Wayar USB 20cm "Tersekat" Dalam Kemaluan


SEORANG lelaki dari wilayah Shaanxi, China menerima padah apabila bertindak memasukkan wayar USB (Universal Serial Bus) ke dalam uretranya sehingga menyebabkan wayar berkenaan tersekat di dalam saluran air kencingnya itu.

Menurut sebuah laman antarabangsa, mangsa difahamkan dalam keadaan mabuk ketika melakukan aksi tidak masuk akal itu dan ianya dipercayai bertujuan untuk memuaskan keinginan nafsu seksnya.

Akibatnya, mangsa terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan wayar sepanjang 20 sentimeter dari ‘aset’ kelakiannya itu.

Menurut doktor yang melakukan pembedahan ke atas mangsa, lelaki itu mendapat idea berkenaan setelah menonton sebuah video di laman penstriman video tentang bagaimana untuk memuaskan nafsu sendiri.

“Mangsa tiba di hospital dalam keadaan sakit yang teramat,” kata doktor itu.

Pembedahan mengeluarkan wayar USB itu dikatakan mengambil masa lebih dari satu jam dan doktor bedah terpaksa memotong wayar tersebut kepada tiga bahagian sebelum ianya berjaya dikeluarkan sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, laman itu tidak menyatakan tahap ‘kerosakan’ yang dialami oleh ‘senjata’ lelaki itu sama ada ia akan kembali berfungsi seperti sedia kala atau mengalami ‘kecacatan’ sepanjang hidupnya.

Malah mangsa juga memberitahu doktor yang merawatnya yang dirinya sangat menyesal dan malu dengan tindakan gilanya itu. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA