Pelanggan Snap Gambar Tikus Di Kaunter Restoran


SEORANG pelayar laman sosial memuat naik video rakaman yang menunjukkan seekor tikus bersembunyi dan lari di bahagian kaunter sebuah restoran makanan segera di Petaling Jaya.

Dalam video berkenaan yang dimuatnaik ke laman Facebook, rakaman bermula selepas pelayar berkenaan menyedari ekor seekor tikus terjuntai dari ruang meja kaunter.

Video kedua yang dimuatnaik pula dengan jelas menunjukkan tikus berkenaan keluar dari tempat persembunyian dan terjatuh lalu melarikan diri.

Rakaman tersebut telah dikongsi hampir 700 pelayar laman sosial dan pelayar berkenaan dinasihatkan membuat aduan rasmi kepada jabatan yang bertanggungjawab.-SH

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA