Apa Salah Najib Perjuang Hak Rakyat Melalui UMNO ?

Sentimen membenci Najib sebagai Perdana Menteri sudah tidak terkawal apabila persepsi pihak pembangkang berjaya mempengaruhi minda rakyat. Justeru ia merebak ke Sarawak sehingga UMNO menjadi sebuah parti yang di ANTI oleh segelintir masyarakat di Sarawak.

Inilah kesan dan keistimewaan media masa yang cemerlang menerap kebencian kepada kepimpinan negara walhal kepimpinan di bawah pentadbiran Najib banyak memberi manfaat buat seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, warna kulit dan sebagainya.

Buktinya apa yang Najib lakukan adalah untuk kebaikan bersama walaupun beliau sering melontar hujah memperkasa Melayu dalam Perhimpunan Agong UMNO. Namun disebalik perjuangan tersebut beliau menyentuh memperjuangkan keseluruhan lapisan masyarakat Malaysia. Itu yang sering diucap dan dilakukan sekarang oleh beliau.

Lihat sahaja berkenaan isu di Sarawak. 22 tahun sebelum Najib memimpin, apa Sarawak dapat ? Memang benar rakyat Malaysia berbangga wujudnya bangunan antara tertinggi di dunia tetapi berapa peratus sahaja rakyat Sarawak mampu memijak kaki ke KLCC ?

Tetapi Najib yang hanya beberapa tahun menjadi Perdana Menteri telah memberi berbagai intensif yang hampir keseluruhan rakyat Malaysia merasai terutamanya golongan berpendapatan rendah. Di Sarawak sahaja rakyat luar bandar mendapat BR1M serta bantuan seperti baja, intensif pertanian dan nelayan, pinjaman untuk membina rumah panjang tanpa faedah, bantuan kepada peniaga, anak-anak yang bersekolah dan bermacam-macam lagi.

Hanya kerana menerima propaganda pembangkang yang menanam kebencian terhadap Najib maka rakyat boleh mempercayai tanpa usul periksa. Inilah mentaliti yang punah bila tidak mengkaji atau meneliti sebaran terlebih dahulu sehingga apa yang baik pernah dilakukan Najib tenggelam tidak kelihatan di mata segelintir rakyat.

Hingga ada rakyat Sarawak melebelkan UMNO sebagai parti perompak sedangkan selama UMNO memerintah tidak pernah terjadi pun rakyat tergadai di bumi sendiri. Apa yang pasti, Najib memperjuangkan hak keseluruhan lapisan rakyat yang berbilang kaum dan agama melalui UMNO sebuah parti yang memiliki 3 juta ahli dan menjadi parti politik yang terbesar di Malaysia.-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA