Muka Hensem Tapi Sayang Panjang Tangan


MUKA hensem tapi sayang… panjang tangan! Demikian antara luahan netizen yang kecewa apabila membaca kes seorang lelaki curi empat unit iPhone 7 di sebuah kedai telefon di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur.

Suspek yang dikenali sebagai Nazbukhari Nazlan, 24, menjadi viral di media sosial selepas seorang netizen, Faris Fared memuat naik video CCTV dan gambar mendakwa lelaki itu telah mencuri iPhone tempat kerjanya, semalam.

Menurut Faris, suspek yang berasal dari Ampang, Selangor baru sehari sahaja bekerja di premis berkenaan.

Status yang dimuat naik Faris sekali gus mendapat perhatian memandangkan suspek merupakan lelaki kacak dan berbadan sado.

“Beb. Lu muka ada beb. Sayangnyaa. Haha muka dengan otak tak sama,” tulis Nurul Asyikin.

“Muka hensem tapi bengap,” tulis Syahida Haris

“Halah halah halahai,,harap muka je ensem ckit.. tapi.. pencopet… haish!” tulis Nadzirah Mohamad.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Tuan Sukri Kaman mengesahkan menerima laporan berhubung kes kecurian tersebut.

“Siasatan awal melalui rakaman CCTV mendapati saspek dilihat telah mengambil 2 unit handphone iPhone 7 (128gb) warna hitam dan 2 unit lagi berwarna hitam jed.

“Jumlah kerugian dianggarkan lebih kurang RM 14,796.00.

“Saspek masih diburu oleh pihak Polis. Kes disiasat dibawah seksyen 381 Kanun Keseksaan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA