Wanita Lanjut Usia Dicekup Mencuri Di Pasar Raya


VIDEO berdurasi satu minit yang dikongsi oleh sebuah laman di Facebook memaparkan seorang wanita lanjut usia dicekup mencuri di sebuah pasar raya di luar negara menjadi viral baru-baru ini.

Wanita kategori warga emas yang tidak didedahkan identitinya itu memakai pakaian berwarna hitam dan memiliki rambut paras bahu itu dilihat mengeluarkan sejumlah hasil curiannya ke dalam troli milik pasar raya itu.

Menerusi video yang diviralkan itu, kebanyakan barangan yang dicuri suspek merupakan produk penjagaan diri.

Jika dilihat pada teknik yang digunakan wanita berkenaan, ia bukan perlakuan seorang pencuri amatur kerana hasil curiannya hampir memenuhi sebuah troli pasar raya berkenaan.

Aksi suspek yang tidak henti-henti mengeluarkan barang yang dicuri dari pakaiannya tak ubah seperti watak kartun animasi Jepun, Doraemon ketika mengeluarkan barang dari poket ajaibnya.

Untuk memastikan tiada lagi hasil curian yang disorok, suspek disuruh membuka baju kardigan hitam yang dipakainya oleh seorang lelaki dipercayai pengawal keselamatan pasar raya terbabit.

Laman itu bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci tempat dan masa kejadian itu berlaku. –MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA