Warga Malaysia Habiskan 14 Jam Sehari Dengan Gadjet



KUALA LUMPUR: Pengguna digital Malaysia menghabiskan secara purata 14 jam sehari melalui peranti digital dengan 87 peratus daripada mereka di Internet.

Menurut Ernst & Young Advisory Sdn Bhd (EY), yang juga anggota pertubuhan global EY, bagaimanapun, terdapat persepsi jurang pada kematangan, pengalaman dan kemampuan Malaysia.

Kajian dalam taliannya, Asia-Pacific: Digital Nations 2016 di bawah tajuk Decoding the Malaysian Digital DNA: From Smart to Savvy menunjukkan 80 peratus daripada responden menggunakan media sosial/jaringan pada setiap hari untuk membuat tinjauan dalam talian yang berkaitan dengan sesuatu produk dan perkhidmatan.

“Bagaimanapun, lebih separuh daripada mereka berpendapat ekonomi digital Malaysia masih ketinggalan berbanding negara maju. Mereka melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan kualiti kelajuan Internet dan kos data yang masih mahal,” kata EY dalam satu kenyataan semalam.

Kaji selidik itu menunjukkan keselamatan siber masih menjadi kebimbangan utama dengan 83 peratus daripada responden mahukan organisasi terbabit mendedahkan bagaimana mereka menggunakan maklumat dalam talian manakala 69 peratus lagi mencari penguatkuasaan undang-undang ke atas maklumat pelanggan.- Harian Metro

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA