Aram Ngupi : Mana Pergi Suara Melenting Bulan Lepas


Lega membaca akhbar berkaitan penurunan harga minyak sambil menghirup air kopi 'O' panas kurang manis di Serapi Coner.

Suara-suara melenting sebelum ini tidak kedengaran dan komen di media sosial turut menghilang.

Walaupun sekadar lima sen penurunan tetapi ia memberi impak besar untuk menenggelamkan suara-suara negatif yang kononnya terbeban dengan kenaikan minyak sebanyak 10 sen pada bulan lepas.

Inilah keadaannya apa yang berlaku di Malaysia. Marah, melenting, meroyan dan sebagainya bila harga minyak naik tetapi akan diam seribu bahasa walaupun tidak pernah mengucap terima kasih sekalipun ketika harga minyak turun.

Pemahaman tentang pergerakan naik turunnya minyak ketika ini yang asasnya tidak memiliki subsidi masih kurang jelas bagi sesetengah orang.

Apa yang difahamkan proses pengurusan naik turunnya minyak adalah bergantung kepada naik turunnya minyak di peringkat global secara purata dalam sebulan.

Sebagai contoh bila harga minyak global turun lebih banyak dalam bulan November walaupun ada sebilangan harinya naik mendadak maka perndekatan purata digunakan.

Oleh itu impak daripada penurunan harga purata, maka bulan Disember ini harga minyak pasaran Malaysia menurun sebanyak lima sen seliter.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA