Mengamuk Kerana Foto Bogel Disiar Tanpa Izin



Selain kejelitaan wajahnya, aktres berbakat Emily Ratajkowski juga sering menjadi perhatian dek kerana bentuk badannya persis seorang model.

Namun baru-baru ini bintang berusia 25 tahun ini meluahkan rasa marah beliau di laman sosial terhadap jurufotonya, Jonathan Leder .

Laporan Daily Mail menyebut, Emily Ratajkowski mengecam Jonathan kerana tidak meminta izin daripadanya terlebih duhulu sebelum menyiarkan foto-fotonya tanpa busana.

Menerusi status yang ditulisnya di Twitter, Emily menganggap perbuatan fotografernya itu sebagai melampau kerana menyiarkan sebanyak 71 keping gambarnya (sebelum ini tidak pernah disiarkan lagi) yang pernah dirakamkan sekitar tahun 2012.

Selain itu, Leder didakwa sudah melancarkan koleksi foto hasil bidikan kameranya dalam sebuah buku di Imperial Pictures Publishing. Malah, kebanyakan gambarnya juga telah diulang pakai secara besar-besaran oleh berbagai platform media dan majalah.

Buku serta foto-foto tersebut dilancarkan pada minggu lalu. Sebelum itu, bintang filem We Are Your Friends ini berusaha mengelak bercerita tentang buku tersebut dengan harapan Jonathan tidak akan melancarkannya.

Namun memandangkan fotografer tersebut tetap melakukan tanpa tanpa izin, Emily akhirnya merasakan dia perlu bersuara dan mengambil tindakan undang-undang.- MD

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA