Wanita 'Pelik' Culik Bayi Kerana Suka, Mahu Jadikan Anak Angkat



BEIJING: Seorang pekerja sebuah restoran didakwa menculik bayi pelanggannya dalam kejadian yang dirakam kamera litar tertutup premis berkenaan.

Rakaman menunjukkan wanita terbabit selamba berjalan keluar dari restoran itu dengan membawa bayi lelaki berusia 10 bulan terbabit di bandar Shiyan, tengah China.

Ibu bayi itu dilaporkan meninggalkan anaknya dengan wanita berkenaan selepas dia menawarkan untuk menjaga kanak-kanak itu seketika.

Bagaimanapun, apabila kembali mendapatkan anaknya, ibu bayi terbabit mendapati wanita berkenaan sudah hilang bersama bayinya itu.

Polis berjaya mengesan wanita dan bayi berkenaan dalam masa dua jam menggunakan rakaman kamera litar tertutup dan suspek mengaku menculik kanak-kanak terbabit atas alasan terlalu sukakannya dan mahu menjadikannya anak angkat.

Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan wanita itu membongkok di kaunter untuk melihat bayi berkenaan yang didukung rakan sekerjanya. Dia juga dilihat melihat keadaan sekeliling sebelum membawa bayi itu keluar dari restoran berkenaan.

- Agensi

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA