Yuna Tidak Gentar, Terus Berkarya Di AS



Kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-45 mendapat pelbagai reaksi termasuk dalam kalangan artis tempatan.

Melalui laman sosial milik penyanyi Yuna yang kini melebarkan sayap ke negara Uncle Sam itu, ternyata ramai pengikutnya meminta penyanyi itu pulang ke Malaysia.

Bagaimanapun menjawab setiap permintaan itu Yuna dilihat tidak gentar dengan keputusan sebahagian rakyat AS ini.

“Saya akan pulang sebentar untuk kerja dan keluarga. Namun ingat pelajar Malaysia yang belajar di sini kena terus tinggal. Kena jadi berani seperti mereka,” jawabnya.

Dalam Tweet terbaharunya, Yuna turut berkongsi pendapat bahawa semua orang perlu bekerja keras untuk terus menyemai perasaan cinta, hormat antara satu sama lain dan hak saksama untuk setiap insan.

Trump yang mewakili Parti Republikan, memenangi Pilihan Raya Presidan AS itu hari ini mengalahkan Hillary Clinton dengan jumlah undi sebanyak 276 berbanding lawannya 218 untuk undi kawasan pilihan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA