Sejarah Hitam Rohingya Myanmar Pengajaran Buat Malaysia

Beruntungnya warga Malaysia yang berbilang kaum dan agama dapat hidup aman tanpa ada penindasan terhadap mana-mana agama walaupun Malaysia menjadikan Islam sebagai agama rasmi seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan.

Myanmar yang hanya memiliki beberapa etnik tetap berlaku penindasan dan penghapusan Etnik Rohingya beragama Islam. Myanmar sebuah negara yang majoriti menganut agama Buddha sukar untuk membentuk persefahaman walaupun tidak mempunyai kaum dan agama yang berbeza namun tetap mengambil langkah menghapus dan membunuh kaum Rohingya Islam disebabkan tidak seagama dan berbeza Etnik.

Tidak seperti Malaysia, walaupun berbagai cara agenda menjatuhkan kepimpinan hari ini serta cuba mengambil pendekatan menghina agama Islam dan sebagainya, pemimpin dan masyarakat Islam Malaysia masih mampu bertindak rasional. Tidak perlu melakukan pembunuhan dan penghapusan kaum dan agama. Hanya mengambil pendekatan menggunakan undang-undang untuk mensabit kesalahan pelaku yang menghina agama Islam dan cuba membawa sebaran berunsur hasutan.

Betapa beruntungnya warga bukan agama Islam yang menjadi warganegara kerana masyarakat Islam di Malaysia begitu menekankan ajaran Islam sebenar dengan tidak memilih corak ekstrim untuk menentang para penghina Islam. Mengamalkan rukun negara secara betul menyebabkan masyarakat Islam bertolak ansur serta ajaran Islam sendiri tidak membenarkan kekerasan, kezaliman dan sebagainya berlaku terhadap penganut agama lain.

Kebijaksanaan pemimpin dan rakyat Islam Malaysia bertindak lebih efisyen serta rasional tidak menggunakan kekerasan menyebabkan warganegara penganut agama lain selesa menduduki bumi bertuah ini kerana menjadikan Rohingya dan negara lain yang bergolak sebagai contoh musnah sebuah negara apabila bertindak secara agresif dan ekstrim.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA