Warga Vietnam Dikhuatiri Lemas Di Sg Kemena


BINTULU: Seorang lelaki warga Vietnam dikhuatiri lemas di Sungai Kemena, berhampiran Pasar Utama di sini lewat malam tadi.

Dalam kejadian dipercayai berlaku tengah malam tadi, mangsa Le Minh Chien, 48 difahamkan membuang air kecil di bahagian belakang kapal sebelum terjatuh kedalam sungai.

Menurut jurucakap bomba, sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus laporan diterima.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa digerakkan sejurus selepas itu.

Hingga kini pencarian yang dimulakan di lokasi terakihir mangsa dilaporkan jatuh belum menemui sebarang petunjuk. .-Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA