Siapa Yang Akan Menjahanamkan BN Sarawak Pada PRU-14 ?


Politik di Sarawak sudah mengikut jejak langkah politik di Semenanjung apabila berlakunya hipokrit dalam toleransi yang sering diwar-warkan oleh pemimpin.

Apa ertinya toleransi jika tidak memahami pengertian toleransi sebenar walaupun berada dalam kumpulan yang sama seperti Barisan Nasional Sarawak. Segala isu yang musykil sepatutnya dibincang dalam suasa keluarga sebelum mengeluar kenyataan kepada umum.

Apa yang menjadi persoalan sejak kebelakangan ini, isu Rang Undang-Undang 355 atau Pindaan Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) Akta 1965 telah menjadi isu besar yang walaupun pelbagai penjelasan yang jelas oleh pemimpin Islam menyatakan ia bukanlah Hukum Hudud seperti apa yang di dakwa oleh DAP dan pembangkang.

Dalam parti komponen BN Sarawak sendiri masih ada parti komponen yang masih menegakkan bahawa RUU 355 adalah Hukum Hudud sehingga berani melontar pandangan kepada umum. Dari kenyataan tersebut melihat di mana letaknya toleransi dalam BN Sarawak sendiri ?

Kenapa pemimpin berkenaan tidak menggunakan ruang yang selesa untuk membincangkan hal tersebut secara satu pasukan atau keluarga sedangkan akses tersebut lebih memihak kepada pemimpin tersebut untuk membuka pintu perbincangan.

Apa dilihat dan dikaji, parti komponen BN Sarawak berkenaan memang tidak dinafikan mencatat kemenangan besar pada pilihanraya yang lepas sehingga bersikap seolah-olah besar kepala sedangkan hakikatnya di sebalik kemenangan besar majoriti undi secara keseluruhan telah menurun begitu banyak. Adakah itu boleh dijadikan untuk menjadi besar kepala dan membelakangkan toleransi.

Yang menarik dan lebih positif serta memahami isu berkenaan RUU355 ialah Presiden Parti Rakyat Demokrasi Sarawak (SPDP) Dato' Sri Tiong King Sing. Beliau lebih terbuka fikiran bahawa menyatakan RUU355 tiada kena mengena dengan penganut agama lain.

Malah terang dan jelas Tiong menyatakan RUU355 tiada unsur mengkhianati penganut agama lain di negara ini.

Bukankah pemahaman seperti Tiong sepatutnya menjadi contoh kepada pemimpin parti dalam komponen BN sebelum membuat kenyatan yang boleh mengelirukan rakyat.

Jika pemimpin berkenaan terus mengamalkan sikap sedemikian, tidak mustahil intipati kenyataan seterusnya akan menjadi penyebab jahanamnya Barisam Nasional pada PRU ke 14 akan datang di Sarawak.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA