Wan Junaidi Ketuai Delegasi Negara ke Maghribi

Wan Junandi bersama rombongannya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Marrakesh-Menara, Maghribi semalam.
MARRAKESH: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Dr Haji Wan Junandi Tuanku Jaafar mengetuai delegasi negara ke Mesyuarat Peringkat Tinggi Persidangan ke-22 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di Marrakesh, Maghribi.

Beliau bersama rombongannya yang terdiri pegawai tertinggi kementeriannya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Marrakesh-Menara, Maghribi semalam.

Mesyuarat Peringkat Tinggi Persidangan ke-22 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berlangsung dari 14 hingga 18 November 2016 adalah platform antarabangsa untuk menyampaikan pandangan dan pendirian negara mengenai isu-isu perubahan iklim.

Selain itu juga, mesyuarat ini juga bertujuan untuk mendapatkan komitmen peringkat tertinggi kerajaan bagi memastikan inisiatif serta sumber digembleng dalam merangka pelaksanaan Paris Agreement dengan teratur dan sempurna. - Sarawakiana

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA