Video : Sekumpulan Burung 'Tentera Allah Mirip Ababil' Sudah Tiba Ke Bumi?

video


“Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? Dan Dia (Allah) telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, Lalu Dia (Allah) menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.” (Surah Al-Fill, ayat 1 – 5).

Bagi mereka yang membaca ayat Al Quran ini beserta tafsirnya pasti akan mengetahui mengenai peristiwa serangan tentera Abrahah ke atas Kaabah lalu dimusnahkan oleh burung Ababil.

Mengikut Said bin Jubair, penghulu para tabiin, burung ini adalah sejenis yang tidak dikenali. Tidak pernah dilihat di bumi. Sesetengah ulama berkata ia seperti kelawar dan pelbagai lagi pendapat lain yang berbeza. Pandangan mengenai jenis burung ini menjadi khilaf di kalangan ulama. Pendapat yang paling baik adalah burung ini adalah burung khas yang dihantar oleh Allah. Allah mengutus sebuah rombongan burung. Burung-burung ini melontarkan kepada mereka dengan batu yang dibakar hangus. Setiap seekor burung membawa tiga biji batu, satu di paruh dan dua di kaki.

Sebahagian ulama berkata, batu ini telah dimasak di dalam api neraka jahannam dan pada setiap batu telah ditentukan nama siapakah sasarannya. Allah sudah menentukan nama-nama pada batu-batu yang dibawa oleh burung untuk mempertahankan Kaabah. Mereka dilontar dengan batu-batu yang dibakar hangus. Hal ini sebagaimana yang dicatatkan di dalam “As Sihah”, batu-batu tersebut dibakar di dalam neraka jahanam, yang ditentukan namanya oleh Allah dan yang ditentukan sasarannya oleh Allah.

Itu riwayat yang menceritakan mengenai peristiwa ‘Tentera Allah’ melalui Ababil. Namun, baru-baru ini dunia sekali lagi dikejutkan dengan sekumpulan ratusan ribu burung sedang berada di tepian pantai.

Menurut sebuah sumber yang boleh dipercayai, sekumpulan besar burung berkenaan telah mendarat di Pantai Ras Alkhaima, UAE sejak beberapa hari yang lalu.

Apabila melihat secara sepintas lalu, ramai yang membuat andaian dan teori, sama ada burung-burung ini merupakan sekali lagi ‘Tentera Allah’ yang diutuskan untuk memusnahkan Israel? Atau ia sekadar sehabitat kawanan burung yang sedang berhijrah?

Namun demikian, jika dikaitkan dengan ayat Al Quran di atas dan peristiwa terkini yang melanda Israel yang sedang terbakar itu, ia suatu polemik yang agak dahsyat dan menarik untuk dibuat andaian. Apatah lagi, kehadiran burung-burung ini dipercayai baru pertama kali berlaku.

Yang lebih penting bagi kita haruslah sentiasa kembali kepada dua tinggalan Rasulullah SAW, iaitu Al Quran dan Sunnahnya. –Tv14

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA