VIDEO: Kereta Sekolah Memandu 'Port' Seks


VIDEO jelik pelajar lelaki dan wanita selamba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kenderaan sekolah memandu menjadi viral menerusi media sosial China.

Insiden yang dirakam di bandar Linyi, wilayah Shandong itu memaparkan kenderaan milik sebuah sekolah memandu yang berwarna putih di parkir di tepi jalan.

Keadaan di dalam kereta yang berkabus sehingga menyukarkan untuk melihat dengan jelas individu yang berada di dalam kenderaan tersebut.

Namun kelibat seorang lelaki dirakam menaikkan cermin tingkap kenderaan tersebut ketika seorang wanita mendekatinya dengan kerusi di bahagian pemandu tertolak ke belakang.

Setelah tersebarnya video tersebut, sebuah laman tempatan mendapatkan penjelasan daripada institut pemanduan berkenaan memandangkan namanya tertera pada kenderaan tersebut.

Walau bagaimanapun, pengetua sekolah memandu itu, Hu Zhiqiang menafikan dan menegaskan bahawa kedua-dua pelajar tersebut sekadar ‘berbual’ sahaja.

Tambahnya lagi, tenaga pengajar yang bertanggungjawab memantau pelajar itu hanya meninggalkan mereka sebentar sahaja dan mereka hanya berborak semasa insiden itu dirakam.

Akibat tersebarnya video itu, Zhiqiang mendakwa institut memandunya mendapat reputasi buruk di samping hak privasi pasangan pelajar terbabit dicabuli gara-gara video itu. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA