Pencipta Burger Big Mac Meninggal Dunia



PENCIPTA burger `Big Mac’ iaitu salah satu hidangan makanan segera yang paling ikonik di McDonald, telah meninggal dunia pada usia 98 tahun.

Michael “Jim” Delligatti, yang disifatkan sebagai seorang lagenda, telah menghasilkan menu berkenaan pada 1967.

Beliau telah mencadangkan supaya bahan-bahan dalam burger itu ditambah, untuk menjadikan burger itu lebih besar.

Jim memiliki restoran makanan segera itu di Amerika Syarikat pada 1950-an. Beliau mencipta menu Big Mac itu di restorannya di Uniontown di Pennsylvania.

Selepas mencipta burger berkenaan, Jim telah membuka 48 cawangan McDonald, menjadikan beliau sebagai salah seorang franchise terbesar dalam sejarah syarikat restoran segera tersebut. – mynewshub.cc

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA