Wanita Mengandung Ditembak

gambar hiasan

PATTANI: Seorang wanita yang mengandung sembilan bulan mati, manakala rakannya parah akibat ditembak ketika mereka sedang menaiki motosikal di Palas, Panarek di sini Sabtu malam.

Ketua Bahagian Siasatan Balai Polis Panarek, Kapten Norawit Thongsod berkata, kejadian berlaku pada pukul 7.20 malam yang membunuh Rattikan Chawang, 26, dan mencederakan rakan wanitanya Saijai Thongdee, 26.

"Kedua-dua mangsa ditembak oleh penyerang yang tidak dikenali yang juga menaiki motosikal ketika mereka sedang membeli ayam goreng dari gerai yang terletak hanya 200 meter dari pos keselamatan Renjer," katanya.

Beliau berkata pihak doktor cuba menyelamatkan bayi dalam kandungan mangsa tetapi gagal.-- Bernama

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA