Video: Myvi Gila Cilok Punca Nahas Berderet LDP


AKSI pemanduan ‘gila’ seorang pemandu Myvi gemar memintas kenderaan lain telah menyebabkan beberapa buah kereta terlibat dalam kemalangan berderet di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Isnin lalu.

Pengguna Facebook, Soleh Abd. Wahab yang memuat naik rakaman kejadian berkata, sikap pemandu berkenaan yang juga dilihat kelam kabut memecut menyebabkan tiga buah kenderaan lain termasuk keretanya berlanggar.

“Kereta Myvi putih ini lah punca kemalangan berderet yang melibatkan kereta aku tadi, kau nak race pergi Sepang la.

“Tak pasal-pasal orang lain yang accident kerana perangai macam syaitan duk race cilok-cilok di jalan raya,” katanya dalam kejadian pukul 4.15 petang itu.

Menerusi rakaman, pemandu Myvi itu kelihatan seakan-akan begitu sakan ‘cilok’ beberapa buah kenderaan di bahagian kiri lebuh raya sehinggalah dia dilihat melakukan brek mengejut di lorong kanan.

Ini membuatkan beberapa buah kenderaan di belakangnya berlanggar.

Soleh menambah, video yang dimuat naiknya itu diperoleh dari salah seorang mangsa yang memandu di belakangnya pada ketika kejadian itu berlaku.

“Video ini diberi oleh Encik Leon yang terlanggar kereta saya sebab pemandu (wanita) di belakang keretanya tidak sempat menekan brek lalu menghentam keretanya sebelum tersorong dan melanggar kereta saya. Nasib baik saya tak langgar kereta di depan. Syukur.

“Kalau korang jumpa Myvi putih ni, kasi tarbiah dia ramai-ramai, dalam video boleh nampak dia duk kejar swift biru tu, lepas tu main cilok-cilok macam LDP tu tok nenek mereka punya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA