Wanita Hampir Putus Kepala Ditemui


KLANG:  Seorang wanita dipercayai warga asing ditemukan mati dalam keadaan mengerikan dengan leher dikelar hingga hampir putus kepalanya di Jalan Kapar, pagi tadi.

Polis yang menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 6.50 pagi bergegas ke tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Yusof Mamat berkata, mangsa yang berusia dalam lingkungan 30 an ditemukan di tangga rumah kedai lima tingkat dalam keadaan terlentang.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati mangsa juga mengalami cedera parah pada bahagian muka termasuk hidung dan pipi terkoyak akibat dikelar.

"Punca kejadian masih belum dapat dikenal pasti tetapi kita tidak menolak kemungkinan akibat cemburu dan mangsa mengenali suspek," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA