Kolaboratif PDRM, restoran mamak laksana GTSP perluas lokasi selamat


KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang untuk mengadakan kolaborasi dengan pengusaha restoran mamak beroperasi 24 jam bagi melaksanakan inisiatif ‘Go To Safe Point’ (GTSP) atau pergi ke tempat selamat.

Ketua Penolong Pengarah Pendataan/Analisa Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Sun Teoh Tia berkata, kerjasama itu bagi melaksanakan inisiatif GTSP penting dalam mewujudkan lebih banyak lokasi selamat untuk orang awam mendapatkan bantuan kecemasan.

“Mengenai perancangan pada masa hadapan, kita mahu dan berharap dapat menjalinkan kolaborasi dengan pengusaha premis restoran mamak mempunyai banyak cawangan dan beroperasi 24 jam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis kursus GTSP antara PDRM dengan Petornas Zon Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Sun menjelaskan semua 88 stesen minyak Petronas dan Shell seluruh Sarawak melaksanakan inisiatif GTSP.

“Dengan terlaksananya kursus GTSP di Kuching ini, maka lengkaplah siri kursus ini, semua 1,067 stesen minyak Petronas di seluruh Malaysia telah mengikuti kursus dan menjadi rakan GTSP,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai inisiatif GTSP itu, beliau berkata, ia telah dilaksana sejak 2013 melibatkan empat syarikat minyak di negara ini iaitu 560 stesyen Petron, 11 stesyen BHPetrol, 960 stesyen Shell dan 1,067 stesyen Petronas.-UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA