VIDEO: Tragis, Bayi 4 Bulan Maut Terjatuh Eskalator


SHANGHAI – Seorang bayi lelaki berusia empat bulan maut setelah terjatuh pada ketinggian 30 kaki dalam kejadian di sebuah pusat membeli belah di Plaza Wu Yue, Qingpu, kemarin.

Menerusi rakaman CCTV, kejadian yang berlaku pada jam 2 petang itu berpunca apabila nenek kepada si kecil itu, dilihat hilang keseimbangan ketika hendak menuruni eskalator tersebut.

Lalu membuatkan bayi itu secara tidak sengaja terlepas dari dukungannya, menyebabkan mangsa jatuh melalui bahagian tepi eskalator.

Ibu mangsa bersama dengan seorang lagi anak perempuannya yang berada di belakang cuba menyelamatkan mangsa namun terlambat.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan, tidak bernafas dan tiada denyutan nadi dikejarkan ke hospital.

Bagaimanapun, pihak hospital mengesahkan, mangsa telah meninggal dunia.

Netizen tempatan mempersoalkan tindakan si ibu mangsa menyuruh neneknya mendukung si kecil itu.

“Ibu bapa sepatutnya tidak mengharapkan orang tua membawa/mendukung anak kecil kerana kudrat mereka bukan seperti orang muda,” kata seorang netizen. – MYNEWSHUB.CC


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA