Gambar: Warga Australia Dijumpai Selamat Di Mulu

Foto RTM

MULU: Andrew Gaskell, 26 warga Australia yang dilaporkan hilang di Taman Negara Mulu ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sebentar tadi.

Mangsa dilaporkan hilang setelah bermalam selama dua malam dengan seorang rakyat tempatan bernama Timothy Balang di Mulu dan sempat memaklumkan akan balik pada 21 Oktober namun gagal dihubungi sehingga ke hari ini.

Difahamkan lebih 60 penyelamat dari pelbagai agensi terlibat dalam operasi tersebut, yang meliputi kawasan seluas lebih 500 kilometer persegi.

Andrew yang ditemui dalam keadaan lemah telah dihantar ke Hospital Miri dengan menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mendapatkan rawatan lanjut. -Sarawakiana





Gambar Ihsan : Jabatan Bomba dan Penyelamat

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA