Wanita Disaman RM46K Selepas 3 Bulan Kemalangan



SEORANG wanita terkejut apabila menerima surat saman bernilai RM46,000 selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya lebih tiga bulan lalu.

Menerusi akaun Twitter mimpimika, wanita tersebut menjelaskan dia dituduh kerana konon cuai ketika membawa kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

Akibat kemalangan itu, keretanya jenis Proton Iriz rosak di bahagian belakang dan sudah dibaiki namun tidak menyangka menerima surat saman walaupun semuanya sudah selesai.

Menceritakan kembali kejadian yang berlaku di Shah Alam, Selangor itu, dia berkata insiden berlaku di lampu isyarat dan mangsa mendakwanya menukar laluan hingga menyebabkan kemalangan.

Jelasnya, dia dituduh melakukan lima hingga enam pertuduhan akibat cuai selain mangsa yang dilanggar mahu menuntut ganti rugi yang lain.

“Dia kata saya tukar lane, fail saman keselurahan kata saya pula cuai. Terang-terang kereta dalam lane dan time tu stop for traffic light,” katanya.

Susulan itu, wanita yang menjual produk kecantikan ini mencari dua saksi utama kejadian bagi mengelakkan dirinya daripada disaman.

“Minta bantuan, saya tengah cari saksi utama (orang dlm bulatan) untuk kes langgar kereta saya.

“Saya disaman RM46,000 atas sebab yang bukan salah saya. Kes aniaya,” katanya.

Ada netizen mencadangkannya untuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (cctv) di Majlis Bandaraya Shah Alam namun ia adalah sukar untuk dilakukan.

Laporan polis sudah dibuat dan wanita itu kini masih mendapatkan khidmat nasihat guaman berhubung saman ekoran nahas tersebut.

Nasib menyebelahi wanita ini apabila saksi yang dicari sudah ditemui dan urusan guaman masih diteruskan apabila mangsa tetap mahu menyamannya. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA