Wajah Seiras, Bos Alibaba Taja Pembelajaran Budak 8 Tahun


DEK kerana wajah saling tak tumpah jutawan terkenal, Jack Ma iaitu pengasas Alibaba, hidup seorang kanak-kanak di China berubah dalam sekelip mata selepas videonya tersebar menjadi viral.

Ini berikutan, Jack Ma yang merupakan individu kedua terkaya di China membuat keputusan akan menaja pembelajaran Fan Xiaoqin berusia lapan tahun sehingga kanak-kanak itu habis pengajian di univerisiti.

Kisah Fan mendapat perhatian dunia selepas ramai yang menyatakan dia mempunyai wajah seiras dengan Jack Ma.

Namun, apa yang menyedihkan, Fan dikatakan hidup susah bersama keluarganya di Yongfeng, Jiangxi malah, bapanya orang kelainan upaya (OKU) tiada sebelah kaki, ibunya sakit dan neneknya menghidap Alzheimer.

Ekoran kesempitan hidup itu, Fan tidak dapat pergi ke sekolah seperti kanak-kanak lain.

Netizen yang bersimpati dengannya kemudian bertindak menviralkan kisah Fan mengharap agar Jack Ma dapat membantu kanak-kanak seiras dengannya itu.

Dengan kuasa viral, kisah mengenai Fan sampai ke telinga Jack Ma, sebelum dia mengisytiharkan akan membiayai pembelajaran Fan.

“Situasi Fan bukan satu bahan jenaka. Ia satu realiti yang berat

“Terdapat ramai lagi orang miskin di negara ini. Masalah pembangunan dan pendidikan di kawasan-kawasan pedalaman China sangat merisaukan.

“Untuk membiayai pendidikan seorang kanak-kanak itu adalah senang, tapi untuk jutaan yang lain memerlukan lebih banyak sumber,” tulis Alibaba dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sementara itu, ada juga netizen yang berjenaka dengan menyuruh Jack Ma melakukan ujian DNA dengan kanak-kanak itu. – MYNEWSHUB.CC


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA