Warga Emas Maut Di Pusa, Motosikal Bertembung Pacuan Empat Roda


PUSA: Seorang warga emas terbunuh selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan pacuan empat roda dalam kemalangan jalan raya di KM1 Jalan Pusa di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 6 pagi itu, mangsa Dabong Marais, 72, beralamat di Lorong 3, Skim Penempatan Pusa yang menunggang motosikal dari arah Pusa bertembung dengan 4WD jenis Ford dari arah bertentangan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa dikatakan cuba memintas sebuah kenderaan yang diparkir di bahu jalan dan memasuki laluan bertentangan menyebabkan mangsa hilang kawalan dan merempuh 4WD yang menghala ke Pusa.

Akibat rempuhan tersebut, mangsa disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah (KPD) Betong DSP Fahdil Antum Abdullah mengesahkan kejadian tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.-UB

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA