Yuna Perjelas ‘Love Bite’ Di Leher



Sekeping gambar penyanyi terkenal, Yunalis Zarai atau Yuna ketika beliau menghadiri sebuah konsert di ibu negara baru-baru ini hangat diperkatakan kalangan netizen sekaligus mencetuskan isu.

Ini kerana pada gambar tersebut menunjukkan Yuna yang tampil dengan imej santai dan lebih mencuri perhatian, bahagian lehernya yang terdedah menampakkan kesan lebam seperti gigitan malah ada pihak mendakwa kesan tersebut seperti kesan 'love bite'.

Memetik laporan BH online, Yuna menjelaskan kesan itu adalah gigitan labah-labah ketika dia mengadakan persembahan di Alabama, lima minggu lalu.

"Bukan saja di leher tetapi lengan, dahi dan hidung. Itu yang nampak lebam dan kesannya hinggalah sekarang.

"Janganlah sangka yang bukan-bukan," katanya.

Dalam perkembangan lain, penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat (AS) itu memberitahu, video muzik single terbaharunya, Pulang mula ditayangkan di YouTube, esok. Lagu yang mengisahkan sikap individu yang terlalu mengejar cita-cita sehingga mengabaikan ibu dan nilai persahabatan itu, dinyanyikan bersama rapper terkenal, SonaOne. - MD

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA