Aram Ngupi : Kenapa Perlu Benci Pemimpin ?

Menghirup kopi 'O' panas kurang manis memberi semangat baru untuk meneruskan rutin harian. Lokasi di BBQ Fish Cafe di Pending di mana ramai para petugas dalam bidang industri berat dan penjawat awam menikmati sarapan pagi. Kebiasaannya rakyat Sarawak yang berbilang kaum duduk semeja dan perkara sedemikian sudah tidak asing di negeri ini.

Bab menarik yang kedengaran dari sebelah meja penulis ialah kenapa perlu membenci pemimpin. Menurut mereka, Malaysia tidak seperti negara luar yang huru hara akibat pergolakan politik. Contoh terbesar ialah musnahnya negara benua Arab apabila kebencian terhadap pemimpin semakin menular yang akhirnya wujud Arab Spring yang memusnahkan benua Arab itu sendiri.

Seperti apa yang dilihat dan dirasai, Malaysia sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan agama tetapi hidup dalam keadaan perpaduan yang mantap. Semuanya berlatar belakangkan apa yang telah diusahakan oleh pemimpin dari dahulu hingga kini.

Malah pemimpin lebih memgutamakan rakyat walaupun ada keputusan yang boleh mengecewakan rakyat tetapi kepimpinan Malaysia terus berinteraksi bersama rakyat agar kekecewaan rakyat ditangani dengan kadar segera.

Mereka turut berpendapat, di mana letaknya aspek yang membolehkan kepimpinan negara ini perlu dibenci. Jika dikaji tidak ada perkara yang mendorong pemimpin patut dibenci kerana pelaksanaan memberi kepentingan rakyat diutamakan telah dilaksanakan.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA