Wanita Berkorban Jaga Bapa Lumpuh Dipuji Netizen



FOTO pengorbanan seorang wanita 43 tahun dari wilayah Anhui, China menjaga bapanya yang lumpuh tersebar di laman sesawang menjadi sumber inspirasi dan sensasi dalam kalangan warga tempatan negara itu.

Menurut sebuah laman tempatan, Liu Qinxia mula menjaga bapanya yang berusia 83 tahun itu sejak awal tahun lalu selepas dia lumpuh akibat serangan strok.

Tidak mahu melihat bapanya hanya terbaring di atas katil, Qinxia membawa bapanya bersiar-siar sekurang-kurangnya tiga kali setiap hari.

Difahamkan kedua-dua beranak itu akan berjalan sejauh 300 meter sepanjang Liangming Road di bandar Hafei dan menamatkan senaman ringan itu dalam masa lebih kurang satu jam.

Sebelum ini, Qinxia dan suaminya bekerja bagi menampung dua anaknya yang bersekolah namun selepas bapanya lumpuh, wanita itu berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada bapanya.

Sejak itu, sudah mennjadi rutin Qinxia pada setiap hari untuk membawa bapanya berjalan-jalan, menyediakan makanan, keperluan dan kebersihan bapanya.

Tambah laman itu, Qinxia memberitahu ini adalah masanya untuk dia membalas jasa bapanya yang sebelum ini bersusah payah membesarkannya dan adik-beradiknya yang lain.

Ketabahan Qinxia mendapat perhatian netizen malah mengelarnya sebagai ‘anak mithali di China.’- mynewshub.cc

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA