Sanggup Belanja RM650K, Mahu Muka Seperti Jack Ma


BEIJING: Seorang pemuda dari wilayah Shenzhen baru-baru ini membelanjakan 1 juta yuan (RM650,000) untuk membolehkan dia mempunyai wajah seperti bilionair, Jack Ma.

Biasanya, pembedahan plastik yang dilakukan bertujuan untuk dilihat seperti bintang filem terkenal.

Bagaimanapun, Huang Jian membuat pilihan berbeza, menjalani pembedahan untuk kelihatan seperti Ma, pengasas Alibaba, antara orang paling kaya di China dan di dunia.

Jian berkata, antara tujuan dia membelanjakan sejumlah besar wang untuk menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan itu ialah supaya dia boleh menemui Ma, lapor akhbar People’s Daily.

Dia yang bekerja sebagai jurujual merancang memasuki Universiti Hupan, kolej swasta di Hangzhou yang dibuka Ma untuk mengajar usahawan muda cara memulakan perniagaan mereka.

Jian mungkin tidak bernasib baik kerana terpaksa membelanjakan wang dan menjalani pembedahan untuk kelihatan seperti Ma.

Seorang pengawal keselamatan menjadi popular tahun lalu selepas gambarnya yang mempunyai iras bilionair itu tersebar di Internet. Satu-satunya masalah ialah dia kelihatan sedikit lebih kacak daripada Ma. - Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA