Syarikat Austria Cipta "Kasut' Untuk Kuda




Selama lebih 2,000 tahun, ladam kuda yang diperbuat daripada besi menjadi satu-satunya pelindung tapak kaki kuda untuk berlari di permukaan yang kasar dan keras.

Namun seiring dengan peredaran zaman, syarikat beribu pejabat di Austria, Megasus tampil dengan teknologi baharu bagi menggantikan ladam kuda apabila menghasilkan "kasut" khas buat haiwan itu.

Megasus Horserunners merupakan kasut pertama yang dicipta khas untuk kuda dan pengasas syarikat itu, Charly Forstner adalah individu yang menyumbang idea unik tersebut.

Menurut Forstner, pengalamannya bekerja di pemeriksa kuda di Austria mendapati lebih 50 peratus kuda terpaksa 'dimatikan' gara-gara mengalami masalah kaki.

Malah beliau menghabiskan masa selama 20 tahun untuk mencari pengganti bagi ladam kuda yang boleh menjejaskan kaki haiwan tersebut.

Pada awalnya, Forstner tampil dengan ciptaan yang diperbuat daripada plastik iaitu Dynamix dan Easywalker tetapi kemudiaan dia menghasilkan produk yang lebih baik untuk melindungi tapak kaki kuda iitu Megasus Horserunners.

Walaupun ladam kuda memiliki ketahanan dan boleh diubahsuai, tetapi peralatan besi itu masih mempunyai kelematan termasuk berat, mengekang pergerakan, tidak menganjal dan penggunaan paku yang boleh merosakkan tapak kaki kuda.

Namun menerusi Megasus Horserunners, produk itu mudah dipasang pada tapak kaki kuda selain sesuai digunakan di kawasan permukaan tanah yang tidak rata. - Mstar

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA