunakan kaedah ini didapati boleh menjimatkan perbelanjaan dan penggunaan minyak.

    “Saya harap ini merupakan satu kajian kes dari SUPERB dalam melahirkan satu syarikat Bumiputera yang berjaya di negara dan teknologinya juga berpotensi untuk dipasarkan di peringkat antarabangsa,” katanya. - Bernama
  • Banjir Kilat Landa Kuching, Samarahan

    By uMieySurianie →

    KUCHING: Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan beberapa kawasan rendah di Kuching dan Samarahan dilanda banjir kilat, pagi ini.

    Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah Kuching, Saiful Azril Zainal, berkata pihaknya sudah mengerah anggota untuk meninjau beberapa kawasan yang dilapor mula dinaiki air.

    "Setakat ini, banjir kilat dilaporkan di Jalan Kuching-Serian terutama kawasan perumahan Batu 12.

    "Pemantauan turut dijalankan di tempat lain untuk melihat keadaan air," katanya.

    Sementara itu, pegawai Jabatan Penerangan Sarawak, Baharuddin Mohamad, berkata kediamannya di Tanjung Bundung, Samarahan dinaiki air sejak jam 6 pagi tadi.

    Beliau berkata, air naik dengan cepat melepasi buku lali, menyebabkan beberapa barangan tidak dapat diselamatkan. - BH

  • DAP Sarawak Sasar 10 Kerusi Baharu

    By Bukan Nama Sebenar →

    Pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) kali ini, Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak seolah-olah tidak mengalah dengan menyasarkan sekurang-kurangnya lima hingga 10 kerusi baharu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Presidennya Chong Chieng Jen berkata, sasaran lebih tertumpu kepada kawasan luar bandar dimana projek 'Impian Sarawak' sejak dua tahun lalu dilihat semakin diterima masyarakat.

    Malah, beliau yakin sasaran ini pasti berjaya berikutan isu-isu skandal yang dikaitkan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) , Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan krisis dalaman antara parti komponen BN.

    Chong selaku ketua parti DAP Sarawak juga berharap, dapat bertanding di 35 kerusi hingga 40 kerusi termasuk mempertahankan kerusi masing-masing di 12 kerusi yang disandang DAP ketika ini.

    Untuk rekod, DAP telah memenangi 12 kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan yang didominasikan calon Cina dan telah mendapat sejumlah 134,847 undi popular daripada jumlah keseluruhan undi pada piliharan ke-10 yang lalu. - Sarawakiana
  • Tak Perlu Gigih Menipu Kaum Wanita

    By Yusz Man →


    Bukan saja lelaki, wanita juga tidak suka ditipu dan didusta. Ramai lelaki bersikap menipu tanpa niat atau ayat lebih hormat, bohong sunat.

    Sebenarnya tak perlu bohong sunat pun, lebih baik menyatakan kebenaran dengan cara paling 'manis'. Biar kenyataan itu terlalu pahit; nyatakanlah kerana wanita boleh memaafkan kesilapan dan keterlanjuran tetapi takkan mudah menerima dan memaafkan sebuah penipuan dan pendustaan. Lantas, duhai lelaki sentiasalah amalkan sikap jujur dan berterus terang.


    Dalam hubungan perkahwinan; ramai suami yang tidak ambil berat isu berkata benar ini. Ramai yang memegang prinsip; daripada katakan yang benar boleh lukakan hati, biarlah berbohong sedikit. Masalah akan jadi lebih besar bila isteri mengetahui tentang pembohongan tersebut. Isteri sukar terima penipuan untuk menjaga hati sebab isteri percaya; jika suami benar ikhlas dan sayang; suami perlu berterus terang.


    Sama juga dalam isu khianat kasih, bila si suami mempunyai ORANG KETIGA. Isteri yang mengetahui secara tulus daripada si suami akan lebih bersedia memujuk hati dan menerima hasrat suami berbanding suami yang menduakan dirinya dalam diam.


    Ambil Berat Dan Prihatin
    Wanita akan mengenepikan rupa, pangkat atau harta sekiranya bertemu lelaki yang mengambil berat dan prihatin terhadap dirinya. Keprihatinan seorang lelaki akan membuatkan wanita rasa dihargai. Ambil berat tentang kesihatannya, emosinya, ujian kehidupannya, perkara kegemarannya malah cerita-cerita kelakarnya. Dia tak perlukan nasihat bagai kaunselor tetapi memadailah anda meluangkan sedikit masa untuk mendengar luahan hatinya.


    Wanita ideal tidak dambakan hadiah berharga tetapi memadailah apabila hari-hari penting dalam hidupnya diingati. Ingatan anda cukup membuktikan anda mengambil berat dan prihatin.


    Komunikasi Unggul
    Wanita ingin sentiasa didampingi; bukan berdampingan daripada aspek fizikal semata-mata tetapi dampingi wanita secara emosi. Sentiasalah bertanya khabar dan jangan biarkan dirinya tertunggu-tunggu jawapan khabar daripada anda. Penantian tanpa sebarang maklumbalas daripada lelaki boleh membuatkan wanita beranggapan dirinya tidak diperlukan lagi.


    Komunikasi unggul yang perlu dipraktikkan sebagai jaminan hati wanita ditakluki ialah wujudkan komunikasi tanpa batas iaitu sering berhubung walau sekadar satu mesej ringkas menanyakan khabar; juga sentiasa berterus terang – jika keadaan tidak izinkan untuk berbicara panjang, cukup sekadar maklumkan anda akan hubunginya sedikit masa lagi kerana tika itu, anda perlu lakukan sesuatu yang lebih penting.


    Wanita suka dimanja tetapi bukan terlalu dimanjakan. Wanita suka diberikan kepercayaan dan kebebasan tetapi berpada-pada. Kepercayaan dan kebebasan tanpa batas boleh buatkan wanita merasakan dirinya tidak diperlukan.


    Terima Dia Seadanya
    Wanita sanggup melakukan apa saja atas nama cinta. Paling penting, terima dia seadanya. Jika ada kekurangan dirinya yang boleh diubah, lafazkan dengan penuh hikmah; bukan mencerca tetapi sebagai mendidik ke arah yang lebih baik. Wanita sanggup berusaha sedaya upaya jika anda boleh menerima dirinya seadanya dan lakukan sedikit perubahan demi kebaikan bersama. Wanita tidak suka dibandingkan dengan wanita lain. Lantas, dalam usaha mendidik, jangan bandingkan dia dengan orang lain walau dengan ibu atau saudaranya sendiri.


    Jika anda sanggup menerima wanita pilihan anda seadanya, anda akan jadi manusia paling bahagia dalam menjalani kehidupan ini,In Shaa Allah.-MW

  • Tidak Sah Atau Mahu 'HIJACK' ?

    By perentas masa →


    Berkenaan program debat anjuran pihak Sarawak fo Sarawakians (S4S) menjadi isu hangat dikalangan parti politik pembangkang Sarawak ketika ini. Pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh pihak pembangkang khususnya DAP.

    DAP Sarawak telah menyelar pihak S4S adalah badan yang tidak sah serta menyalahi undang-undang seperti apa yang dikatakan oleh Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen. Beliau turut mempertikai aktiviti mengutip wang orang awam dari hasil penjualan tiket yang dilakukan oleh S4S yang ternyata ia sebuah badan yang tidak sah di sisi undang-undang.

    Di samping itu juga Chong menyatakan dengan mengutip wang daripada orang awam adalah salah satu perkara yang menyalahi undang-undang kerana S4S tidak mempunyai mesyuarat agung untuk mencatit penyata kewangan.

    Apa yang menjadi persoalan kini Chong telah menyatakan aktiviti S4S tidak sah tetapi beliau dan DAP sanggup menanggung kos anjuran berdebat tersebut. Kenyataan tersebut begitu musykil apabila DAP sanggup menanggung kesemua kos tersebut.

    Apabila difikir dengan akal logik terdapat sesuatu yang tidak kena dengan kenyataan Chong. Kenapa perlu DAP tanggung kos aktiviti debat sedangkan Chong menyatakan S4S adalah entiti yang tidak sah darisegi undang-undang atau DAP mempunyai agenda sebaliknya iaitu hendak ' HIJACK' aktiviti S4S?-Sarawakiana
  • Derita Kerana Vape: Luahan Sayu Hati Seorang Kakak Terhadap Adiknya

    By Yusz Man →




    Sejak beberapa hari lalu  kisah mengenai luahan sayu seorang kakak mengenai penderitaan adiknya menjadi viral di laman sosial.

    Luahan sayu perasaan seorang kakak terhadap adiknya yang menderita kerana rokok elektronik "Vape".

    Hancur dan sayu hati melihat dia begini. Proses penyembuhannya amat menyakitkan. Tabahlah wahai adikku sayang.

    Kepada mereka yang bertanya tentang apa penyakit yang dihadapinya, inilah kesan terhadap penggunaan rokok elektronik selama empat bulan setelah berhenti merokok.

    Dia mengalami sakit dada selama dua hari dan beberapa kesan sampingan pada hari ketiga. Pada mulanya kami dimaklumkan yang ianya hanyalah sakit dada yang biasa.

    Namun, selepas melakukan imbasan x-ray, doktor mendapati paru-paru kanannya semakin mengecut.Doktor terpaksa membuat satu lubang di dadanya untuk meletak satu hos paip bagi melepaskan udara di dalamnya agar paru-parunya mengembang seperti normal. Jika kaedah ini tidak berkesan, dia mungkin akan kehilangan paru-paru kiri.

    Adakah ia menyakitkan? Saya tidak dapat memberikan jaminan yang ia pengalaman yang menyakitkan.

    Inilah kesan penggunaan rokok elektronik dan merokok bergantung pada badan individu itu sendiri. Tetapi ini adalah peringatan 'awal' baginya untuk berhenti menghisap vape dan merokok. - Al Nur


  • Adenan Minta Maaf, Tak Dapat Bina Jalan Raya Atas Langit

    By Admin →
    Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem secara sinis meminta maaf terhadap pihak tertentu yang enggan berkompromi serta membantah pengambilan tanah untuk tujuan pembangunan.

    Menurutnya projek Lebuh Raya Pan Borneo sahaja melibatkan pengambilan semula tanah seluas lebih kurang 820 kilometer (km) bagi tujuan pelaksanaannya.

    “Minta maaf sajalah, saya tidak dapat membina jalan raya di atas langit… janganlah merungut, kerana sudah tentu ada pampasan,” katanya

    Beliau berkata, kerajaan terpaksa mengambil tanah rakyat, tetapi ia tidak diambil begitu sahaja, bayaran ganti rugi dalam bentuk pampasan akan dibuat mengikut nilai pasaran.

    “Kalau kita hendak membina jalan raya, apa yang saya tahu ia dibina di atas tanah, bukan di atas langit.

    “Anda (rakyat) meminta jalan raya dibina jadi janganlah merungut apabila kerajaan mengambil tanah untuk membuat jalan,” tambahnya
    Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pecah Tanah Projek Medan Selera Lundu, Penyampaian Geran Tanah dan Pampasan Tanah Pan Borneo di Lundu semalam.

    Isu pengambilan tanah untuk tujuan projek pembangunan antara isu yang sentiasa panas di negeri ini, malah beberapa projek penting untuk rakyat terpaksa ditangguhkan berikutan keengganan pemilik tanah berkompromi dalam hal tersebut.

    Kenyataan Adenan dipercayai ditujukan kepada golongan yang sentiasa berusaha menghalang serta menentang projek pembangunan yang dilaksanakan kerajaan atas alasan mereka adalah pemilik tanah.

    Golongan berkenaan menggunakan media social untuk melancarkan bantahan terhadap projek yang dilaksanakan kerajaan.

    Pada Februari lalu, pihak Sarawak Energy berhad membuat rayuan terbuka kepada 19 daripada 2,029 pemilik tanah yang enggan memberikan kerjasama terhadap kerja-kerja pembinaan menara dengan membuat permintaan melampau.

    Projek tersebut terpaksa dihentikan berikutan bantahan pemilik tanah. - Sarawakiana
  • Petua Orang Kampung Rawat Mata Rabun

    By Yusz Man →

    Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Jadi tak perlu mengeluh saat nikmat dari sudut fizikal ditarik atau mula 'hilang'. Beberapa petua ini mungkin akan jadi salah satu penawar bagi anda yang ada masalah rabun mata. Jom, semak...


    1. Wap nasi
    Apabila memasak nasi, halakan mata ke arah wap yang keluar dari periuk nasi. Amalkan setiap kali masak nasi.

    2. Sawi
    Rebus secekak sawi dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan tutup api. Minum setelah sejuk pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu.

    3. Lobak merah
    Boleh makan mentah-mentah atau minum air lobak merah. Amalkan selalu InsyaAllah semakin baik nanti. Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.

    4. Teh
    Mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ini akan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.

    5. Bawang Putih & Bawang Merah
    Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.

    6. Kacang Walnut
    Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.

    7. Tomato
    Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.

    8. Kacang Soya
    Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.

    9. Telur
    Sebatian sulfur, protein dan cysteine dalam telur membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.

    10. Brokoli
    Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.
  • Penduduk Mahu Dr Jerip Rebut Kerusi Mambong

    By Yusz Man →

    Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bengoh Datuk Dr Jerip Susil dilihat personaliti yang paling layak menjadi calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding merebut kerusi N.19 Mambong, iaitu satu daripada 11 kerusi baharu yang akan dipertandingkan pada pilihan raya negeri (PRN) Ke-11.

    Beberapa pemerhati politik, khususnya rakyat di DUN Mambong mahu supaya Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mencalonkan Dr Jerip kerana berpendapat beliau memiliki peluang kemenangan yang paling cerah berbanding beberapa individu lain yang sama-sama melobi untuk menjadi calon.

    “Adalah kerugian besar bagi kawasan N.19 Mambong dan rakyat di kawasan berkenaan seandainya pucuk kepimpinan BN tidak mencalonkan Datuk Dr Jerip,” kata Penghulu Richard Deo.

    Menurut beliau, sejak menjadi Ahli Dewan Undanggan Negeri (ADUN) N.16 Bengoh selama tiga penggal Dr Jerip telah membuktikan kewibawaan berkhidmat dengan cemerlang untuk rakyat dan kawasannya.

    Katanya, Dr Jerip merupakan seorang wakil rakyat yang amat disenangi oleh rakyat di kawasan beliau kerana sifat beliau yang mudah mendekati rakyat dan mudah didekati, selain kualiti kepimpinan beliau yang efesien.

    “Dr Jerip adalah seorang pemimpin yang berintegriti, jujur dan komited kepada tugas dan tangggunjawab beliau sebagai seorang wakil rakyat,” katanya.

    Sementara itu Penghulu Jonathan Naip berkata rakyat di N.16 Bengoh harus menerima realiti yang Dr Jerip membawa begitu banyak perubahan ke kawasan dari segi penambahbaikan prasarana dan peningkatan sosioeknomi dan kebajikan rakyat.

    “Rakyat di N.16 Bengoh boleh lihat sendiri projek dan program yang dibawa oleh Dr Jerip ke kawasannya sejak beliau menjadi wakil rakyat, dan bertambah ketara sejak beliau dilantik sebagai Menteri Muda Kesihatan Awam sejak lima tahun lalu” tambahnya.

    Antaranya ialah pembinaan jalan raya baharu menghubungkan kampung dan kawasan dalam kawasan N.16 Bengoh termasuk Jalan Puncak Borneo, Jalan Bengoh-Danu, jalan menghubungkan Jalan Puncak Borneo ke Bau, menaik taraf Jalan Serumbu dan Jalan Krokong sehingga ke Kampung Teringgus.

    Skim Penempatan Semula Bengoh (BRS) pula kini menjadi kebanggaan penduduknya kerana diiktirafkan sebagai kampung kaum Bidayuh contoh yang cukup teratur dan moden dilengkapi pelbagai prasarana seperti jalan raya, bekalan elektrik, bekalan air paip, sekolah rendah, gereja dan empat dewan serbaguna.

    “Kesemua kampung di kawasan N.16 Bengoh sudahpun dihubungi kemudahan jalan raya, bekalan elektrik, air paip dan diliputi oleh rangkaian telekomunikasi dengan pembinaan menara telekomunikasi di merata tempat,” kata Jonathan.

    Manakala bagi penduduk di kawasan Serumbu dan Krokong di daerah Bau, Dr Jerip berkata mereka kini tidak lagi berhadapan dengan masalah bekalan air bersih hasil pembekalan tangki air dan pam air, selain penyambungan saluran paip ke rumah-rumah dan premis perniagaan, sekolah, rumah beribadat dan dewan serbaguna.

    Beliau berkata pembinaan Empangan Bengoh yang bernilai lebih RM100 juta pula berjaya menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air mentah untuk Loji Rawatan Air Batu Kitang, yang kemudiannya membekalkan air yang sudah diproses ke kediaman dan premis perniagaan di sekitar kawasan Jalan Puncak Borneo, Padawan dan daerah Kuching, Samarahan dan Bau.

    Bagi meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk, Dr Jerip juga membawa beberapa projek dan program, yang antaranya rancangan pembukaan ladang kambing di BRS, kilang pemprosesan hasil pertanian dan ternakan serta pemprosesan getah, usahasama Risda, Koperasi  Bengoh Resettlement Scheme dan sebuah syarikat swasta.

    Dalam bidang pendidikan, Dr Jerip yang sentiasa menekan pentingnya pendidikan telah memberi insentif pendidikan kepada murid dan pelajar cemerlang.

    Selain itu, beliau juga mengambil inisiatif membekalkan modul-modul kertas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada sekolah-sekolah dengan harapan dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dalam UPSR.

    Bagi memastikan rakyat di kawasannya menikmati kemudahan kesihatan yang lebib baik, Dr Jerip turut memohon kepada kerajaan pusat untuk pembinaan Klinik Kesihatan Brang Bayur yang sudahpun beroperasi serta Pejabat Daerah Kecil Padawan di Kampung Brang Bayur bagi memudahkan penduduk sekitar membuat urusan rasmi dengan kerajaan, selain di Pejabat Daerah Kecil Siburan.

    Beliau juga prihatin dengan nasib penduduk yang tidak berkemampuan seperti Orang Kurang Upaya (OKU) dan balu menerusi Program Rumah Rakyat Termiskin (PRRT), dan kini sudah ramai penerima rumah seumpama itu di kawasan beliau.

    Untuk masyarakat China, Dr Jerip berkata kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM96 juta untuk kerja pemasangan pam air dan kerja penukaran saluran paip lama bagi mengatasi masalah bekalan air yang rendah di kawasan Siburan .

    Projek berkenaan, katanya turut memanfaatkan penduduk beberapa kampung Bidayuh di sekitar Siburan termasuk Kampung Sungai Duuh, Kampung Misaan dan Kampung Sinjok, selain pembekalan 400 tangki air ke kediaman di Kampung Siburan (Kampung masyarakat Cina).

    Di samping itu, katanya sistem perparitan dan saliran di kawasan Siburan turut dinaik taraf dengan pembinaan longkang yang lebih besar dan berkonkrit, yang berjaya menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan Siburan.

    “Kini kebanyakan masalah di kawasan Siburan sudah diselesaikan termasuk menaik taraf bangunan Klinik Kesihatan Siburan dan Stadium Mini Siburan,” tambah beliau.

    Selain itu, katanya beliau turut mengagihkan geran kepada sekolah-sekolah Cina, badan agama dan kebajikan kaum Cina dan Melayu, di samping pemberian biasiswa pendidikan Parti Rakyat Bersatu (UPP).

    Dr Jerip berkata beliau adalah wakil rakyat yang berkhidmat kepada semua rakyat yang diwakilinya tanpa membezakan parti politik, agama dan kaum.

    “Niat saya ikhlas untuk berkhidmat untuk semua rakyat yang saya wakili dan adalah tangggapan yang salah jika ada pihak yang mengatakan kerana saya daripada UPP saya tidak boleh dicalonkan sebagai calon BN untuk bertanding di kerusi N.19 Mambong.

    “Kalau saya dipilih, saya bukan hanya akan berkhidmat untuk ahli-ahli UPP tetapi untuk semua rakyat yang saya mewakili tanpa mengira dari parti mana mereka,” tambah beliau.

    Mengenai rancangan beliau untuk kawasan N.19 Mambong, Dr Jerip berkata sekiranya dipilih sebagai calon dan seterusnya memenangi kerusi berkenaan, beliau akan memperjuangkan harapan penduduk di kampung-kampung di Ulu Padawan yang sebelum ini bukan dalam kawasan pilihan raya beliau.

    Katanya, Ketua Menteri Sarawak telahpun meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk pembinaan jalan ke Kampung Kiding dan Sepit di Padawan dan RM500,000 untuk penyambungan bekalan elektrik ke beberapa buah rumah yang baharu dibina di Kampung Benuk, Penrissen yang tidak termasuk dalam fasa pertama projek sebelum ini.

    “Wawasan saya untuk tempoh lima tahun akan datang adalah untuk memastikan semua kampung di N.19 Mambong mendapat kemudahan prasarana seperti jalan raya berturap, bekalan air paip yang bersih, bekalan elektrik serta kemudahan pendidikan dan kesihatan yang lebih baik.

    “Selain kilang pemprosesan keluaran pertanian dan getah yang akan dilaksanakan di BRS, beberapa tempat akan dikenal pasti untuk mewujudkan  peluang pekerjaan untuk rakyat dan menambah pendapatan mereka,” kata Dr Jerip.

    Mengenai tangggapan segelintir pihak yang mengatakan beliau seorang ‘ahli politik katak’, Dr Jerip menjelaskan beliau bukannya keluar dari SUPP tetapi dipecat oleh pucuk pimpinan parti dan atas sebab itu beliau bersama beberapa pemimpin lain yang dipecat telah menubuhkan UPP sebagai ‘flatform’ untuk meneruskan perjuangan politik mereka dan berkhidmat kepada rakyat.

    Katanya, walaupun UPP belum diterima secara rasminya untuk menyertai BN, tetapi penerimaan parti itu dalam formula BN Plus membuktikan ia mendapat sokongan pucuk kepimpinan BN Sarawak yang diketuai oleh Adenan.

    “Saya dan beberapa pemimpin UPP bersama-sama berada dalam pasukan Ketua Menteri untuk meneruskan khidmat kami kepada rakyat yang kami wakili,” tambahh beliau.

    Beliau juga menyangkal dakwaan kononnya penyokong SUPP tidak akan mengundi beliau pada pilihhan raya akan datang, sebaliknya menurut beliau ramai ahli SUPP dengan sukarela menjadi ahli  UPP dan bergerak bersama-sama beliau dalam menjalankan tugas parti dan BN di kawasan.-RK


  • Saya Akan Beri Kemenangan 11 Kerusi PRS Kepada Adenan - Masing

    By perentas masa → Tuesday, 29 March 2016

    KUCHING : Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) mengucap setinggi-tinggi terima kasih kepada Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem diatas kepercayaan kepada PRS untuk bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri untuk pilihanraya akan datang.

    Presidennya Tan Sri James Jemut Masing berkata, dua kerusi baru Samalaju dan Murum juga diberi kepercayaan kepada PRS untuk bertanding.

    "Saya yakin kesemua 11 kerusi berkenaan akan memenangi semuanya apabila pilihanraya nanti selesai," katanya.

    "Untuk calon baru PRS pula saya amat menaruh harapan yang tinggi agar calon tersebut mampu memberi kemenangan sekaligus mendapat majoriti yang besar pada piliharaya kali ini," jelasnya.

    Terdahulu, Masing turut menyatakan PRS pada kali ini mempertaruhkan generasi muda untuk menjadi calon dimana calon muda harus didedahkan kerana gabungan daripada pelbagai lapisan peringkat akan menguatkan lagi kedudukan PRS.

    Pada masa yang sama, beliau turut menjelaskan bahawa tentangan daripada PKR, DAP dan BEBAS perlu diambil berat tetapi beliau akan memastikan kesemua 11 kerusi berkenaan akan menjadi milik PRS dan ia adalah hadiah terbesar untuk Adenan dan Barisan Nasional.

    Beliau turut menggesa pengundi agar mengundi BN agar pembangunan luar bandar dapat dilaksanakan seperti apa yang Adenan inginkan

    Masing berkata sedemikian ketika ditemubual oleh pihak media di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) petang tadi.- Sarawakiana
  • BN Yakin Tawan Batu Kawa Dan Batu Kitang

    By perentas masa →

    KUCHING : Rakyat harus bersatu padu untuk kemenangan Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawa dan Batu Kitang menurut Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem

    Beliau yakin kedua-dua DUN berkenaan akan dapat ditawan BN jika para pengundi bersatu padu mengundi Barisan Nasional tanpa mengira siapa calon yang akan diletakkan pada pilihanraya kelak.

    "Biar saya sebagai pucuk kepimpinan Barisan Nasional yang akan menentukan calon yang akan bertanding di kedua-dua DUN berkenaan," katanya.

    "Saya telah menemui cara yang sesuai untuk meraih kemenangan BN di kedua DUN tersebut. Apa yang penting rakyat mesti turun mengundi dan jangan sesekali pecahkan undi untuk pembangkang," ujarnya semasa berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat bersama-sama anggota Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dari Batu Kawa dan Batu Kitang di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) sebentar tadi.

    Menurut beliau, peratusan undi bumiputera di kedua kawasan berkenaan adalah 30% dan 40% dan ini bukan bermakna undi bumiputera akan kalah di kawasan tersebut kerana undi pembangkang akan berpecah susulan masalah pembangkang yang tidak sepakat dalam pengagihan kerusi.

    Mengulas lanjut, Adenan berkata bahawa kedua DUN tersebut akan bertindih kerusi pembangkang kerana PKR dan DAP tidak bersefahaman dalam menentukan kedudukan calon mereka.

    Justeru, Adenan menggesa rakyat bumiputera dan cina harus memandang BN sebagai parti yang menjadi pilihan untuk mewakili DUN Batu Kawa dan Batu Kitang.-Sarawakiana
  • APMM Usir Bot-bot Nelayan Asing Ke Hujung Perairan Negara

    By Bukan Nama Sebenar →
    Gambar Hiasan
    Putrajaya : Lebih 100 bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara di kawasan Beting Hempasan Banting, Sarawak sejak 24 Mac telah diusir ke hujung kawasan perairan Malaysia oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

    Ketua Pengarah APMM Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata enam kapal agensi itu KM Banggi, KM Adil, KM Siakap, KM Jepak, KM Stapa dan KM Rhu terlibat dalam operasi itu sejak Khamis lepas untuk mengawal kehadiran bot nelayan asing berkenaan.

    Sehingga semalam, bot-bot nelayan asing itu dipercayai dari China dilihat berada di kawasan kira-kira 15 batu nautika dari sempadan Zon Ekonomi Ekslusif (EEZ) Malaysia/Indonesia.

    "Buat masa ini, operasi ini memberi kesan positif dalam menyekat pencerobohan bot-bot nelayan asing di perairan negara, sekaligus dapat menghalang bot-bot nelayan asing berkenaan hampiri perairan Malaysia," katanya.

    Ahmad Puzi berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM di Ibu Pejabat Maritim Malaysia di sini hari ini.

    Pada acara itu, Laksamana Madya Maritim Datuk Che Hassan Jusoh, 60, yang akan bersara wajib esok menyerahkan tugas kepada Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Laksamana Muda Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar yang memangku jawatan itu.

    Khamis lepas, Ahmad Puzi dilaporkan berkata KM Siakap yang sedang membuat rondaan penguatkuasaan rutin di sekitar perairan Miri, Sarawak mengesan lebih 70 bot nelayan asing di kawasan Beting Hempasan Banting (BHP), satu daripada beting dalam gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) pada kira-kira 11 pagi.

    Pada hari yang sama, pesawat Bombardier CL 415 yang diterbangkan untuk membuat pemantauan udara sebanyak dua kali mendapati terdapat kira-kira 100 buah bot berada di jarak 52 batu nautika di barat BHP.

    Ahmad Puzi berkata Maritim Malaysia sentiasa cuba berkomunikasi dengan bot nelayan tersebut melalui Channel 16 VHF dan juga peralatan lain namun masih belum mendapat apa-apa jawapan.

    Beliau juga berkata Maritim Malaysia telah menghantar maklumat dan bukti kepada Wisma Putra berhubung pencerobohan bot nelayan asing.

    Ahmad Puzi berkata Maritim Malaysia akan mempergiatkan operasi penguatkuasaan dan pemantauan dengan menambah tiga lagi kapal maritim di perairan Sarawak bagi menyekat pencerobohan di perairan negara.

    "Maritim Malaysia dengan kerjasama TUDM (Tentera Udara Diraja Malaysia) akan mempergiatkan operasi untuk menjamin perairan negara sentiasa terpelihara," katanya.

    Ahmad Puzi juga berkata Maritim Malaysia telah melucut hak 826 bot nelayan asing yang menceroboh perairan negara dengan jumlah rampasan RM288 juta.

    "Sebanyak 240 bot nelayan asing yang dilucut hak ditenggelamkan untuk dijadikan tukun tiruan di seluruh perairan negara," katanya.

    -- BERNAMA
  • Kanak-kanak Hilang Selamat Kembali Ke Pangkuan Keluarga

    By Bukan Nama Sebenar →

    KUCHING : Selepas hilang lebih 24 jam, seorang kanak-kanak yang dipercayai dilarikan berhampiran Bangunan Mara di Plaza Astana dekat sini Isnin dikembalikan kepada keluarganya Selasa petang.

    Nenek kepada Haiqal Hakimi Suhini, 7, Ubai Mohammad, 56, berkata cucunya dikembalikan ke rumahnya di Kampung Tupong Ulu Baru oleh seorang lelaki yang menaiki motosikal.

    "Dalam pukul 2 atau tiga petang tadi, masa mak cik sedang melipat baju, lelaki itu datang menghantar cucu mak cik. Mak cik rasa sangat gembira.

    "Lelaki tu cakap dia jumpa cucu mak cik di tepi jalan dan bawa dia pulang ke rumahnya. Mak cik amat bersyukur cucu mak cik selamat. Terima kasih juga kepada semua yang tolong mencari termasuk polis dan orang ramai," katanya kepada Bernama.

    Beliau berkata cucunya memaklumkan semasa berada di rumah lelaki tersebut, dia dijaga dengan baik dan turut diberi main permainan video.

    "Masa serahkan cucu mak cik tadi, lelaki itu ada bagi beberapa helai pakaian dan satu patung harimau," kata Ubai.

    Sementara itu bapa kanak-kanak itu, Suhini Abdullah, 36, yang tiada di rumah semasa lelaki tersebut menghantar anaknya merasa bersyukur.

    Beberapa anggota polis turut berada di rumah keluarga itu sebelum membawa Haiqal Hakimi bersama bapa dan ibunya ke hospital untuk melakukan pemeriksaan.

    Seorang jiran yang enggan dikenali memberitahu lelaki berkenaan berada kira-kira 10 minit sebelum beredar dari situ.

    "Saya dan beberapa jiran kemudiannya memeriksa jika ada sebarang kecederaan pada fizikal Haiqal Hakimi tetapi semuanya okey," katanya.

    Kanak-kanak tersebut dilapor dilarikan ketika bermain di hadapan rumah neneknya di Jalan Astana oleh seorang wanita yang kemudiannya dilihat menyerahkan pula kanak-kanak itu kepada lelaki tersebut.

    Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata seorang lelaki ditahan berhubung kes kehilangan Haiqal Hakimi pada pukul 5 petang tadi.

    "Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 30-an di Kampung Siol Kandis untuk siasatan lanjut," katanya. - Bernama