Bekas Banduan Jadi Jutawan Senyap

Kisah sebenar usahawan yang berjumpa kehidupan sebenar selepas bergelar banduan. Kini beliau mampu menjadi usahawan yang berjaya dan boleh dikatakan jutawan dalam diam.

Ahmad (bukan nama sebenar) sering melakukan kerja menyalahi undang-undang 20 tahun yang lalu. Lokap dan penjara bagi beliau adalah rumah nombor dua. Memang itulah kehidupan beliau dulu yang keluar masuk lokap dan penjara.

Kesalahan terakhir beliau lakukan ialah merompak sebuah bank dan telah tertangkap serta dipenjara lima tahun. Dalam penjara beliau mula sedar bahawa sampai bila beliau menjadi seorang yang bermasalah.

Setelah tamat tempoh hukuman penjara, beliau melangkah keluar dengan harapan baru. Beliau mahu menjadi orang berguna dan akan memberi kesenangan kepada ahli keluarga.

Dengan wang daripada upah kerja dalam penjara, beliau bertekad untuk berniaga. Beliau bermula dengan menjual kuih di hadapan rumah. Biasalah niaga di kampung memang hasilnya kurang memuaskan tetapi tidak mematah semangat beliau untuk terus berusaha.

Dengan sedikit keuntungan, beliau membeli sebuah motosikal dengan harga tunai dan menjalankan perniagaan bergerak. Sedikit demi sedikit pendapatan beliau bertambah dan beliau bertekad untuk berhijah ke bandar.

Oleh kerana jarak bandar tidak jauh dari kampung, beliau membeli sebuah kereta lama dan mula membuka perniagaan air di bandar. Beliau berniaga di kaki lima tumpuan orang ramai dan hasilnya beliau mampu membuka satu lagi cawangan perniagaan air di kawasan lain.

Setelah 15 tahun berniaga air, kini beliau mempunya 20 cawangan di seluruh kaki lima bandar tersebut. Hari ini beliau boleh berbangga kerana beliau mempunyai 80 orang pekerja dan mampu memberi rezeki kepada kehidupan pekerja beliau.

Akhirnya beliau mampu tersenyum dan dapat menikmati kehidupan yang baik dan telah mempunyai tiga buah rumah bertaraf semi D dan empat buah kereta berjenama mewah.

Beliau sempat berpesan jika inginkan kejayaan, berusahalah bersungguh-sungguh dan jangan lupa bantulah dengan ikhlas pihak yang memerlukan bantuan. Sejahat mana pun manusia itu pasti memeliki sekelumit rasa untuk berubah menjadi baik.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA