Muslihat Dong Zhong Disebalik Sekolah Cina


Post saya sebelum ini adalah tentang sekolah-sekolah vernakular, saya tidak mengulas lanjut mengenai peranan organisasi jahat iaitu Dong Zhong (DZ) dalam memastikan perpecahan kaum akan sentiasa berlaku di Malaysia.

Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa DZ mengambil berat tentang pendidikan Cina atau pendidikan secara umum, ianya semua tentang $$$$. Sepatutnya mereka menyelesaikan masalah dalaman yang berlaku dalam DZ pada tahun lepas. Malangnya, mereka tidak mengambil apa-apa tindakan pun untuk menyelesaikan masalah tersebut selain daripada memperjuangkan kepentingan peribadi bermati-matian.

Tidak kira kumpulan manapun yang bakal menang, DZ adalah salah SATU DARIPADA DUA organisasi di Malaysia yang akan memastikan bahawa perpecahan kaum akan sentiasa berlaku. Lebih-lebih lagi DAP. Ini kerana ia adalah satu-satunya cara bagi mereka untuk terus berkuasa. Itulah matlamat terbesar mereka. DZ adalah sama seperti PERKASA dimana kedua-duanya akan terus mencari helah untuk menyemarakan lagi ketidakpercayaan antara kaum di negara ini.

Semakin banyak isu perpecahan kaum berlaku, semakin tinggi permintaan untuk membuka sekolah-sekolah Cina. Jadi lebih banyak sekolah Cina dibuka bermakna mereka akan jadi lebih berkuasa dan lebih banyak $$$ akan masuk ke dalam poket mereka. Ia bukan sains roket.

Jika kerajaan masih ingin meneruskan sistem sekolah vernakular, saya cadangkan supaya DZ dibubarkan. Semua cara pentadbiran sekolah Cina di Malaysia diuruskan oleh jabatan di bawah Kementerian Pelajaran. Jika perlu, kita ambil khidmat perunding pendidikan dari China, Taiwan, Singapura, HK dan lain-lain orang yang tidak mempunyai kepentingan politik di negara ini.

Keluarkan semua yang terlibat dengan Dong Zhong dari sistem politik dan pendidikan kita. Jangan libatkan pendidikan dengan politik. Pendidikan mesti diuruskan oleh sebuah pertubuhan yang neutral, professional dan bebas dari politik.

Ini adalah satu-satunya cara yang kita boleh gunakan untuk mencegah pendidikan Cina daripada terus dipolitikkan. Sekolah-sekolah Cina dan pelajarnya telah digunakan bagi mencapai agenda politik masing-masing. Saya pasti kualiti pendidikan akan ditingkatkan, kursus-kursus dan kaedah pengajaran yang ditawarkan oleh sekolah-sekolah vernakular tidak akan bertentangan dengan matlamat negara 1Malaysia dan Muhibbah.

Walau apa sekalipun kita tidak boleh membiarkan ideologi Dong zhong ini dilaksanakan dalam sistem pendidikan Cina di Malaysia. Jika ianya menular, bukan sahaja kerajaan malahan semua parti politik di Malaysia ini terpaksa mengikut telunjuk penyamun-penyamun ini yang mengelarkan diri mereka sebagai pendidik dan pemimpin rakyak.

#Ditulis oleh Danial Goh

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA