Browsing "Older Posts"

  • RON95, 97 turun, Diesel Kekal

    By Admin → Monday, 29 February 2016
    Harga runcit petrol RON95 dan RON97, masing-masing dijangka turun 15 sen dan 10 sen mulai tengah malam ini, kata satu sumber di Putrajaya

    Sumber itu bagaimana pun memberitahu, harga diesel akan kekal pada RM1.35 seliter.

    Bermakna harga baharu minyak bermula 12 tengah malam ini menyaksikan penurunan 15 sen seliter bagi petrol RON95 menjadi RM1.60 seliter.

    Manakala RON97 turun 10 sen kepada RM1.95 berbanding RM2.05 seliter sebelum ini. - Sarawakiana

  • Tindakan Tun M Alihkan Kemarahan 23 tahun Pembangkang

    By Admin →

    Ahli UMNO sejati yang berjuang demi agama, bangsa dan tanah air tidak perlu goyah dengan gelagat satu individu, yakni Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan keluar parti, Isnin petang.

    Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, barang siapa yang berjuang kerana Dr Mahathir mungkin akan mengikuti jejak langkah beliau namun hakikatnya ialah UMNO bukan Dr Mahathir dan perjuangan demi rakyat tetap perlu diteruskan.

    Menurutnya, pengumuman Dr Mahathir itu sudah lama diduga lantaran ianya merupakan satu lagi strategi berterusan beliau untuk “menumpaskan Datuk Seri Mohd Najib Razak”, selepas usaha mempengaruhi ahli parlimen dan UMNO bahagian juga menemui kegagalan.

    Strategi terbaru ini kata Annuar, adalah untuk ‘melumpuhkan dan membunuh UMNO’ sebagai kaedah terakhir menewaskan Perdana Menteri.

    Pendekatan itu katanya, didorong pengalaman Dr Mahathir yang menunjukkan bahawa beliau bersedia untuk mengorbankan UMNO demi mencapai matlamat menewaskan musuh peribadi politiknya.

    “Kerajaan UMNO Kelantan “dibunuh” dalam usaha Tun Mahathir menewaskan Tengku Razaleigh, Kerajaan UMNO Selangor “terkorban” berikutan usahanya menumpaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Pulau Pinang juga jatuh dalam usahanya menewaskan Tun Abdullah Badawi.

    “Tun Mahathir sanggup memberi “hadiah” kepada PAS (Kelantan), PKR (Selangor) dan DAP (Pulau Pinang) asal beliau dapat menewaskan musuhnya.

    “Dalam kata lain sejarah membuktikan Tun Mahathir tidak teragak-agak ‘menghadiahkan’ pembangkang kuasa dan kerajaan asalkan beliau berjaya menewaskan dan menyingkirkan orang yang tidak disukainya.

    “Itulah Tun Mahathir dalam lipatan sejarah perjuangannya. To fail is never an option…..,” kata Annuar.

    Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada ahli UMNO untuk melihat dan menilai episod terbaru yang cuba dilakonkan Dr Mahathir.

    Ini katanya kerana, Dr Mahathir tidak rugi apa-apa lantaran beliau dan anggota keluarganya sudah punya segala-galanya, malah anggota keluarga beliau turut tersenarai dalam golongan billionaire terkaya di Malaysia.

    “Membunuh UMNO juga satu jalan paling selamat buat Tun Mahathir untuk menjadikan beliau “darling of opposition” dan dengan itu beliau berjaya menukar (turn around) 23 tahun kebencian dan harassment pembangkang kepada dirinya yang selepas ini akan disokong dan dihargai pembangkang atas jasa besarnya meruntuhkan UMNO.

    “Sebagai “true Michevellian”, matlamat menghalalkan cara.

    “Tun Mahathir tidak sukar melakukan ini kerana didorong kejayaannya menewaskan Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Badawi dengan cara ini sebelum ini walaupun kejayaannya itu dibayar dengan harga yang mahal oleh ahli UMNO terutama di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

    “Kini Tun Mahathir bersedia menghadiahkan MALAYSIA demi mengekalkan rekod tanpa kalah beliau dalam menewaskan orang yang tidak digemarinya atau yang tidak mahu mengikut “My Way”, kata Annuar yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Kelantan. - BNBBC News
  • Sepasang Suami Isteri, Kanak-kanak Tiga Tahun Maut Dalam Kebakaran

    By uMieySurianie →

    KUCHING: Sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dalam satu kebakaran di tingkat tiga sebuah rumah kedai di Lorong Bandar Baru Kota Samarahan, kira-kira 30 kilometer dari sini, tengah hari tadi.

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata ketiga-tiga mayat itu ditemukan di dalam bilik tidur rumah kedai itu yang terbakar 80 peratus.

    Katanya bomba menerima panggilan pada 12.23 tengah hari daripada orang awam dan tujuh anggota dari Balai Bomba Kota Samarahan bergegas ke lokasi kejadian.

    "Ketiga-tiga mangsa ditemui terbakar 90 peratus. Mangsa pertama seorang kakitangan Jabatan Imigresen Sarawak dikenali sebagai Saruji Arip, 42, ditemui di atas katil.

    "Mayat isterinya Saidatul Farhanah Mohd Yusof, 29, pula ditemui di depan pintu, dipercayai mangsa cuba untuk membuka pintu bilik tersebut," katanya kepada Bernama.

    Selain dua mangsa itu, turut maut ialah seorang kanak-kanak Mohamad Norhaqimi Mohd Ziqri Zairi yang mayatnya ditemui di bawah katil dipercayai terjatuh, katanya.

    "Identiti kanak-kanak itu masih cuba dikenal pasti bagi menentukan hubungan dengan pasangan suami isteri itu," katanya.

    Beliau berkata siasatan lanjut sedang dilakukan sama ada semua mangsa meninggal dunia akibat kebakaran atau disebabkan perkara lain.

    "Hanya bilik tidur di rumah berkenaan terbakar. Siasatan dilakukan kerana api kebakaran tidak begitu besar namun mangsa didapati gagal keluar. Sewaktu pihak bomba tiba, kebakaran sudah padam dan hanya tinggal bara api pada tilam dan beberapa tempat lain," katanya.- BERNAMA

  • Lima Program Perkasakan Penglibatan Syarikat Bumiputera Dalam Industri Halal

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →


    KUALA LUMPUR : Kerajaan telah menyediakan lima program kerjasama antara kementerian dan agensinya bagi meningkatkan penglibatan syarikat Bumiputera dalam industri halal, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Beliau berkata program berkenaan diwujudkan untuk meningkatkan sumbangan eksport barangan halal oleh syarikat Bumiputera.

    "Secara amnya, sumbangan syarikat Bumiputera kepada ekonomi halal negara adalah kecil.

    "Oleh itu, kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan, bantuan dan bimbingan yang dapat melipat gandakan penglibatan Bumiputera dalam industri halal," kata Ahmad Zahid dalam ucapan beliau pada majlis Forum Penglibatan Bumiputera Dalam Industri Halal, di sini, hari ini.

    Program-program tersebut ialah program pembangunan vendor, program Global Halal Data Pool, program Kitchen Incubation, program bimbingan kepada syarikat yang gagal mendapatkan sijil halal dan program Halal Franchise. - Bernama
  • Banjir Sarawak : 289 Kejadian Tanah, Tebing Runtuh Serta Jalan Dilaporkan Terputus

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →

    Kuching : Sejumlah 289 kejadian tanah dan tebing runtuh serta jalan terputus akibat banjir dilaporkan di jalan persekutuan dan negeri di daerah Kuching, Serian dan Samarahan dalam tempoh dua minggu hujan lebat dan banjir di negeri ini.

    Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata daripada jumlah itu, 18 kejadian berlaku di jalan persekutuan manakala bakinya berlaku di jalan negeri.

    "Kerja-kerja pembaikan tanah runtuh serta jalan yang rosak akibat banjir sudah pun disiapkan. Ketika ini kita masih menjalankan kerja-kerja pembersihan serta penilaian terutama cerun bagi mengelakkan daripada runtuh di masa hadapan," katanya dalam sidang media di sini Isnin.

    Mengulas mengenai banjir di Kuching, Fadillah berkata sudah ada kajian untuk membuat terusan dari Kampung Paroh ke Sungai Salak bagi mengalirkan air banjir terus ke laut.

    Beliau berkata jika dilaksanakan nanti risiko banjir di kawasan Kuching dapat dikurangkan.

    Beliau juga berharap pembinaan projek serta pembangunan pada masa hadapan akan turut mengambil kira semua faktor serta mengkaji secara menyeluruh semua sudut termasuk alam sekitar. - Bernama
  • Bomba Selamatkan Monyet Jatuh Longkang

    By uMieySurianie →

    SIBU: Anggota bomba terpaksa dipanggil untuk menyelamatkan seekor monyet yang terjatuh ke longkang di Jalan Ling Kai Ching, di sini, pagi tadi.

    Dalam kejadian itu kira-kira jam 8.30 pagi, monyet berkenaan dikatakan cedera dan jatuh ke dalam longkang besar itu selepas dilanggar kenderaan.

    Orang awam yang menyedari kejadian itu menghubungi pasukan penyelamat pada jam 8.54 pagi.

    Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sungei Merah berkata, sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan itu.

    "Setibanya di lokasi, kami menemui seekor monyet berendam di dalam longkang dan kami terpaksa menggunakan tali untuk menyelamatkannya.

    "Selepas usaha menyelamat berjaya, haiwan liar itu diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak," katanya. - BH

  • ABM Sarawak Terus Komited Lahirkan Para Pelatih Berkualiti Dan Berkemahiran Tinggi

    By DAYANG NUR ZHAHRULNIZA →

    KUCHING: Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sarawak (ABM) terus komited dalam dalam menghasilkan para pelatih yang berkualiti dan berkemahiran tinggi selaras dengan dasar kerajaan dan pada masa yang sama memenuhi keperluan pasaran kerja semasa.

    Menteri Kerja Raya Dato Sri Fadillah Yusof berkata, ABM telah memainkan peranan penting dalam melahirkan pekerja mahir tempatan khususnya di dalam sektor pembinaan negara.

    “Kita sedia maklum bahawa industri pembinaan adalah penyumbang terbesar dalam perkembangan ekonomi serta pembangunan negara yang kini berada di tahap paling tinggi,”

    “Maka jelas, usaha dan kerja keras ABM dalam menghasilkan para pelatih yang berkualiti dan berkemahiran tinggi,” 

    Belia berkata sedemikian dalam ucapan semasa menghadiri Majlis Graduasi Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sarawak (ABM) dan Majlis Menandatangani Akujanji Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) 2016 di sebuah hotel terkemuka di sini, pagi tadi.

    Seramai 100 graduan menerima Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dan seramai 33 penggiat industri pembinaan Sarawak menandatangani CITP.

    “Pada masa yang sama, bagi memastikan aspek latihan kemahiran binaan di ABM sentiasa relevan dengan permintaan pasaran modal insan semasa, CIDB melalui anak syarikatnya CIDB Holdings Sdn Bhd sedang giat melaksanakan program jalinan industri atau Industry Engagement Program,”

    Mengulas lanjut, Fadillah berkata, program ini memberi fokus kepada aktiviti berkaitan dengan usaha meluaskan rangkaian dan memelihara perhubungan dengan penggiat industri, kearah memantapkan serta meningkatkan lagi kualiti dan nilai tambahan dalam latihan kemahiran bagi industri pembinaan negara.

    “Saya yakin usaha ini akan mampu membuahkan hasil dalam jangka masa panjang sekiranya ia benar-benar dilaksanakan dengan telus bagi tujuan untuk meningkatkan taraf latihan kemahiran dalam sektor pembinaan dan manfaat kesemua pihak terlibat khususnya penggiat industri,"

    Turut hadir Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya;Dato Sri Zohari, Pemangku Ketua Eksekutif CIDB Malaysia;Sariah Abdul Karib, Pengurus Besar Sektor Personel dan Kontraktor CIDB Malaysia;Mohd Nazli Ahmad Mahyadin, Pengerusi ABM;Dato Sri Profesor Ir. Dr. Judin Karim, dan Ketua Pegawai Eksekutif, CIDB Holdings;Abdul Latif Hitam. - Sarawakiana
  • Bayi Tidak Cukup Bulan Dicampak Dari Tingkat 18

    By uMieySurianie →
    Foto Astro Awani

    KUALA LUMPUR: Seorang bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan telah dicampak dari tingkat 18 sebuah flat dekat Danau Kota di sini pagi tadi.

    Bayi perempuan itu, yang dilahirkan kurang dari tujuh bulan, ditemui penduduk 9 pagi tadi dalam keadaan yang menyayat hati di tepi longkang flat berkenaan.

    Pemeriksaan forensik mengesahkan bayi malang itu dilahirkan dalam tempoh 24 jam dan masih beruri.

    Ketua Polis Wangsa Maju ACP Muhammad Roy Suhaimi Sarif mengesahkan kejadian berkenaan.

    Menurutnya, polis juga sudah menahan seorang suspek wanita berusia 36 tahun sejurus selepas kejadian.

    Wanita terbabit dikatakan ditinggalkan suami sejak dua tahun lalu dan kini menyewa sebuah bilik di salah sebuah unit di flat berkenaan bersama seorang anak perempuannya yang berusia lima tahun.

    Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - AWANI
  • Masalah Tanah Antara Faktor Kelewatan Pembinaan MRSM – Ismail Sabri

    By uMieySurianie →

    KOTA KINABALU – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata masalah perolehan tapak atau tanah merupakan antara faktor pembinaan beberapa buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di beberapa negeri mengalami kelewatan.

    Justeru katanya, apabila Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mengumumkan pembinaan sesuatu MRSM, tidak bermakna ia terus boleh dilaksanakan kerana ia perlu melalui pelbagai proses termasuk penyediaan tapak atau tanah yang perlu dipohon daripada pihak kerajaan negeri.

    “Tahun lepas saya umumkan MRSM Integrasi di Labuan sebagai contoh. MRSM Integrasi ini pelajarnya ialah daripada Semenanjung, Sabah dan Sarawak tetapi sehingga hari ini, mereka masih lagi cuba mendapatkan tanah. Walaupun sudah umum, tetapi tidak semestinya sudah umum terus boleh jadi.

    Prosesnya banyak, tanah dan sebagainya. Masalah tanah belum selesai lagi,” katanya selepas menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang kepada 233 pegawai dan kakitangan agensi-agensi di bawah KKLW peringkat negeri Sabah dan Labuan di sini hari ini. Pada tahun ini, seramai 2,976 penerima APC di bawah KKLW di seluruh negara.

    Katanya pada masa ini, kerajaan cuma mampu membina antara tiga hingga empat MRSM setahun namun pembinaan kemudahan seperti itu boleh dipercepatkan sekiranya ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau kerajaan negeri yang secara sukarela menawarkan diri untuk membina kemudahan berkenaan.

    Sebagai contoh, katanya pembinaan MRSM di Ranau, Sabah dan di Bintulu, Sarawak boleh dilaksanakan lebih cepat kerana kedua-duanya akan dibina oleh Petronas dan GLC yang terlibat dalam menyediakan kemudahan MRSM akan diberi keistimewaan dari segi pemilihan kemasukan pelajar ke MRSM di bawah tajaan mereka.

    Sebagai contoh katanya 80 peratus pelajar ke MRSM tajaan GLC tertentu diberikan kepada anak-anak yang ibu bapa mereka bekerja dengan GLC berkenaan manakala selebihnya daripada pelajar-pelajar luar.

    Melalui pendekatakan itu katanya, KKLW cuma bertanggungjawab menguruskan operasi MRSM berkenaan termasuk menyediakan guru dan kakitangan serta penyelenggaraan kemudahan sementara pihak GLC atau kerajaan negeri yang berminat dengan pendekatan itu cuma membina kemudahan yang biasanya menelan kos kira-kira RM50 juta untuk sebuah MRSM.

    Katanya pada tahun ini, lima lagi MRSM akan dibina oleh agensi di bawah KKLW, tidak termasuk MRSM yang ditaja GLC, sebagai tambahan kepada kira-kira 50 MRSM sedia ada di seluruh negara dengan purata jumlah pelajar setiap MRSM ialah kira-kira 500 orang murid. – BERNAMA
  • Lelaki Bunuh 14 Ahli Keluarga Sebelum Gantung Diri

    By uMieySurianie →


    INDIA: Seorang lelaki membunuh 14 ahli keluarganya termasuk lapan kanak-kanak sebelum menggantungkan diri, hari ini.

    Laporan CNN mengatakan Husnain Anwar Warekar, 35, dilaporkan meletakkan ubat pengsan (sedative) ke dalam makanan-makanan mangsa sebelum mengelar mereka di leher.

    Salah seorang mangsa berjaya melepaskan diri dan mendapatkan pertolongan polis.

    Ketika polis sampai ke tempat kejadian, Husnain ditemui sudah tergantung.

    Motif pembunuhan tidak diketahui dan polis masih menjalankan siasatan. - SH
  • Sistem parit di Sarawak dijamin deka dikemanahka agi: Najib

    By Yusz Man →

    KUCHING: Perintah Besai meri jamin ngagai rayat Sarawak iya nya deka penapat mantu nengeri tu ngemanahka agi sistem parit ditu.

    Menteri Besai Datuk Seri Najib Tun Razak ngemansutka pekara nya pengudah dipadah ke Menteri Pengeraja Asal enggau Rampa Menua, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sentang pematut mansik pekara nya enggau silik agi, sereta mantaika perambu nya ngagai Perintah Besai.

    “Wan Junaidi benung mansik pekara nya. Ni nyampau ungkus tauka belanja nya ila, tentu bisi ungkus.

    “Perintah Besai deka mantu enggau naka ulih, tang taja pia, ungkus dikena ngemanahka agi sistem nya pan patut diperatika,” ku iya madah lebuh dikerandau pemberita lebuh ngabas genturung pendiau Kpg Rantau Panjang (Walkabout), Batu Kawah semak ditu, kemari.

    Najib mega diasuh nimbal jaku Kepala Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, Hari Enam tu tadi, alai Kepala Menteri ngapil ngagai Perintah Besai ngemutarka penanggul parit di nengeri tu.

    Ba jaku Adenan, iya madahka parit ke enda besai sereta sitak ke baruh antara kebuah nengeri tu kelebih agi di Kuching sereta pelilih menua bukai betapi enggau penusah bah.

    Lebuh ngelawa sekula SK Rantau Panjang, Najib madah sekula nya deka dipindahka ngagai palan baru, bepanggai ba pemutus Perintah Nengeri mutuska endur sekula baru nya ila.

    Iya madah sekula nya patut dipindahka laban endur kediatu diatu enda patut endur sekula, laban endur sekula nya sempit kelimpah ari betapi enggau ampuh bah ninting taun.

    “Sigi ukai endur ngaga sekula laban endur genturung pendiau ditu ke sempit sereta betapi enggau penusah bah ninting taun.

    “Aku udah berandau enggau Pegawai Pelajar Menua, lalu Perintah deka ngemutarka pekara tu, kelimpah ari Perintah Nengeri deka ngiga endur ke patut alai ngaga sekula baru,” ku iya taja pan nadai madahka ni naka penyampau ke deka dikena ngaga sekula baru nya ila.

    Najib ti baru datai ngulu program Sejiwa Senada ari Saratok, dalam urung pukul 4.30 lemai disempulang bini iya, Datin Seri Rosmah Mansor, sempat bejalai ngelawa genturung pendiau nya, berindik ari genturung pendiau nya ke balat betapi enggau penusah ampuh bah tunggal ensanus lebuh hari ke enda ngetu ujan ari malam nyentuk ke pagi.

    Taja pia, Najib madahka pejalai Perintah Besai ke sekali tu ngagai Sarawak, ukai ketegal Pengawa Bepilih Besai Nengeri ke-11 (PRN 11 tang laban Perintah Besai deka terus ngemansangka Sarawak.

    “Perintah Besai mantu Sarawak, ukai ketegal pengawa bepilih tang laban deka terus meda Sarawak maju,” ku iya.

    Najib ti mega nyadi presiden UMNO ditanya bekaul enggau ex-sapit iya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ditingkilka ari UMNO ensana tang iya enggai nyaut tanya nya.

    “Enda ibuh aku nimbal nya, laban aku di Sarawak sereta ditu nadai kaul enggau UMNO,” ku iya, ke bepuas ati rayat Sarawak ke nyambut iya enggau manah, lalu danji iya deka nyambung pengawa sida iya (Perintah Besai) deka ngemansangka Sarawak.

    Genturung pendiau Kpg Rantau Panjang antara tiga buah genturun pendiau di sitak Batu Kawah ke balat endar betapi enggau penusah ampuh bah.

    Bedau lama tu tadi, genturung pendiau Kpg Rantau Panjang ke nguan urung 300 ruang bilik diau di genturung pendiau dia, betapi enggau tanah tusur niti tebing sungai ke endang ba kaki tangga rumah mensia mayuh dia.

    Sungai ke ba mua rumah mensia mayuh dia datai ari Sungai Batu Kitang lalu rembus ke Sungai Sarawak ke dikumbai Sungai Sarawak Kiri.

    Sebedau nya, minggu nyin tadi presiden Parti Sa’ati Rayat Sarawak (SUPP) Senator Datuk Sim Hui Kian lebuh ngelawa genturung pendiau dia udah ngelalau mensia mayuh ti diau di genturung pendiau berunding pindah ngagai endur bukai laban kediatu, rumah sida iya ninting taun betapi enggau ampuh bah besai.

    Ba atur pengawa nya kemari, bini Menteri Besai ti mega nyadi presiden Gerempung Bini-bini Menteri enggau Sapit Menteri (Bakti) Datin Seri Rosmah Mansor, meri cek bantu sida ke betapi enggau ampuh bah, nyengkaum cek ari Tabung Kesejahteraan Kanak-kanak Sedunia ngagai Sabati (Gerempung Bini-bini Menteri enggau Menteri Muda) ti di ari ulih Sapit Presiden gerempung nya, Dato Sri Empiang Jabu.

    Sama bisi nguluka atur pengawa nya kemari, Sapit Kepala Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Pengawa Berumah Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Sekretari Perintah Menua Tan Sri Datuk Amar Morshidi Ghani, Presiden SUPP Senator Datuk Dr Sim Kui Hian, Speaker Kunsil Nengeri Datuk Amar Asfia Awang Nassar enggau bini iya, Datin Amar Fatimah Iskandar enggau bini Wan Junaidi, Datin Seri Feona Sim-Junaidi.-BP

  • Tinggal 70 Mangsa Banjir Di Serian Setakat 12 Tengah Hari

    By uMieySurianie →

    KUCHING: Sebuah pusat pemindahan di daerah Serian telah ditutup, menjadikan hanya tinggal 70 mangsa daripada 18 keluarga di tiga pusat pemindahan, setakat 12 tengah hari ini.

    Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata pusat pemindahan di Gereja Sacred Heart itu ditutup berikutan air di kampung berhampiran pusat penempatan sudah surut dan mangsa boleh pulang ke rumah masing-masing.

    Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata Balai Raya Slabi Entungkuh menempatkan 34 orang daripada lapan keluarga dan Surau Hadhari Kampung Rimba Padi menempatkan 26 orang daripada lapan keluarga.

    "Jumlah mangsa di Balai Raya Koran yang dibuka kerana berlaku tanah runtuh dan menjejaskan rumah mangsa juga kekal dengan 10 mangsa daripada dua keluarga," katanya.- BERNAMA
  • Ayda Jebat, Johan Bolot Anugerah MeleTOP Era 2016

    By uMieySurianie →

    Ayda Jebat menepati ramalan apabila merangkul lima trofi termasuk anugerah utama Top Top MeleTOP (wanita) pada Anugerah MeleTOP Era 2016 (AME 2016) yang diadakan di Pusat Konvensyen CIDB, 28 Februari.

    Aktres tersebut berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM30,000 berserta trofi sumbangan Astro. Manakala, pelawak dan penyampai radio, Johan turut merangkul lima trofi termasuk trofi Top Top MeleTOP (lelaki).

    Johan juga dipilih memenangi trofi Penyampai Radio MeleTOP, Couple MeleTOP, Program Radio MeleTOP dan Artis Lawak MeleTOP. Pelawak tersebut berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 berserta trofi sumbangan Astro.

    Sementara, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk AC Mizal mempertahankan trofi masing-masing iaitu Bintang Online MeleTOP dan Hos MeleTOP yang dimenangi mereka tahun lalu.

    AC Mizal turut memenangi kategori Fesyen MeleTOP. Bagi anugerah Filem MeleTOP dimenangi oleh Polis Evo dan Bintang Filem MeleTOP dimenangi oleh pelakonnya Zizan Razak.

    Kumpulan popular Akim & The Majistret membawa pulang trofi kategori Grup/Kumpulan MeleTOP, manakala pelakon Mira Filzah memenangi kategori Pelakon Baharu MeleTOP.

    Bagi setiap kategori pemenang menerima wang tunai RM5,000 berserta trofi sumbangan Astro. - ROTIKAYA

    Berikut adalah senarai penuh AME 2016:

    1. Top Top MeleTOP Lelaki – Johan

    2. Top Top MeleTOP Wanita – Ayda Jebat

    3. Anugerah Fesyen MeleTOP – Datuk AC Mizal

    4. Artis Baharu MeleTOP – Mira Filzah

    5. Bintang Online MeleTOP – Datuk Siti Nurhaliza

    6. Anugerah Couple MeleTOP – Johan & Ozlynn

    7. Program Radio MeleTOP – JoHaRa Pagi ERA

    8. Grup/Duo MeleTOP – Akim & The Majestret

    9. Penyanyi MeleTOP – Ayda Jebat

    10. Lagu MeleTOP – Siapa Diriku (Ayda Jebat)

    11. Program TV MeleTOP – Gegar Vaganza 2015

    12. Drama TV MeleTOP – M.A.I.D

    13. Pelakon MeleTOP – Ayda Jebat

    14. Hos TV MeleTOP – Datuk AC Mizal

    15. Artis Lawak MeleTOP – Johan

    16. Penyampai Radio MeleTOP- Johan

    17. Filem MeleTOP – Polis Evo

    18. Bintang Filem MeleTOP – Zizan Razak

    19. Anugerah Khas MeleTOP – Pengulas Bola Zulkarnain Hassan
  • Dua Remaja Mati Lemas Di Tawau

    By uMieySurianie →

    TAWAU – Dua remaja lelaki maut ketika mandi bersama tiga lagi rakan mereka di sebuah kolam di Kampung Hidayat, Kilometer 6.4 Jalan Apas, di sini, pagi tadi.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Mohd Razali Ag Ahmad berkata tujuh pegawai dan anggota bersama dua jentera bergegas ke lokasi, selepas menerima panggilan kira-kira jam 7.58 pagi, untuk mencari dan menyelamat mangsa terbabit.

    Pasukan bomba telah menemui mangsa pertama Binhar Patta, 19, dan mangsa kedua dikenali sebagai Haikal Daniel, 13, ditemui 15 minit kemudian, sementara tiga rakan mereka selamat, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata kejadin lemas di kolam itu merupakan kali kedua selepas kejadian pada 6 Nov tahun lepas.

    Dalam kejadian itu, seorang remaja perempuan Norimah Ahmad, 17, maut ketika cuba menyelamatkan adiknya yang jatuh semasa mereka sedang membasuh kain di kolam berkenaan. – BERNAMA
  • Serangan Di Paris, Lelaki 2 Kerakyatan Ditahan

    By uMieySurianie →

    ALGIERS – Pihak berkuasa Algeria menahan seorang lelaki yang memiliki dua kerakyatan Algeria dan Belgium kerana disyaki ada kaitan dengan kumpulan pemimpin, Abdelhamid Abaaoud dalam serangan ke atas Paris, tahun lalu.

    Menurut kenyataan mahkamah di bandar Bejaia, dekat sini, Zahir Mehdaoui, 29, seorang penghuni di Brussels didakwa ada pertalian dengan kumpulan pengganas aktif di luar negara.

    Mahkamah tidak mendedahkan maklumat lanjut dan tidak dijelaskan bila suspek berkenaan ditahan.

    Dalam serangan pada 13 November 2015, kumpulan militan IS membunuh 130 orang di stadium sukan, kafe dan dalam dewan konsert. – REUTERS/BH ONLINE
  • Sokongan padu Bidayuh mandat penuh kepada Ketua Menteri - Richard Riot

    By perentas masa →


    KUCHING : Kaum bidayuh di Sarawak menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk meneruskan kepimpinan bagi jangka masa 5 tahun lagi.

    Menteri Sumber Manusia Dato' Sri Richard Riot Jaem menyatakan bahawa rakyat Serian sudah begitu lama menanti Serian sebagai satu bahagian sendiri, namun beberapa bulan Adenan dilantik sebagai Ketua Menteri, Serian sudah diberi watikah sebagai sebuah bahagian pada tarikh 11 April 2015.

    " Saya masih ingat kenyataan Adenan menyatakan pada hari itu Serian secara rasmi telah diikhtiraf sebagai sebuah bahagian di dalam Sarawak," katanya.

    " Dengan termeterainya Serian sebagai sebuah bahagian bermakna akan lebih banyak pembangunan yang akan diadakan di bahagian Serian," jelasnya.

    Beliau berucap dalam majlis anjuran Bidayuh Artist Musician Association turut menyatakan yang Adenan telah menunjukkan prestasi kepimpinan yang tinggi hanya dalam tempoh 2 tahun dan begitu banyak dasar untuk rakyat telah beliau lakukan.

    " Ketua Menteri turut bertindak berbincang dengan Kerajaan Pusat berkenaan hak-hak Sarawak dan terbukti 13 perkara telah dipersetujui bersama pusat," katanya lagi.

    " Untuk mengukuhkan lagi kedudukan Sarawak, mandat yang penuh harus diberi kepada Ketua Menteri supaya suara beliau lebih lantang lagi untuk berbincang dengan Perdana Menteri Malaysia," jelasnya lagi.

    Beliau turut menyarankan agar sesiapa pun yang diumum oleh Adenan sebagai calon-calon Barisan Nasional Ahli Dewan Undangan Negeri di setiap kawasan bidayuh nanti akan mendapat sokongan penuh daripada masyarakat bidayuh.

  • Isu Kemasukan 1.5juta pekerja Bangladesh tidak benar -Richard Riot

    By perentas masa →


    KUCHING : Isu 1.5 juta warga Bangladesh akan di ambil bekerja di Malaysia adalah tidak benar sama sekali.

    Menteri Sumber Manusia Dato' Sri Richard Riot Jaem menjelaskan beliau sendiri yang menandatangani MOU bagi pihak Kerajaan Malaysia di Dhaka pada 18 Februari yang lalu dan tidak mendapati jumlah pekerja dari Bangladesh yang bakal dibawa bekerja di Malaysia.

    " Apa yang sebenar berlaku ialah jumlah 1.5 juta Bangladesh tersebut adalah jumlah sebenar rakyat Bangladesh yang berdaftar kepada kementerian berkenaan di Bangladesh yang boleh dihantar untuk bekerja ke seluruh dunia termasuk Malaysia," katanya.

    " Malaysia tidak akan mengambil 1.5 juta pekerja Bangladesh tersebut kerana dasar Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada rakyat Malaysia," jelasnya.

    Beliau turut berharap rakyat Sarawak tidak mudah dipengaruhi dengan isu yang terbabit pada asasnya ialah sesuatu yang tidak benar.

    " Kita jangan lupa Kerajaan Sarawak mempunyai undang-undang berkenaan pekerja asing," katanya lagi.

    "Sarawak mempunyai ordinan pekerja dan Sarawak berhak untuk tidak menerima apa yang terkandung dalam MOU tersebut," jelasnya lagi.

    Beliau berucap di hadapan hadirin yang terdiri daripada artis-artis dan masyarakat kaum bidayuh di Dewan Dayak Bidayuh National Assiciation malam tadi.
  • Cetak Rompak Pemusnah Pendapatan Artis Bidayuh

    By perentas masa →


    KUCHING : Kegiatan cetak rompak telah menyekat pendapatan artis-artis bidayuh bagi mengembangkan bakat seni muzik ke peringkat seterus.

    Menteri Sumber Manusia Dato' Sri Richard Riot memberitahu pada 2010 sehingga penghujung 2015, industri muzik di Sarawak sahaja kehilangan pendapatan berjumlah RM4.3 juta akibat kegiatan cetak rompak yang berleluasa.

    " Saya merayu kepada semua penggemar muzik tanahair agar mengelak daripada membeli hasil cetak rompak," katanya.

    " Jika kita terus membeli hasil cetak rompak, industri muzik termasuk hasil muzik bidayuh untuk berkembang akan menemui jalan buntu," jelasnya.

    Beliau turut menjelaskan bahawa masyarakat bidayuh tidak kurang penyanyi dan pemuzik yang berbakat besar tidak pernah ke kelas formal muzik. Bakat semulajadi tersebut jika di asah akan menghasilkan bakat seni muzik terkenal bukan setakat di Malaysia sahaja, malah akan terkenal di mata dunia.

    " Populasi masyarakat bidayuh di Sarawak hanya lebih kurang 200,000 orang dan pasaran industri muzik bidayuh terlalu kecil," katanya lagi.

    " Justeru saya menyeru karyawan muzik bidayuh untuk menyelitkan satu dua buah lagu dalam Bahasa Malaysia dan Inggris supaya pasaran muzik bidayuh akan berkembang lebih luas dan suatu hari muzik bidayuh akan disegani di seluruh dunia," ujarnya.

    Beliau yang hadir bersama Presiden Dayak Artist Musician Assiciation Snowdan Lawan di Majlis Memunggut Dana untuk Bidayuh Artist Musician Association di Dewan Dayak Bidayuh National Association malam tadi.
  • Sejumlah 104 Mangsa Banjir Di Serian Setakat 8 Pagi Ini

    By uMieySurianie →

    KUCHING: Sejumlah 104 mangsa masih ditempatkan di empat pusat pemindahan di daerah Serian setakat 8 pagi ini.

    Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata berlaku sedikit penurunan bilangan mangsa berbanding 124 orang yang dicatatkan 8 malam tadi.

    "Jumlah berkurangan berbanding semalam kerana 20 mangsa daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan Gereja Sacred Heart sudah pulang ke rumah masing-masing.

    Jumlah terkini mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan itu ialah 28 orang daripada tujuh keluarga," katanya ketika dihubungi pagi Isnin.

    Siti Huzaimah berkata tiga lagi pusat pemindahan masih kekal dengan jumlah mangsa yang sama seperti dicatatkan semalam.

    "Balai Raya Slabi Entungkuh menempatkan 40 orang daripada sembilan keluarga dan Surau Hadhari Kampung Rimba Padi menempatkan 26 orang daripada lapan keluarga.

    "Jumlah mangsa di Balai Raya Koran yang dibuka kerana berlaku tanah runtuh dan menjejaskan rumah mangsa juga kekal dengan 10 mangsa dan dua keluarga," katanya. - BERNAMA


  • Najib Tinjau Perkampungan Terjejas Banjir

    By Yusz Man →

    KUCHING: Lokasi terakhir dalam lawatan kerja dua hari Perdana Menteri ke Sarawak, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengadakan “walkabout” di sebuah perkampungan yang telah terjejas akibat banjir iaitu Kampung Rantau Panjang disini semalam.

    Pada tempoh dua bulan dalam awal tahun ini, Sarawak khususnya di daerah Kuching, Serian dan Samarahan telah dilanda banjir sebanyak empat kali.

    Najib yang tiba pada jam 4.30 petang tadi ditemani oleh isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan telah meluangkan masa hampir 30 minit meninjau sendiri keadaan tanah susur di sekitar tebingan Sungai Sarawak yang terletak di Kampung Rantau Panjang itu dan kemudiannya melakukan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang.

    Sementara itu, mengulas mengenai lawatannya ke SK Rantau Panjang, beliau berkata sekolah berkenaan akan dipindahkan ke lokasi yang lebih sesuai tidak lama lagi.

    “Kita akan pindahkan sekolah ini ke lokasi baharu sebab kawasan ini sempit dan sering dilanda banjir setiap tahun… kedudukan sekarang memang tidak sesuai,katanya.

    Terdahulu, Rosmah turut menyampaikan sumbangan bernilai RM10, 000 dari Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) dan Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia kepada mangsa banjir di negeri ini.

    Sumbangan tersebut telah diterima oleh Timbalan Presiden Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri(SABATI), Dato' Sri Empiang Jabu isteri kepada Timbalan Ketua Menteri.-Sarawakiana
  • Sarawak: Satu Lagi Pusat Pemindahan Banjir Dibuka Di Serian

    By uMieySurianie → Sunday, 28 February 2016

    KUCHING: Sebuah pusat pemindahan baru dibuka kira-kira pukul 10 malam tadi, menjadikan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di daerah Serian kepada 311 orang daripada 97 keluarga di dua pusat pemindahan.

    Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata Pusat Pemindahan banjir yang baru dibuka di Gereja Sacred Heart kira-kira 50km dari sini ketika ini menempatkan 51 mangsa daripada 14 keluarga.

    Beliau berkata sementara itu jumlah mangsa di satu lagi pusat pemindahan di Dewan Masyarakat Gedong pula tidak berubah seperti malam tadi.

    Menurutnya paras air di kebanyakan kawasan penempatan di sekitar pusat pemindahan itu sudah surut, namun pemantauan masih diteruskan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum mangsa banjir boleh kembali ke rumah masing-masing.

    Beliau berkata pusat pemindahan yang dibuka sejak kira-kira seminggu yang lalu itu dijangka ditutup hari ini selepas pihak jawatankuasa pengurusan bencana daerah membuat penilaian pada tengah harinya.- BERNAMA
  • Wajibkan Penjualan Motosikal Disertakan Topi Keledar

    By uMieySurianie →
    SARIKEI: Kerajaan dicadangkan supaya mewajibkan setiap penjualan motosikal baharu disertakan dengan dua unit topi keledar.

    Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Abdul Ghafur Yusof berkata, langkah tersebut penting sebagai langkah untuk membudayakan pemakaian topi keledar di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal.

    Menurutnya, kesedaran menggunakan topi keledar atas faktor keselamatan di kalangan penunggang dan pembonceng motosikal di negara ini masih rendah.

    Bercakap kepada Bernama di sini hari ini beliau berkata, dengan langkah itu tiada alasan lagi untuk mereka tidak memakai topi keledar.

    Terdahulu, beliau mengagihkan kira-kira 30 unit topi keledar kepada pengguna motosikal di bandar ini sempena kempen keselamatan jalan raya JKJR Sarawak.

    Turut hadir Pengarah JKJR Sarawak Davina Agnes Enteli dan Pemangku Ketua Cawangan JPJ Sarikei, Zokipli Kawi. - BERNAMA
  • Sibu Bakal Capai Status Bandaraya

    By Admin →
    SIBU: Cadangan serta permohonan pihak kerajaan negeri untuk mendapat pengiktirafan agar bandar Sibu mencapai status Bandaraya mendapat perhatian khusus dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Perdana Menteri mendedahkan perkara tersebut ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Malaysia, Tahun Baru Cina 2016 di Dataran bandar Sibu di sini malam tadi.

    "Meskipun cadangan itu belum dibentangkan di kabinet, namun ianya telah mendapat sokongan peribadi saya,” katanya.

    Menurutnya, pengiktirafan Sibu sebagai Bandaraya sekiranya dapat direalisasikan pasti akan memberi banyak faedah kepada kawasan sekitar.

    Bagaimana pun, beliau tidak mendedahkan bila Sibu akan mencapai status Bandaraya seperti yang dicadangkan.

    Beliau yang mengucapkan terima kasih kepada penduduk Sibu dan Ketua Menteri Sarawak atas jemputan ke majlis berkenaan menyerus agar rakyat Sibu memberi sokongan yang tidak bebelah bagi kepada Ketua Menteri dan pasukannya.

    Najib menjelaskan betapa pentingnya sokongan yang kuat terhadap sebuah kerajaan agar dapat mengusahakan banyak perkara.

    “Berilah sokongan yang kuat, bukan hanya kepada Adenan, tapi juga kepada pasukannya,

    “Kerana rakyat Sarawak perlu menwujudkan sebuah kerajaan yang kuat untuk berunding dengan kerajaan pusat,” katanya.

    “Diharap kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak nanti akan bawa negara ke arah kejayaan,” tambahnya. - Sarawakiana

  • Najib bawa Ilham Untuk Bantu Selesai Masalah - Adenan

    By Admin →

    SIBU: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menyifatkan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke Sarawak kali ini bagaikan membawa ilham untuk membantu rakyat yang sedang kesusahan.

    Menurut Adenan, dengan adanya Perdana Menteri yang memahami kesusahan dan bersimpati dengan kita, maka dapatlah kita (Sarawak) membina masa depan yang lebih baik.

    “Kita dalam masalah sekarang, negeri Sarawak sangat besar; di utara kebakaran dan kemarau, manakala di selatan mengalami masalah banjir yang berlanjutan.

    “Maka kita berharap pihak kerajaan pusat untuk sama-sama membantu menyelesaikan masalah yang berlaku, terutama berkaitan masalah perparitan yang membelenggu kita di Sarawak sehingga mengakibatkan banjir yang teruk di beberapa bahagian negeri ini,” katanya ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Malaysia, Tahun Baru Cina 2016 di Dataran bandar Sibu di sini malam tadi.

    Beliau menambah, dalam semua enam perdana Menteri Malaysia, hanya Datuk Seri Najib yang sentiasa ingin bersama rakyat Sarawak.

    “Ini terbukti dengan kekerapannya melawat pelbagai tempat seluruh pelusuk negeri ini, untuk melihat sendiri keadaan rakyat Sarawak,” ujarnya.

    Beliau turut menyelar pihak yang menganggap projek Lebuhraya Pan Boneo sebagai sekadar omong kosong.

    Jelas Adenan, mereka yang tidak percaya pembinaan Lebuhraya Pan Borneo, boleh melihat sendiri bukti proses pembinaannya yang telah pun bermula di Kuching, Sematan, Sri Aman dan Bintulu. - Sarawakiana
  • Banjir Kilat Tidak Jejaskan Operasi Hospital Umum Kuching - Dr Hilmi

    By uMieySurianie → Saturday, 27 February 2016

    BALIK PULAU: Operasi Hospital Umum Kuching di Sarawak tidak terjejas walaupun dilanda banjir kilat, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

    Beliau berkata banjir kilat itu hanya melibatkan beberapa bahagian di hospital berkenaan seperti setor, bahagian penyimpanan rekod pesakit dan farmasi.

    Kira-kira 6.30 pagi tadi, hujan berterusan menyebabkan banjir kilat dan memasuki perkarangan hospital berkenaan namun, ia tidak menjejaskan operasi hospital, katanya kepada pemberita selepas menutup majlis Media Millenia di sini, hari ini.

    Menurutnya hanya beberapa kerosakan kecil dikesan akibat banjir kilat itu.

    "Pesakit juga tidak terjejas dengan kejadian itu," katanya. - BERNAMA
  • SKMM Perkenal Inisiatif Baharu Memperkasa Lebih Ramai Rakyat Malaysia Jadi Warganegara Digital

    By uMieySurianie →

    KUCHING: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memperkenalkan inisiatif baharu dikenali sebagai Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) khusus untuk melatih lebih ramai rakyat Malaysia menjadi warganegara digital dan menyokong pembangunan sebuah negara digital bestari.

    Pengarah Kanan (Bahagian Jangkauan dan Penglibatan) SKMM Eneng Faridah Iskandar berkata masyarakat luar bandar terpilih akan diajar bagaimana untuk menggunakan teknologi dan ICT untuk meningkatkan aktiviti harian dalam sosial atau perniagaan.

    Beliau berkata fasa pertama inisiatif akan dilaksanakan di negeri ini di 10 pusat internet terpilih iaitu di Lundu, Samarahan, Simunjan, Betong, Kanowit, Mukah, Song, Bintulu, Miri dan Bau.

    "Justeru, kami sedang mencari sukarelawan berumur 18 tahun dan ke atas yang bersemangat untuk menyumbang masa dan usaha untuk membantu komuniti mereka," katanya pada sidang media di sini hari ini.

    "Kami mahu pesara, golongan profesional dari pelbagai latar belakang, pelajar universiti dan kolej menjadi sukarelawan kami yang akan diberi latihan khusus," kata beliau.

    Eneng berkata SKMM menyasarkan kira-kira 50 sukarelawan di peringkat awal dan mereka akan bertindak sebagai "nukleus perubahan" bagi komuniti masing-masing dengan menjadi jurulatih.

    "Sarawak dipilih untuk program perintis itu kerana ia mempunyai 89 Pusat Internet 1Malaysia dengan keanggotaan kira-kira 62,499 orang.

    "Ia juga mempunyai 25 Pusat Jalur Lebar Komuniti mini dan 33 Pusat Jalur Lebar Komuniti," katanya.

    Beliau berkata kadar penembusan jalur lebar bagi setiap isi rumah di negeri ini ialah 66.5 peratus pada suku pertama tahun ini yang dijangka meningkat kepada 78.3 peratus pada suku kedua.

    Eneng berkata mereka yang berminat boleh melayari laman sesawang SKMM di www.miv.mcmc.gov.my atau e-mel kepada MIV@mcmc.gov.my atau hubungi 03-86888800.

    Sementara itu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) Datuk Len Talif Salleh hari ini melancarkan program pertama di Lundu yang turut dihadiri oleh Pengerusi SKMM Datuk Sri Dr Halim Shafie. - BERNAMA
  • Kota Kinabalu Wetlands Bakal Diisytihar Tapak Ramsar Ketujuh Negara - Wan Junaidi

    By uMieySurianie →

    KOTA KINABALU: Kerajaan akan mengisytihar Kota Kinabalu Wetlands, kawasan tanah lembap di tengah pusat bandar raya ini sebagai tapak ramsar ketujuh negara, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

    Beliau berkata kementeriannya kini sedang dalam proses meneliti perkara tersebut sebelum kawasan konservasi hutan paya bakau berkeluasan 24 hektar itu dengan terdapat 90 jenis burung diiktiraf sebagai tapak ramsar.

    "Kota Kinabalu Wetlands mencukupi semua kriteria untuk didaftarkan sebagai tapak ramsar. Insya-Allah dalam masa terdekat, kita akan mendapatkan keputusan kerajaan bagi mengisytiharkan kawasan ini sebagai tapak ramsar ketujuh negara. Mungkin dalam tempoh tiga hingga empat bulan," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Tanah Lembap 2016 peringkat kebangsaan serta melancarkan buku 'A Guide to the Plants of Kota Kinabalu Wetlands' di sini, Sabtu.

    Turut hadir Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dan Presiden Sabah Wetlands Conservation Society (SWCS), Datuk Zainie Abd Aucasa.

    Wan Junaidi berkata setakat ini Malaysia mempunyai enam kawasan tapak ramsar iaitu Tasek Bera, Pahang; Tanjung Piai Pulau Kukup dan Sungai Pulai, Johor; Kuching Wetland National Park, Sarawak; dan Lower Kinabatangan-Segama Wetlands, Sabah.

    Beliau juga mahu setiap kerajaan negeri memelihara dan memulihara kawasan paya bakau kerana ia amat penting sebagai tempat pembiakan hidupan laut serta menjaga flora dan fauna.

    Katanya kerjasama kerajaan negeri dalam pemeliharaan dan pemuliharaan hutan juga adalah amat penting memandangkan negara banyak terlibat dengan konvensyen dan perjanjian antarabangsa bagi memastikan kelestarian alam sekitar.

    Dalam perkembangan berkaitan, Wan Junaidi memuji prestasi kerajaan negeri Sabah dalam menjaga hutan dan alam sekitar dengan memastikan pembangunan di negeri ini seiring dengan usaha memantapkan program pemuliharaan hutan.

    Di samping itu, beliau turut mengingatkan agensi yang terlibat dalam projek pembangunan agar tidak melibatkan kawasan pemuliharaan hutan dan tapak ramsar sebagai kawasan membangunkan projek sebaliknya perlu mencari kawasan yang lebih sesuai untuk tujuan tersebut.

    Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan peruntukan dari kementerian sejumlah RM750,000 kepada SWCS untuk kegunaan aktiviti dan program konservasi di Kota Kinabalu Wetlands.

    Kerajaan negeri pula menyumbang RM500,000 kepada SWCS. - BERNAMA
  • Kementerian Pelancongan Sedia Bekerjasama Adakan Penerbangan Langsung Ke Sabah, Sarawak

    By uMieySurianie →

    SIBU: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sedia bekerjasama dengan mana-mana syarikat penerbangan seluruh dunia untuk mengadakan penerbangan langsung ke Kuching dan Kota Kinabalu.

    Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata ia bagi memudahkan pelancong khususnya dari Eropah, Jepun, Korea dan China mengunjungi Sabah ke kedua-dua negeri itu.

    "Kita akan berusaha meningkatkan kerjasama dengan pihak ejen pelancongan untuk mengadakan penerbangan sewa khas terus ke dua destinasi itu yang kian menarik minat pelancong dari negara-negara berkenaan," katanya.

    Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Program Titik Sentuhan di Rumah Kanak-kanak Methodist Sibu sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2016 di Dataran Bandar Sibu hari ini.

    Mohamed Nazri berkata China adalah pasaran yang amat berpotensi kerana tahap ekonomi rakyatnya yang tinggi pada masa ini.

    Jumlah pelancong China yang mengunjungi negara ini meningkat dari Disember hingga Februari berikutan cuaca amat sejuk di negara berkenaan dalam tempoh itu.

    "Mereka mendapati cuaca di negara kita ini amat sesuai dengan mereka. Selain itu, penduduk di negara ini bertutur pelbagai dialek Cina termasuk Mandarin dan mereka juga sukakan landskap hutan dan hidupan liar serta kawasan pantai di Sabah dan Sarawak,"katanya.

    Malaysia adalah destinasi kesebelas paling popular dalam kalangan pelancong-pelancong asing pada tahun lepas, dan jumlah pelancong ke negara ini dijangka meningkat lagi tahun ini.

    Mohamed Nazri juga berkata Sibu dipilih sebagai tuan rumah majlis rumah terbuka itu bagi menghargai jasa Menteri Kewangan II Sarawak dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti Datuk Seri Wong Soon Koh yang telah berkhidmat selama lima penggal.

    Terdahulu, beliau menyampaikan Angpau kepada 80 penghuni Rumah Kanak-kanak Methodist, seramai 40 kanak-kanak dari Pusat Agape Sibu dan 40 anak yatim dari Pusat Kebajikan Anak-anak Yatim Sarawak di sini. - BERNAMA
  • Perlu Kaedah Baharu Atasi Banjir Kilat Di Kuching - Abang Johari

    By uMieySurianie →

    KUCHING: Sarawak akan mencari kaedah pengurusan terbaik bagi menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering melanda Bandaraya Kuching, kata Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

    Beliau berkata mesyuarat khas akan dipanggil minggu depan yang akan dihadiri pelbagai agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Majlis Perbandaran Kuching Selatan, Dewan Bandaraya Kuching Utara, Majlis Perbandaran Padawan serta wakil agensi perumahan dan hartanah.

    Abang Johari berkata kerajaan negeri memandang serius kejadian banjir kilat seperti yang berlaku di bandaraya ini hari ini kerana ia menimbulkan kebimbangan orang ramai.

    "Oleh sebab itu kaedah penyelesaian baharu yang efektif untuk jangka panjang perlu segera dicari," katanya pada sidang media di sini Sabtu.

    Menurut beliau, kaedah pengurusan banjir kilat adalah berbeza dengan pengurusan banjir biasa yang berpunca daripada limpahan air dari sungai.

    "Banjir kilat disebabkan beberapa faktor termasuk kemungkinan disebabkan proses pembinaan, longkang yang tersumbat dan tidak cukup besar untuk menangkung serta mengalir keluar air hujan yang turun," kata Abang Johari.

    Beliau berkata kajian juga perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada sistem perparitan sedia adalah efektif atau sebaliknya dan jika kurang berkesan sistem yang lebih baik perlu dilaksanakan.

    Untuk itu katanya, majlis berkuasa tempatan perlu mengkaji semula prosedur dan syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak pemaju sebelum projek mereka diberi kelulusan.

    Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak, Chok Moi Soon pula berkata kuantiti air hujan yang turun sejak malam tadi adalah luar biasa sehingga mencecah 300 milimeter di beberapa kawasan yang menyebabkan banjir kilat. - BERNAMA
  • Bomba Pindah Pesakit Di Hospital Umum Sarawak

    By uMieySurianie →

    KUCHING: Pihak Bomba dan Penyelamat membantu memindahkan enam pesakit di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini yang turut mengalami banjir kilat pagi tadi.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang, Faizal Saari berkata pesakit dipindahkan daripada Wad Berjangkit di tingkat bawah ke tingkat satu.

    Beliau berkata anggota bomba ditugaskan untuk membantu kakitangan hospital untuk memindahkan pesakit.

    "Ada pesakit yang mampu berjalan sendiri dan ada yang terpaksa dipindahkan menggunakan pengusung. Selain membantu memindahkan pesakit, anggota tersebut turut memantau keadaan serta peralatan farmasi hospital yang turut terkesan dengan banjir kilat itu," katanya kepada Bernama.

    Sementara itu Faizal berkata Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang turut terkena banjir.

    "Kawasan balai turut terkena banjir serta air memasuki bilik kawalan tetapi tiada kerosakan teruk dilaporkan. Anggota kita juga sempat memindahkan jentera ke bahagian paling tinggi di balai," katanya. - BERNAMA
  • Banjir Kilat Di Bandaraya Kuching Pulih Sebelah Petang

    By uMieySurianie →

    KUCHING: Kebanyakan tempat yang dilanda banjir kilat sekitar bandaraya ini pagi ini sudah pulih, manakala jumlah mangsa di pusat pemindahan banjir di daerah Serian terus berkurangan petang ini kepada 260 orang daripada 82 keluarga.

    Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata semua mangsa itu kini berada di Pusat Pemindahan di Dewan Masyarakat Gedong, selepas sebuah Pusat Pemindahan Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh ditutup pada pukul 3.30 petang ini.

    Beliau berkata jumlah penurunan itu agak ketara berbanding tengah hari tadi yang menyaksikan 629 orang daripada 193 keluarga berlindung di dua pusat pemindahan banjir itu.

    Sementara itu, katanya, tiada pusat pemindahan baru dibuka hari ini selepas beberapa tempat di sekitar bandaraya mengalami banjir kilat.- BERNAMA
  • Tiada Kerosakan Serius Di IPK Sarawak Akibat Banjir Kilat

    By uMieySurianie →


    KUCHING: Tiada kerosakan serius berlaku di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di Jalan Badruddin akibat banjir kilat di sekitar bandar raya ini pagi tadi.

    Jurucakap IPK Sarawak berkata hanya pejabat Bahagian Pengangkutan dan Pejabat Fail yang terkesan dengan banjir namun ia tidak menjejaskan operasi kedua-dua pejabat tersebut.

    "Kebiasaanya hanya padang kawad akan mengalami banjir kilat jika hujan turun berterusan, tapi kali ini banjir turut menjejaskan Bahagian Pengangkutan dan Pejabat Fail yang terletak berhampiran padang kawad," katanya kepada Bernama.

    Sementara itu Pegawai Turus Trafik IPK, DSP Alexson Naga Chabu menasihatkan pengguna jalan raya supaya bersabar dan mengikut isyarat anggota penguat kuasa apabila terkandas dalam kesesakan lalu lintas akibat laluan mereka dinaiki atau ditenggelami air.

    Beliau meminta mereka supaya mengguna jalan alternatif dan jangan meredah jalan yang dinaiki air.- BERNAMA
  • Akibat Hujan Lebat, Pusat Bandar Raya Kuching Dinaiki Air

    By uMieySurianie →

    KUCHING: Hujan lebat yang turun sejak awal pagi tadi mengakibatkan banyak kawasan di sekitar bandar raya ini dinaiki air dan jalan raya menjadi sesak kerana kenderaan tidak dapat melaluinya.

    Sehingga pukul 11.30 tengah hari, hujan lebat masih dilapor berlaku yang membabitkan beberapa kenderaan rosak dan ditinggalkan di tengah jalan yang ditenggelami air.

    Antara kawasan yang didapati dinaiki air ialah Hospital Umum Sarawak (HUS), Ibu Pejabat Polis Kontinjen di Jalan Badaruddin, Balai Bomba Padungan, Fakulti Perubatan Unimas, kampus UiTM Samarahan dan Padang Merdeka.

    Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata pihaknya turut memindahkan pesakit yang berada di tingkat bawah HUS ke tingkat lebih atas.

    Beliau berkata sehingga kini pihak bomba menerima tidak kurang dripada 17 panggilan kecemasan setiap sejam mengenai banjir, sejak pukul 6 pagi. Kawasan lain yang turut terlibat ialah Kampung Selipar Putus, Kampung Tabuan Dayak, Padungan, Batu Lintang, kawasan perumahan di Samarahan dan beberapa kampung di daerah Bau.

    Farhan Sufyan berkata satu kejadian tanah runtuh turut dilapor berlaku di Km 18, Jalan Serian Tebedu yang mengakibatkan laluan itu terputus. Beberapa penduduk yang tinggal sekitar pinggir sungai terutama di bahagian Kuching dan Serian telah dipindahkan yang jumlahnya masih belum dipastikan. - BERNAMA
  • Keputusan STPM Diumum Rabu Ini

    By uMieySurianie →

    KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2015 akan diumumkan Rabu ini. Majlis Peperiksaan Malaysia memaklumkan calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari.

    Bagi calon persendirian individu, mereka akan memperolehnya melalui pos. Calon juga boleh menyemak keputusan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT dan menghantarkannya ke 15888.

    "Calon juga boleh menyemak keputusan secara dalam talian dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada tarikh berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

    Pada peperiksaan STPM tahun lalu, seramai 41,987 calon menduduki peperiksaan ini di 742 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

    Daripada jumlah itu, seramai 41,544 atau 98.94 peratus adalah calon sekolah kerajaan; 295 (0.70 peratus) calon sekolah swasta; 140 (0.33 peratus) calon persendirian individu dan lapan atau 0.02 peratus adalah calon sekolah kerajaan negeri. - BH

  • Kestabilan Politik Negara Akan Dipertahankan - PM

    By uMieySurianie →
    Foto Ghazali Kori

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan menyanjung tinggi demokrasi berparlimen dan kestabilan politik, bukannya bersifat kuku besi dan mengamalkan pendekatan diktator.

    Perdana Menteri berkata, negara mengutamakan kestabilan politik dan mengembalikan kepada rakyat untuk memilih kerajaan bila tiba masanya.

    "Kerajaan memberi jaminan kestabilan politik negara akan kekal dan dipertahankan.

    "Siapa cakap kerajaan akan tumbang? Sedangkan bajet dan Rang Undang-Undang dapat diluluskan di Parlimen. Rakyat tidak perlu bimbang," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kompleks Komuniti Muhibbah dan Kenduri 1Wilayah Persekutuan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah di sini sebentar tadi.

    Kompleks kemasyarakatan bernilai RM8 juta itu memanfaatkan 10,693 penduduk setempat.

    Dalam pada itu, Perdana Menteri mahu masyarakat bekerjasama dengan kerajaan dan pasukan keselamatan untuk memerangi keganasan dan ekstremisme.

    Perdana Menteri berkata, masyarakat perlu bersatu menentang keganasan dan menolak ekstremisme. "Tanpa keselamatan sudah tentu rakyat tidak dapat tidur nyenyak dan tidak tenteram," katanya. - BH

  • Ustaz Kazim Keluar Hospital

    By uMieySurianie →

    Foto Balqis Jazimah Zahari
    IPOH: Pendakwah bebas, Datuk Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, dibenarkan keluar Hospital KPJ-ISH Ipoh, tengah tadi.

    Beliau dibenarkan keluar jam 12 tengah hari dan dibawa balik ke rumahnya di Kampung Manjoi, dengan diiringi abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias.

    Ustaz Kazim yang kelihatan masih lemah, dibawa keluar menggunakan kerusi roda.

    Sebelum itu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, melawat Ustaz Kazim dan meluangkan masa kira-kira 10 minit untuk bertanya khabar.

    Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ahmad Husni berkata apabila mendapat tahu Ustaz Kazim menghadapi masalah jantung, beliau turut berkongsi kebimbangan dengan orang ramai.

    Beliau yang sudah lama mengenali Kazim, berkata pihak hospital memaklumkan bahawa Ustaz Kazim perlu berehat dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan.

    "Terima kasih kepada doktor yang merawatnya dan beliau ada masa tiga bulan untuk berehat. (Sebelum ini) Sebagai pendakwah, tiada masa untuk berehat dan tempoh ini beri peluang kepadanya berehat bersama keluarga," katanya. - BH

  • Kementerian Perinci Cadangan Beri Ruang Mat Rempit Berlumba

    By uMieySurianie →
    GAMBAR HIASAN

    KUALA TERENGGANU – Kementerian Pengangkutan akan membuat kajian terperinci berhubung cadangan mahu membenarkan golongan mat rempit berlumba di jalan raya di ibu negara kerana perkara itu akan melibatkan banyak pihak dengan risiko tertentu.

    Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kajian menyeluruh perlu dilakukan untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang bakal berlaku di kawasan yang dikhaskan untuk mat rempit itu selain risiko kemalangan melibatkan golongan itu.

    “Paling mustahak jika cadangan itu dilaksanakan, pihak terlibat perlu mengenal pasti penutupan kawasan-kawasan tertentu untuk aktiviti perlumbaan di jalan raya perlu memenuhi syarat keselamatan yang ditetapkan.

    “Saya rasa semua pihak perlu tahu menunggang motosikal dengan laju boleh membunuh jadi cadangan itu perlu dikaji dengan mendalam…keselamatan penunggang amat penting dan pendapat saya lebih elok sekiranya merekapergi ke tempat yang lebih selamat contohnya ke litar F1 di Sepang kerana kalau menunggang secara laju di bandar raya adalah tidak digalakkan,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk kerajaan menyediakan litar perlumbaan motosikal di kawasan tertentu di ibu negara untuk anak muda yang berminat berlumba.

    Cadangan itu akan dilakukan dengan penutupan jalan kepada kereta selama beberapa jam di jalan yang akan dikenal pasti bertujuan memberi pilihan kepada golongan muda untuk melakukan aktiviti perlumbaan secara lebih baik berbanding perlumbaan haram yang dilakukan sekarang.

    Terdahulu, beliau merasmikan Karnival Chap Goh Mei di Kampung Cina di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi MCA negeri Terengganu, Datuk Toh Chin Yaw.

    Ditanya mengenai kenyataan Ketua Polis Negara Tan Dri Khalid Abu Bakar untuk mengheret mereka yang memandu tanpa lesen ke mahkamah, beliau berkata cadangan itu sangat bernas untuk keselamatan pengguna jalan raya.

    “Ini bukan soal hendak denda rakyat Malaysia, tetapi kita sayang rakyat Malaysia dan penguatkuasaan seperti ini diharap mampu mendidik masyarakat untuk mematuhi undang-undang jalan raya,” katanya. – BERNAMA
  • Mangsa Banjir Kekal 631, Hujan Lebat Kembali Cetus Kebimbangan

    By uMieySurianie →

    KUCHING: Jumlah mangsa banjir di daerah Serian, Sarawak, kekal 631 orang daripada 195 keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan.

    Namun hujan lebat sekitar bahagian Kuching sejak awal pagi ini mencetuskan kebimbangan kemungkinan banjir kembali ke kawasan rendah terutama di sini, Serian dan Samarahan.

    Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata hujan lebat terutama di beberapa tempat sekitar Kuching pagi ini mengakibatkan banjir kilat di tempat rendah.

    Beliau berkata ketika ini agensi yang berkaitan sedang memantau rapi kawasan rendah di pinggir bandar raya yang sebelum ini sering dilaporkan dinaiki air seperti di Taman Malihah, Taman Desa Wira, Kampung Sinar Budi dan Batu Kitang.

    Katanya pemantauan lebih rapi diberikan kepada kawasan penempatan yang terletak di pinggir sungai.

    Bagaimanapun menurutnya setakat ini tiada pemindahan baharu dan dua pusat pemindahan yang masih aktif ketika ini ialah di Dewan Masyarakat Gedong dan Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh.

    Sementara itu, tinjauan mendapati kesesakan teruk berlaku di beberapa tempat di sekitar bandar raya apabila beberapa jalan tidak dapat dilalui akibat dinaiki air.

    Antaranya ialah sekitar jalan di Padang Merdeka, kawasan sekitar Hospital Umum Sarawak, Jalan Padungan, Jalan Laksamana Cheng Ho, Jalan Batu Lintang dan Jalan Padungan. - BERNAMA
  • PM, TPM Lawat Sarawak

    By uMieySurianie →

    KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan di Dataran Sibu, malam ini dalam lawatan kerja dua hari beliau ke Sarawak, mulai hari ini.

    Jadual lawatan kerja beliau diteruskan pada jam 10 pagi esok dengan menghadiri Majlis Sejiwa Senada di Saratok yang terletak kira-kira 115 kilometer dari Sibu seterusnya menunaikan solat Zohor berjemaah di Masjid Besar Saratok sebelum bergerak ke Rumah Panjang Jawang di Julau, untuk menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri pada jam 2 petang.

    Selesai majlis di Julau, beliau akan menaiki helikopter terus ke Kuching untuk mengakhiri lawatan kerja dua hari ke Sarawak dengan melawat Kampung Rantau Panjang di Batu Kawa pada jam 3.50 petang.

    Kampung berkenaan antara yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini. Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula dijadual mengadakan lawatan kerja sehari ke Lawas, bahagian pentadbiran negeri di kawasan paling utara Sarawak, esok.

    Jadual lawatan beliau akan dimulakan dengan mengunjungi Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas pada jam 9 pagi, seterusnya menghadiri Majlis Hari Anti Dadah peringkat kebangsaan di Stadium Tertutup Lawas, pada jam 9.30 pagi.

    Pada jam 2 petang, Ahmad Zahid dijadual merasmikan Sekolah Kebangsaan Sundar sebelum mengakhiri lawatan dengan mengunjungi projek perumahan rakyat miskin, Rimbunan Kasih di Lawas pada jam 3 petang. - BH

  • Kuching Dilanda Banjir Lagi

    By uMieySurianie →

    KUCHING: Beberapa kawasan rendah di sekitar bandar raya dilanda banjir kilat pagi ini berikutan hujan lebat berterusan sejak tengah malam tadi.

    Antara kawasan terjejas jalan di Padang Merdeka, Taman Malihah, Jalan Tun Openg dan Batu Lintang.

    Beberapa kenderaan turut tersadai di kawasan terjejas banjir.

    Ketua Zon Kuching, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Tiong Ling Hii, berkata semua balai bomba sudah diarah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

    "Setakat ini kami belum menerima panggilan kecemasan namun rondaan sudah dijalankan," katanya.

    Hujan yang berterusan itu dikhuatiri menyebabkan paras air sungai kembali meningkat.

    Ini kerana banjir di Kuching baru pulih pada Rabu lalu dengan mangsa banjir dibenar pulang ke rumah masing-masing.

    Hanya dua pusat pemindahan di Bahagian Serian iaitu Dewan Masyarakat Gedong dan Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh yang masih menempatkan 195 keluarga yang membabitkan 631 mangsa banjir. - BH