Video: Kejam Sungguh! 5 Ekor Kucing Mati Diracun


SAAT kami membaca posting ini di Facebook, kami sendiri terkejut dan berang. Bagaimanalah seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran tergamak membunuh haiwan yang tidak berdosa?

Cerita tersebut dikongsi oleh Chris Swit di laman Facebook yang mana lima ekor kucing kesayangannya mati setelah dipercayai diracun oleh oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Manakala dua ekor kucing lagi turut menerima nasib yang sama, namun jasad kedua-duanya masih belum ditemui dan lokasi kejadian juga tidak dinyatakan oleh pemuat naik.

“Sangat tak sangka, saya benar-benar sedih dan menangis tak henti 😢😢. Saya hilang tujuh kucing pagi ini, dua lagi (Glen dan Smockey) masih hilang.

“Buat invidu yang meracuni kucing saya, saya berdoa pada tuhan supaya dia membalas perbuatan awak,” tulisnya.

Difahamkan, kesemua kucingnya itu telah diracuni dengan sejenis bahan berwarna ungu yang dikenali sebagai racumin, sejenis racun yang digunakan untuk membunuh tikus.

Dapat dilihat makanan yang diberikan pada kucing-kucingnya itu telah dicampur dengan bahan racun tikus berkenaan.

Apa yang lebih menyedihkan, Chris sempat merakam salah seekor kucingnya yang dalam keadaan razak dan mulunya berbuih sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Posting yang dimuat naik Chris itu turut mendapat perhatian netizen dari serata dunia yang bersedih dengan kehilangannya itu. –MYNEWSHUB.CC


No comments:

| | Copyright © 2014 SARAWAKIANA