Indonesia Tumpaskan Sindiket Dadah Antarabangsa Dari Malaysia



JAKARTA: Indonesia Tumpaskan Sindiket Dadah Antarabangsa Dari MalaysiaPolis Indonesia menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa dari Malaysia yang menggunakan laluan di sempadan Kalimantan dengan tertangkapnya seorang lelaki warga Malaysia, semalam.

Lelaki berusia 41 tahun itu dipercayai cuba menyeludup dadah ke negara itu apabila polis menemui 19.27 kilogram syabu dan 1,995 pil ecstasy dalam tempat simpan barang kereta Proton yang dipandunya di desa Badau, Daerah Kapuas Hulu di Kalimantan Barat.

Menurut laporan media dalam talian hari ini, lelaki itu ditahan dalam satu pemeriksaan sempadan ketika memasuki Indonesia.

Ketua Penerangan Komander Daerah Militer XII Tanjungpura, Tri Rana Subekti dipetik sebagai berkata di Pontianak hari ini, polis turut merampas wang tunai Rp2.11 juta (kira-kira RM600), lebih RM5,000 dan sebuah telefon bimbit daripada lelaki berkenaan.

Katanya, berdasarkan dokumen peribadi, suspek itu berasal dari Perlis dan kini ditahan di Balai Polis Kapuas Hulu di Kalimantan Barat untuk siasatan lanjut.- Harian Metro

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA