Pergaduhan Tercetus Angkara Potong Barisan


RAKAMAN video memaparkan seorang lelaki menghalang seorang wanita cuba untuk memotong barisan di stesen kereta api telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warga China.

Video yang tersebar menerusi laman sesawang Weibo itu dimuat naik oleh Pear Video yang dirakam di stesen kereta api Shijiazhuang, wilayah Hebei pada 29 November lalu.

Menurut potal tempatan negara itu, wanita muda yang tidak dinyatakan identitinya kelihatan tergesa-gesa untuk menaiki kereta api lalu bertindak memotong barisan untuk mengambil tiketnya di mesin tiket.

Malah wanita tersebut berbuat biadap demikian tanpa mendapatkan kebenaran daripada pengguna lain yang turut sama beratur panjang di hadapan mesin tersebut.

Seorang lelaki berketinggian 6 kaki bertindak menghalang wanita berkenaan dari memotong barisan dan kedua-duanya dilihat bergelut dalam pergaduhan sambil disaksikan orang awam .

Pada mulanya lelaki tersebut hanya memegang pergelangan wanita itu untuk menghalang daripada menggunakan mesin tiket itu namun wanita berkenaan melawan.

“Lepaskan saya,” jerit wanita itu.

Kemudian lelaki itu dilihat menolak muka wanita itu beberapa kali sebelum orang awam cuba untuk meleraikan pergaduhan tersebut namun tidak berjaya sehinggalah pihak polis datang membantu.

Video yang tersebar telah menarik ribuan komen termasuk dari laman Weibo. Rata-ratanya bersetuju dengan tindakan lelaki berkenaan yang menghalang wanita itu dari memotong barisan.

Salah seorang netizen berkata,”Jika saya adalah lelaki itu, saya akan tampar wanita itu dua kali.”

Manakala yang kedua pula berkata ” Dia (wanita) tidak mematuhi peraturan dan patut ‘diajar’.” – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA