Wow! Bos AirAsia Hadiahkan Kereta BMW Kepada Kapten

3adbc47100000578-0-image-a-2_1480495062141
BOS contoh! Itu pujian yang selayaknya diterima oleh bos syarikat penerbangan tambang murah AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes ini.

Mana tidaknya, dia bukan sahaja menyayangi para pekerjanya tetapi juga sangat menghargai kesetiaan mereka terhadap AirAsia.

Buktinya, baru-baru ini Tony telah berbesar hati menghadiahkan sebuah kereta mewah, BMW hybrid kepada salah seorang kapten yang dikenali sebagai Kapten Omar

Menurut Tony, Kapten Omar telah bersama AirAsia selama 20 tahun sebulan.

“Saya dan @din.meranun (Datuk Kamarudin Meranun – CEO AirAsia) membuat keputusan untuk menghadiahkan dia BMW hybrid.

“Kami mempunyai juruterbang yang hebat sebagaimana dicontohi oleh Kapten Omar. Nikmati kapten dan terima kasih kepada semua juruterbang saya yang menakjubkan,” tulisnya menerusi laman Facebook.

Tony turut memuat naik gambarnya memeluk erat Kapten Omar berlatarbelakangkan sebuah kereta BMW yang berwarna putih.

Sementara itu, rata-rata netizen memuji sikap Tony dan Kamarudin yang disifatkan tidak memandang pekerja sebagai ‘kuli’ sebaliknya aset.

Pun begitu, ada juga netizen percaya penghargaan itu diberikan kepada Kapten Omar berdasarkan percapaiannya dalam syarikat itu. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA