Eyqa Semakin Laris Di Undang Buat Persembahan

KUCHING : Rezeki tidak memihak kepada penyanyi lagu 'Padamka Nama Aku' pada Anugerah Muzik Dayak (AMD) yang lalu dan tidak putuskan semangat remaja ini untuk terus menghibur orang ramai.

Eyqa Saifeeqa semakin menjadi sebutan ramai peminat yang terus ingin mengetahui perkembangan artis remaja ini saban hari.

Selepas AMD lepas, Eyqa tidak putus-putus menjadi rebutan pihak pengajur yang mengelolakan majlis-majlis tertentu.

Hampir tiap hari, ada sahaja majlis beliau hadiri untuk menghibur para tetamu yang hadir pada majlis tersebut.

Dari majlis rasmi kerajaan sehingga ke majlis individu yang inginkan Eyqa menjadi penghibur dan memeriahkan majlis.

Inilah yang dikatakan, jika sudah rezeki tidak akan kemana. Ramai peminat kagum melihat kesungguhan Eyqa memberi komitmen yang tinggi bila diundang menghibur orang ramai.

Justeru peminat mendoakan agar Eyqa satu hari menemui kejayaan dalam bidang yang diceburi serta maju jaya dalam pelajaran menerusi laman Facebook Eyqa Saifeeqa sendiri.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA