Pemain Maut Lepas Seminggu Diberitahu Bakal Jadi Ayah


KURANG daripada seminggu selepas mengetahui bakal menjadi ayah, pemain kelab bola sepak Chapecoense, Tiago da Rocha Vieira maut dalam nahas pesawat di Colombia, pada Isnin lalu.

Satu rakaman video yang memaparkan kegembiraan Tiago, 22 tahun; yang ddilihat cukup gembira dan teruja apabila diberitahu akan menjadi bapa oleh rakan sepasukannya.

Video tersebut yang dirakam Rabu minggu lalu iaitu lebih kurang seminggu sebelum nahas malah ia menjadi viral menerusi laman sosial.

Dalam video tersebut, Tiago kelihatan gembira apabila diberitahu bakal menjadi ayah oleh rakan sepasukannya dan menjerit serta memeluk kegembiraan.

CNN melaporkan, Tiago yang berkahwin dengan Graziele pada Disember tahun lalu sememangnya mengimpikan anak dalam kehidupannya.

Sepupu Tiago, Gilmara Marins berkata, keluarga masih lagi dalam tempoh berkabung namun bersyukur dan gembira untuk menyambut kelahiran bayi Tiago.

“Kehamilan isterinya adalah keajaiban untuk kami. Sekurang-kurangnya ada peninggalan Tiago untuk kami sekeluarga.

“Dia (Tiago) mahu menjadi bapa. Saya gembira dia mendapat berita ini sebelum pergi,” katanya memberitahu CNN.

Usia kandungan Graziele sudah berusia lebih sebulan dan pasangan tersebut dikatakan akan menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka dalam tempoh dua minggu lagi, namun tidak berkesempatan untuk menyambutnya bersama.

Dalam nahas pada Isnin, kapal terbang membawa 81 penumpang termasuk pemain kelab Chapecoense dari Brazil terhempas di wilayah Medellin di Colombia.

Seramai 76 orang maut manakala lima terselamat dalam nahas tersebut selepas pesawat tersebut ditemui di lereng bukit 50 kilometer di luar bandar berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa José María Córdova .

Pasukan itu sepatutnya menentang Atletico Nacional dalam perlawanan akhir pertama (first leg final) kejohanan Copa Sudamericana. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA