Babi Hutan 150KG Sesat Atas Jalan Langgar Kereta




Seekor babi hutan seberat 150 kilogram (kg) yang sesat di sebatang jalan di Hangzhou, wilayah Zhejiang, China telah melanggar sebuah kereta Mercedez dalam kejadian pada 29 November lalu.

Sebelum insiden itu berlaku, difahamkan babi hutan berkenaan dirakam berlari di atas kaki lima terowong sebelum melompat ketengah jalan raya yang dipenuhi dengan kenderaan.

Menurut salah seorang pengguna jalan raya yang juga pemilik kereta Mercedez itu iaitu Mr Hu memberitahu bahawa kelibat babi hutan tersebut telah disedarinya sejak pukul 8 malam lagi.

Hu yang berhati-hati semasa memandu terkejut apabila haiwan itu bertindak melanggar bahagian hadapan keretanya secara tiba-tiba dan berdiri di hadapan keretanya untuk seketika kemungkinan terasa bingung akibat perlanggaran yang kuat itu.

Walau bagaimanapun babi hutan berkenaan tidak mengalami kecederaan serius dan hanya mengalami kecederaan hidung sahaja. Manakala kereta milik Hu pula mengalami kesan calar serta terdapat tompokan darah haiwan berkenaan.

Pihak polis memberitahu pihaknya tidak menerima sebaran aduan berkaitan kejadian tersebut dan kelibat babi hutan itu juga tidak kelihatan di terowong berkenaan.

Rakaman video haiwan tersebut berlegar-legar di atas jalan raya tersebar di laman Weibo menimbulkan pelbagai komen.

Seorang pengguna bertanya “Adakah syarikat insurans membayar apabila kereta anda diserang oleh babi hutan.”

Manakala seorang lagi berkata “Saya bimbang tentang keadaan babi itu, ia seolah-olah mengalami kecederaan teruk.” -MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA