VIDEO: Tetamu Cuba Bogelkan Pengantin


MESKIPUN kebanyakan orang China agak konsevatif dalam menghadapi malam pertama mereka sebagai pengantin baru, namun ada juga yang agak terbuka dalam permainan `game’ pada hari perkahwinan.

Ia terbukti melalui klip video yang dimuatnaik dalam media sosial, oleh netizen dikenali sebagai `jun lun fa wang 1209’ yang memaparkan sepasang pengantin baru, separuh bogel di atas katil.

Pengantin lelaki hanya memakai seluar dalam manakala pengantin perempuan pula hanya memakai bra dan seluar dalam berwarna merah. Ketika itu mereka berada di atas katil dan hanya menutup badan dengan menggunakan selimut merah.

Namun beberapa lelaki cuba menanggalkan bra dan seluar dalam wanita terbabit ketika dia terkial-kial untuk menutup badannya dan mengelak daripada dilondehkan.

Manakala suaminya pula cuba menutup badan isterinya dengan selimut. Klip video itu berakhir apabila pengantin wanita membelakangkan tetamunya dan membetulkan tali branya.

Ia ditonton oleh lebih 500,000 kali.

Orang ramai yang melihat klip berkenaan meneka bahawa pengantin terbabit adalah dari wilayah Henan, berdasarkan kepada perbualan mereka.

Ia juga mengundang kemarahan ramai dengan ramai yang mempertikaikan kenapa pengantin lelaki tidak marah tatkala tetamu cuba membogelkan isterinya.

Kebiasaannya acara permainan itu diatur oleh rakan rapat pengantin. – MYNEWSHUB.CC


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA