DBKU Mampu Anjur Acara Antarabangsa


KUCHING: Kejohanan Kuching City International Darts Open 2016 (KCO2016) yang bermula hari ini sehingga hari Ahad, 4 Disember 2016 merupakan kejohanan antarabangsa kedua anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara, Datuk Haji Abang Abdul Wahap Abang Julai. berkata, penganjuran ini merupakan penganjuran kejohanan antarabangsa yang ke-dua anjuran DBKU selepas The Sarawak Energy International Mountain Bike Challenge 2016 dan hari ini, kita menganjurkan Kuching City International Darts Open 2016.

"Ini membuktikan kemampuan DBKU dalam penganjuran acara bertaraf antarabangsa dan sudah pasti, pada tahun-tahun yang akan datang, kita akan menganjurkan lebih banyak kejohanan antarabangsa dengan semangat DBKU BOLEH!!!,"

"Acara ini merupakan pertandingan Dart antarabangsa pertama dianjurkan di Bandaraya Kuching umumnya dan Sarawak, amnya," jelas beliau ketika majlis perasmian kejohanan di pusat membeli belah Riverside, hari ini.


Tambah beliau, kejohanan ini telah mendapat pengiktirafan daripada World Dart Federation (WDF) serta mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Dart Malaysia (MDA).

"Kejohanan ini menawarkan hadiah lumayan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM40,000.00 merangkumi wang tunai, piala, medal dan voucher hadiah," jelasnya

Menurutnya lagi, ia disertai oleh satu pasukan daripada India, satu psukan daripada Singapura dan tiga pasukan daripada, tiga pasukan daripada Brunei Darussalam dan 53 pasukan dari dalam negara. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA